TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Showing posts with label BAGAN PINANG. Show all posts
Showing posts with label BAGAN PINANG. Show all posts

Friday, October 23, 2009

PRK BP - JANGAN LUPA KITA TEWAS DI PERANG UHUD-3

Amat malang bila Ketua Penerangan gagal hadir mesyuarat mengakibat progrem bertindih banyak yang berlaku sehingga peristiwa merebut pentas oleh beliau dengan konsert Nasyid oleh Azan dan Ringgo didepan ribuan penuntun. Amat malu sekali kita kepada pengundi Bagan Pinang. Sekali lagi PJ NS mesti mengambil langkah segera menggantikan Ketua Penerangan. Ianya lebih mudah kerana sekarang beliau telah naik pangkat dan tidak boleh aktif berpolitik.

7) UNIT PERANG SARAF

Tidak tahulah kami mana silapnya UPU Ladang Bradwall menghantar 3 orang tetapi mesyuarat hanya sekali saje. Mesyuarat kali kedua hanya Mejer Rashid dan wakil UPU Bradwall sahaja. Kemudian terus senyap dan dilihat hanya seorang sahaja yang bergerak kesetiap UPU mengedar kain-kain rentang bersifat perang saraf.

Ianya tidak sama seperti masa Dato’ Husam Musa mengetuai Unit Perang Saraf. Di PRK Bagan Pinang bila Unit Perang Saraf Ustaz Abu Bakar Chik mengetuainya ,tidak nampak kesannya serta tidak dapat membaca mood pengundi. Almaklumlah namanya perang saraf mesti rahsia. Betul ke kita dikhabarkan bajet untuk unit PGS sahaja RM20,000-00?. Menginap je di Mayang Sari bersama keluarga. Pimpinan Tertinggi harus tengok-tengokan, UPU sendiri tercungap-cungap mencari bajet bagi menggerakan kerja dan aktif. Kalau benar ini sudah tidak patut.

8) CULAAN

Ini lagi satu masalah, sudah lah petugas culaan di hijack oleh Jentera Operasi,, Dewan Pemuda dan Muslimat,. Maklumat tidak dihantar kepada UPU. Akibatnya kita buang masa buat kerja yang sama oleh jentera yang banyak. UPU mencula, Dewan Muslimat mencula, Dewan Pemuda Mencula, Buang peluru je.Lebih mendukacitakan sikap pencula yang mencampur penyokong PAS dan condong PAS sebagai menunjuk kita mendahului BN tanpa mengambilkira masih ramai pengundi yang tidak dapat dikesan.

Penulis pernah bertegang urat dengan jentera Ladang Siliau berkaitan dengan culaan. Apabila memakumkan arahan jentera operasi bagi tugasan menguruskan jadual Pimpinan yang akan turun menemui pengundi yang tinggal diluar ladang iaitu di Taman Ekar , Springhill dan sebagainya kerana bacaan menunjukan kita kehilangan undi. Saya telah disanggah dengan keras oleh jentera Ladang Siliau bahawa saya silap dan mereka mempunyai data SSDP yang menunjukan kemenangan kepada PAS. Data beliau tepat dan memperlekehkan UPU Bradwall tidak boleh dan mampu untuk menyediakan lapuran sama walaupun di bantu oleh jentera Pas Selangor.

Mereka tidak tahu Petugas Selangor bertukar setiap hari kerana mereka hadir bertugas mengikut jadual tugas setiap hari satu Pas Kawasan. Ini sebabkan ramai petugas PAS tidak kenal siapa Ketua UPU Bradwall. Tak sempat lagi saya mengenali semua petugas Selangor kecuali mereka yang ada jawatan dalam JPN Selangor. Malah pihak Selangor juga gagal mengenali petugas mereka. Pernah di malam sebelum hari mengundi, sewaktu membincangkan kerja akhir PACA di rumah Selangor, pihak mereka sendiri menolak nama petugas PACA yang telah diluluskan oleh SPR kerana mendakwa ianya bukan petugas Selangor dan mereka tidak mengenalinya. Tetapi bila kita hubungi penama tersebut baharu diketahui dia adalah petugas PAS Kawasan Shah Alam dan telah sampai untuk bertugas dan ada di khemah di luar rumah Selangor.

