TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Friday, September 3, 2010

KISAH SIFUAD

class="MsoNormal">Maaf semua kerana lama tak menulis. Masa banyak ditumpukan pada tugas sebagai setiausaha JPNNS

Baru-baru ini saya menerima email dari seseorang yang minta saya menulis kisah Si Fuad yang cerita dikatakan menerima musibah.

Tidak mampu untuk mengulas lantaran kesibukan, Saya perturunkan tulisan seorang sahabat yang mahu namanya dirahsiakan yang mendakwa bekas anak murid beliau untuk mengajak pelayar blog menilainya.

Bila ada kelapangan saya akan ulas

Jadi Layannnnnnnnnnnnnnnnnnn

KEZUHUDAN USTAZ FUAD KAMALUDIN

Saya selalu tertanya tentang kezuhudan Ustaz Fuad? Kerana sifat ‘ZUHUD’ ini terdapat kepada guru guru Mursyid dan guru Murobbi. Adakah dia Zuhud? Nampak luaran dunia tapi di dalam hati hanya terpaut kepada akhirah. Sebagai manusia biasa kita hanya boleh menilai manusia daripada apa yang kita lihat dihadapan kita. Kalau kita tanam pokok durian, buahnya tetap buah durian la, tapi kalau berbuah rambutan ke, maka tak logik dan ada yang tak kena.

Pertama kali saya bertemu Sheikh Fuad, dia dah menggunakan kereta Mercedes C200. Sampai sekarang (se tahu saya) dia tidak memandu kereta sendiri, tetapi dipandu oleh orang orang yang akrab dengan dia. Kalau di Kuala Lumpur, keretanya selalu dipandu oleh orang kanannya yang berkerja di Bank Rakyat. Selepas Mercedes C200, dia tukar kereta kepada BMW 500 series dan kemudiannya kepada Mercedes S Class. Sekali pandang, kita akan dapati yang Ustaz Fuad memang suka kepada kereta kereta mewah Continental. Suka dan sebagai hobi tu satu hal la, tetapi sebagai Guru dan pendakwah, yang kita tahu tidak mempunyai pendapatan tetap, daripada mana dia mendapat sumber kewangan yang membolehkan beliau berbuat demikian. Ada muridnya yang berkata, mungkin ada orang yang menghadiahkan kereta kereta tersebut kepada beliau. Betul ke? Baik sungguh orang yang memberikannya. Setelah membuat penyelidikan, saya dapati yang besar kemungkinan yang Ustaz Fuad membeli kereta kereta ini dengan membuat pinjaman Bank dan membayar dengan ansuran bulanan. Tanpa perkerjaan tetap dengan slip gaji, masakan boleh membuat pinjaman bank. Mungkin barangkali ada yang membuat pinjaman bagi pihak beliau. Soal sekarang, daripada manakah sumber kewangan beliau? Daripada Yayasan Sofa kah? Daripada hadiah hadiah dan sedekah sedekah orang dan anak murid kah? Yang pastinya, yang bertanya tentulah tahu dan yang empunya kereta lagi tahu tentang hal ini.

Soal pokoknya, perlukah seorang Ustaz kepada kereta kereta mewah seperti ini? Mana Zuhudnya! Masih ada duniawi di dalam diri kah? Apabila dipersoalkan perkara ini, Ustaz Fuad ada jawapannya. Sila lihat kepada tokoh islam yang terkenal, Abu Hassan Shazuli, pengasas Tareqat Shazuliah. Ustaz Fuad samakan dirinya dengan beliau. Memang betul Abu Hassan Shazuli memakai pakaian pakaian yang termahal, menggunakan kenderaan yang termahal, dan memakan makanan makanan yang lazat dan sedap. Memang dia berbuat demikian, tetapi dia Zuhud, dan di dalam hatinya tiada duniawi. Macam mana Abu Hassan Shazuli boleh kaya raya? Kerana dia berniaga dan buat business, diatas usahanya sendiri. Dia memberi wang, rumah dan pakaian kepada yang memerlukannya. Dia langsung tidak meminta atau mengambil wang daripada orang lain. Dia tidak meminta wang daripada orang atau anak murid sekiranya dia hendak pergi ke Mesir contohnya. Dia tidak meminta wang untuk menulis buku buku. Dia tidak meminta wang untuk mengadakan majlis dan sebagainya. Malah Abu Hassan Shazuli sendiri yang membiayai semua ini dengan wang dan kekayaannya sendiri tanpa meminta daripada manusia yang lain. Jadi kalau dibandingkan mereka berdua, memang tak sama. Seorang tu suka meminta minta daripada yang lain, tetapi yang satu lagi di sini suka member daripada meminta. Jauh sekali peribadi kedua dua makhluk ini.

