TOK GURU
UNTUK MU WARGA MARGOSA
Ya Allah, Ya Rahman
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.
Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.
Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.
Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.
Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.
Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.
Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran
Takbir! Takbir! Takbir!
UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA
UMNO DAN JUDI
DHUA
Thursday, May 19, 2011
SELAMAT BERTUGAS PIMPINAN PAS KAWASAN SEREMBAN
Sunday, May 15, 2011
SIAPA YANG BERDUSTA ??????


Maaf pada Sdr Hasan Thambi kerana dah jarang hubungi beliau dan banyak kerja saya janji untuk membantu beliau masih tertangguh.
Masih lagi bermain di kotak fikiran perjanjian 8 Mata di hari mengundi PRK Tenang. Lahir ke seorang lagi munafik???????
Terkejut dengan kenyataan PJ NS berkaitan dengan mesyuarat dan keputusan JPN yang boleh saya nyatakan bukan JPN tetapi Dewan Harian BPPNS je. Siapa berbohong PJ NS ke????
Saya diamkan sementara kerana memberi laluan kepada mesyuarat agung Pas Kawasan Seremban
Wednesday, March 16, 2011
BICARA 2 ANAK TOK GURU

Monday, March 7, 2011
BILA PIMPINAN PAS NS RAKUS DAN BERJIWA KECIL
Bila Rasulullah saw berdakwah di Taif, baginda saw dicemuh, dihalau dan dicederakan sehingga berlumuran darah kasut baginda saw. Baginda lalu berdoa dan merintih dan menyerahkan persoalan ini kepada Allah swt. Lalu datang Jibrail a.s. meminta izin supaya malaikat penjaga bukit menghempapkan bukit ke atas penduduk Thaif yang kafir dan keterlaluan itu, lalu dengan berjiwa besar Nabi Muhammad saw melarang dengan berkata:
Wednesday, February 16, 2011
PAS SEREMBAN HAPRAK ? - PEMBETULAN ATAS TUDUHAN MENGHALANG CERAMAH MAT SABU
Tapi mengapa bila kami bermain mengikut buku kami tak Wa'ala., kami tak pentingkan Ukhwah, kami membelakangkan Jemaah dan Islam juga kami tidak berlapang dada. Tapi bila tang batang hidung mereka pergi mampuslah dengan Wa'la, dengan Ukhwah, dengan Jemaah dan Islam serta tiada perkataan berlapang lada. Mengapa Jadi Begitu??????
Kepada mereka yang bertanya samada ahli PAS Kawasan Seremban mahupun Kawasan lain serta rakan dari PKR 3 contoh yang saya jelaskan iaitu :-
1) Pertanyaan dari sahabat kawasan Tampin , saya jelaskan kiranya Ali Maidin buat progrem dengan BPPNS di Tampin tanpa maklum dan berbincang dengan YDP Kawasan, menjerit tak Zakaria Kalim
2) Sahabat di Jempol juga saya jelaskan jika BPPNS buat progrem dengan Ust Ramli di Jempol tanpa makluman YDP nya Rahman . Cuba buat kalau tak mengamuk Rahman.
3) Begitu juga saya jelaskan pada sahabat PKR cubalah buat progrem dalam Cabang Seremban, antara Majlis Perhubungan Negeri tanpa makluman dan rundingan dengan Ketua Cabang ,kalau tak menjerit Dr. Azam.
Alhamdulillah akhirnya semua mereka faham dan saya perjelaskan lagi bahawa saya hadir dalam perbincangan itu selaku Naib YDP Kawasan Seremban seperti diarahkan oleh YDP dan di dalamnya hanya taklimat dari Pengarah mengenai Tenang serta Tazkirah oleh PJNS serta penerangan oleh Ketua Kontigen dan saya selaku wakil kawasan Seremban (Bukan wakil JPNNS ) tidak diajak berbincang mengenai progrem ceramah. Saya meninggalkan taklimat sehingga selesai.
Saya dimaklumkan bantahan di dalam mesyuarat Kawasan dan ianya sampai kepada Dato' SU PAS yang akur akan kesilapan BPPNS tetapi meminta Pimpinan Kawasan menerima progrem tersebut kerana persiapan telah dibuat. Pas Kawasan Seremban akur dengan permintaan Dato' SU yang berjanji akan memaklumkan kepada BPPNS agar progrem masa akan datang harus mengikut prosedur sesuai dengan PAS itu sendiri yang ada perlembagaaan. Walaupun Su BPPNS mendakwa SMS dihantar kepada SU Kawasan tetapi panggilan taklimat disebarkan bukan dari SU BPPNS tetapi pihak lain yang juga menyebarkan sms menuduh PAS Kawasan Seremban(Kita tahu siapa dan sekarang kita kumpulkan sebagai bukti aduan kepada PAS Pusat serta makluman kepada ahli semua cawangan) menghalang ceramah tanpa cerita sebabnya dan mengapa PAS Seremban berlapang dada memberikan persetujuan.
