TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, June 15, 2009

RETAK MENANTI BELAH















DI SAMPING BANJIR UNTUK KALI KEEMPAT DI TAMAN BUKIT MARGOSA PIHAK JAWATAN KUASA DIMAKLUMKAN OLEH PENDUDUK DI JALAN MARGOSA 18 BAHAWA KERJA YANG DIJALAN OLEH IJM TELAH MEMBERIKAN KESAN GEGARAN YANG MENGAKIBAT RETAKAN BARU.










SUDAHLAH BANJIR KALI KE 4 TIDAK DIHIRAUKAN. INIKAN PULA RETAK YANG DIDAKWA OLEH IJM BUKAN KESAN KERJA PEMBINAAN YANG DI JALANKAN OLEH MEREKA.

HARAPKAN SIAPA LAGI UNTUK KITA MENGADU HANYA DI MAHKAMAH SAJA PELUANG YANG ADA





LAGI GAMBAR BANJIR KALI KE 4
















BANJIR KALI KE 4 NAJIS DAN LUMPUR DI TAMAN BUKIT MARGOSA DAN TAMAN TELAWI

Dakwaan dan kerisauan penduduk selama selama ini terbukti bila pada jam 3 petang 13hb Jun 2009 banjir melanda lagi kesan dari pembinaan lebuhraya LEKAS jajaran taman kami.

Dulu mereka dakwa banjir kerana fenomena yang berlaku dsema tempat. Tapi kini apa alasan lagi nak diberi. Air Lumpur warna kuning kemudian bercampur dengan najis.

Banjir hanya di Margosa je dengan hujan sekejap dan tak lebat pun.

Mana pasukan pemantau LEKAS atau Prihatin. Kontrator IJM sekarang bekerja tanpa ambil kira keselamatan penduduk, habuk ,becak , lumpur dan bekerja hingga malam dan menganggu majlis di surau.

Keretakan baru rumah di kesan di jalan Margosa 18. Itupun LEKAS dakwa belum mulakan pembinaan dan keretakan bukan disebabkan oleh mereka. Apa LEKAS ingat kami penduduk Taman Bukit Margosa ini semuanya bodoh dan boleh dicucuk hidung . Demi menyokong LEKAS harta kami punah pun tak pa lah semua untuk pembangunan. Lawan kerajaan dosa besar nanti masuk neraka













Sunday, June 14, 2009

TIADANYA NILAI SIJIL PERAKUAN SEGERA KAMI

Memang malas untuk menulis, terasa bosan bila berlawan dengan orang UBN dengan isu yang sama. Tapi maklumat harus disampaikan . Hati tertanya-tanya bagai mana ingin sampaikan berita kepad penduduk berkaitan dengan kes injuksi Taman Bukit Margosa.

Kes ini ditangguhkan untuk kali ketiga dengan alasan hakim dibilik mahkamah 1 masih belum dilantik. Kita faham alasan ini. Tapi kita bertanya apa nilai sijil perakuan segera yang kita failkan bersama injuksi dan writ saman pada 4hb april 2009.

Apa ertinya injuksi kalau projek dah siap tarikh injuksi tak kunjung tiba. Kita bertanya tiada dalam sejarah injuksi dengan sijil perakuan segera terbiar berbulan-bulan. Selama ini injuksi selewat-lewatnya 7 hari. Walaupun tiada hakim ianya akan dipindahkan ke Makahmah 2 atau hakim dari Kuala Lumpur dibawa atau kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi yang berdekat seperti Mahkamah Tinggi Melaka.

Seharusnya dengan kes injuksi mahkamah yang melibatkan kerja-kerja pembinaan ianya dibicarakan dengan segera. Penangguhan tarikh dengan pembinaan tetap diteruskan sebabkan tiada ertinya injuksi. Projek siap tarikh injuksi tak dapat lagi. Buat pertama kali kakitangan mahkamah hanya dapat menyatakan, maaflah ianya bukan dibawah bidang kuasa mereka dan buat pertama kalinya juga mahkamah tidak dapat memenuhi keperluan serta prasyarat sijil perakuan segera. Oh Malaysia tanahairku.

