TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Wednesday, February 16, 2011

PAS SEREMBAN HAPRAK ? - PEMBETULAN ATAS TUDUHAN MENGHALANG CERAMAH MAT SABU

"As'salamualaikum" kepada semua,

Saya menerima banyak SMS, email dan panggilan telefon yang bertanyakan bila artikel pendedahan yang saya janjikan akan dikeluarkan diblog ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan dan nasihat serta memberikan hujah impilkasinya terutama ia bakal dijadikan peluru oleh UMNO menyerang PAS di PRU Ke 13. Atau kata lain kerahsian parti dibocorkan seperti tuduhan beberapa pimpinan ke atas saya. Saya berkeyakinan tiada apa yang boleh digunakan oleh UMNO kerana kita bulat menolak UMNO perbezaan kita hanya cara menguruskan parti kita.

Ada yang memberikan pendapat dan pandangan tentang ukhwah, kesetian wa'la dan strategi yang memungkinkan jawatan saya terlucut. Di dalam menimbangkan baik buruk saya menerima sedikit kekuatan apabila menimba ilmu dalam Seminar Pemantapan Organisasi Anjuran PAS Kawasan Seremban terutama dalam kertaskerja yang dibentangkan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang bertajuk "ADAB-ADAB BERJEMAAH"

Jawapan kepada pertanyaan saya serta keperluan untuk semua ahli PAS Kawasan Seremban mengetahui duduk perkara sebenar agar Pimpinan PAS yang saya turut berada di dalamnya selaku Naib Yang Dipertua tidak akan dipersalahkan. Sedangkan Tok Guru Haji Hadi ditegur, diserang dan difitnah di dalam bolg , tiada pun dipecat ahlinya.

InsyaAllah saya akan menulis demi mendapatkan keredaan dari ALLAH kerana ianya tidak babitkan kerahsian parti tetapi cuma pertelingkahan mentafsir perlembagaan serta kaedah pengurusan organisasi. Dan saya yakin semua permasalahan hanyalah untuk melihat PAS Seremban kembali mantap dan bersesuaian dengan gelaran selaku Mutiara PAS NS

Namun di artikel ini saya hanya akan menyentuh tentang tuduhan HAPRAKNYA PAS SEREMBAN kerana menghalang Ceramah Mat Sabu Pada 3hb Januari 2011 yang dianjurkan oleh BPPNS (yang sepatutnya anjuran JPPNS) bagi pengistiharkan Gerakerja PRK Tenang .

Tidak panjang untuk saya jelaskan disini kerana saya sedang siapkan kronologi selaku AJK Pemandu bagi penjelasan kepada ahli PAS Seremban. Sebelum itu ingin saya jelaskan pada sahabat PAS SEREMBAN telah ada dan disahkan oleh PAS Pusat. Oleh itu Pimpinan PAS Seremban adalah mereka yang diamanahkan sebagai pemegang amanah pengurusan PAS di Seremban. Oleh itu sebarang progrem yang dibuat dikawasan Seremban sepatutnya dibawa kepada makluman serta berbincang bersama PAS Seremban.

Selaku NYDP Kawasan Seremban saya menafikan sebarang usaha kami untuk menghalang progrem PAS demi wa'ala, demi Ukhwah, demi Islam ,demi Jemaah dan senantiasa berlapang dada. Itu semua kami dah laku (lebih terperinci pada tulisan akan datang).

Tapi mengapa bila kami bermain mengikut buku kami tak Wa'ala., kami tak pentingkan Ukhwah, kami membelakangkan Jemaah dan Islam juga kami tidak berlapang dada.
Tapi bila tang batang hidung mereka pergi mampuslah dengan Wa'la, dengan Ukhwah, dengan Jemaah dan Islam serta tiada perkataan berlapang lada. Mengapa Jadi Begitu??????

Kepada mereka yang bertanya samada ahli PAS Kawasan Seremban mahupun Kawasan lain serta rakan dari PKR 3 contoh yang saya jelaskan iaitu :-

1) Pertanyaan dari sahabat kawasan Tampin , saya jelaskan kiranya Ali Maidin buat progrem dengan BPPNS di Tampin tanpa maklum dan berbincang dengan YDP Kawasan, menjerit tak Zakaria Kalim

2) Sahabat di Jempol juga saya jelaskan jika BPPNS buat progrem dengan Ust Ramli di Jempol tanpa makluman YDP nya Rahman . Cuba buat kalau tak mengamuk Rahman.

