TOK GURU
UNTUK MU WARGA MARGOSA
Ya Allah, Ya Rahman
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.
Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.
Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.
Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.
Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.
Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.
Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran
Takbir! Takbir! Takbir!
UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA
UMNO DAN JUDI
DHUA
Wednesday, April 15, 2009
Thursday, April 2, 2009
MUFTI NEGERI SEMBILAN- DATUK MOHD YUSOF
Apa khabar Si Fuad , Banyak cerita berkaitan Si Fuad yang dimaklumkan oleh ahli majlis fatwa . Seperti jawapan beliau "Mana ese tahu starbuck tu yahudi' Agak-agak bila minta fatwa boleh kita yakin tak'fatwa yang dikeluarkan. Yang pasti sahabat saya yang merupakan orang kuat istana bila saya tanya tegaskan Si Fuad pasti tak akan dilantik' Nanti saya sambung.
Friday, March 20, 2009
USTAZ KHAIRUL AZHAR - PAS NEGERI SEMBILAN KEHILANGAN PEMIMPIN MUDA YANG BERPOTENSI
Tuesday, March 3, 2009
Monday, March 2, 2009
BANJIR NAJIS DI TAMAN BUKIT MARGOSA DAN TAMAN TELAWI
Keluhan dan rintihan penduduk Taman Bukit Margosa selama ini di perlekeh tetapi Allah menunjuk bukti. LLM dan sekutunya yang bertindak umpama Yahudi di Margosa terus angkuh mendakwa jajaran ini tak boleh di ubah?
bersambung...........
Monday, February 23, 2009
TANAH KUBUR PUN KITA TAK DAPAT LETAK HARAPAN PADA UMNO UNTUK URUSKAN
Melalui pengalaman uruskan jenazah kadangkala permintaan keluaraga tidak dapat dipenuhi bagi memilih kawasan tanah perkuburan yang berhampiran. Tanah perkuburan stadium tidak mampu menampung penduduk taman di sekitarnya apakan lagi jenazah yang dibawa dari luar kariah.
Sunday, February 22, 2009
KENANGAN DI KUALA TERENGGANU
Thursday, February 19, 2009
HA HA, HI HI, HU HU - INI BUKAN KETAWA GUMBIRA TETAPI KETAWA SEDIH

Ha Ha, Hi Hi, Hu Hu ketawa gumbira - Kita Tak kisah walau 5 juta sekalipun , bagus kita turut bangga sebagai
orang melayu kerana adanya melayu seperti Si Fuad yang telah mampu pakai jam nilai RM50k.
Wednesday, February 18, 2009
MUFTI - MENGAPA KITA TOLAK SEKIRANYA SIFUAD DI LANTIK

Oleh welfare . Petikan dari Tranungkite
"Kalaulah tidak kerana Almarhum Ustaz Ishak Baharom Mufti Selangor dipecat, Mufti Perak tidak mungkin menjadi sandaran rakyat untuk membela Islam. Almarhum Mufti Selangor inipun pernah dipermainkan oleh pihak media sehingga beliau mengemukakan bahawa sesiapa yang memakai salib maka dia boleh terjerumus kepada murtad. Jawapan Almarhum telah digunakan oleh pihak media untuk mengaitkan tindakan Tengku Razaliegh yang memakai tengkolok yang ada corak salib padanya.
Berikutan itu Almarhum Mufti Selangor sangat berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kepada media. Selepas itu seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan yang tinggi kepada beliau untuk membela dan bersuara meninggikan kalimah ALlah swt.
