TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, April 17, 2009

LEBUHRAYA LEKAS PENDUDUK TAMAN BUKIT MARGOSA FAIL INJUKSI DIMAKAMAH TINGGI SEREMBAN


Setelah berbagai usaha dilakukan dan tiada sebarang jalan penyelesaian dari pihak berkuasa yang memandang sepi rintihan penduduk., Penduduk Taman Bukit Margosa pada 2hb April telah memfailkan injuksi di Makamah Tinggi Seremban bagi maksud mendapatkan keadilan.
Perbicaraan injuksi akan diadakan pada 4hb Mei 2009 Jam 9.00 pagi di bilik Makamah Tinggi 1

Setakat ini Jawatankuasa Bertindak telah memaklumkan bahawa injuksi adalah mereka yang telah lengkap segala data yang diperlukan dimana peringkat pertama melibatkan 224 buah rumah dengan 337 orang penama dan hampir 1500 isirumah
Kita masih ada lagi 80 pemilik rumah dimana dokumen tidak lengkap yang akan dimasukan bagi peringkat kedua.
Melihat kepada keputusan makamah beberapa kes seperti di Perak kita juga sebenar rasa ragu-ragu samada ianya tidak diganggu oleh tangan-tangan politik. Kita berserah lah kepad Allah
Oleh itu saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak mengharap penduduk yang terlibat serta kenalan dapat memberi sokongan mendoakan kejayaan kmai sertak hadir beramai-ramai pada 4hb mei ini.
BANJIR KETIGA
Pada subuh 15hb April 2009, Taman kami dilanda banjir buat kali ketiga. Sehingga kini tiada usaha dilakukan oleh pihak yang bertanggung jawab. Mereka terus angkuh meneruskan pembinaan. Tiada langsung rasa simpati mereka kepada penduduk. Kita telah rakamkan banjir ketiga ini dan akan dimaklumkan kepada hakim sewaktu perbicaraan.
Bercerita tentang banjir ramai tidak tahu sebenarnyanya kerana pemotongan balak di Pajam dan kawasan pembinaan jajaran yang melalui Tawan Warisan Puteri dan Jalan Pantai. Kesan banjir sebenarnya sehingga ke Kampung Ismail Ampangan. Masalah ini telah disuarakan oleh Ketua UMNO Bahagian Seremban, tetapi pihak kerajaan negeri buat tak tahu.
Sehingga kini semua berita berkaitan isu ini dihalang dari di keluarkan dalam akhbar.



LAPURAN POLIS DAN SPRM
Sehingga kini lapuran yang di buat oleh pihak jawatankuasa tiada sebarang tindakan yang diambil. Kalau di SPRM hampir 5 kali kita kepejabat membuat pertanyaan ,fail kami pun hilang. Repot polis pula tiada satu pun kenyataan dari saya direkodkan tiba-tiba bila ditanya tiada kes.
BUSUKNYA HATI TOK MAT
MBNS pulak dahlah surat kami tidak dijawab kita telah mempergunakan 2 orang iatu Wan Shamsudin serta Zahari Black memecahbelahkan perpaduan di Taman kami( Saya akan ulas nanti)

Wednesday, April 15, 2009

TAMAN BUKIT MARGOSA DILANDA BANJIR LAGI











Masih lagi angkuh, tidak langsung mendengar rintihan penduduk akhir banjir kali ketiga berlaku di Taman kami.
Bersambung

Thursday, April 2, 2009

MUFTI NEGERI SEMBILAN- DATUK MOHD YUSOF

Akhir Datuk Mohd Yusof bin Ahmad Negeri Sembilan dilantik sebagai Mufti Negeri Sembilan berkuatkuasa 1hb April 2009


Peringkat awalnya saya telah dimaklumkan oleh salah seorang Ahli Majlis Fatwa dan minta saya mencatatkan di dalam blog saya berkaitan kemelut berkaitan perlantikan Mufti Negeri Sembilan. Kesibukan saya buatkan saya terlupa hingga pagi tadi saya dimaklumkan kenyataan Tok Mat berkaitan mufti di dalam akhbar.