3) Begitu juga saya jelaskan pada sahabat PKR cubalah buat progrem dalam Cabang Seremban, antara Majlis Perhubungan Negeri tanpa makluman dan rundingan dengan Ketua Cabang ,kalau tak menjerit Dr. Azam.

Alhamdulillah akhirnya semua mereka faham dan saya perjelaskan lagi bahawa saya hadir dalam perbincangan itu selaku Naib YDP Kawasan Seremban seperti diarahkan oleh YDP dan di dalamnya hanya taklimat dari Pengarah mengenai Tenang serta Tazkirah oleh PJNS serta penerangan oleh Ketua Kontigen dan saya selaku wakil kawasan Seremban (Bukan wakil JPNNS ) tidak diajak berbincang mengenai progrem ceramah. Saya meninggalkan taklimat sehingga selesai.

Saya dimaklumkan bantahan di dalam mesyuarat Kawasan dan ianya sampai kepada Dato' SU PAS yang akur akan kesilapan BPPNS tetapi meminta Pimpinan Kawasan menerima progrem tersebut kerana persiapan telah dibuat. Pas Kawasan Seremban akur dengan permintaan Dato' SU yang berjanji akan memaklumkan kepada BPPNS agar progrem masa akan datang harus mengikut prosedur sesuai dengan PAS itu sendiri yang ada perlembagaaan. Walaupun Su BPPNS mendakwa SMS dihantar kepada SU Kawasan tetapi panggilan taklimat disebarkan bukan dari SU BPPNS tetapi pihak lain yang juga menyebarkan sms menuduh PAS Kawasan Seremban(Kita tahu siapa dan sekarang kita kumpulkan sebagai bukti aduan kepada PAS Pusat serta makluman kepada ahli semua cawangan) menghalang ceramah tanpa cerita sebabnya dan mengapa PAS Seremban berlapang dada memberikan persetujuan.

Dan ianya dikira selesai, dan ahli Pas kawasan kita akan telah serta terus dimaklumkan agar tidak Kawasan Seremban berterusan dikatakan haprak. Dan untuk sahabat Husaini ada masanya perlu ada watak nakal dalam PAS nie, tapi tuduhan PAS Seremban Haprak tanpa mendapatkan penjelasan amat berat dan tak betul tu, Kalau Haprak takan PJNS datang dari Kawasan Seremban.

Keyakinan saya kita berbalah dalam isu cara organisasi di urus tetapi dalam perjuangan menentang UBN kita masih bersatu dan belum ada ahli yang keluar parti atas isu ini.






Sunday, February 13, 2011

SEPETANG BERSAMA KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

Tahniah Muslimat Pas Kawasan Seremban berjaya menganjurkan Progrem ini 13hb Febuari 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 12, 2011

MESYUARAT CAWANGAN PAS DALAM KAWASAN SEREMBAN BERMULA

Cawangan Pantai merupakan cawangan kedua melaksanakan tanggungjawab dengan PJ NS merasmikannya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 31, 2011

CERAMAH MAT SABU DI SEREMBAN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 29, 2011

TENANG ~ AURA CIK GU MALA MENGUASAI AKAR UMBI DI DUN TENANG

Suasana di Tenang cukup tenang dengan aura Cik Gu Mala menguasai dan meresapi setiap pengudi. Adakah upset akan berlaku . Doa daripada semua penyokong PR harap dipertingkatkan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 28, 2011

CERAMAH MAT SABU - BERITA DARI TENANG


Dengarkan cerita berkaitan PRK Tenang dalam ceramah umum anjuran PAS Kawasan Seremban

Tarikh : 31hb Januari 2011

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Pasti Wildan (Sebelah Masjid Ampangan)

Penceramah : Ybhg Tuan Haji Mat Sabu( AJK PAS Pusat)
: YB Ravi (Ketua Cabang PKR Teluk Kemang)

Tuesday, January 25, 2011

NUKILAN SAHABAT "DERHAKALAH AHLI PAS SEREMBAN

Kalau seseorang bekerja keras dan dapat menawan hati ramai wakil cawangan ke Mesyuarat Agong Kawasan, dia hampir pasti akan dilantik sebagai YDP.