Pada suatu ketika, murid murid di Rembau diwajibkan memberi tak silap saya RM 1000 seorang untuk tujuan dakwah Ustaz Fuad. Pada suatu ketika di Kuala Lumpur, beliau hampir menggunakan taktik yang sama di Kuala Lumpur kerana beliau nak mengumpulkan dana untuk membangunkan projek di Bukit Sembilan, Rembau. Dia pernah berkata di Kuala Lumpur di dalam satu kuliahnya, sekiranya seseorang hendak menghadiri kelasnya kerana hendak mencari ilmu, beramal tapi kalau tak nak mendukung dakwahnya, maka tak payahlah datang atau menghadiri diri ke kelasnya. Dan apabila saya memperinci apa yang dimaksudkan ‘dakwahnya’ dan apabila saya diberitahu yang salah satu maksudnya adalah apabila beliau meminta wang, maka murid murid kena tunaikan permintaannya. Saya terdiam sejenak dengan apa yang saya dengar dan hampir hampir tidak percaya dengan apa yang saya dengar. Masyaallah, mengapa terjadi yang demikian?

Di dalam satu kuliah di Anjung Rahmat (ABIM), Ustaz Fuad ada mengatakan apabila nak beli kereta, beli kereta kereta yang mahal mahal seperti Mercedes atau BMW dan bukan Kancil. Apabila membelinya, risaukan macam mana nak bayar kemudian. Masyaalah, semua yang saya katakan ini bukan fitnah atau tomahan. Kerana ada ramai saksi saksi. Anak anak muridnya samai yang tahu tentang hal ini.

Jadi Zuhud kah Ustaz Fuad Kamaludin? Saya biarkan pembaca membuat penilaian yang tersendiri.

Monday, June 28, 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN

Dari blog Soal Jawab Agama

Soalan;
Assalammualaikum, tersebar dalam internet mengenai tanda-tanda sebelum ajal menjelang bagi umat Islam seperti 100 hari sebelum mati badan akan mengalami getaran sesudah asar, 40 hari sebelum meninggal akan berdenyut pusat, juga berlaku sesudah asar. soalannya, sejauh manakah kesahihan tanda-tanda ini sedang tidak diketemui sebarang nas atau dalil dari Al-Quran atau Sunnah. Sedang ada yang mengatakan ia pandangan segelintir ulama. Dan apakah hukum jika ia dijadi iktiqad? dan apakah hukum jika menolaknya? Sekian.

Jawapan;

Sesuatu yang tidak sabit dengan nas dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan iqtiqad. Termasuklah juga perkara-perkara ghaib. Urusan aqidah dan kepercayaan adalah urusan agama. Oleh itu, tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah. Sabda Nabi -sallallahu alaihi wasallam-; "Sesiapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan agama) apa-apa yang bukan darinya, maka ia adalah tertolak". Adapun suatu dakwaan yang dibuat atas dasar pengalaman, kajian, penelitian dan sebagainya -bukan atas dasar agama-, itu terserah kepada setiap individu sama ada untuk menerima atau menolaknya berpandukan penilaian akal masing-masing.

Kesimpulannya, orang yang mendakwa tanda-tanda kematian itu adalah dari agama, wajiblah ia mendatangkan dalil dari al-Quran atau as-Sunnah. Jika ia mendakwa ianya dari pengalaman atau penelitian, terserahlah kepada masing-masing untuk mempercayainya atau tidak.

Tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah)

Apa yang jelas terdapat nas tentangnya ialah tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu;

1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

مَنْ كَان آخِرَ كَلامِه لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الجَنَّةَ
“Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)

2. Berpeluh di dahi

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

اَلْمُؤْمِنُ يَمُوْتُ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ
“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)

Dalam satu hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;

لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَإِنَّ نَفْسَ الْمُؤْمِنِ تَخْرُجُ رَشْحًا وَنَفْسُ الْكَافِرِ تَخْرُجُ مِنْ شِدْقِهِ كَمَا تَخْرُجُ نَفْسُ الْحِمَارِ‏
“Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa’id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).

3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ صَامَ يَوْمًا اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu ‘anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid; “Para perawi hadis ini adalah tsiqah”. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).

(Tuan-tuan/puan-puan yang ingin membaca lebih lanjut tentang kematian dan hal-hal berkait dengannya boleh dapatkan buku tulisan saya “Rahsia Kematian, Alam Barzakh dan Roh”. Ebook sila dapatkan di (http://ebook-ilmudanulamak.blogspot.com/)).

Wallahu a'lam.

Tuesday, May 18, 2010

DIALOG PAS - PADERI BERJAYA

Dari blog Misbahulmunir .




Buat julung kalinya PAS Perak berjaya menganjurkan program Ramah Mesra & Dialog bersama paderi-paderi dari sembilan buah gereja di bandaraya Ipoh. Seramai 23 orang paderi-paderi gereja dari berbagai mazhab hadir di Hotel Hilcity petang semalam. Sebahagian yang lain tidak dapat hadir kerana menghadiri program gereja di Pulau Pinang.

Program yang penuh mesra dan ceria berjaya merapatkan hubungan antara PAS dan pihak gereja yang sebelum ini terpisah kerana prejudisnya pihak gereja terhadap PAS. Salah seorang wakil mereka Dr. Teoh yang menyampaikan ucapan aluan menyatakan dengan telus sekiranya 3 tahun sebelum ini PAS menjemput mereka hadir, sudah pasti tidak ada pihak gereja yang mahu hadir. Ini kerana gambaran yang mereka terima bahawa PAS adalah parti agama yang ekstrim dan ganas.
Setelah PAS berpengalaman menerajui negeri Perak bersama DAP dan PKR serta pengalaman memerintah di negeri-negeri lain dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah dan keganasan,
sikap dan pemikiran mereka mulai terbuka terhadap PAS, prejudis golongan gereja terhadap PAS mula terhakis dan kini mereka lebih percaya dengan PAS berbanding dengan UMNO.


Pimpinan PAS yang diketuai oleh YB Dato' Seri Hj Nizar telah berjaya menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh paderi dalam sesi dialog. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perak selaku pihak penganjur. Dalam ucapan aluan beliau menyatakan bahawa program hari ini adalah titik permulaan mencari persefahaman dan persamaan antara PAS dan gereja dalam menangani apa sahaja isu masyarakat dan negara. Sebagaimana PAS yang boleh bergabung dengan DAP walaupun berlainan ideologi, sudah tentu PAS juga boleh berkerjasama dengan pihak gereja dalam menangani persoalan yang sama dengan melihat dari persepktif agama yang bersifat universal.

Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Dr. Khairuddin, YB Khalil Idham Lim, YB Zainuddin Yusuf, Pemangku Ketua Dewan Ulama, Setiausaha Dewan Ulama, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan beberapa Jawatankuasa hariannya. Turut hadir sebagai tetamu ialah YB Dr. Mujahid Yusuf, AJK PAS Pusat.

Penghujung program, para paderi yang hadir menyatakan rasa gembira dengan pertemuan ini dah mengharapkan ia lebih kerap lagi dianjurkan.

Thursday, May 6, 2010

ALFATIHAH : PERGINYA SEORANG SAHABAT

Allahyarham Abg Syed Jelebu(berketayab dipintu bilik)

Alfatihah

Berita sedih yang diterima dari sms sahabat memaklumkan pemergian Abg Syed pada pagi jumaat. Masih jelas ingatan sewaktu bertugas di PRK Hulu Selangor. Saya selaku setiausaha kontigen dan beliau selaku penolong bendahari kontigen PAS NS yang juga tukang masak kepada petugas NS.