Dan ianya dikira selesai, dan ahli Pas kawasan kita akan telah serta terus dimaklumkan agar tidak Kawasan Seremban berterusan dikatakan haprak. Dan untuk sahabat Husaini ada masanya perlu ada watak nakal dalam PAS nie, tapi tuduhan PAS Seremban Haprak tanpa mendapatkan penjelasan amat berat dan tak betul tu, Kalau Haprak takan PJNS datang dari Kawasan Seremban.
Keyakinan saya kita berbalah dalam isu cara organisasi di urus tetapi dalam perjuangan menentang UBN kita masih bersatu dan belum ada ahli yang keluar parti atas isu ini.
Friday, January 28, 2011
CERAMAH MAT SABU - BERITA DARI TENANG
Tuesday, January 25, 2011
NUKILAN SAHABAT "DERHAKALAH AHLI PAS SEREMBAN
Tuesday, January 11, 2011
UKHUWAH - MENGAPA PADA AHLI BIASA TAPI TANG PIMPINAN TIADA


Wednesday, January 5, 2011
SEMINAR PEMANTAPAN ORGANISASI SERTA PEMUTIHAN AHLI PAS KAWASAN SEREMBAN
TARIKH : 16HB JANUARI 2011
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN RUANG
DAMAI RESTORAN
TAMAN SIKAMAT BARU
PERASMIAN : YBHG. DATO' HAJI MUSTAFA ALI
(SETIAUSAHA AGONG PAS PUSAT)
PENGISIAN :
1) CIRI-CIRI ORGANISASI CEMERLANG oleh
YB . DATO TAKIYUDDIN BIN HASSAN
(PENOLONG SETIAUSAHA AGONG PAS PUSAT)
2) ADAB-ADAB BERJEMAAH oleh
Y.A.B DATO HAJI MUHAMMAD BIN YAAKOB
(TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN merangkap TIMBALAN KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT)
PENYERTAAN WAJIB : SETIAP DEWAN DAN CAWANGAN 5 ORANG
SILA HUBUNGI SETIAUSAHA CAWANGAN ANDA
Sunday, January 2, 2011
UNTUK RENUNGAN TUAN-TUAN KOLAM DI NEGERI SEMBILAN
Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.
Tuesday, November 23, 2010
Monday, September 13, 2010
PAS NEGERI SEMBILAN DAN PAS SEREMBAN APA NAK JADI
Salam dan Selamat menyambut Raya pada semua terutama ahli PAS Seremban. Atas permintaan semua sahabat saya akan jawab didlm blog berkaitan PAS Seremban yg umpama api dlm sekam yg boleh menggagalkan usaha kemenangan PAS NS berdasarkan saya salah seorg bekas AJK jawatankuasa Pemandu. Tungguuuu
Monday, June 7, 2010
TAKUTNYA MENERIMA AMANAH INI
Di dalam sayu melihat akan anak yang terpaksa melepaskan progrem pengukuhan musim cuti, teringat tentang amanah yang ditanggung.
Mampukan saya menggalas amanah yang diberikan. Sedang tugas sedia ada selaku Pengerusi SRS Taman Bukit Margosa serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa.
Kelegaan sedikit bilamana saya dimaklumkan nama saya tidak diluluskan oleh MBNS sebagai salah seorang AJK KRT Taman Bukit Margosa( Saya akan ulas dipenulisan lain). Sesunggunya ALLAH maha mengetahui. Kerisauan saya ditunjuk ALLAH penyelesaiannya. Saya kini bebas menumpukan segala usaha, masa di dalam perjuangan yang lebih besar iaitu di dalam Perjuangan Islam bersama PAS.
Namun jika diberi peluangan saya lebih suka menumpukan kerja-kerja bersama JPPNS, namun atas keyakinan sahabat untuk saya turut aktif di dalam PAS kawasan Seremban, saya dengan rasa berat hati menerima harapan sahabat .
Ada juga sahabat yang tidak berapa setuju bila mana saya tidak menzahirkan sokongan saya didalam pemilhan kawasan Seremban tempohari. Saya juga memohon maaf kepada sahabat kerana tidak menerima saranan agar saya bertanding jawatan YDP Kawasan Seremban. Saya menolak kerana masa itu tujuan kita hanya satu iaitu sama dengan semua ahli yang inginkan PAS kawsasan Seremban keluar dari pengantungan dan kembali aktif sebagai mutiara PAS NS.
Dan kita berjaya bila mana PAS kawasan sudah bebas dari pengantungan.
Tetapi kini terasa takut bila mengenangkan mampu ke amanah ini digalas. Dengan keyakinan serta sokongan semua kita pasti berjaya dengan izin ALLAH dan semuanya ikhlas dalam perjuangan ini.
