TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Tuesday, December 8, 2009

MEREKA MULA MENDERA KITA - PENDUDUK KENA BERSEDIA

Penduduk Taman Bukit Margosa dan Taman Ampangan Fasa 3 mula menghadapi penderaan pihak Majlis Perbandaran Seremban. Aduan kami bertarikh 13hb Nov 2009 No. Aduan0345/11/2009 berkaitan lubang di Jalan M18 yang menjadi laluan keluar-masuk hanya dimaklumkan telah disiasat dan akan ada tindakan susulan. Sehingga kini tiada pembaikan hanya garis putih sahaja dibuat.

Penduduk Margosa kena tabah. Mereka mendera untuk melunturkan pejuangan kita. Ayuh Margosa mari kita bersatu mempertahankan harta kita.













MAJLIS KATAM AL- QURAN SEMPENA KEJAYAAN MENDAPATKAN INJUKSI

BERSYUKUR DAN MENGADU KITA KEPADA ALLAH













MALAM TAKBIR AIDIL ADHA MENGABUNGKAN AHLI JEMAAH SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA DAN SURAU KAMPUNG BUKIT TEMIANG

Takbir hari raya aidil yang cukup meninggal kenangan kami sekeluarga





Bangganya hati ianya berlaku di rumah saya di malam Aidil Adha. Terima kasih semua

AWAS PROVOKASI PERIHATIN - MEREKA MASIH TIDAK BERPUASHATI

Awas provokasi perhatin
Ini bukan dilakukan oleh Jawatankuasa Bertindak

Mereka masih tak berpuashati. Si Deris marah kerana namanya disebut di dalam flyer yang di edarkan oleh jawatankuasa bertindak. Dia kata dia tak terlibat kerana dia bukan plantif.

Sayangnya dia ingat kita buta. Kita megesan keretanya berada dibeberapa rumah penduduk yang kemudiannya penduduk terbabit menarik diri dengan alasan beliau dimaklumkan oleh Si Deris injuksi tak boleh menang dan IJM/LEKAS akan saman penduduk RM70 juta.

Sudah ada peserta terbabit membuat akuan sumpah menyatakan bahawa Si Deris berbohong dan menakutkan mereka.

Kita lihat sekarang siapa yang munafik. Siapa yang memusuhi siapa. Si Deris bila bercakap dengan saya mendakwa tidak mahu babitkan jiran. Tapi kini apa jadi semua jirannya terbabit.

Kita nak ingatkan pada Si Deris kita ada akuan bersumpah jiran beliau yang memohon tarik diri sebagai plantif dan memohon juga agar mahkamah batalkan kes penduduk.Apa hak dia nak batal kes ini Sekiranya kes terbabatal kerana akuan bersumpah itu kita pasti menyeret beliau ke mahkamah. Nak tarik diri tariklah tetapi mengapa nak suruh mahkamah batalkan kes ini

Kita pun hairan macam mana boleh ADUN Lenggeng lantik Si Deris sebagai wakil beliau. Kita bukan cemburu, tetapi dia bukan plantif dan sewaktu perbincangan awal wakil penduduk yang dilantik ialah Sdr Azizul. Dan kali terakhir YB hubungi Azizul pada 6hb Mac 2009 kemudian senyap.

Si Deris yang menuduh saya sebagai orang yang memecahkan perpaduan taman lupa dan buat tak perasan siapa yang mulakan dengan mengedar borang perihatin yang dilapik dengan borang UMNO. LEKAS menggunakan tandatangan borang itu sebagai afidavit menolak injuksi dan saman penduduk. Dia nie sedar ke tidak nie?

Si Deris mendakwa kehadirannya beliau di Mahkamah pada 30hb hanya membantu 7 plantif hantar dokumen ke Mahkamah dan kebetulan dia ke Mahkamah untuk mewakili ADUN Lenggeng. Dia mendakwa jiran beliau mintak pandangan nak tarik diri . Benar apa yang di katakan oleh AJK, bahwa beliau hipokrit dan berat sebelah kerana peguam maklumkan sesiapa saje boleh tarik diri jika tak yakin atau takut pada perhimpunan 6hb Mac yang mana beliau turut hadir. Mengapa ianya tidak maklumkan kepada jiran beliau? Sah Si Deris memang nak menggagalkan kes ini.