Sesungguh JPN NS amat beruntung ketika PRK HS apabila kita kehilangan Pak Ngah selaku tukang masak Kontigen PAS NS di PRK, muncul Abg Syed memberikan sumbangan mengambil peranan Pak Ngah selaku tukang masak.

Sumbangan beliau kepada perjuangan PAS amat besar sekali terutama ketika adanya PRK. Masih teringat bagaimana komitmen beliau di PRK Permatang Pauh, bila mana beliau cekal tidak meninggalkan medan peperangan walaupun dimaklumkan menantu beliau meninggal dunia di kampung ketika itu.

Selamat tinggal sahabatku sesungguh kami berbangga sahabatku mati di dalam perjuangan.

Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruhnya . Amin


Monday, January 25, 2010

ADUKA OH ADUKA

Alfatihah untuk Almarhum Sultan Johor

Gegak gempita di alam blog bila AT buat hal.

Keceluparan mulut beliau menghina ulamak selama ini menerima balasan.

Selama ini ulamak dalam PAS langsung tidak diambil tindakan, hanya doa-doa mereka mengadu kepada ALLAH agar penulis seperti AT diberikan keinsafan dan hidayah.

Tanpa beliau sedar tulisan yang menyentoh raja memakan diri. Seharusnya isu ini menginsafkan serta bermuasabah atas bala ini. Oleh itu bersedialah berhadapan dengan hukuman.

Yang pasti bro denda RM50,000 serta penjara.

Sepatutnya dia sentuh mengapa marahkan kristian guna perkataan ALLAH tetapi budaya kristian ditiru tidak dihiraukan. Lihat muka depan akhbar Berita Harian. Ianya di hitamkan bagi mengambarkan kesedihan atas kemangkatan Sultan Johor

Inilah budaya kristian yang banyak kita lihat daam drama-drama melayu antaranya drama Tanah Kubur. Mereka menggunakan pakaian warna hitam bila ada adegan kematian

Sebaiknya AT pergi mengadap Sultan Johor memohon maaf atas kesilapan ini

czack : Bila membaca tulisan AT disini kita boleh fikir untuk memadamkan capai blog beliau sama sepert kita padamkan capaian kidefella

Wednesday, December 9, 2009

KISAH DAN TAULADAN UNTUK DIRENUNGI


Maafkan Aku Wahai Teman!!!!

Petikan dari Gadissaujana

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut

Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itusatu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

gadissaujana90.blogspot

Saturday, January 10, 2009

ARTIKEL MENARIK DARI UST. NASRUDIN HASSAN AT-TANTAWI





KERANA UMNO !
SAYA MASUK HOSPITAL
SAYA NAK SAMAN UMNO DI AKHIRAT


Seminggu ini saya terpaksa berulang alik dari Kuantan ke Kuala Terengganu . Siang saya di Kuantan sementara malam saya di Kuala Terengganu .

Sepatutnya saya bertugas sepenuh masa di Kuala Terengganu , tetapi oleh kerana jadual persekolahan anak - anak saya belum tetap dan stabil sehingga Isnin depan maka saya terpaksa menguruskan mereka setiap pagi sementara umminya terpaksa keluar mengajar seawal jam 6.40 am.

Perjalanan selama 3 jam dari Kuala Terengganu sedikit sebanyak membuatkan saya berasa bosan , sepi dan sunyi memandu keseorangan . Tapi apa boleh buat , saya terpaksa menunaikan kedua - dua tanggungjawab tersebut . Antara perjuangan dan keluarga . Semoga Allah swt memberi saya kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi cabaran yang berat dan memenatkan ini .

Letih dan Penat Mengantuk , letih , sakit pinggang , sakit tengkuk dan 1001 macam rasa dalam keadaan sebegini . Sesekali terfikir kenapa aku memilih jalan hidup yang seperti ini sedang orang lain enak tidur di rumah . Sesekali pertanyaan nakal seperti itu menerjah tanpa izin membuatkan sedikit sebanyak diri ini terganggu memikirkannya.