Petugas Ladang Siliau sebenar tidak tahu bahawa kita lebih dulu menyiapkan lapuran harian serta culaan SSDP. Kita mempunyai 2 set lapuran SSDP yang disediakan oleh Selangor dan UPU sendiri. Tidak perlu saya nyatakan hasil culaan dari Kontigen Selangor. Tetapi lapuran dari UPU kita lapurkan bahawa UPU Bradwall walaupun diletakan sasaran 262 undi kita masih kalah dengan hanya dapat mengesan culaan yang undi PAS hanya 70 undi dan undi PAS dalam ladang cuma
6 orang. Culaan kami hampir tepat bila kita hanya dapat 90 undi sahaja.

7) PACA

Di Ladang Bradwall kita bergerak atas nama Pakatan Rakyat dan jawatankuasa kita melibatkan juga ahli dari Parti Keadilan Cabang Seremban. Ini sama dengan arahan dari Jentera Operasi. Lebih-lebih lagi pengundi di ladang adalah majoritinya India dan Cina.Diladang oleh kerana majoriti kita telah menyenaraikan sejumlah PACA berbangsa yang merupakan penduduk tempatan dan juga dari ahli Keadilan.

Ini penting bagi memberikan keyakinan kepada pengundi dan menghalang kaedah ugutan tersirat mengikut gerakan pandangan mata oleh PACA BN berbangsa India. PACA tempatan juga berkepentingan untuk mengenali samada ada nama pengundi itu sama dengan orang yang hadir mengundi kerana nama dan wajah pengundi sama saja .Atas kesilapan kerana salah faham pihak yang menguruskan soal PACA berkaitan bai’ah dan doa habis semua PACA india digugurkan. Ini telah menimbulkan kemarahan rakan-rakan PR dengan kata-kata “ UNDI INDIA NAK TAPI KEPERCAYAAN KEPADA MEMBERIKAN TUGAS KEPADA INDIA TAK ADA

Puas saya memujuk kemarahan dari akan-rakan PR. Dan kepada petugas India tempatan saya hanya mampu memaklumkan dari 140 nama PACA yang kita serahkan kepada SPR hanya 70 sahaja yang diluluskan dan saya sendiri terpaksa bertugas sebagai PACA.Tidak mustahil kemarahan petugas India tempatan diterjemahkan dengan mengalihkan undi pengundi India Keraguan ini ada munasabah kerana sehingga jam 2 petang baru sahaja 6 orang pengundi India dari dalam ladang yang telah membuang undi.

Mungkin ramai yang marah dengan coretan ini . Ada yang akan beranggapan saya tak ada adab berjemaah. Tapi saya yakin coretan ini penting sebagai muhasabah pada ahli lebih-lebih lagi kepada mereka yang terbabit melakukan post-mortem.

Sebenarnya banyak lagi kelemahan yang timbul bila mana kita bertarung dengan UBN dikawasan yang mereka kuat. Kalau ikutkan dengan 100 ahli Bagan Pinang kita hilang wang deposit calun. Tetapi dengan semangat perjuangan dalam jemaah bukan kemenangan yang kita letakkan paling atas tetapi kerja dakwah yang dapat kita lakukan. Bayangkanlah dengan pilihanraya kecil berapa banyak ceramah yang besar dan kecil yang dapat kita adakan bagi menyampaikan risalah islam. Kita yakin natijah dari PRK BG kita dapat sampaikan mesej perjuangan kita dan ahli kita bertambah di Teluk Kemang.