Selepas Almarhum dipecat, maka antara mufti yang paling senior ialah Mufti Perak Hj Harussani. Pada beliau rakyat Malaysia mula meletakkan harapan untuk menggantikan peranan Ustaz Ishak Baharom. Sekiranya Almarhum Ustaz Ishak pernah tersilap dipermainkan oleh pihak media tetapi kemudian rakyat boleh menerimanya kembali, demikianlah juga Hj Harussani. Sebelum itu, semasa era 1980 an ramai rakyat yang mengaitkan Hj Harussani sebagai mufti yang selalu bercakap "harus, harus" bila ditanyakan sesuatu soalan. Ketika enakmen Hukum Hudud dan Qisas dikemukakan oleh Kerajaan Kelantan awal 1990 an, beliau dilihat tidak menyatakan pendiriannya secara jelas.
Kemudian apabila Kerajaan PAS Terengganu pula mengemukakan enakmen yang sama, sikap Hj Harussani juga seperti itu. Malah dalam satu ceramah di sebuah Masjid di Subang Jaya beliau kelihatan tidak mendukung usaha itu dengan menyifatkannya sebagai tergesa-gesa sehingga menyebabkan beliau diasak oleh pendengar-pendengar yang tidak berpuas hati dengan penerangan beliau. Demikian juga ketika isu penarikan balik bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat, beliau tidak begitu lantang menentang tindakan Dr Mahathir walaupun beliau adalah lulusan sekolah seumpamanya. Beliau lebih selesa mengambil jalan selamat, iaitu berbincang secara empat mata dengan Dr Mahathir ketika menyambut Dr Mahathir di lapangan terbang Ipoh. Apabila Dr Mahathir dengan tegas menyatakan tidak akan mengembalikan bantuan itu, Hj Harussani dikatakan sedih dan menitiskan air mata.
Mungkin selepas itu beliau mula menyedari bahawa UMNO sememangnya tidak mempunyai keazaman yang penuh untuk membela dan meninggikan Islam. Selepas itu rakyat melihat beliau mula lantang bersuara terutama apabila berkait rapat dengan isu-isu murtad dan liberalisasi agama. Semenjak itu rakyat mula menaruh harapan kepada beliau untuk menggantikan peranan Almarhum Ustaz Ishak Baharom. Walaupun beliau bukanlah pendukung PAS, tetapi ahli-ahli PAS sendiri boleh menerima beliau apabila banyak pendirian beliau selari dengan pendirian PAS seperti dalam isu polisi moral dan IFC. Malah ahli-ahli PAS juga menyediakan platform kepadanya untuk bersuara berkenaan isu-isu tersebut.
Dari segi keilmuan, sememangnya sukar untuk diukur setinggi manakah keilmuan beliau. Hj Harussani adalah lulusan Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya yang sekarang telah diturun taraf menjadi sebuah sekolah berasrama penuh aliran agama. Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya pada ketika itu diterima sebagai bertaraf ijazah atau diploma. Beliau tidak pernah menghabiskan masa untuk menuntut ilmu-ilmu Islam di pusat-pusat keilmuan Islam seperti di Timur Tengah, India dan Pakistan. Beliau juga tidak pernah memondok bertahun-tahun di pondok-pondok traditional di negara ini sebagaimana ulama-ulama dahulu. Berdasarkan sejarah pengajian beliau, paling tidak beliau tidaklah setanding dengan para ilmuan negara ini yang pernah melalui susur galur pengembaraan ilmu seperti itu.
Sekiranya diukur dari segi sejarah perdebatan ilmu, beliau juga tidak begitu berketrampilan untuk duduk bersama para ilmuan Islam yang lain berbahas tentang sesuatu isu Islam. Semasa Pejabat Mufti Perak menganjurkan perbahasan tentang isu bid'ah sepatutnya beliaulah yang kehadapan untuk berbahas isu itu dengan Dr Asri Zainul Abidin. Sebaliknya Pejabat Mufti Perak menjemput Dr Abdul Aziz Hanafi yang merupakan Ahli Majlis Shura Ulama PAS. Beliau hanya dilihat menyerang Dr Asri dari belakang dan tidak pernah berhujah secara berhadapan. Menyedari hakikat tersebut, sekiranya diukur kepada kewibawaan ilmu, mungkin ramai lagi para ulama di Perak yang lebih layak menduduki kerusi Mufti seperti Ustaz Salleh Ahmad dan Ustaz Ahmad Awang.