Mana tidaknya , badan letih , makan tidak menentu dan tidur tidak cukup . Masa nak bekerja cari duit untuk bekal masa depan memang tidak ada langsung . Kira makan apa yang ada tapi alhamdulillah sehingga hari ini , makan senantiasa ada . Belumlah kebuluran kerana berjuang walau tidaklah kaya atau mewah seperti orang lain .
Ikut rasa memanglah nak berehat , sungguh letih badan yang kerdil ini . Semalam pun saya hubungi Ustaz Wan Shukairi , dia kata , syeikh ana kena balik tidur segera sebab badan ana dah rasa lain macam . Sejuk panas tidak menentu , bimbang pula esok tidak boleh turun ke majlis penamaan calon . Nampaknya bukanlah saya seorang yang keletihan .
Sebelum saya melanjutkan perjalanan yang jauh ini , saya sempat singgah di sebuah kedai makan dekat kampung Rusila untuk pekena Radix secawan . Kebetulan bertemu dengan Ustaz Azman Syafawi [ Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil p.036 Pemuda Pusat ] , Ustaz Arifin [ Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat ] dan Dr. Shamsuri [ Setiausaha Politik Presiden PAS ] yang juga singgah meredakan ketegangan rasa dan kepenatan tubuh sambil pekena nasi goreng kampung .
Mereka juga gagal menyembunyikan rasa letih dan penat yang amat setelah bertungkus lumus melunaskan tanggungjawab dan amanah perjuangan ini . Saya lihat semua tarik muka 40 .
Beberapa jam sebelum tu , berlangsung mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat di Markaz tarbiyah PAS Kuala Ibai . Yb. Ketua Pemuda terlewat sampai kerana mempunyai komitmen lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadhiran beliau maka saya diminta untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut .


Penghujung mesyuarat , Yb. Salahudin sampai dan saya kembali menyerahkan majlis kepada beliau untuk dipengerusikan olehnya . Sewaktu dia membuka bicara , saya nampak sangat dia keletihan . Maklumlah , kata beliau sedari pagi beliau mempunyai komitmen aktiviti yang tidak boleh di elak termasuk menangani isu Gaza dan bertemu beberapa tokoh tertentu untuk mengatur langkah berkesan menangani isu tersebut . Tambah pula mengambil perjalanan jauh dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan kenderaan darat .


Sungguh memenatkan ! begitulah kenyataan tanpa suara yang boleh saya fahami dari Yb. Ketua Pemuda yang sangat saya sayangi . Idola saya dalam perjuangan ini . Melihat kelibatnya ditengah medan , cukup menjadikan saya bermotivasi tinggi untuk terus thabat dalam perjuangan ini .


Rakan EXCO pemuda PAS Pusat pun sama . Dalam senyum mesra merapat ukhuwwah nyata tetap terserlah wajah kepenatan dan keletihan mengurus amanah dan tanggungjawab perjuangan besar lagi suci ini . Ustaz Riduan yang baru balik dari United Kingdom , Sdr Sabki mengendali pengurusan seketeriat Pemuda , sdr Adram pening kepala mencari dana untuk kelangsungan perjuangan , Sdr Kamaruzaman tak kalah seperti Menteri Wilayah Persekutuan menangani warga kota yang begitu rencam wajah kehidupan mereka yang terpisah dari wahyu Allah swt .


Boleh dikatakan nampak benar rasa penat dan letih dari setiap wajah seluruh EXCO Pemuda PAS Pusat . Namun mereka bijak mengatasi rasa agar tidak jelas kelihatan dihadapan umum . Tapi saya percaya mereka penat dan letih .


Memikirkan realiti ini maka yakinlah saya bahawa saya tidak keseorangan walau saat itu saya memandu keseorangan . Sedang saya belum lagi masuk kira seluruh pemimpin PAS terutama Mursyid Am , Presiden , Timbalan Presiden , Naib - naib Presiden dan seluruh AJK PAS Pusat bahkan seluruh pemimpin dan aktivis parti disemua peringkat dan pastinya rasa saya yang paling penat dan letih ialah anggota Briged Unit AMAL yang siap bertugas bila dikerah tanpa peduli bila masanya .