Pengalaman yang di rasai di PRK BG ini akan menjadikan Pas NS bertambah kuat dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapi sekali lagi PRK jika ada dan PRU yang Ke 13.

Sekali ladi terima kasih kepada semua yang membantu terutama JPN Selangor dan para penderma. Mungkinkah kita akan bekerjasama lagi di PRK Batu

adios.......>

Monday, October 12, 2009

BAGAN PINANG- TERIMA KASIH


Maaf kepada semua kerana lama tak menulis. Kesibukan membantu jentera Pilihanraya di Bagan Pinang tidak memberi ruang untuk menulis. Nantikan ulasannya.

Untuk ketika ini saya selaku Ketua UPU Ladang Bradwall ingin merakam rasa terima kasih kepada semua yang membantu bagi menggerakan jentera UPU Ladang Bradwall.

Terlalu ramai yang ingin kami rakamkan penghaghargaan antaranya dari PAS negeri Pembantu iaitu Selangor yang telah menurukan kontigen yang besar diketuai oleh Cikgu Jaafar , Halim Suk JPN , Ibrahim, Ustazah Mariam, Nor Lin, Jamal , Daud, Razif,Ibrahim,Dr. Siti Mariah, Zaidi, Shuhaimi Kayat, Pimpinan Pakatan Rakyat Selangor, Daud,Syed, Kelab Penyokong India Selangor(serta ramai lagi yang terlupa namanya harap maaf).

Terima kasih juga kepada jentera PAS Perak serta PAS Kuala Pilah yang diketuai oleh Pak Ngah serta setiausahanya yang hebat Rosli. Disamping tidak lupa juga Dari Keadilan Cabang Seremban yang di pimpin oleh Dr. Azam , Salwa serta Meja Taha.

Ramai lagi nama yang tidak disebut terima kasih. Tidak lupa kepada penderma yang membantu melicinkan jentera UPU Ladang Bradwall.

Saya akan ulas berkaitan ladang BRADWALL bila ada kesempatan. TERIMA KASIH SEMUA

Friday, September 25, 2009

BAGAN PINANG - 8 - TEMA PRK- BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

Lama tak menulis kerana sibuk dengan sambutan raya dan kerja-kerja awal PRK.

Untuk masa terdekat ini kita tinggal banyak cerita berkaitan dengan ramadhan dan syawal. Kita akan tumpukan cerita berkaitan PRK Bagan Pinang. Semua cerita dan gambar berkaitan Ramadhan dan Syawal akan dipaparkan selepas PRK.

Kebetulan walapun PAS kawasan Seremban masih tergantung namun atas prinsip perjuangan ahli PAS kawasan tetap turun membantu kerja-kerja PRK BG. Saya dengan rasa berat hati dan blur menerima tanggungjawab mengetuai UPU Bradwall. Demi perjuangan dan menegakkan agama kita akan memberi sepenuh tenaga, masa dan wang ringgit membantu kejayaan PAS di PRK BG.

Jadi di hari yang mendatang sehingga hari mengundi 11hb Oktober kita akan membuat sorotan berkaitan UPU Ladang Bradwall. Yak lain nanti dulu lah

Di mesyuarat JOPRK kita telah dimaklum Tema PRK BG "

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT"

Kita akan bergerak terus memastikan kemenangan PAS. adios.....................


Friday, September 18, 2009

BAGAN PINANG -7 - JAHATNYA UMNO



UMNO yang sedang nazak masih lagi menikam belakang sesama mereka.

Sudah menjadi rahsia umum UMNO di Bagan Pinang terbahagi kepada dua , walaupun Ketua Pemuda melaungkan bahawa UMNO Telok Kemang sebulat suara mencalunkan Tok Isa sebagai calun tunggal yang di serahkan kepada UMNO Pusat.

Umum mengetahui Anak Emas Tok Isa iaitu Arwah Azman dan pengikutnya berpaling Tadah memberi sokongan kepada Tok Mat. Perpecahan ini memang perangai serta peranan Tok Mat serta abang beliau. Mereka berjaya melarikan penyokong Tok Isa untuk berpihak kepada mereka dengan duit dan projek.