TAHNIAH KEPADA YB TAUFIK ADUN PAROI

Sekalung tahniah di ucapkan kepada YB Paroi atas pelantikan beliau sebagai AJK PAS Pusat. Juga tidak ketinggalan kepada Ybhg. Sdr Zulkifly Omar yang masih diberi kepercayaan selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Dengan ini kita telah ada 2 wakil dalam AJK PAS pusat yang saya kira akan memantapkan PAS NS dalam rangka kita PR menawan NS pada PRU ke 13.

Harapan ahli PAS Kawasan Seremban dengan 2 wakil ini bakal memantapkan PAS NS serta dapat menyelesaikan permasalahan PAS di NS yang totok berpegang kepada adat pepatih amnya dan PAS Kawasan Seremban khususnya.

Mahu tidak mahu dengan suasana politik masakini, dengan momentum rakyat ingin melihat UBN ditumbangkan, semua yang di dalam PR harus menyediakan segala kelengkapan bagi dengan izin ALLAH menerima amanah untuk memimpin kerajaan PR N. Sembilan.

Semua ahli PAS mahupun PR harus mengerti bahawa N.Sembilan mempunyai banyak kesamaan dari semua segi seperti sosioekonomi, politik ,demografi kependudukan dan sebagainya kecuali sumber pendapatan Negeri yang jauh lebih kecil dibandingkan dengan negeri Perak.

Oleh itu segala usaha dengan rakan dalam PR harus digerakan mulai sekarang dan bergerak selaku 'kerajaan menanti'. Penyediaan bakal calun wakil rakyat mahupun calun jawatan utama di dalam GLC dan sebagainya harus dikenalpasti mulai sekarang kerana kita tidak mahu ianya akan menjadi seperti Perak yang dirampas hak sah memimpin negeri itu.

Untuk peringkat awalnya agihan tugas dimana Pj NS menumpukan usaha memantapkan PAS NS manakala YB Paroi menumpu kepada mengenalpasti serta menggilap hubungan denga ketua-ketua Jabatan Kerajaan, PBT dan GLC dan sebagainya di Negeri Sembilan.

Umum mengetahui selepas sasaran 16 September tersasar, ramai Ketua Jabatan Kerajaan,Ketua PBT dan GLC yang dulunya cukup akrab (mungkin nak jaga talian hayat agaknya)mulai menunjukan taring dan mula menjarakkan diri dan memberikan kerjasama kelas dua kepada ADUN PR.

Contohnya kelewatan pemilhanan Dato' Bandar, di Perak mungkin kita boleh memaafkan kerana kita diberikan kuasa secara tanpa persediaan .Tetapi kiranya esok terjadi di Negeri Sembilan pengundi akan persoalkan mengapa tidak belajar dari kejadian di Perak.

Kita juga harus ingat harapan rakyat NS amat besar mahu melihat PAS dan PR menguruskankan negeri ini seperti mana di 5 negeri yang diperintah oleh PR. Kita juga baru sedar mengapa Allah berikan kemenangan PR di 5 negeri sahaja? Rupanya benarlah janji Allah kamu merancang, Allah pun merancang, dan rancangan Allah itu lagi maha hebat.

Sesungguh Allah memberikan hanya 5 negeri sebagai ujian serta pelajaran bagi penyediaan serta menyiapkan diri bagi memikul amanah memimpin negara Malaysia.

Kita punya masa tak sampai 4 tahun untuk menyiapkan diri dalam semua aspek dan seharusnya segala permasalahan besar mahu kecil harus diselesaikan. Benda-benda kecil dan titik bengek ini diketepikan kerana kita ada agenda yang lebih besar selaku kalifah di mukabumi ini.

Dan untuk sahabat ku Zul cukuplah bergerak kesana sini mewiridkan tentang wa'la. Dengan kepimpinan baru yang sah diberikan oleh Dato' Presiden saudara tahu pada siapa harus diberikan wa'la. Cukuplah dan hentikanlah kita punya amanah yang lebih besar membantu pimpinan negeri dan pusat memimpin rakyat membina dan menyediakan laluan ke akhirat.

Saturday, June 13, 2009

BANJIR KALI KE 4 NAJIS DAN LUMPUR DI TAMAN BUKIT MARGOSA DAN TAMAN TELAWI

Jam 3 Petang tadi banjir kali ke 4 melanda Taman Bukit Margosa. Tiada sesiapa pun baik dari LEKAS, IJM Pihak berkuasa Tempatan mahupun kumpulan Prihatin yang datang menjengok.

Kali ini bamjir lumpur bercampur najis.