Saya memang kurang pengalaman memimpin parti, namun sokongan sahabat saya yakin kita mampu serta saling menegur kesilapan dan menyarankan keperluan di dalam menggerakkan perjuangan ini secara bersama.
Kita tinggalkan masalah lama jauh kebelakang dan kita bergerak terus kehadapan dalam perjuangan kita, kerana musoh utama kita adalah UMNO-APCO.
Perjuangan menentang UMNO-APCO adalah wajib bagi setiap orang yang mengaku dirinya islam dan wadah perjuangan yang ada adalah PAS.
Sementara itu kami yang mentadbir amanah ahli bagi menguruskan PAS Kawasan Seremban mempunyai masa tidak sampai 1 tahun kerana selewat-lewatnya bulan Febuari 2011 kita akan ada semula pemilihan.
Oleh itu setiap cawangan harus menyiapkan diri kerana selepas itu kita akan berhadapan dengan PRU ke 13 yang mana ianya adalah lebih penting lagi.
Setiap cawangan harus mengemaskinikan perjalanan cawangan seperti keahlian cawangan , SUDAH KE AHLI TAHUN MEREKA BERDAFTAR DI CAWANGAN MANA? SUDAH KE MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI?, BERDAFTAR DI DUN MANA.? AHLI KELUARGA TELAH MENJADI AHLI PAS DAN SUDAHKAN MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI?.USRAH CAWANGAN DAH MULA KE?
Semua ini penting untuk kita hadapi pemilihan kawasan Tahun 2011 dan juga PRU KE 13. Ahli harus sedar semua di atas adalah penting. Bukan 2 kumpulan itu sahaja ingin kita serahkan hidup mati PAS Seremban. Tetapi ianya terletak pada semua ahli yang telah meletakkan diri mereka berjuang di dalam PAS. Kita menyertai PAS bukan kerana kita bencikan UMNO tetapi kerana PAS sahaja wadah perjuangan seseorang yang mengaku dirinya islam. Dan kita tidak menyokong tubuh badan seseorang tetapi kita menyokong Islam yang dibawa oleh PAS.
Walaupun saya sedikit terkecewa kerana gagal untuk membuatkan kedua-dua pihak berunding agar tiada pertandingan ' namun saya merasakan sedikit kegembiraan bila mana PAS kawasan Seremban boleh kembali aktif semula.
Ahli kena sedar jawatankuasa yang ada tidak dapat lakukan banyak perkara kerana tempah masa tidak sampai setahun untuk menyiapkan tugas agar perjalanan mesyuarat Agung pada Tahun 2011 berjalan lancar dan tiada masalah teknikal. Jawatankuasa yang ada hanya boleh tumpukan kepada perkara berkaitan mengemaskinikan organasasi cawangan serta tarbiah ahli. Di sini keperluan untuk semua Ketua Cawangan dan Setiausaha serta AJK cawangan membantu AJK Kawasan dengan mengenepikan siapa orang siapa. Setakat ini saya lihat adanya sokongan itu.
Kita perlu letakan sasaran pertambahan cawangan sekali ganda dari yang ada iatiu 36 cawangan menjadi 70 cawangan bagi kita bersaing dengan UMNO yang mempuyai hampir 60 cawangan di dalam kawsan Seremban
Sambil melihat wajah anak saya yang sedang tidur,(yang saya persiapkan untuk meneruskan rancangan perjuangan ini) terdetik dihati mampukah saya mengalas amanah ini. Terasa takut...........Kita serahkan kepada ALLAH kerana kita merancang ALLAH pun merancang, Sudah tentu rancangan ALLAH lebih hebat lagi
Dari Wad 5B HBTJ Seremban
7hb Jun 3.00 pagi
*Tulis isi bukan pandangan PAS kawasan Seremban, ianya coretan hati seorang ahli PAS yang kerdil*
Thursday, May 27, 2010
USRAH BULANAN PAS KAWASAN SEREMBAN
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : NO 234, JALAN PLAMA 7 TAMAN PJ PERDANA
(RUMAH KETUA URUSAN ULAMAK PAS SEREMBAN)