Khabarnya dari Ahli Majlis Fatwa tersebut memaklumkan bahawa Dato' Mufti Lama kita SS Sheikh Murtaza telah dipujuk agar terus kekal sebagai mufti dan ianya dimaklumkan telah dibawa kepengetahuan Para Undang yang Empat serta DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tengku Mukris. SS Sheikh Murtaza setelah dipujuk, akhirnya bersetuju dan akan memulakan tugas dalam seminggu dua ini . Itu waktu ketika demostrasi PSMI.

Inilah yang saya jawab kepada mereka yang ingin tahu perkembangan isu Mufti NS.

Namun 2 minggu yang lepas Ahli Majlis Fatwa tersebut bercerita kepada saya berapa kecewanya bila maklumat di atas tersasar akibat mainan pihak tertentu.

Beliau juga memaklumkan betapa jahat mereka yang terbabit apabila syarat untuk mengekalkan SS Sheikh Murtaza ialah Ustaz Zaidi dan rakannya di dalam jabatan Mufti ditukarkan ke jabatan lain. Alasan yang diberi kerana hendak membersihkan jabatan mufti.

Jika tidak jawatan mufti akan diberikan kepada mereka yang lebih muda seperti yang dikehendaki oleh Tok Mat. Siapa lagi?.

Khabarnya juga beliau merasa terkilan kerana Tok Mat masih angkuh mengganggu pentadbiran agama. Masih terus angkuh walaupun dah kalah d PAU. Tak tahu apa yang dimarahkan sangat kat Ust. Zaidi dan rakan? Tapi kita percaya kerana ketegasan Ust. Zaidi mempertahankan Islam terutama Fatwa Jom Heboh.

Beliau turut berkata bahawa Ust. Zaidi dan rakan-rakan telah ditohmah membawa fahaman Wahabi oleh Si ulamat muda . Ulamak muda memaklumkan pada DYMM YDP Besar bahawa fahaman Wahabi bukan saja telah berkembang tetapi telah bertapak di Jabatan Mufti.

Bagi elak ulamak muda dilantik maka kompromi dibuat untuk lantik Datuk Yusof sebagai Mufti dan Ust. Zaidi dan rakan dikekalkan. Kita dikhabarkan juga dengan perlantikan Datuk Yusuf rakan Ust Zaidi akan kekal tetapi Ust. Zaidi akan meninggalkan jabatan Mufti menyambung pelajaran.

Kita juga dikhabarkan kesihatan Datuk Mufti kita yang baru ini agak kurang serta masalah penglihatan beliau . Dengan itu kita jangka 2 hingga 3 tahun sahaja kemampuan beliau untuk memberikan khidmat.

Kita dapat menghidu bahawa Datuk Yusuf mungkin setahun sahaja dilantik kerana faktor usia dan kesihatan beliau ini, dan ianya akan buka ruang untuk Tok mat melantik ulama muda dan profesional sebagai mufti

Bagi kita jika 3 Tahun kita rasa keyakinan jawatan beliau tidak tergugat kerana tempoh itu kita yakin InsyAllah Pakatan Rakyat akan perintah N. Sembilan

Apa khabar Si Fuad , Banyak cerita berkaitan Si Fuad yang dimaklumkan oleh ahli majlis fatwa . Seperti jawapan beliau "Mana ese tahu starbuck tu yahudi' Agak-agak bila minta fatwa boleh kita yakin tak'fatwa yang dikeluarkan. Yang pasti sahabat saya yang merupakan orang kuat istana bila saya tanya tegaskan Si Fuad pasti tak akan dilantik' Nanti saya sambung.