Gambar serta ulasan akan dimaklukan

Thursday, June 11, 2009

KERETAKAN BARU YANG DIKESAN

LEKAS dengan kontraktor mereka IJM terus rangkus melanyak tanpa menghirau kekotoran,keselamatan penduduk. Turut meneruskan pembinaan kadangkala sehingga waktu malam. Kita tertanya mana perginya kumpulan PERIHATI? Oh....saya terlupa kerana rumah mereka jauh dari jajaran.
Keretakan baru yang dikesan. Mungkin LEKAS mendakwa saya tidak ada kepakaran. Tetapi adakah keretakan itu terjadi dengan sendiri tanpa sebab musabab?. Mungkinkah bila ada nyawa yang terkorban baru ada tindakan.
Ketika itu perihatin saje sudah terlewat dan tidak bermakna lagi
.
Tiada tempat lagi untuk kita mengadu. Kita terus dizalimi.
Hanya Doa sahaja yang dapat kita panjatkan kepada Allah.
Ya Allah kau lindungi kami penduduk Taman Bukit Margosa dari sebarang malapetaka. Kau satukan hati kami untuk berjuang mempertahankan hak kami yang dizalimi dan Ya Allah
berikanlah kemenangan di atas perjuangan ini.
Amin






Monday, June 8, 2009

AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA 1

Terasa bukam dihati melalui minggu yang menyemakan perasaan. Hari-hari sebelum memulakan perjalanan ke negeri Serambi Mekah.

Banyak perkara berlaku yang membuatkan kepala ligat berfikir. Sedang usaha keatas injuksi mahkamah yang menuntut segala tumpuan tenaga mental dan fizikal beberapa perkara timbul yang membuatkan perasaan berbaur dengan rasa sedih marah, geram dan ada yang menggelikan hati. Namun semuanya akan dijadikan azimat didalam meneruskan perjuangan.

Fikiran yang beserabut dengan kes leburaya LEKAS tiba-tiba di tambah dengan cerita yang menambahkan keserabutan fikiran antaranya mengenai maklumat bahawa kes injuksi akan ditangguhkan lagi kerana tiada lagi hakim mahkamah tinggi seremban serta tarikh kes bertembung dengan minggu di mana mahkamah bercuti.

Menerima panggilan telefon yang menegur tulisan berkaitan kemelut Pas Seremban. Dikunjungi oleh wakil Dewan Ulamak Pas Negeri Sembilan berkaitan tulisan mengenai Si Fuad

Manakala menggelikan hati bila diceritakan oleh rakan-rakan bahawa terdapat penduduk yang menyatakan dalam Al-Quran pun tercatat kita tak boleh menyaman majikan kita.

Menyakitkan hati pun bila dihubungi oleh wartawan Sinar yang meminta ulasan berkaitan tulisan saya mengenai kemelut Pas kawasan Seremban. Apa yang menyakitkan hati selama ini kes injuksi oleh penduduk Taman Bukit Margosa amat sukar untuk mendapatkan liputan media. Sedangkan ianya sebenarnya satu kes yang besar dimana kami dizalimi. Kes ini juga mengambarkan pembohongan yang besar slogon BN dimana 1Malaysia rakyat didahulukan.

Benarlah usaha dibuat untuk memboikot akhbar Sinar kerana isu yang lebih utama ditutup tetapi jika ada berita yang boleh pecahbelahkan Pakatan Rakyat tiada segan silu mereka akan telefon untuk dapatkan maklumat.

Bersambung.......

Thursday, May 28, 2009

KEMELUT PAS SEREMBAN 1

Berkaitan dengan berita dalam Sinar harian mengenai isu di atas,ingin saya ucapan terima kasih pada rakan-rakan yang memberikan pandangan melalui email, sms dan panggilan telefon.


Kesibukan dengan kes Mahkamah Taman Bukit Margosa tidak membolehkan saya mengulas dengan segera.


Isu ini akan saya ulas kemudian setelah saya bertemu seseorang yang lama di dalam Pas Seremban serta kembalinya saya serta keluarga dalam perjalanan ke Pantai Timur

Wednesday, May 20, 2009

PUSINGAN U-TURN OLEH WAN SAMSUDIN

Gambar Wan Shamsudin sewaktu Taklimat bersama peguam pada 25hb Disember 2007.


