TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Wednesday, June 15, 2011

MENANTI KABINET PAS NEGERI SEMBILAN

Pertama rasanya saya orang paling akhir mungkin mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau kerana masih belum mampu untuk sms mahu phone beliau kerana ketakutan lama masih menghantui saya. Kah Kah Kah.

Walaupun mendapat berita antara yang terawal saya hanya yakin beliau telah sah sebagai PJ NS bila membaca berita beliau daripada Turki.

Tidak perlu untuk saya menulis berkaitan dengan kelayakan serta kemampuan beliau kerana berita atau kenginan ahli PAS NS untuk melihat beliau memikul jawatan ini telah di suarakan sejak lama dulu. Seperti yang diulas oleh beberapa blogger perlantikan beliau lebih kepada menyelesaikan masalah dalaman PAS NS bukan satu tugas yang mudah.

Namun saya berkeyakinan sebagai ahli PAS NS perlantikan beliau ini sebenarnya sebabkan hampir semua masalah dalaman PAS NS selesai dan tumpuan kini lebih jelas ditumpukan kepada gerakerja bersama rakan di dalam PR NS bagi mengambil alih kerajaan NS di PRU 13.

Umum mengetahui PR NS kekurangan 4 saje kerusi lagi untuk menawan NS dan tanggungjawab adalah banyak terbeban kepada kerusi-kerusi yang di tandingi oleh PAS. Dan beliau dipertanggungjawab untuk memimpin PAS NS mencapai satu sasaran yang berat tetapi tak mustahil untuk dicapai jika gabungan yang beliau maksudkan dapat dibentuk dengan segera. Untuk makluman jika kekal 13 kerusi atau mungkin 14 kerusi yang bakal ditandingi oleh PAS di PRU 13 , ahli PAS NS wajib bekerja keras jika ingin menjadi peneraju PR NS PAS sekurang-kurangnya mesti berjaya menang 10 daripada kerusi-kerusi yang ditandinginya.

Untuk itu bersamaan dengan keputusan Muktamar Kabinet Pas Pusat sebagai kabinet Pilihanraya maka ahli PAS mahupun rakyat NS menanti dengan penuh debar Kabinet Pilihanraya PAS NS yang bakal di ketengahkan oleh beliau.

Dikesempatan ini tidak lewat juga untuk saya melahirkan ucapan tahniah kepada mantan PJ NS Sdr. Zulkefli Omar yang dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan didoakan beliau lebih berjaya digelanggang yang lebih besar lagi.

SELAMAT BERTUGAS YB

Saturday, June 4, 2011

PERWAKILAN NEGERI DIMUKTAMAR PAS KE 57

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 2, 2011

UMNO BAHAGIAN SEREMBAN BERSEDIA JADI PEMBANGKANG


Kalau dulu bila BN Tumbang di Terengganu mesyuarat Agong UMNO di buat di kedai keropok Lekor. Di Seremban pula perwakilan UMNO Seremban dilatih untuk jadi pembangkang dengan bermesyuarat di Padang Bola.

Nampaknya Ketua Bahagian Seremban jenis yang pandang ke depan dan sedar dengan cara pemerintahan Najib ini UBN sudah pasti jadi pembangkan selepas PRU 13.

Thursday, May 19, 2011

SELAMAT BERTUGAS PIMPINAN PAS KAWASAN SEREMBAN

Pengerusi Tetap : Abdustar Nor Mohamad
Timb. Pengerusi Tetap : Ismail Pais
Pemeriksa Kira-Kira : Syahiran Hashim, Razali Pilus
YDP : M K Ibrahim Abd. Rahman (Menang tanpa bertanding)
Timb. YDP : Ghazali Mohd. Shom
Naib YDP : Zakaria Sheikh Osman
Ketua Urusan Ulama' : Mustafa Dolah

Ahli Jawatankuasa Kerja (Susunan tidak mengikut undian tertinggi)
1. Patimah Bahaudin
2. Jamaluddin Hussin
3. Anuar Maarof
4. Yahya Ghazali
5. Borhan Dolah
6. Saari Saidon
7. Ishak Yahya
8. Baharin Talib
9. Suhaimi Kassim
10. Nasrul Hakim Abdul Nasir
11. Azizul Ghazali
12. Raja Azlina Raja Sahbudin
13. Samsudin Lidun
14. Mohd. Khairi Zainuddin
15. Zaharah Mohamad
16. Anuar Wahab

Sunday, May 15, 2011

SIAPA YANG BERDUSTA ??????

