TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Saturday, February 27, 2010

GOTONG ROYONG PERINGKAT KEDUA

GOTONG ROYONG PERINGKAT KEDUA..SYABAS MARGOSA DAN TERIMA KASIH

























KERJA-KERJA HARAM IJM/LEKAS

IJM/LEKAS MENGHINA MAHKAMAH. WALAUPUN INJUKSI TELAH MELULUSKAN PERMOHONAN PENDUDUK MARGOSA NAMUN MEREKA TERUS MENJALANKAN KERJA.

KITA TELAH PUN MEMBUAT LAPURAN POLIS DAN TELAH DIMAKLUMKAN KEPADA PEGUAM KITA UNTUK DIMAKLUMKAN KEPADA MAHKAMAH









Thursday, February 25, 2010

SAHABAT KU KETUA PEMUDA PAS SEREMBAN -SEDAR KE TIDAK.

Sewaktu ceramah umum di bangunan baru PAS NS di kawasan perniagaan Betaria sempat sembang politik dengan beliau.

Gurauan kami biasalah bila PR tawan PutraJaya beliau nak jadi YDP MPS atau mungkin waktu itu jadi Dato' Bandar Seremban.

Saya pula mahukan jawatan TYT Melaka dengan alasan walaupun saya orang Negori tetapi isteri saya orang Melaka sama dengan TYT yang ada sekarang.

Saudara Hasan yang ada sama menyampuk, Kalau macam tu aku pun nak kerana aku jugak pasal aku berasal dari Melaka. Gelak kami berpanjangan bila seorang sahabat menyampuk perceramah kita Saudara Shamsul Ketua AMK juga nak pasal dia pun orang Melaka.


Sdra. Zul punya cita-cita nak menukarkan Tadika KEMAS kepada PASTI selepas PRU 13
atau macam nak seberang kat sinu je...

Sengaja saya coretkan gurauan bukan untuk dijadikan modal oleh UBN bahawa kita gila kuasa. Kita di dalam PAS ditarbiah bukan pangkat mahupun jawatan yang kita kejar.

Ia adalah kerisauan ahli bawahan terhadap kesediaan PR bila kita diberi amanah untuk memimpin negara/ Negeri Sembilan selepas PRU 13.

Sudah bersediakah kita.????????????????

Mengambil kira Seremban , ianya sama seperti IPOH . Kita kena ambil pengajaran sewaktu kita menerajui Perak tempohari.

Keperluan bagi mengisi jawatan penting perlu ada agar nanti tidak ujud vacuam seperti perlantikan Dato' Bandar Ipoh. Ini penting bagi kita berikan keyakinan kepada rakyat bahawa kita boleh memerintah malah lebih baik dari UBN.

PAS kawasan Seremban yang masih tergantung dengan hanya Pemuda dan Muslimat PAS Seremban sahaja yang boleh bergerak,. Malangnya sahabatku Ketua Pemuda Seremban tiada langsung progrem yang menampakan serta memberi impak yang dapat dirasai oleh ahli dan masyarakat kawasan Seremban bahawa PAS itu wujud di sini.

Dia boleh pusing satu Seremban dengan wirid berkaitan wa'alaq serta kejayaan menubuhkan beberapa PASTI. Namun ia sebenarnya usaha yang kecil sahaja sedang PAS di kawasan Seremban adalah jantung PAS di N.Sembilan.

Banyak lagi progrem perlu dilaksanakan. Sebagai orang kuat Unit Amal Pusat seharusnya banyak yang boleh dan perlu dibuat. Setakat menubuhkan PASTI sahaja tidak cukup malah itu tugas asas Dewan Pemuda. Sepatutnya Unit Awal sudah semestinya kuat di Kawasan Seremban .

Nampaknya semua tak kena nie. Kita dah nak memerintah. Sejak jadi Ketua Pemuda , tiada satu pun ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Seremban, sedangkan itu adalah progrem asas sama seperti menubuhkan PASTI.

Mungkinkah beliau tak berkemampuan mengalas tugas dan amanah yang banyak.?

Mungkinkah beliau tidak mendapat sokongan AJK?.Mungkin............................

Tiada sokongan Pemuda Negeri? Tidak mungkin.

Apa masalah sebenarnya? Sahabat yang senior tolong bantu beliau agar tidak gugur sebutir lagi mutiara dalam PAS Seremban.

Pemuda PAS Kawasan Seremban mesti kuat bagi menampung masalah yang membelengu PAS Seremban.

Mungkinkah beliau tidak layak dan tidak punya idea untuk menggerakan Pemuda PAS Seremban. Ahli PAS Seremban dan Dewan Pemuda PAS Negeri kena pi tengok dan bantu beliau.