Banyak lagi gambar beliau di dalam simpanan AJK sewaktu majlis bersama peguam., termasuk gambar beliau mengangkat tangan tanda persetujuan melantik peguam serta tindakan injuksi diambil keatas LEKAS serta saman kepada Lancar Indah demi keadilan keatas penduduk yang dizalimi.

Peringkat awal kita lihat dia lebih banyak bertanya berkaitan pampasan ke atas beliau sebagai "second buyer". Pada taklimat bersama peguam pada 26hb Febuari 2009 ada tercatit beliau menyaran serta mendesak peguam agar Injuksi ke atas LEKAS dibuat dengan segera.

Atas dasar kita melihat akan keperihatinan beliau, penduduk melantik beliau sebagai Penasihat Surau Taman Bkit Margosa

Tak sampai seminggu dari tarikh tersebut beliau secara senyap mengadakan pertemuan dengan LEKAS dan mendapatkan sokongan dari pemimpin taman seperti Wahid Naton seorang pesara dan Iman Surau, Dr Amin Mahir seorang Pensyarah di UPM yang merupa Penasihat surau, Ust. Jepri Bahari, seorang Hakim Makamah Syariah dan Naib Pengerusi Surau.

Beliau juga mendapat sokongan pimpinan permuafakat 7-11 iaitu En. Idris, Norazam serta Dr. Hasnah.
Permuafakat 7-11 adalah mereka-mereka yang kebanyakannya bekas AJK surau yang tidak mendapat tempat dalam sebarang jawatan dalam pertubuhan taman ( saya akan ulas nanti) serta mempunyai masalah peribadi dengan saya serta beberapa AJK.

Sebelum ini walaupun terdapat perbezaan pendapat namun apa saja progrem taman yang dianjurkan, semua terlibat dengan ketepikan perbezaan pendapat.
Namun bila watak Wan Samsudin timbul dengan dakwaan beliau pakar strategik perpaduan taman retak dari perbezaan pendapat bertukar kepada permusuhan peribadi. Beliau angkuh mendakwa rapat denganMBNS dan sering menjaja SMS MBNS.

Mereka bergerak dengan nama perihatin mengedar borang untuk kumpulkan tandatangan penduduk dengan membawa mesej tindakan AJK bersetuju terima terowong merugikan penduduk(yang merupakan fitnah) serta kembali menerima jejantas serta mohon susur masuk dan susu keluar.
Surat Perihatin yang didakwa ditulis oleh En. Idris tetapi kita dimaklumkan dibuat oleh Norazam kini digunakan oleh LEKAS sebagai ekshibit menolak injuksi penduduk.
Perbuatan beliau itu sebabkan kini sesiapa yang hadir ke surau akan dicop menyokong jawatankuasa bertindak dan dipulaukan oleh mereka . Wahid Naton letak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi KRT dan Imam Surau, Dr. Amin dan Wan Shamsudin sendiri letak jawatan sebagai Penasihat Surau.


Carian kami di laman web UMNO menunjukan beliau adalah

Semakan Keahlian UMNO Sehingga 31 Dis 2007

Nama : WAN SHAMSUDIN BIN WAN YAHYA
No KP : 4913340 / 550308115055

KEAHLIAN UMNO dan DAFTAR PEMILIH

Keahlian : 02293576 / AHLI BIASA
Kod Lokal : 1043112018
Cawangan : SEKSYEN 22
Petiundi : USJ 4

DUN : KAMPUNG TUNKU
DUN PENGUNDIAN : SUBANG JAYA

Bahagian : PETALING JAYA UTARA
Parlimen : KELANA JAYA
Negeri : SELANGOR

Beliau yang membuat pusingan U dari menyokong penduduk kepada pencacai LEKAS kini berkeliaran dalam taman memujuk penama dalam injuksi menarik diri agar injuksi penduduk gagal dengan alasan LEKAS akan menyaman penduduk jika kerja-kerja LEKAS tergendala. Dan untuk dapat susur keluar masuk kena terima jajaran haram ini.

Ingin sekali lagi saya maklumkan kepada penduduk berhati-hati dengan pencacai ini, sekiranya ada kemushkilan dengan cerita beliau hubungi saya untuk dapatkan cerita sebenar.

Sepatutnya beliau menasihatkan LEKAS menyaman MBNS sebab dia yang keluarkan SWO dan kes kita hanya pada 10hb. Jun 2009.