Ketakutan Tok Mat jelas kelihatan sekira Tok Isa bertanding dan menang kedudukan beliau akan tergugat. Kemungkinan Najib akan kembalikan jawatan MBNS kepada Tok Isa.

Sampai ditelinga kita terdapat kempen memburuk Tok Isa dengan dakwaan Beliau telah bernikah dengan Ketua Puteri UMNO N.Sembilan iaitu Bibi Sharliza dengan tebus talak. Kita cuba untuk dapat maklumat kesahihan cerita dalam ramai kawan dalam UMNO cakap ianya cerita lama.
Kita tidaklah lah nak masuk campur kerana pendirian kita jelas diPermatang Pasir kita tidak pertikaikan kahwin dua. Yang kita pertikaikan mengapa tak mengaku dan tidak adil kepada isteri kedua.

Sama juga jika benar Tok Isa nikah tak menjadi kesalahan kerana dia duda. Tapi tebus talak tu mencurigakan kita. Ape- ape pun jika benar kita ucapkan selamat pengantin baru (tak terlewat agaknya).

Itulah UMNO dikalangan mereka sendiri sanggup tikam menikam.

Kita juga dikhabar calun ketiga yang jadi pilihan BN adalah seorang anak johor yang telah menetap lebih 20 tahun di Port Dickson. Betul ke.....?

Tuesday, September 15, 2009

BAGAN PINANG 5- CALUN UMNO- PASTI JUMPA D PADANG MAHSYAR


Allahyarham Azman Mohammad Nor

Tok Isa dan anaknya Najib bersama Ust. Kassim

HOI UMNO TENGAH KALUT.

PEPATAH KATA LETAK TOK ISA UMNO MENGELUPUR

TAK LETAK TOK ISA UMNO MAMPUS

Kini hanya nama Tok Isa atau anaknya menjadi wirid ahli UMNO di Bagan Pinang.

Nampak benar masalahnya bila Kul Malikul Sembab nak tiga nama di sokong pula oleh si penjual kereta dan si pembakar jambatan. Payah jadinya besok jika Tok Isa calunnya , habis semua yang tak undinya pasti dituntut di padang Mahsyar

Benarlah UMNO makin kurang stok simpanan pimpinan/calun. Ianya menuju keadaan yang sama seperti LDP Jepun...Arwah UMNO.....................kah kah kah mampus UMNO

Monday, September 14, 2009

BAGAN PINANG 3- CALUN PAS

Jom kita mengundi calun pilihan kita. Mana tahu mungkin boleh membantu Pimpinan membuat pilihan agar strategi kita mengena sasaran di Dun yang punya lebih 5 ribu pengundi pos.

Apa-apa pun kita sebagai ahli PAS akan akur akan keputusan pimpinan. Siapa pun calun yang dipilih kita akan turun berhabisan membantu.

Cuma kita harap pimpinan kita jangan lupa mengambilkira pengundi atas pagar. Ia mungkin berlainan sedikit dengan suasana di Permatang Pasir. Mungkin kah pengundi di negeri Adat Perpatih ini masih dibelengu dengan fikiran hanya UMNO yang mampu mentadbir NS. Lebih lagi bila kita lihat otak bengap Dato' Rais Yatim cakap berubah-ubah atas pengaruh duniawi dan isteri si Datin Maznah dengan jambulnya.

Untuk Petugas PAS dari Kawasan Seremban kita telah diarah bertugas di UPU Ladang Brandwall dengan bantuan Petugas dari Selangor dan Sabah. Segala maklumat boleh hubungi Ustaz Kassim.

Lupakan sebentar masalah kita turun ramai-ramai bagi memikat 468 pengundi disitu.