Kalau ini tak selesai, macam mana kita bila diberi amanah menguruskan kerajaan negeri selepas PRU 13.

czackPY : Bro kerja kuat sikitlah. Banyak kerja nak buat. Cakap dengan AJK jangan jadikan alasan PAS Seremban tergantung tak bertali. Pengundi di Seremban menaruh harapan tinggi pada kita.

Nanti sambung........................................


CERAMAH YBHG UST. NURSALAM AL-HAFIZ DI SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA - 22HB FEBUARI 2010

Majlis berjalan dengan sempurna . Terima kasih kepada semua










Wednesday, February 24, 2010

GOTONG ROYONG PERINGKAT PERTAMA


Gotong Royong peringkat pertama 7hb Febuari 2010

Majlis Gotong Royong peringkat pertama Taman Bukit Margosa telah berjalan dengan lancar. Ianya membabitkan penduduk jalan Margosa 6, Margosa 7. Margosa 9 dan Margosa 10

Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk MPS yang menyediakan tong sampah.

Kita telah mengenalpasti 2 longkang yang perlukan perkhidmatan bomba , iaitu longkang di jalan 6 dan jalan 7.

Kita akan maklumkan kepada pihak bomba bagi mendapatkan bantuan sewaktu gotong royong peringkat terakhir.

Kita juga mengesan kun penghadang jalan milik kontraktor LEKAS/IJM sebagai tempat nyamuk membiak dan telah dilapurkan kepada pihak kesihatan.

Syabas margosa walaupun kumpulan perihatin tak hadir ianya tidak menjadi halangan untuk kita teruskan aktiviti kita. Jumpa lagi di majlis gotong royong diperingkat seterusnya.

Thursday, February 18, 2010

CERAMAH AGAMA

>
TARIKH : 22HB FEBUARI 2010
(ISNIN MALAM SELASA)

TEMPAT : SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA

MASA : SELEPAS SOLAT MAHGRIB

PENCERAMAH :
Y.BHG UST. DRS NUR SALAM ABD MUTALIB AL-HAFIZ MUDIR MA’AHAD TAHFIZ DARUL HUFAZ LAMPUNG INDONESIA

SEMUA DIJEMPUT HADIR

ANJURAN
SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA
KRT TAMAN BUKIT MARGOSA
SRS TAMAN BUKIT MARGOSA
JAWATANKUASA BERTINDAK TBM

Sunday, February 14, 2010

KHATAM KALI KETIGA

UNTUK SEMUA SAHABAT,
SEMUA DIJEMPUT HADIR

MAJLIS BACAAN DAN KHATAM 30 JUZ KALI KETIGA

ANJURAN : JAWATANKUASA BERTINDAK LEBUHRAYA DENGAN
KERJASAMA KRT, SRS DAN SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA

NIAT/TUJUAN:
1) MEMANJATKAN KESYUKURAN DIATAS KELULUSAN YANG DIBERIKAN OLEH MAHKAMAH KEPADA PERMOHONAN INJUKSI KITA.

2) MEMOHON KEPADA ALLAH DIKEKALKAN KEMENANGAN INI DISAMPING DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN DIBERKATI SEGALA KEPUTUSAN BERSAMA YANG TELAH , SEDANG DAN AKAN DIBUAT.
3) MEMOHON AGAR KITA DI TAMAN INI DILINDUNGI ALLAH DARI SEBARANG MALAPETAKA DAN MEMOHON JUGA KEPADA ALLAH AGAR SAHABAT KITA YANG TERPENGARUH DENGAN DAKYAH SEGELINTIR ORANG KEMBALI BERSAMA KITA DALAM PERJUANGAN INI. DLL
4) SEDEKAH PAHALA UNTUK ARWAH IBU KEPADA ABANG RAHMAN JAIT DARI M6

METHODOLOGI : SETIAP PESERTA YANG TERBABIT DAPAT MENYELESAIKAN BACAAN AL-QURAN BERDASAR JUZUK YANG DIAMANAHKAN KEPADA MEREKA MULAI 8HB FEBUARI DAN MAJLIS KHATAM AKAN DIBUAT DI SURAU KITA. PADA 27HB FEBUARI SELEPAS MAHGRIB.