Lama dah nak tulis tetapi kesibukan sebabkan hanya melihat sahaja dari jauh. Beberapa sahabat hubungi agar saya membuat kenyataan selaku bekas setiausaha JPN NS terhadap polimik antara Pemuda NS dan PJ NS. Sambil menunggu pemuda kawasan lain membuat kenyataan menyokong kenyataan akhbar oleh Pemuda PAS NS saya mengembalikan kenangan sewaktu bertugas selaku setiausaha JPN NS.

Ramai yang tak tahu Ketua Pemuda PAS NS adalah Timbalan Pengarah 3 JPN NS. Mustahil kalau beliau tak tahu mesyuarat JPN ada ke tidak. Takan Ustaz berbohong


Saya juga masih belum mampu untuk menjawab panggil beberapa sahabat seperti Sdr Hasan Thambi. Sesekali ada juga menjawab panggilan Sdr Kamarul. Permintaan beberapa pemuda supaya saya mengulas kenyataan PJ berkaitan JPN juga masih tidak dapat saya penuhi.

Maaf pada Sdr Hasan Thambi kerana dah jarang hubungi beliau dan banyak kerja saya janji untuk membantu beliau masih tertangguh.

Masih lagi bermain di kotak fikiran perjanjian 8 Mata di hari mengundi PRK Tenang. Lahir ke seorang lagi munafik???????

Terkejut dengan kenyataan PJ NS berkaitan dengan mesyuarat dan keputusan JPN yang boleh saya nyatakan bukan JPN tetapi Dewan Harian BPPNS je. Siapa berbohong PJ NS ke????

Saya diamkan sementara kerana memberi laluan kepada mesyuarat agung Pas Kawasan Seremban

Saturday, May 14, 2011

MK IBRAHIM KEKAL SEBAGAI YDP KAWASAN SEREMBAN

Terus Daripada dewan muktamar PJ PERDANA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PERSEDIAN MUKTAMAR PAS KAWASAN BERJALAN LANCAR

Persiapan muktamar berjalan lancar dengan bantuan pemuda PAS Seremban
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 21, 2011

KULIAH TAFSIR UST. RAMLI ABU BAKAR AL HAFIZ

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 16, 2011

BICARA 2 ANAK TOK GURU


PAS KAWASAN SEREMBAN DI BAWAH LUJNAH PILIHANRAYA DENGAN KERJASAMA PAS CAWANGAN AKAN MENGANJUR MAJLIS BICARA BERSAMA 2 ANAK TOK GURU BAGI MENGISI TABUNG PILIHANRAYA PAS KAWASAN SEREMBAN.


TARIKH

2hb April 2011

TEMPAT

A) JAMUAN “HIGH-TEA
- Pasti Wildan (Sebelah Masjid Ampangan) - Selepas Asar

B) KULIAH MAGHRIB
1) - Surau Taman Dusun Setia
Ybhg Ust Nik Mohamad Abduh bin Nik Abd. Aziz

2) - Surau Taman Coral Height
Ybhg Ust Muhd Khalil bin Abd Hadi

C) CERAMAH UMUM
– Pasti Al- Hadi Taman Panchur Jaya (Jam 9.00 Malam)

Jualan Kupon RM10 sekeping boleh di dapati dari Sdr Zulkarnain Zaki (Phone 016- 2097990) atau Sdr Nasrulhakim (012-6953255)

Friday, March 11, 2011

MESYUARAT AGUNG PAS.CAWANGAN BUKIT TEMIANG

Tahniah Ahli PAS cawangan Bukit Temiang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab pada 5hb Mac 2011 bertempat di Haraisyah Cafe Seremban. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pas Kawasan Seremban Sdr Zulkarnain Zaki. Tiga usul telah diluluskan Terima Kasih kepada semua Ahli yang hadir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, March 7, 2011