Kita juga maklumkan pada Wan Samsudin sekira kes kita terjejas angkara beliau kita 338 penduduk akan saman fitnah dan gantirugi ke atas beliau. Ingat doa orang yang dizalami. Tak selesai di dunia di akhirat kita akan tuntut.
Bersambung....................................

Friday, May 15, 2009

PERIHATIN ! SIAPA DIBELAKANG MEREKA?

Menyambung tulisan saya berkaitan tindakan SMS perihatin melalui Wan Shamsudin(CW) yang mendakwa berjaya mempengaruhi Hakim agar kes tuntutan menyebelahi LEKAS.


Saya mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang menghantarkan pandangan dan cadangan berkaitan implikasi undang-undang berkaitan SMS tersebut.


Untuk warga Taman Bukit Margosa akhir terbukti pengkianatan kumpulan Perihatin ke atas kita apabila borang tandatangan yang dikumpulkan oleh mereka bagi cadangan susur keluar dan masuk digunakan oleh LEKAS sebagai eksibit bagi afidavit mencabar injuksi yang difailkan oleh penduduk.


Kita dimaklumkan 98 penduduk Margosa dan 80 penduduk Taman Ampangan telah dipergunaan oleh wakil LEKAS Wan Shamsudin bagi maksud itu. Bagi Taman Margosa 11 penama yang telah memberi persetujuan bagi injuksi serta tuntutan saman juga turut berada dalam eksibit tersebut


Kita telah memaklumkan kepada penama tersebut dan hampir semua memaklumkan kepada saya bahawa mereka tandatangan kerana antaranya mereka ingatkan perihatin itu sama dengan jawatankusa bertindak dimana ada kesamaan bagi tuntutan susur keluar-masuk, bagi di jalan Margosa 12 borang itu ditandatangani hanya untuk menjaga ukhwah penduduk jalan Margosa 12 dan yang paling nyata mereka tidak pernah memberi kebenaran untuk borong persetujuan digunakan sebagai eksibit LEKAS.


11 penduduk margosa ada surat sokongan kepada Jawatankuasa Bertindak.


Begitu juga penduduk Taman Ampangan Fasa 3 , mereka juga menyatakan bahawa penduduk hanya turunkan tandatangan sokongan susur keluar dan tidak pernah dimaklum oleh wakil Lekas iaitu Wan Shamsudin, Wahid Naton dan Norazam sewaktu pertemuan mereka dulu untuk menentang Injuksi penduduk Margosa. Ianya masalah penduduk Margosa dan penduduk Taman Ampangan Fasa 3 tiada hak campurtangan.
Kini Wan Shamsudin melalak keseluruh taman memaklumkan kepada penduduk bahawa LEKAS akan menyaman setiap individu kerana kelewatan projek serta terpaksa membayar yuran guaman bagi menentang injuksi serta saman penduduk
Inilah kebodohan yang ada kepada Wan Samsudin. Dia lupa Kes injuksi kita pada 10hb. Jun 2009 dan kerja-kerja tergendala sejak 2007 adalah kerana kerana banjir pertama dan keluarnya SWO oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.
Sebagai wakil LEKAS sepatutnya dia memberi nasihat agar LEKAS saman MBNS bukan penduduk. Apa punyanya nasihat daaaaaaaaaaaa. Macam cerita P.Ramlee daaaa. Penasihat 25%. Ada masukkkkkkkkkkkk.
Kita dikhabarkan macam-macam janji ditaburkan kepada unit ketua yang beliau lantik serta penduduk. Saya tak akan buat tuduhan tetapi terus mencari kebenaran. Mungkinkah ada penduduk yang akan dilantik kedalam kelambu LEKAS atau kerja-kerja lanskap lebuhraya jadi milik penduduk Margosa. Kalau benar tahniah lah saya akan terus mencari kebenaran khabar-khabar ini. Harapkan ianya bukan fitnah.
MENGAPA WAN SAMSUDIN(CW) INI MENJADI PENCACAI LEKAS? SEHARUSNYA PENDUDUK KENA BERTANYA KEPADA CW.
Jawatankuasa sedang mengumpulkan maklumat untuk jika dibawa CW kepada mahkamah
Bersambung..........................







Monday, May 11, 2009

KELAS MENGAJI DEWASA YANG SANTAI



Walaupun kemelut lebuhraya masih tiada penghujungnya namun kehidupan penduduk tetap diteruskan.