Biasanya saat seperti itu membuatkan saya bertindak menghubungi sahabat - sahabat seperjuangan . Walau sekadar bertanya khabar sudah cukup membuatkan diri ini bermotivasi untuk meneruskan perjuangan yang serba mencabar . Tapi ... waktu dinihari seperti ini siapalah yang nak angkat telefon , nanti saya mengganggu mereka pula , sudahlah mereka kepenatan ...
Tok Guru Nak Saman UMNO


Akhirnya saya mencari vcd - vcd lama untuk dipasang bagi membelah suasana sunyi dan sepi sepanjang jalan yang telah melepasi jam 3 pagi .Saya memilih vcd ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz al Mursyidul Am PAS . Sungguh menarik kupasan ceramah Tok Guru yang sememangnya dikenali dan diketahui umum kepakaran beliau menyampai ceramah dan mengupas isu yang berlaku .


Pertengahan ucapan Tok Guru , saya bagai terpaku apabila mendengar dengusan Tok Guru yang menegaskan bahawa beliau nak saman UMNO depan Allah di akhirat kelak . Saya tersentak lalu mengulang semula ucapan Tok Guru .


Tok Guru kata : " saya masuk hospital kerana UMNO , saya nak saman UMNO di akhirat kelak . Kerana UMNO melakukan perbuatan mungkar dan sebesar - besar mungkar yang dilakukan oleh UMNO ialah mengasingkan politik dengan agama . Saya terpaksa turun berjuang , keluar rumah berceramah , kuliah dan sebagainya . Nak duduk di rumah berehat tak boleh sebab Allah bagi lidah dan tenaga ni bukan untuk diam melihat sahaja mungkar yang UMNO buat .......


" Terpaksa keluar hingga larut - larut malam , akhirnya jatuh sakit masuk hospital . Ini semua kerana UMNO . Aku nak saman kamu wahai UMNO d depan Allah di akhirat nanti ...."
Begitulah lebih kurang ayat Tok Guru yang saya masih ingat . Tegas juga Tok Guru malam sewaktu menyampaikan ceramah tersebut yang dihadhiri puluhan ribu manusia di dataran Stadium Sultan Muhammad Kelantan .


Maknanya benarlah , Tok Guru juga penat dan letih memimpin perjuangan ini sejak sekian lama cuma beliau sangat gagah dan kuat menelan segala kepahitan dan kepenatan demi Islam .
Cuma apa yang membuatkan saya baru faham hari ini ialah , keletihan dan kepenatan yang dirasai selama ini bahkan kesakitan yang dialami rupa - rupanya berpunca dari UMNO dan BN . Manakan tidak , kalau lah tidak kerana UMNO dan BN menyuburkan bumi ini dengan segala macam maksiat , mungkar , penyelewengan , penindasan dan pengkhianatan kepada rakyat maka tidaklah penat begini kita di medan .

Kalau begitu Tok Guru , saya pun nak failkan saman . Saya percaya semua pemimpin PAS yang dulu dan kini akan turut di belakang Tok Guru menfailkan saman terhadap UMNO dan BN di depan Allah , kerana mereka lah sebahagian besar masa , tenaga dan harta kita habis terkorban . Siap kamu UMNO !


Pun begitu , saya sungguh yakin , belum sempat kita saman Allah swt pasti akan membayar segala ganti rugi kita sebagaimana firman Allah swt :


يا أيها الذين امنوا هل ادلكم على تجارة تنجيكم من عذاب اليم تؤمنون بالله و رسوله و تجاهدون في سبيل الله بأموالكم و أنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون . يغفرلكم ذنوبكم و يدخلكم جنات تجرى من تحتها الانهار و مساكن طيبة في جنات عدن ذلك الفوز العظيم

Wahai orang - orang yang beriman , adakah mahu Aku tunjukkan kamu satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ? Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta berjihad di Jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu sedang sedemikian itu adalah suatu yang terlebih baik bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti . Malah ia Mengampunkan dosa - dosa kamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai - sungai serta disediakan tempat tinggal yang indah di dalam syurga A'dnin . Sedemikian itu adalah satu kemenangan yang agong .
Surah As Shaff . Ayat : 10 - 12