Bagaimanapun, beliau sememangnya disayangi oleh Pihak Istana Perak terutama Sultan Azlan sendiri. Dengan sebab itu, dalam Perayaan Jubli Perak Sultan Azlan baru-baru ini, beliau adalah salah seorang yang diiktiraf sebagai paling berjasa kepada Sultan Azlan. Malah dari segi dunia akademik, beliau turut dianugerahkan Doktor Kehormat Shari`ah dari Universiti Malaya yang Canselornya adalah Sultan Azlan sendiri. Tanpa menafikan sumbangan beliau kepada pentadbiran Agama Islam negeri Perak dan Malaysia, sumbangan beliau dari segi dunia akademik bagaimanapun tidaklah memberansangkan. Namun demikian anugerah yang bersifat akademik seperti ini turut diterima oleh beliau sebagai satu-satunya anugerah Doktor Kehormat Shari`ah yang pernah dianugerahkan oleh Universiti Malaya setakat ini.
Melihat kepada hubungan beliau dengan Sultan Perak, maka tidaklah menghairankan jika beliau mengisytiharkan derhaka kepada Hj Nizar Jamaluddin baru-baru ini. Walaupun telah banyak diperbahaskan dari sudut perundangan tentang kesahihan pemecatan Hj Nizar, iaitu ada yang bersetuju dan ada yang menentang. Akan tetapi semua pihak, termasuk yang bersetuju dengan pemecatan Hj Nizar ini bersepakat bahawa tindakan Sultan Azlan ini tidak betul dari segi moral. Tidak mungkin pihak Istana Perak tidak mengetahui bagaimana ada ADUN-ADUN yang disembunyikan, ada di kalangan mereka yang diculik dengan menggunakan nama Raja Muda dan ada di kalangan mereka yang diugut. Apakah Istana Perak lebih terkongkong dari 'katak di bawah termpurung'?
Semua pihak termasuk veteran-veteran UMNO dan pihak yang berkecuali seperti SUHAKAM berpendapat cara pengambilalihan kuasa itu tidak bermoral. Malah golongan yang bukan Islam termasuk bekas ADUN Bukit Selambau lebih bermoral dalam menanggapi isu-isu ini. Rakyat negeri Perak tanpa mengira agama kecuali penyokong tegar UMNO melihat tindakan BN yang kemudian diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai tidak bermoral. Tiba-tiba Hj Harussani boleh membenarkan tindakan yang tidak bermoral atau berakhlak seperti ini. Sekiranya usaha melompat parti ini ada melibatkan unsur rasuah seperti yang dikhuatiri, maka adakah kenyataan Hj Harussani ini tidak boleh dilihat sebagai bersekongkol dengan golongan perasuah dan pemberi rasuah.
Hampir sepakat para ulama bahawa rasuah adalah antara dosa-dosa besar yang sangat dimurkai oleh Allah swt. Tiba-tiba Hj Harussani mengiyakan pembentukan sebuah kerajaan secara rampasan kuasa yang rakyat begitu meyakini terdapat unsur-unsur rasuah. Tindakan Hj Harussani sememangnya akan menyebabkan institusi mufti akan dipandang hina bukan sahaja oleh orang bukan Islam, malah oleh orang Islam sendiri. Sudah ramai pelayar internet menyeranah beliau dalam buku pelawat website Pejabat Mufti Perak. Selepas ini diyakini, sekiranya beliau berceramah di mana-mana orang Islam yang tidak berpuashati dengan pendirian beliau akan menyoal dan mempertikaikan tindakan beliau. Beliau tidak lagi akan dihormati sebagaimana sebelum ini.