Kelas tajwid yang telah hampir 4 tahun masih mendapat sambutan walaupun pihak perihatin bertindak seperti keanakan apabila melabelkan kepada penduduk yang hadir ke majlis di surau sebagai menyokong pihak jawantankuasa yang sah dan dipulaukan. Ianya dinyatakan oleh penduduk yang pernah menyokong prihatin dan kini kembali dengan kesedaran bahawa puak perihatinlah yang memecahkan perpaduan penduduk taman.
Kelas kami berjalan dengan santai selama ini telah banyak menarik penduduk yang telah lama meninggalkan Al-Quran kembali menghayatinya.
Guru kelas Ust. Ramlan telah memberikan komitmen tanpa meletak harga dan tanpa memilih anak murid.
Tahniah kepada rakan sekelas, kehidupan tetap kita teruskan kerana perjuangan kita tidak akan berhenti sehingga kita dipanggil mengadap ilahi.

Friday, May 8, 2009

KINI MUNCUL LINGGAM CORRECT, CORRECT VERSI MELAYU DI TAMAN BUKIT MARGOSA

Dalam menguruskan permasalah lebuhraya LEKAS yang melalui Taman Bukit Margosa kami jawatankuasa berhadapan dengan segelintir penduduk yang menggelarkan mereka sebagai Kumpulan Masyarakat Perihatin N.Sembilan
Mereka seperti tulisan saya yang sebelumnya sering mendakwa mereka adalah masyarakat perihatin tentang permasalah penduduk taman tetapi sebenarnya pembongak yang cuba mengambil peluang dan menyokong Pemaju Lebuhraya iaitu LEKAS Sdn. Bhd dan bukan menyokong inspirasi penduduk taman yang teraniaya dengan kehadiran lebuhraya di dalam taman.

Kumpulan yang rumah mereka jauh dari jajaran lebuhraya ini sering mendakwa perihatin kepada masalah penduduk berjuang hanya untuk menaikan nilai harga rumah mereka tanpa ada rasa simpati pada rakan yang menimpa musibah banjir serta kesan rumah mereka yang paling hampir dengan jajaran. Mereka menggertak penduduk dan mendakwa wakil dari MBNS dan menjaja SMS MBNS yang didakwa mereka menyokong tindakan perihatin.
Sama seperti rakan UMNO saya juga selalu berdepan dengan puak ini melalui debat SMS. Kami masing-masing mempertahankan hujah kami. Dan di kalangan kami rapat dan mengenali nombor telifon masing. Lebih- lagi saya yang juga Pengerusi SRS Taman yang dipertanggung-jawabkan setiap hari menghantar SMS untuk tugas rondaan setiap malam. Lebih 300 penduduk taman mengetahui nombor telefon saya kerana setiap minggu sekali mereka akan menerima SMS dari saya memaklum tugas rondaan SRS.
Pihak Perihatin, atas ketidakmampuan untuk berhujah mendaftar talian mereka dimana SMS yang dihantar akan muncul nombor pusat SMS 222350000502 yang tidak membolehkan kita menjawab SMS yang dihantar.
Selepas penangguhan kes saman kami, pada 7hb Mei saya menerima satu sms dari puak ini yang berbunyi :
'prihatin@rocketmail.com. CW berjaya tunda perbicaraan dan hakim bersetuju saranan itu untuk membolehkan peguam2 bersiap-sedia untuk menghadapinya'
kami CW adalah singkatann nama Cek Wan Samsudin yang menjadi ketua kumpulan perihatin yang buatkan kami berpecah menjadi 2 kumpulan.
Kini ianya menjadi jenaka di dalam taman kami CW : correct, correct, correct.
Setakat kita telah di arahkan oleh peguam untuk membuat lapuran polis serta lapuran kepada SPRM. Ianya akan dimaklumkan kepada pengetahuan mahkamah dihari perbicaraan.
Nampak isunya kecil, tetapi bila melihat suasana serta keputusan kes seperti terjadi di Perak, kerajaan BN boleh buat ape saja. Ialah kerajaan doremon......
Saya mengundang pembaca yang ada kepakaran undang mengulas implikasi perundangan berkaitan SMS di atas.