PENGISIAN OLEH : UST. MOHAMAD ZIN BIN ABD RAHMAN
SETIAUSAHA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
SEMUA AHLI PAS KAWASAN SEREMBAN DIJEMPUT HADIR
Wednesday, May 12, 2010
SELAMAT BERTUGAS PAS KAWASAN SEREMBAN
TIMBALAN PENGERUSI TETAP : HAJI ISMAIL FAIZ
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 : HJ ISHAK BIN MAHADUMSA
PEMERIKSA KIRA- KIRA 2 : RAZALI BIN PILUS
YANG DIPERRTUA : HJ. MK IBRAHIM BIN ABD RAHMAN
TIMBALAN YANG DIPERTUA : HAJI GHAZALI BIN MOHD SOM
NAIB YANG DIPERTUA : ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN
KETUA URUSAN ULAMAK : HJ MUSTAFA DOLAH
SETIAUSAHA : HAJI RAHIM YUSOF
PENOLONG SETIAUSAHA : MOHAMED DAUZKAPLY NOOR GHAZALI
BENDAHARI : HAJI BAHARIN THALIB
KETUA PENERANGAN : HIJ ANUAR MAARUP
PENGARAH PILIHANRAYA KAWASAN : JAMALUDDIN HUSSIN
LUJNAH POLITIK DAN ORGANISASI : HJ. MK IBRAHIM BIN ABD RAHMAN
LUJNAH TARBIAH DAN PENDIDIKAN : HJ MUSTAFA DOLAH
LUJNAH KEBAJIKAN : HAJI GHAZALI BIN MOHD SOM
LUJNAH PERPADUAN NASIONAL : HJ. ANWAR WAHAB
AJK
1 : SAARI BIN SAIDON
2 : HASHINORDIN BIN HASHIM
3 : HAJI ISHAK YAHYA
4 : UST AMRAN AZIZ
5 : BORHAN DOLAH
6 : HAZAHAR ABDULLAH
7 : FADHLI CHE ME
8 : MOHD ALI OSMAN
9 : MOHD FAUZI MOHD ZAKI
10 : HJ AMRAN MOHD AMIN
YANG DIPERRTUA : HJ. MK IBRAHIM BIN ABD RAHMAN
TIMBALAN YANG DIPERTUA : HAJI GHAZALI BIN MOHD SOM
NAIB YANG DIPERTUA : ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN
KETUA URUSAN ULAMAK : HJ MUSTAFA DOLAH
SETIAUSAHA : HAJI RAHIM YUSOF
PENOLONG SETIAUSAHA : MOHAMED DAUZKAPLY NOOR GHAZALI
BENDAHARI : HAJI BAHARIN THALIB
KETUA PENERANGAN : HIJ ANUAR MAARUP
PENGARAH PILIHANRAYA KAWASAN : JAMALUDDIN HUSSIN
KETUA PEMUDA PAS KAWASAN SEREMBAN
KETUA MUSLIMAT PAS KAWASAN SEREMBAN
Sunday, May 9, 2010
SELEPAS 7 TAHUN - KEPUTASAN PEMILIHAN PAS KAWASAN SEREMBAN
2 : HASHINORDIN BIN HASHIM
3 : ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN
4 : HAJI GHAZALI BIN MOHD SOM
5 : HJ. ANWAR WAHAB
6 : HAJI BAHARIN THALIB
7 : HJ. MK IBRAHIM BIN ABD RAHMAN
8 : HAJI ISHAK YAHYA
9 : HAJI RAHIM YUSOF
10 : UST AMRAN AZIZ
11 : BORHAN DOLAH
12 : JAMALUDDIN HUSSIN
13 : HAZAHAR ABDULLAH
14 : HJ MUSTAFA DOLAH
15 : FADHLI CHE ME
16 : MOHD ALI OSMAN
17 : HIJ ANUAR MAARUP
18 : MOHAMED DAUZKAPLY NOOR GHAZALI
19 : MOHD FAUZI MOHD ZAKI
20 : HJ AMRAN MOHD AMIN
4 JAWATAN PENTING TELAH DILANTIK DI HADAPAN PENOLONG SETIA USAHA AGUNG YB dATO' TAKIYUDDIN IAITU
YANG DIPERRTUA : HJ. MK IBRAHIM BIN ABD RAHMAN
TIMBALAN YANG DIPERTUA : HAJI GHAZALI BIN MOHD SOM
NAIB YANG DIPERTUA : ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN
KETUA URUSAN ULAMAK : HJ MUSTAFA DOLAH
LAIN-LAIN AKAN DIMAKLUMKAN
Saturday, May 8, 2010
TERKINI - MESYUARAT PAS KAWASAN SEREMBAN
KEPUTUSAN MUKTAMAD AKAN MENYUSUL
Wednesday, April 28, 2010
MESYUARAT PAS KAWASAN SEREMBAN
MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN SEREMBAN
TARIKH : 8HB MEI 2010
MASA 3.00 PETANG
TEMPAT : AKAN DIMAKLUMKAN
Pastikan semua ahli datang berikan sokongan
Thursday, April 15, 2010
PERINGATAN : TAKLIMAT PRA MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN SEREMBAN
Masa : 8.30 Malam
Tempat : D'ARK SENAWANG
Taklimat oleh : Ybhg. Dato' Mustafa Ali( Setiausaha Agung PAS)
Kehadiran : Semua Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan atau wakil.
Ketua Penerangan
Jawatankuasa Pemandu PAS Seremban