Friday, March 20, 2009

USTAZ KHAIRUL AZHAR - PAS NEGERI SEMBILAN KEHILANGAN PEMIMPIN MUDA YANG BERPOTENSI





USTAZ KHAIRUL AZHAR - MATI MU MATI DIDALAM PERJUANGAN






Sedang sibuk mengurus dokumen bagi injuksi mahkamah kes Taman Bukit Margosa, saya menerima SMS dari keluarga arwah Cik Gu Azmi yang merupakan jiran baru saya memaklum Arwah dimasukan ke wad CCU kerana di serang denggi berdarah.
Beliau yang di kenali K.A kepada semua ahli Unit Amal N.Sembilan yang berhubung melalui PTT, di kenali ramai kerana senantiasa menjadi Pengerusi Ceramah di majlis anjuran Pas terutama di Surau Hitam.


Malamnya sewaktu sedang berlajar berjanzi bersama rakan di surau, Cik gu Azmi datang memaklumkan keadaan kritikal arwah di mana degup jantung telah berhenti dan beliau akan ke Hospital dan mohon rakan dapat menengokan rumah beliau.


Gagal menghubungi rakan PTT saya terus menalipon Sdr. Zulkarnain Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan Seremban dan ketika itulah panggilan masuk dari Cik Gu Azmi yang memaklumkan pemergian Ust. K.A.


Walaupun tidak berapa rapat dengan beliau tetapi beberapa kenangan bersama terbayang difikiran terutama melihat kehebatan kali terakhir beliau mempengerusikan ceramah yang di hadiri oleh Haji Mat Sabu di Taman Tunku Jaafar.


Antara kenangan yang timbul ialah melihat beliau tenang menguruskan progrem selaku setiausaha kontigen PAS ke PRK Kuala Terengganu. Terserempak dengan beliau di Masjid Gemencheh. Berborak bersama di majlis kenduri Cik Gu Azmi, dan minum bersama selepas ceramah Mustafa Kamil Ayub di Surau Hitam.
Ianya lebih terharu bila terkenang perancangan kami di mana pada 21hb Mac beliau sebagai naqib Majlis Ta'aruf Usrah keluarga saya, Keluarga Ar-Rahman. Nama beliau dicadangkan oleh Ust. Nazri. Masih tergiang di teling kata beliau , Sheikh 21hb ana tak ada progrem tapi ana akan maklumkan ,mungkin ken cari ustaz ganti'. Rupanya memang keluarga kami kena cari Ust bagi gantikan beliau selama-lamanya. Progrem usrah keluarga tetap diteruskan dan saya sedang mencari penggantinya.
Untuk mu K.A pergi mu dijemput Allah dimalam jumaat yang penuh rahmat dengan cuaca panas bertukar mendong ketika jenazah mu dibawa dari Masjid Taman Paroi Jaya ke Makam Tuan Haji Said. Sesungguhnya di dunia lagi Allah telah tunjukan kemuliaan atas diri mu. Kamu pergi sama seperti perginya Armarhum Dato' Presiden kita.Mati mu , mati di dalam perjuangan.
Kami sekeluarga mendoakan kamu dimasukan Allah di dalam gulongan orang yang beriman serta insan yang terpilih. Alfatihah




Monday, March 2, 2009

GAMBAR 1 BANJIR NAJIS DI TAMAN BUKIT MARGOSA DAN TAMAN TELAWI
















BANJIR NAJIS DI TAMAN BUKIT MARGOSA DAN TAMAN TELAWI













Akhirnya kini pasti. Bantahan penduduk selama ini di atas jajaran Lebuhraya Lekas Taman Bukit Margosa akhir terbukti. Kalau banjir pertama banjir lumpur, kali ini banjir kedua banjir najis yang juga turut menjadi mangsa adalah jiran kami iaitu Taman Telawi.

Keluhan dan rintihan penduduk Taman Bukit Margosa selama ini di perlekeh tetapi Allah menunjuk bukti. LLM dan sekutunya yang bertindak umpama Yahudi di Margosa terus angkuh mendakwa jajaran ini tak boleh di ubah?
Kesibukan pemimpin UMNO berpolitik hingga rintihan penduduk tidak langsung dihiraukan. Pihak berkuasa tempatan selama ini bila bencana berlaku saling tuduh menuduh.
Mustahil tambahan RM60 juta suatu jumlah yang tinggi untuk dibelanjakan bagi keselesaan 2000 ribu rumah penduduk. Jambatan bengkok boleh dibatal dengan pampasan RM400 juta kepada 1 kontraktor saja dan projek pelupusan sampah di Semenyeh di batal dengan pampasan hampir RM600 juta.
Apalagi hendak diharap pada kerajaan yang ada

bersambung...........