BILA PIMPINAN PAS NS RAKUS DAN BERJIWA KECIL

DARI BLOG SAHABAT

Bila Rasulullah saw berdakwah di Taif, baginda saw dicemuh, dihalau dan dicederakan sehingga berlumuran darah kasut baginda saw. Baginda lalu berdoa dan merintih dan menyerahkan persoalan ini kepada Allah swt. Lalu datang Jibrail a.s. meminta izin supaya malaikat penjaga bukit menghempapkan bukit ke atas penduduk Thaif yang kafir dan keterlaluan itu, lalu dengan berjiwa besar Nabi Muhammad saw melarang dengan berkata:

Wednesday, February 16, 2011

PAS SEREMBAN HAPRAK ? - PEMBETULAN ATAS TUDUHAN MENGHALANG CERAMAH MAT SABU

"As'salamualaikum" kepada semua,

Saya menerima banyak SMS, email dan panggilan telefon yang bertanyakan bila artikel pendedahan yang saya janjikan akan dikeluarkan diblog ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan dan nasihat serta memberikan hujah impilkasinya terutama ia bakal dijadikan peluru oleh UMNO menyerang PAS di PRU Ke 13. Atau kata lain kerahsian parti dibocorkan seperti tuduhan beberapa pimpinan ke atas saya. Saya berkeyakinan tiada apa yang boleh digunakan oleh UMNO kerana kita bulat menolak UMNO perbezaan kita hanya cara menguruskan parti kita.

Ada yang memberikan pendapat dan pandangan tentang ukhwah, kesetian wa'la dan strategi yang memungkinkan jawatan saya terlucut. Di dalam menimbangkan baik buruk saya menerima sedikit kekuatan apabila menimba ilmu dalam Seminar Pemantapan Organisasi Anjuran PAS Kawasan Seremban terutama dalam kertaskerja yang dibentangkan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang bertajuk "ADAB-ADAB BERJEMAAH"

Jawapan kepada pertanyaan saya serta keperluan untuk semua ahli PAS Kawasan Seremban mengetahui duduk perkara sebenar agar Pimpinan PAS yang saya turut berada di dalamnya selaku Naib Yang Dipertua tidak akan dipersalahkan. Sedangkan Tok Guru Haji Hadi ditegur, diserang dan difitnah di dalam bolg , tiada pun dipecat ahlinya.

InsyaAllah saya akan menulis demi mendapatkan keredaan dari ALLAH kerana ianya tidak babitkan kerahsian parti tetapi cuma pertelingkahan mentafsir perlembagaan serta kaedah pengurusan organisasi. Dan saya yakin semua permasalahan hanyalah untuk melihat PAS Seremban kembali mantap dan bersesuaian dengan gelaran selaku Mutiara PAS NS

Namun di artikel ini saya hanya akan menyentuh tentang tuduhan HAPRAKNYA PAS SEREMBAN kerana menghalang Ceramah Mat Sabu Pada 3hb Januari 2011 yang dianjurkan oleh BPPNS (yang sepatutnya anjuran JPPNS) bagi pengistiharkan Gerakerja PRK Tenang .

Tidak panjang untuk saya jelaskan disini kerana saya sedang siapkan kronologi selaku AJK Pemandu bagi penjelasan kepada ahli PAS Seremban. Sebelum itu ingin saya jelaskan pada sahabat PAS SEREMBAN telah ada dan disahkan oleh PAS Pusat. Oleh itu Pimpinan PAS Seremban adalah mereka yang diamanahkan sebagai pemegang amanah pengurusan PAS di Seremban. Oleh itu sebarang progrem yang dibuat dikawasan Seremban sepatutnya dibawa kepada makluman serta berbincang bersama PAS Seremban.

Selaku NYDP Kawasan Seremban saya menafikan sebarang usaha kami untuk menghalang progrem PAS demi wa'ala, demi Ukhwah, demi Islam ,demi Jemaah dan senantiasa berlapang dada. Itu semua kami dah laku (lebih terperinci pada tulisan akan datang).