Wednesday, May 6, 2009

DEBAT SMS

Saya menerima banyak sms serta email yang bertanya berkaitan dengan sambungan Debat SMS yang merupakan tulisan pertama saya di tahun 2008. Untuk makluman mereka yang bertanya sebenarnya banyak debat SMS dengan rakan dan kenalan UMNO tetapi malangnya telefon saya rosak diserang virus dan sms yang disimpan dalam my folder hilang bila saya hantar untuk dibaiki. Namun saya akan cuba untuk mendapatkan simpanan sms yang saya hantar ke laktop jika masih ade lagi kerana komputer saya juga turut diserang virus.

Saya perturunkan semula debat sms yang saya tulis sebelum ini.

Assalamualaikum semua

Benarlah menjadi penulis siber memerlukan komitmen serta keazaman yang tinggi juga kekuatan mental dalam menguruskan masa. Selama ini penulis kerap merungut bila mendapati kelewatan blogger membuat update.Satu tabik untuk blogger yang bertahan sejak zaman awal reformasi.

Sedang mengadap laktop saya di kejutkan dengan SMS dari Dato’ Sahak Ismail Ketua UMNO Bahagian Seremban yang memaklumkan nombor telefon bimbit beliau yang baru.Saya tersenyum sendiri bila mengenangkan sebelum ini ramai rakan yang curiga ke atas saya apabila mengetahui saya berurusan dengan Ketua UMNO ini.
Nanti saya ulas berkaitan isu ini DEBAT MELALUI SMS DENGAN RAKAN-RAKAN AHLI UMNOSMS Dato. Sahak ini memberi idea untuk saya menulis berkaitan dengan debat saya bersama rakan UMNO yang saya fikir kita dapat menilai kefahaman dan tahap serta daya fikir ahli dan pemimpin UMNO .
Diperingkat awal penglibatan saya di dalam PAS bila menamatkan pengajian saya berhadapan dengan ahli UMNO yang totok di kampong saya Kampung Bukit Temiang. Saya yang baru menamatkan pengajian ketika itu telah diamanahkan menjadi Pengerusi Belia 4B Kg Bkt Temiang dan Setiausaha Surau .Pada peringkat awal perjalanan kerja persatuan berjalan lancar sehinggalah apabila pemimpin kampong mengetahui saya ahli seumur hidup PAS.
Saya mula diganggu dengan berbagai cara. Almaklumlah saya seorang saje ahli PAS yang lain masih dengan ketotokan fahaman UMNOnya terutama apabila Ketua UMNO cawangan Kg Bukit Temiang diambil alih oleh Dr. Rahiman Dawood.(Pemilik Rayal Aldalpi)Kemudiannya ahli PAS bertambah seorang lagi bila saya menikahi isteri saya yang merupakan anak kepada bekas Ketua Wanita Cawangan Bukit Temiang( Ianya satu kejayaan yang besar bagi saya kerana berjaya mengPASkan anak orang UMNO dan meredakan serangan ke atas PAS)
Sokongan ke atas saya bertambah apabil Semangat 46 ditubuhkan di kampong saya dimana sepupu saya sendiri Hamid bin Tambi Ali selaku Ketua Cawangan serta Ketua Bahagian Semangat 46 Bahagian Seremban(Disini kegagalan besar dan menguris hati saya apabila sepupu saya yang mempunyai kefahaman islam yang agak baik bila Partai Semangat 46 dibubarkan beliau tidak menyertai PAS tetapi kembali kepada UMNO dan kini memegang jawatan sebagai Imam Satu Surau dan Ketua Penerangan UMNO Cawangan, Saya berdoa beliau selepas PRU 12 ini menyertai PAS cawangan yang telah di tubuh )
Pada ketika itu itu saya hanya mampu berlawan dengan UMNO dengan melanggan 10 naskah Harakah (yang nilainya 60 sen senaskah) setiap keluaran dan dihantar kepintu rumah ahli UMNO yang saya kenali pasti secara sorok-sorok diwaktu malam. Gerakan ini diberhentikan apabila saya kenal pasti ahli UMNO tersebut mula membeli sendiri akhbar harakah.