Monday, February 23, 2009

TANAH KUBUR PUN KITA TAK DAPAT LETAK HARAPAN PADA UMNO UNTUK URUSKAN












Di daerah Seremban ketika ini terdapat 3 kawasan Perkuburan Utama iaitu Makam Tuan Haji Said, Tanah Perkuburan Paroi Jaya dan yang terbaru Tanah Perkuburan Senawang.




Satu ketika di zaman Tok Isa ianya menjadi kelam kabut apabila tanah di sekililingnya di beri kepada orang UMNO yang kemudian di jual kepada saudagar Cina dan tanah perkuburan baru dibuka di Senawang. Khabarnya bila rungutan dari orang ramai tersebar pula ia tak jadi dan keluarga india di situ diberi tanah di tempat lain dan Makam Tuan Haji Said di besarkan dengan tambah kawasan seluas 5 ekar.




Bila zaman Tok Mat kerja-kerja tanah dimulakan. Ianya menimbulkan banyak pertanyaan. Ada yang bercerita bila ditanya kepada Tok Mat, Beliau maklumkan bukan beliau tetapi kelulusan di beri pada zaman Tok Isa. Mustahil kelulusan bangunan pun zaman Tok Isa


Makam Tuan Haji Said sepatutnya menampung penduduk di sekitar Ampangan, Sikamat membawa hingga ,Lobak , Templer, Seremban , Rasah dan sekitarnya . Manakala kita melihat tanah perkuburan di sebelah stadium yang kecil sahaja, nak tampung orang Taman Paroi Jaya pun tak cukup.

Melalui pengalaman uruskan jenazah kadangkala permintaan keluaraga tidak dapat dipenuhi bagi memilih kawasan tanah perkuburan yang berhampiran. Tanah perkuburan stadium tidak mampu menampung penduduk taman di sekitarnya apakan lagi jenazah yang dibawa dari luar kariah.
Adakalanya jenazah dari Senawang tidak dikebumikan di Makam Tuan Haj Said dan tanah perkuburan di Senawang bukan pilihan penduduk Senawang.
Kini pilihan banyak di tanah perkuburan Stadium kerana di Makam Tuan haji Said pengurusanya kelam kabut . Jenazah yang dikebumikan dilereng bukit tidak jadi pilihan.

Permasalahan tanah perkuburan ini pernah disuara kepada rakan UMNO di Kampung Bukit Temiang. Tapi jawapan mereka bila kita mati apa nak tahu, biar yang hidup uruskan. Kita pun tak tahu mati kita esok keluarga dapat tengok mayat ke tidak.

Seharusnya mesti dibuat penyeragaman. Apa akan terus kekal budaya melayu bila melalui kawasan kubur takut hantu kubur. Sedangkan kawasan kubur itu satu dari iktibar agar manusia sentiasa ingat mati itu pasti datang dan bersiap sedia untuk menghadapi.

Tidak kira dia orang besar ke? , pangkat besar?, kuasa besar ke ? mati tetap datang . Benarlah apa yang dikatakan oleh Dato' Hasan Ali, Umno nie dalam kamus ilmu perancangan bandar tidak difikirkan langsung kawasan kubur, hanya hidup, hidup, hidup.

Inikah kerajaan UBN yang hendak kita terus harapkan memimpin serta mentadbir kehidupan kita?Nak uruskan kubur pun kelam kabut. Jom pakat sokong PAS.

