TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Wednesday, March 10, 2010

GOTONG ROYONG PERINGKAT KE 4

Peringkat ke 4 melibatkan Jalan M1, M2, M3, M4,M5





Monday, March 8, 2010

RAYUAN TABUNG GUAMAN TBM

SEPERTI YANG DIMAKLUMI KAMI SEDANG BERHADAPAN DENGAN PERTIKAIAN DIMAHKAMAH BERKAITAN DENGAN PEMBINAAN LEBUHRAYA LEKAS MELALUI TAMAN KAMI.
PERTARUNGAN INI MELIBATKAN KOS GUAMAN YANG TINGGI.
OLEH DEMIKIAN KAMI MEMOHON SUMBANGAN DARI PARA DERMAWAN.SEGALA SUMBANGAN KAMI UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.
SUMBANGAN KEPADA AKAUN JAWATANKUASA BERTINDAK TBM MAYBANK 555126107154
ZAKARIA SHEIKH OTHMAN PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAKLEBUHRAYA LEKAS MELALUI TAMAN BUKIT MARGOSA

Sunday, March 7, 2010

GOTONG ROYONG PERINGKAT KETIGA

PROGREM GOTONG ROYONG PERINGKAT 3 DITERUSKAN MELIBATKAN JALAN M14, M15, M16, M17 DAN M18






Thursday, March 4, 2010

KES MAHKAMAH TAMAN BUKIT MARGOSA

MAKLUMAN KEPADA SEMUA

HARAP DAPAT HADIR KE PERKARANGAN SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA BAGI TUJUAN
MALAM INI 5HB MAC 2010

1) Pengurusan dokumen - Kita bawa bersama Pesuruhjaya Sumpah bagi pengesahan akuan berkanun

2) Penjelasan berkitan fitnah dari Wan Samsu. Peguam kita hadir sama.

Harap dapat kerjasama semua.

Terima kasih

Zakaria b. Sheikh Othman
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa

Tuesday, March 2, 2010

BERITA SEBENAR PERJALANAN KES MAHKAMAH TAMAN BUKT MARGOSA PADA 1HB MAC 2010

Semalam telah berlangsung perbicaraan atas permohonan 12 defenden yang memohon untuk dikeluarkan dari senarai saman kita.

Dalam bahasa mudah untuk mengelak dari saman gantirugi kita




Perbicaraan sebenarnya adalah dalam kamar tetapi kerana ramai ianya dibuat di dalam mahkamah bermula dari jam 12 hingga hampir jam 6 petang.

Kita juga dapat menerangkan dan mendengar pandangan dari Dato' Ishak Penasihat Undang-undang. Dan beliau faham dan tidak salahkan kita.

Pagi ini saya menerima panggilan dan SMS dari penduduk yang memakumkan mereka menerima dari Wan Samsu berbunyi :

Salam. Keputusan Mahkamah Plantif2 Margosa di arah membayar dengan cost kepada IJM Berhad. Baru round pertama. Next Hearing on 31/3/10.Tk
 Seingat kami yang Wan Samsu tak ada pun hadir kat Mahkamah semalam. Apa yang dia tahu.

Allah Maha Kaya Dia tunjukan didepan mata sahabat yang menerima SMS dari Wan Samsu bahawa ini dia Wan Samsu simunafik besar. Mana ada keputusan semalam.Dan semalam juga hanya kita menguruskan siapa sasaran serta taget kita. Jadi sebenarlah bagai dijangka Simunafik ini ada bermain mata dengan IJM teng. teng. teng..........

Jadi penduduk jangan terpedaya dengan. Hubungi peguam atau AJK untuk tahu cerita sebenar.
Kita ada senarai defenden yang akan kita kekal atau kita gugurkan.

Perbicaraan bersambung pada 31hb Mac 2010

sambung......................

Monday, March 1, 2010

FAIRUS KITA KESAN DAH LAMA DAH

Tulisan saya berkaitan Fairus 

http://czackpy.blogspot.com/2010/02/fairus-peluru-umno-baru-menyerang-anwar.html

Benarlah kita kini didalam proses penapisan dan pembersihan.

Mereka ini yang biasa kita ucapkan mereka yang gugur dalam perjuangan kerana tiada kekuatan akidah perjuangan.

Kita akan lihat nanti pertembungan antara Perguruan Gayung Malaysia dan Perguruan Pesaka Gayung yang mana DSIA sebagai khalifahnya.

Ianya bertambah menarik bila Perguruan Lincah masuk gelanggang menjadi penyokong Najib.


Amat menarik kita lihat di mana halatuju semua Perguruan Silat di Malaysia.


Nantikan perkembangannya............teng teng teng.

KES MAHKAMAH PENDUDUK TAMAN BUKIT MARGOSA

Makluman kepada semua penduduk.

Alhamdulillah kes kita hari ini telah berjalan sehingga 6.00 ptg.

Saya akan update keputusan penuh apabila saya menerima dari peguam kita dan akan edarkan kepada semua penduduk

Harap bersabar...

Terima kasih semua

Saturday, February 27, 2010

GOTONG ROYONG PERINGKAT KEDUA

GOTONG ROYONG PERINGKAT KEDUA..SYABAS MARGOSA DAN TERIMA KASIH