Salinan dari blog Nasrudin bin Hassan at Tantawi

Monday, April 21, 2008

TAZKIRAH

Tafsir al-Maidah 80-82: Ilmu di kalangan orang fasik
Tuan Guru Abdul Hadi Awang Thu Mar 27, 08 12:46:44 pm MYT
Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik. -->-->
Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.?Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda umat zaman dahulu.
Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan kerana orang yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak kuat dan mereka pula takut kepada dosanya.
Mereka sedar bahawa mereka mempunyai ilmu dan dosa. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai perasaan takut mati. Orang sedemikian rupa mendapat ilmu dalam perkara agama.
Apabila berlaku keadaan demikian, maka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran ditinggalkan, tidak dilaksanakan dengan jayanya.
Seterusnya Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Engkau melihat kebanyakan daripada mereka itu berwalikan kepada orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 80)
Kebanyakan daripada mereka itu (orang kafir dari ahlil kitab) berwalikan kepada orang-orang kafir. Yang dimaksudkan dengan berwalikan dengan orang kafir di sini adalah berwalikan kepada orang kafir musyrikin seperti orang kafir Makkah.
Inilah kawan mereka, tidak menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. pada hal mereka mengetahui isi kandungan kitab Allah.
Sesetengah ulama lain menyatakan yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah orang-orang munafik. Dia mengaku beriman sedangkan hatinya tidak beriman. Antara dalilnya adalah berwalikan kepada orang kafir dengan sebab itulah mereka tidak menjalankan perintah Allah dengan cara yang betul dan sesungguhnya.
Firman Allah yang bermaksud, "Alangkah buruknya apa yang mereka kemukakan untuk diri mereka." (Surah al-Maidah: 80)
Kalau itulah amalan mereka maka itulah amalan yang buruk, tidak boleh menjadi bekalan pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud, "bahawa Allah memurkai mereka itu." (Surah al-Maidah: 80)
Allah Taala memurkai golongan seperti ini kerana tidak mencegah kemungkaran, reda kepada perkara tersebut dan berwalikan kepada orang kafir.
Firman Allah lagi yang bermaksud, "Dan di dalam azab neraka mereka kekal selama-lamanya." (Surah al-Maidah: 80)
Apabila mereka menjadi kufur kepada perintah Allah sudah pasti mereka kekal di dalam neraka.
Firman Allah yang bermaksud, "Kalaulah sekiranya mereka itu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada Nabi s.a.w. dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (al-Quran), tidaklah mereka itu menjadikan orang kafir itu sebagai wali mereka.
"Dan kebanyakan daripada mereka itu adalah orang-orang yang fasik (keluar daripada taat kepada Allah dan rasul-Nya s.a.w.)" (Surah al-Maidah: 81)
Mereka tidak taat kepada Allah dan Rasul-Nya sekali gus menolak al-Quran sebagai kitab panduan kehidupan mereka di dunia ini.
Firman Allah yang bermaksud, "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad s.a.w.) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
"Dan demi sesungguhnya engkau dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang berkata, "bahawa kami ini ialah orang-orang Nasara.
"Yang demikian itu disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli ibadat dan kerana mereka tidak pula berlaku sombong." (Surah al-Maidah: 82)
Para ulama membincangkan sebab turunnya ayat ini. Al-Qurtubi dan Ibnu Kathir serta ulama-ulama tafsir yang lain telah menyebut beberapa peristiwa yang berkait dengan ayat ini dan mereka mengatakan bahawa peristiwa-peristiwa ini adalah sebab kepada Allah SWT menurunkan ayat ini untuk menjadi pengajaran kepada orang-orang yang beriman.
Yang pertama ayat ini diturunkan bersempena dengan Raja Najasyi (Raja Habasyah), pembesar-pembesar dan pengikut-pengikutnya, apabila tiba kepada mereka orang-orang Islam yang berhijrah dalam peristiwa hijrah yang pertama sebelum daripada berhijrah ke Al-Madinatil Munawwarah. - lanh