Sunday, February 22, 2009

KENANGAN DI KUALA TERENGGANU







KEBERANIAN SEORANG PENARI BECA


Dalam kesibukan menguruskan perniagaan dan isu Lebuhraya Lekas Taman bukit Margosa teringat akan permintaan sahabat untuk menulis pengalaman PRK Kuala Terengganu.

Saya ada maklumkan kepada sahabat , tak perlulah kerana pengalaman yang tak sama dengan di PRK Permatang Pauh, petugas PAS NS hanya di arahkan meramaikan majlis je di samping menghantar risalah dan jangan terlibat dengan pertembungan hujah dengan penduduk tempatan. Yakni hantar risalah ke rumah pengundi sahaja kecuali kalau penduduk sendiri memulakan bicara.



Tambahan pula sudah banyak lawan web dan blog yang membuat ulasan berkitan RPK Kuala Terengganu. Kita dah nak masuk ke PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kalau nak rasa pengalaman jom kita turun ramai membantu Kontigen PAS NS.

Diatas saya paparkan beberapa gambar kenangan antaranya KEBERANIAN SEORANG PENARIK BECA DAN RUMAH PENDUDUK KUALA TERENGGANU yang bersebelahan dengan rumah calun BN.



Mereka yang membaca Suara Keadilan mungkin telah membaca kisah Pak Cik ini. Tapi untuk rakan yang di Taman Margosa dan Kampung Bukit Temiang yang masih takut lagi lihat lah , Tidak malu ke k1ta? Kita yang berpendidikan tinggi , mudah mendapat maklumat, punya sedikit kewangan masih takut setakut-takutnya untuk menyokong dan menyatakan kebenaran. Pak cik tua nie lebih mulia dari kita.

Kekadang kita terlupa bila kita mati , dikapan dan ditanam. Bila kita buka mata , hanya dinding tanah liang lahat di depan kita.

Teringat kuliah Ust. Shamsuri Ahmad, berkaitan sembang beliau dengan Taukeh Money Changer. 'Ustaz cari banyak manapun, saya tambah lagi banyak cawangan kedai untuk tambah untung saya, tapi penghujungnya saya mati perlu 3 keping je kain kapan ustaz".

Jom infaq sikit kat perjuangan dengan membantu Kontigen PAS NS ke PRK Bukit Gantang












Thursday, February 19, 2009

HA HA, HI HI, HU HU - INI BUKAN KETAWA GUMBIRA TETAPI KETAWA SEDIH







Si Fuad buat hal lagi. Di kuliah beliau isnin lalu disamping belasah PAS beliau mendakwa isu jam 50k jadi bahan cerita.



Ha Ha, Hi Hi, Hu Hu ketawa gumbira - Kita Tak kisah walau 5 juta sekalipun , bagus kita turut bangga sebagai orang melayu kerana adanya melayu seperti Si Fuad yang telah mampu pakai jam nilai RM50k.
Tetapi sebagai orang islam yang di iktiraf olek kerajaan BN N.Sembilan sebagai Tokoh ulamak muda dan mendakwa dirinya ahli sufi ape rupa dan implikasinya. Sendiri mahu ingat lahh

Satu lagi ha ha, hi hi, hu hu. ketawa sedih . Seorang yang mendakwa ahli sufi dan dicanang seantero Malaysia dan dunia arab oleh anak murid mendakwa " MANA SAYA TAHU STARBUCK ITU MILIK YAHUDI.' Apa sudah hilang akal ini orang kah.


CzackPY : Lihat sahabat ku Si Ahli Pas yang menghadiri kuliah Si Fuad. Agak-agak anak-anak kita yang sedang belajar di Pasti boleh sanggah tak dakwaan Si Fuad nie.

Untuk sahabat kuSi Rauf bertuah anda tidak berabang iparkan beliau. Kalau di Masjid Negeri dulu kau duduk belakang tetapi nanti kita rancang bila kuliah Si Fuad nak mula je kita terus duduk depan dia . Kita lihat ape dia nak cakap. Jangan dia jadi macam orang taman kita berwirid apa lagi..... apa lagi... apa lagi....Dunia akhir zaman.