Bila ledakan IT dengan muncul nya penggunaan SMS saya mula menyampaikan mesej PAS melalui nya kepada rakan UMNO. Hujah di debat SMS ini amat efektif walaupun saya berhadapan dengan berbagai isu yang diperbincangkan serta ditimbulkan dari ramai rakan UMNO .Ianya lebih hebat lagi bila UMNO menang besar di PRU 11.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini gambaran nya ialah ahli UMNO sebenarnya amat mempercayai maklumat dari media yang dikuasai oleh BN serta tidak mempunyai pengetahuan(atau sengaja tidak ingin ambil tahu) Selain amat mempercayai maklumat dari ketua mereka. Mereka kadang-kadang tidak sedar di tipu oleh pemimpin mereka.
Selepas PRU 12 ramai rakan UMNO mula tidak membalas SMS saya kesan kejutan dari tsunami politik yang melanda Negara.Dibawah saya perturunkan beberapa debat saya dengan rakan UMNO untuk renungan pembaca.
Dua SMS awal oleh penulis kepada rakan- rakan/kenalan UMNO
1) Untuk rakan UMNO lanskap politik berubah.Kita yang mempunyai sedikit ilmu ini tak kan nak lihat saje.Jom kita menyertai BA untuk membawa perubahan di tempat kita
2) Lanskap Politik berubah. Kini hamper 53 cawangan UMNO di NS yang menunggu untuk dibubarkan menjadi cawangan PAS atau Keadilan. UMNO terbukti khianati melayu dan terang-terang menolak islam,Jom kita berubah demi maruah dan agama .
Jawapan SMS dari rakan/kenalan UMNO
a) Ismail setiausaha PESAKA NS
Maaf aku tak sanggup Lim Kit Siang atau Karpal Sing jadi PM Negara tercinta nie. Anwar dan Haji Hadi jadi boneka je. Maaf ye saudara seislam ku.
b) Dato Jamlus (Ketua Pemuda UMNO NS dan bekas EXCO NS)
Hidup mesti ada pendirian jangan jadi macam lalang dan jangan pura-pura. Saya berjaya dalam hidup kerana izin Allah dan Kerajaan BN. Yang lemah perlu di perkuatkan dan yang salah perlu di betulkan. Saya save sms saudara untuk rujukan. Maaf & TQ (Debat akan di sambung dalam bahagian lain)
c) Wahid Naton (Iman Surau Taman Bukit Margosa)
Ahli politik je kata di tipu. Ahli Ulamak bukan di kalangan politik. Tak katapun ditipu.bila kita taksub pada sesuatu orang buat baik pun tak baik.Pasal dia tak suka.kalau dia suka burukpun perangai orang tu tetap baik.itu ragam manusia tuan betuk tak.
d) Pengerusi Taman Telawi
Tolong jangan sampai saya buat lapuran polis
e) Zaki (ahli umno Jiboi )
Tuan teruskan dengan PAS. Saya akan terus dengan UMNO. Mungkin satua hari nanti kita aka bersama dalam satu komponen.
f) Qarizah (ahli UMNO yang disebut antara calun BN DUN Ampangan)
Darah yangmengalir dalam diri in adalah hasil perjuangan UMNO. InsyaAllah terus tetap dan kekal perjuangkan Survival Melayu dan Ketuanan Melayu. TQ
g) Abang Rahim ( Ahli Dewan Pendekar PESAKA NS)
Lantaklah? Yang paling penting pas bersekutu dengan DAP?Jangan sebab nak jadi pembangkang Negara terkangkang?? Jangan P.Pinang jadi Singapura??Ape-apen pun PAS tak mampujadi yang terbaik. PAS bukan pembawa islam yang sjati. Tolong jangan bagi masej yang boleh ganggu saya.(akan disambung)
Di lembaran lain saya akan cuba menyambung menulis debat di atas untuk renungan kita. Sementara itu saya masih menanti balasan SMS dari beberapa ahli UMNO terutamanya dari Saudara Ramzani yang merupakan orang kuat UMNO Jiboi serta Saudara Raden Mokhtar rakan UMO ahli parlimen Macang. Dengar khabar dah Jadi Dato" Raden dengan jawatan Setiausaha UMNO bahagian Pucong dan menerima gaji dari SYABAS.

Monday, May 4, 2009

INJUKSI MAHKAMAH-TAMAN BKT MARGOSA

MAKLUMAN KES 338 PENDUDUK LAWAN KERAJAAN MALAYSIA SERTA 11 DEFENDEN LAIN TELAH DI TUNDA PADA 10HB JUN 2009 DISEBABKAN OLEH KETIADAAN HAKIM APABILA DATO' AZHAR DINAIKAN PANGKAT DAN BERTUKAR KE MAHKAMAH RAYUAN

BERSAMBUNG.................