Kalau seseorang baik dengan presiden parti, berkawan dengan ramai AJK Pusat sehingga ke Naib Presiden dan pandai pula melobi, pasti dia akan menjadi pesuruhjaya negeri.Sambungannya disini

Sunday, January 23, 2011

TENANG SUKAR MENANG TAPI TAK MUSTAHIL MENANG

Biar ape orang nak kata namin hakikatnya tak mustahil PAS buat kejutan di PRK Tenang. Walaupun tinjauan dibuat di negeri totok UMNO ini bukan satu rumah satu bendera BN tetapi satu halaman dipajakan bendera BN. Semuanya adalah strategi UBN untuk memberi gambaran mereka kuat dan bakal menang dengan Majoriti lebih 5000 undi. Tapi percayalah sebenarnya akar umbi penyokong mereka sedang resah dan cah keting akan berlaku. Sama-samalah kita tunggu apakah upset akan berlaku
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 20, 2011

KELAS TAFSIR AL-QURAN TAMAN BUKIT MARGOSA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 15, 2011

MORE EDUCATION ISSUES

Kumpulan Elit Melayu kadang-kadang mereka tidak sedar keresahan mereka seakan sama umpama Anjing menyalak bukit.

More Education Issues

By Syed Akbar Ali

First of all here is what they pay for school fees in Singapore:

.

School fees after subsidy S$5.00

Miscellaneous Fee S$8.00

Second Tier Misc Fee S$8.00

.

That is S$21.00 total or about RM50.00. Ini bukan cakap kedai kopi mamak but this is from the Ministry of Education website in Singapore www.moe.gov.sg/education/secondary/. No PIBG fees, no separate computer lab fees (we used to pay RM10.00 a month for my two boys but they never got to use the computers at the school). Read more...


SEMINAR PAS KAWASAN SEREMBAN

ADAB BERJAMAAH DIBENTANGKAN OLEH TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP TIMBALAN KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 11, 2011

UKHUWAH - MENGAPA PADA AHLI BIASA TAPI TANG PIMPINAN TIADA



Inilah masalahnya cuba baca disini Nantikan penerangan cerita sebenar dari saya selaku AJK Jawatankuasa Pemandu yang membawa kepada PAS Seremban kembali dari penggantungan selepas 7 Tahun . Benarkah PAS Seremban Haprak ?

Monday, January 10, 2011

CARA MENGETAHUI JUZUK AL-QURAN GUNA FORMULA MATEMATIK

Salam, saya menerima email dari sahabat yang boleh kita berkungsi bersama



Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg Bdk Botak nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...


__._,_.___



Wednesday, January 5, 2011

SEMINAR PEMANTAPAN ORGANISASI SERTA PEMUTIHAN AHLI PAS KAWASAN SEREMBAN

SEMINAR PEMANTAPAN ORGANISASI PAS KAWASAN SEREMBAN

TARIKH : 16HB JANUARI 2011

MASA : 9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN RUANG
DAMAI RESTORAN
TAMAN SIKAMAT BARU

PERASMIAN : YBHG. DATO' HAJI MUSTAFA ALI
(SETIAUSAHA AGONG PAS PUSAT)

PENGISIAN :
1) CIRI-CIRI ORGANISASI CEMERLANG oleh
YB . DATO TAKIYUDDIN BIN HASSAN
(PENOLONG SETIAUSAHA AGONG PAS PUSAT)

2) ADAB-ADAB BERJEMAAH oleh
Y.A.B DATO HAJI MUHAMMAD BIN YAAKOB
(TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN merangkap TIMBALAN KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT)

PENYERTAAN WAJIB : SETIAP DEWAN DAN CAWANGAN 5 ORANG
SILA HUBUNGI SETIAUSAHA CAWANGAN ANDA

Tuesday, January 4, 2011

PELANCARAN JENTERA PAS NS BAGI PRK TENANG OLEH MAT SABU

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.