• *PESERTA BOLEH MEYELESAIKAN BACAAN MASING-MASING DI SURAU ATAU DI RUMAH MENGIKUT KESESUAIAN MASA MEREKA *


# UNTUK SAHABAT YANG TIADA DI DALAM SENARAI JUGA DIGALAKAN SAMA MEMBACA JUZUK PILIHAN DAN HADIR BERSAMA SAMA SEWAKTU MAJLIS KHATAM.#

TERIMA KASIH ATAS SEGALA SOKONGAN YANG DIBERIKAN

SAYA YANG MENJALANKAN TUGAS,


(ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN)
PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK DAN SRS



SENARAI PESERTA MAJLIS BACAAN DAN KHATAM AL-QURA 30 JUZUK
ANJURAN JAWATANKUASA BERTINDAK LEBUHRAYA LEKAS TMN BK. MARGOSA
KALI KETIGA

JUZUK NAMA PESERTA JALAN
1 ARIS UJANG M12
2 AZIZUL BIN ABD.RAHMAN M7
3 ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN M16
4 ROHAYA BINTI ABD.RAHMAN M16
5 MUHAMMAD HAZIQ B. BADRULHISHAM T10
6 ROHANI BIN ABD RAHMAN T10
7 BADRULHISHAM BIN HASHIM T10
8 MUHAMMAD BIN YAZID T8
9 ABU BAKAR T10
10 SHAHIRAN HASHIM M9
11 YAAKUB AMIN M7
12 MUSLIMAT
13 MUSLIMAT
14 MUSLIMAT
15 MUSLIMAT
16 HAMDAN M13
17 ZAINI ARIS M5
18 AZAMLY M11
19 MUHAMMAD AZIM ZAKARIA M16
20 MOHD NAZIM HASSAN M13
21 RAUF ABD RAHMAN M12
22 RADUAN NASIR M7
23 HAJI AMRAN SAID MII
24 UST JEPRI BAHARI M9
25 HJ NAZIR M18
26 FIRDAUS RAMLAN ST6
27 UST. RAMLAN SALIH ST6
28 UST. RAMLAN SALIH ST6
29 JAMHURI JAMEL M18
30 UST. ZAMAK M18

JOM KITA LAWAN DENGGI KAT MARGOSA

MAKLUMAN PROGREM

GOTONG ROYONG

JAM 8 PAGI

PERINGKAT PERTAMA – TARIKH 7HB FEBUARI 2010

Kawasan Jalan M6, M7, M9, M10

…………………………………………..

PERINGKAT KEDUA – TARKH 21HB FEBUARI

Kawasan Jalan M11, M12, M13

Tempat Berkumpul – Post 2 Jalan M11

…………………………………………..

PERINGKAT KETIGA – TARIKH 28HB FEBUARI 2010

Kawasan Jalan M14, M15, M16, 17 dan M18

Tempat Berkumpul – Perkarangan Rumah En Roslan M16

………………………………………….

PERINGKAT KEEMPAT- TARIKH 7HB MAC 2010

Kawasan Jalan M1, M2, M3 M4, M5

Tempat Berkumpul – Surau Taman Bukit Margosa

………………………………………….

PERINGKAT KELIMA – TARIKH 14HB MAC 2010

Kawasan Jalan Telawi 10 Telawi 9 ST5, ST6,

Tempat Berkumpul – Post Utama

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Maklumat Lanjut hubungi:

Pengarah Progrem En. Azizul (012-6097005)

“MARGOSA BEBAS DARI DENGGI”

Tuesday, February 9, 2010

MEREKA MENINGGALKAN KITA -2- SAMAN KE ATAS MPS( MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN


Sebenarnya malas nak jawab hujah mereka yang bergerak atas nama perihatin. Tetapi atas pandangan sahabat serta penduduk kita nyata Mengapa kita saman MPS sebagai satu defenden kita.

Sewaktu AJK berjumpa dengan Dato' Sahak, beliau juga menegaskan bahwa saman ini adalah hak penduduk. Kata Tok Sahak ini hak saudara semua. Saya dulu juga membantu saman ke atas JBA untuk pendudukPantai. Kami beroleh kemenangan cuma saya sendiri tidak ambil duit pampasan kerana tanah ibu saya yang terbabit dan beliau telah meninggal dunia.

Juga Abg Zul JPJ yang mewakili hartanah atas nama isterinya, berkatanPak Ya dulu saya sokong untuk alih jajaran dan saya penjawat awam.

Untuk itu jawapan saya ,Benar kita berjuang untuk ubah jajaran . Ini dibuktikan dengan afidavit kita.Dan saman keatas MPS ini perlu kerana mereka yang mengeluarkan CF. Jika CF dikeluarkan oleh perihatin , perihatinlah kita saman begitu juga kalau CW, Deris atau Abg Wahid, yang keluarkan CF merekalah kita saman. Ini membabitkan persoalan undang-undang.

Bagi penjawat awam , cukuplah hujah Tok Sahak sebagai jawapan serta cuba lihat mereka di jalan M18 berapa ramai penjawat awam disitu.


Wednesday, February 3, 2010

MARGOSA INI TUNTUTAN KITA

Mereka menuduh kita berniat jahat dan tamak.

Kita maklumkan bahawa tuntutan pertama kita pindahkan jajaran ini

tuntutan kami2