Tapi mengapa bila kami bermain mengikut buku kami tak Wa'ala., kami tak pentingkan Ukhwah, kami membelakangkan Jemaah dan Islam juga kami tidak berlapang dada.
Tapi bila tang batang hidung mereka pergi mampuslah dengan Wa'la, dengan Ukhwah, dengan Jemaah dan Islam serta tiada perkataan berlapang lada. Mengapa Jadi Begitu??????

Kepada mereka yang bertanya samada ahli PAS Kawasan Seremban mahupun Kawasan lain serta rakan dari PKR 3 contoh yang saya jelaskan iaitu :-

1) Pertanyaan dari sahabat kawasan Tampin , saya jelaskan kiranya Ali Maidin buat progrem dengan BPPNS di Tampin tanpa maklum dan berbincang dengan YDP Kawasan, menjerit tak Zakaria Kalim

2) Sahabat di Jempol juga saya jelaskan jika BPPNS buat progrem dengan Ust Ramli di Jempol tanpa makluman YDP nya Rahman . Cuba buat kalau tak mengamuk Rahman.

3) Begitu juga saya jelaskan pada sahabat PKR cubalah buat progrem dalam Cabang Seremban, antara Majlis Perhubungan Negeri tanpa makluman dan rundingan dengan Ketua Cabang ,kalau tak menjerit Dr. Azam.

Alhamdulillah akhirnya semua mereka faham dan saya perjelaskan lagi bahawa saya hadir dalam perbincangan itu selaku Naib YDP Kawasan Seremban seperti diarahkan oleh YDP dan di dalamnya hanya taklimat dari Pengarah mengenai Tenang serta Tazkirah oleh PJNS serta penerangan oleh Ketua Kontigen dan saya selaku wakil kawasan Seremban (Bukan wakil JPNNS ) tidak diajak berbincang mengenai progrem ceramah. Saya meninggalkan taklimat sehingga selesai.

Saya dimaklumkan bantahan di dalam mesyuarat Kawasan dan ianya sampai kepada Dato' SU PAS yang akur akan kesilapan BPPNS tetapi meminta Pimpinan Kawasan menerima progrem tersebut kerana persiapan telah dibuat. Pas Kawasan Seremban akur dengan permintaan Dato' SU yang berjanji akan memaklumkan kepada BPPNS agar progrem masa akan datang harus mengikut prosedur sesuai dengan PAS itu sendiri yang ada perlembagaaan. Walaupun Su BPPNS mendakwa SMS dihantar kepada SU Kawasan tetapi panggilan taklimat disebarkan bukan dari SU BPPNS tetapi pihak lain yang juga menyebarkan sms menuduh PAS Kawasan Seremban(Kita tahu siapa dan sekarang kita kumpulkan sebagai bukti aduan kepada PAS Pusat serta makluman kepada ahli semua cawangan) menghalang ceramah tanpa cerita sebabnya dan mengapa PAS Seremban berlapang dada memberikan persetujuan.

Dan ianya dikira selesai, dan ahli Pas kawasan kita akan telah serta terus dimaklumkan agar tidak Kawasan Seremban berterusan dikatakan haprak. Dan untuk sahabat Husaini ada masanya perlu ada watak nakal dalam PAS nie, tapi tuduhan PAS Seremban Haprak tanpa mendapatkan penjelasan amat berat dan tak betul tu, Kalau Haprak takan PJNS datang dari Kawasan Seremban.

Keyakinan saya kita berbalah dalam isu cara organisasi di urus tetapi dalam perjuangan menentang UBN kita masih bersatu dan belum ada ahli yang keluar parti atas isu ini.






Sunday, February 13, 2011

SEPETANG BERSAMA KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

Tahniah Muslimat Pas Kawasan Seremban berjaya menganjurkan Progrem ini 13hb Febuari 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 12, 2011

MESYUARAT CAWANGAN PAS DALAM KAWASAN SEREMBAN BERMULA

Cawangan Pantai merupakan cawangan kedua melaksanakan tanggungjawab dengan PJ NS merasmikannya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 31, 2011

CERAMAH MAT SABU DI SEREMBAN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.