Friday, September 11, 2009

BAGAN PINANG 2 - KALAU RASMIKAN REBAN AYAM PUN WAKIL RAKYAT UBN AKAN HADIR


Ini cerita bekas majikan ku. Walaupun sudah pergi mengadap Ilahi masih di perkatakan. Dari seorang yang merupakan penyokong totok Tok Isa beralih kepada menyokong Tok Mat. Biasalah Tok Mat menjaga penyokong dengan duit.

Kaedah menjaga sokongan akar umbi antara Tok Mat dan Tok Isa yakni UMNO semuanya dengan duit, projek dan sebagainya. Yang membezakan cara dan jumlahnya.

Tok Isa memberi projek untuk di uruskan oleh penyokongnya tetapi Tok Mat bagi tunai. Sejak tiada lagi memegang jawatan MB, ramai penyokong Tok Isa dalam kelemasan . Sumber kewangan baru tiada dan simpan berkurangan dan banyak harta-harta dicair untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Tok Mat bila mengambil alih jawatan MBNS bagi memastikan mendapat sokongan telah menggunakan wang menarik sokongan dari penyokong Tok Isa. Dan Arwah Azman adalah salah seorang yang menjadi mangsa permainan politik. Beliau telah tersepit ditengah-tengah antara mengekalkan sokongan pada Tok Isa yang tidak berkuasa dengan Tok Mat yang sedang berkuasa. Dikhabarkan yang terbaru Tok Mat bagi memastikan Azman memberikan sokongan telah membiayai kos pembedahan jantung serta pemberian beberapa projek. Ini dilakukan dalam pengetahuan Azman menghadapi masalah kekurangan wang bagi mengurus Dun Bagan Pinang.

Dizaman Tok Mat yang mengawal semua peruntukan kewangan sehingga tersebar berita di mana ADUN BN jika dipanggil untuk rasmikan reban ayam pun sanggup hadir bagi memastikan mendapat tuntutan elaun kehadiran. Dengan elaun ini dapat menambahkan pendapatan bagi uruskan DUN dan perbelanjaan peribadi.

Semua penyokong UMNO menghadapi kesukaran untuk memdapatkan bantuan kewangan dari wakil-wakil rakyat UMNO akibat kengkangan ini.

Disamping itu Tok Mat bagi memastikan sokongan akan pastikan mereka yang dibantu tidak ada kelayakan untuk menikam beliau dari belakang. Ini dapat dilihat di DUN Ampangan dilantiknya Mad Nor Awang yang punya wang tapi kosong ilmu


Wednesday, September 9, 2009

BAGAN PINANG 1 - BENARKAH YB AZMAN MAD NOR DISERANG SELSEMA BABI


Sedih juga adanya bila membaca berita bahawa Arwah Azman bekas majikan ku yang pergi tak kembali tinggal di rumah sewa. Sedangkan sewaktu berkhidmat dengan beliau tempohari beliau seorang jutawan. Sewaktu itu juga saya biasa di minta uruskan simpanan tetap di bank.

Dimana segala harta yang dikumpul sewaktu Tok Isa menjadi MBNS. Beliau merupakan orang kepercayaan Tok Isa yang menerima banyak imbuhan.

Dimanakah pergi hartanah beliau miliki yang disewa kepada Pasaraya Gold Lama sebayak RM30,000 sebulan. ?

Sudah tutup ke operasi pasir lombong milik beliau?

Sudah habis ke pendapatan beliau dari pembangunan tanah oleh Kemang Indah di atas tanah rizab melayu tepi pantai yang ditukar kepada tanah pegangan bebas di Mukim Rompin. Banyak lagi imbuhan yang di terima di zaman Tok Isa menjadi MBNS dan beliau Ketua Pemuda UMNO Telok Kemang.

Semuanya bermain di benak. Yang terbaru heboh beliau sebenarnya di serang selsema babi. Betul ke? Yang kita dengar sekejap sakit jantung sekejap di darah dijangkitan kuman. Mana yang betul dah...................