Mungkin beliau tersilap kerana diperangkap oleh media sebagaimana yang berlaku kepada Almarhum Ustaz Ishak Baharom. Namun demikian, selepas beliau mengulang-ulangkan pendirian beliau beberapa kali, maka situasinya telah dilihat berbeza. Kalau benar beliau adil beliau boleh menyanggah tindakan Hj Nizar dan pada masa yang sama beliau mesti juga menyatakan pendirian Islam tentang pembentukan kerajaan secara rampasan kuasa yang diyakini terdapat unsur-unsur rasuah. Malangnya beliau hanya bertindak dengan menyebelahi satu pihak. Beliau kelihatan tidak jijik dengan budaya mengkhianati amanah rakyat dan amalan rasuah yang merupakan antara perkara yang dimurkai oleh Allah swt. Sepatutnya sebagai seorang mufti beliau gerun untuk tumpang sekaki seperti ini.
http://telaahpolitik.blogspot.com
Tuesday, February 17, 2009
LLM, LEKAS, IJM, DENGAN DIBANTU OLEH MPS BERTINDAK UMPAMA YAHUDI DI BUMI MARGOSA
Friday, February 13, 2009
KENYATAAN AKHBAR- PEMBOHONGAN LLM DAN SEKUTUNYA
KENYATAAN AKHBAR
MERUJUK KEPADA KENYATAAN AKHBAR OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEKAS SDN. BHD. DI DALAM AKHBAR BER1TA HARIAN SERTA AKHBAR SINAR HARIAN PADA 12HB. FEBUARI 2009
SAYA SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK LEBUH RAYA LEKAS YANG MELALUI JAJARAN CADANGAN TAMAN BUKIT MARGOSA MENAFIKAN BAHAWA KERJA PENUTUPAN DAN PEMBINAAN AKAN BERMULA PADA 16HB FEBUARI 2008. KERANA PENDUDUK BELUM LAGI MEMBERIKAN SEBARANG PERSETUJUAN DAN KEBENARAN.
IANYA TERMAKTUB DI DALAM MINIT PADA 19HB NOVEMBER 2009 DI BAWAH PERKARA 1.2.1, PERKARA 1.2.2 DAN PERKARA 2.4
SELARAS DENGAN PERSETUJUAN YANG DICAPAI IAITU BAHAWA PIHAK PENDUDUK AKAN MENERIMA ATAU MENOLAK JAJARAN INI SELEPAS MENERIMA DOKUMEN YANG DIPOHON DARI PIHAK LLM BAGI KAJIAN PEGUAM DAN JURUTERA LANTIKAN KAMI.
SEHINGGA HARI INI KITA HANYA MENERIMA 2 DOKUMEN SAHAJA YANG MENYEBABKAN KAJIAN TIDAK DAPAT DIBUAT SETERUSNYA TIADA SEBARANG PERSETUJUAN DIBERI.
OLEH ITU TIDAK TIMBUL KERJA AKAN BERMULA PADA 16HB. FEBUARI 2009 SEPERTI DAKWA BELIAU. SEKIRANYA DITERUS JUGA IANYA ADALAH KERJA HARAM YANG MELANGGAR PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG.
OLEH ITU SAYA MENYERU KEPADA. SEMUA PENDUDUK BERSABAR DAN PIHAK AJK TELAH PUN MENYERAHKAN KEPADA PEGUAM DAN SURAT MAKLUMAN TELAH DIHANTAR KEPADA SEMUA TERBABIT TERMASUK KEPADA Y.B. DATO’ MENTERI BESAR DAN POLIS.
DAN PADA 16HB KITA AKAN BERKUMPUL SECARA AMAN BERSAMA PEGUAM KITA BAGI MELAHIRKAN BANTAHAN KITA DAN TERUSKAN MUNAJAT KITA KEPADA ALLAH AGAR DITURUNKAN BALA KEPADA MEREKA YANG BERTINDAK ZALIM ATAS KITA .
Zakaria bin Sheikh Othman
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Taman bukit margosa
12hb. Feb 2009