Nak disebut marahnya penduduk melihat kehadiran beliau hingga terkeluar ayat ....................

bersambung..........................................................


Tuesday, December 1, 2009

MARGOSA MENGADU KITA KEPADA ALLAH MEMOHON PERTOLONGAN

UNTUK SEMUA SAHABAT, SEMUA DIJEMPUT HADIR

MAJLIS BACAAN DAN KHATAM 30 JUZ

ANJURAN : JAWATANKUASA BERTINDAK LEBUHRAYA DENGAN
KERJASAMA KRT, SRS DAN SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA

NIAT/TUJUAN: MEMANJATKAN KESYUKURAN DIATAS KELULUSAN YANG DIBERIKAN OLEH MAHKAMAH
KEPADA PERMOHONAN INJUKSI KITA.

MEMOHON KEPADA ALLAH DIKEKALKAN KEMENANGAN INI DISAMPING DIPERMUDAHKAN
SEGALA URUSAN DAN DIBERKATI SEGALA KEPUTUSAN BERSAMA YANG TELAH ,
SEDANG DAN AKAN DIBUAT.

MEMOHON AGAR KITA DI TAMAN INI DILINDUNGI ALLAH DARI SEBARANG MALAPETAKA DAN MEMOHON JUGA KEPADA ALLAH AGAR SAHABAT KITA YANG TERPENGARUH DENGAN DAKYAH SEGELINTIR ORANG KEMBALI BERSAMA KITA DALAM PERJUANGAN INI. DLL

METHODOLOGI : SETIAP PESERTA YANG TERBABIT DAPAT MENYELESAIKAN BACAAN AL-QURAN BERDASAR JUZUK YANG DIAMANAHKAN KEPADA MEREKA MULAI 1HB DISEMBER DAN MAJLIS KHATAM AKAN DIBUAT DI SURAU KITA. PADA 5HB DISEMBER SELEPAS MAHGRIB.

• *PESERTA BOLEH MEYELESAIKAN BACAAN MASING-MASING DI SURAU ATAU DI RUMAH MENGIKUT KESESUAIAN MASA MEREKA *


# UNTUK SAHABAT YANG TIADA DI DALAM SENARAI JUGA DIGALAKAN SAMA MEMBACA JUZUK PILIHAN DAN HADIR BERSAMA SAMA SEWAKTU MAJLIS KHATAM.#

TERIMA KASIH ATAS SEGALA SOKONGAN YANG DIBERIKAN

SAYA YANG MENJALANKAN TUGAS,


(ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN)
PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK DAN SRS

SENARAI PESERTA MAJLIS BACAAN DAN KHATAM AL-QURA 30 JUZUK
ANJURAN JAWATANKUASA BERTINDAK LEBUHRAYA LEKAS TMN BK. MARGOSA
JUZUK NAMA PESERTA JALAN
1 ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN M16
2 ROHAYA BINTI ABD.RAHMAN M16
3 MUHAMMAD HAZIQ B. BADRULHISHAM T10
4 ROHANI BIN ABD RAHMAN T10
5 BADRULHISHAM BIN HASHIM T10
6 MUHAMMAD BIN YAZID T8
7 ABU BAKAR T10
8 SHAHIRAN HASHIM M9
9 YAAKUB AMIN M7
10 MUSLIMAT
11 MUSLIMAT
12 MUSLIMAT
13 MUSLIMAT
14 HAMDAN M12
15 ZAINI ARIS M5
16 MUHAMMAD AZIM ZAKARIA M16
17 MUHAMMAD AZIM ZAKARIA M16
18 MOHD NAZIM HASSAN M13
19 RAUF ABD RAHMAN M12
20 RADUAN NASIR M7
21 HAJI AMRAN SAID MII
22 UST JEPRI BAHARI M9
23 HJ NAZIR M18
24 FIRDAUS RAMLAN ST6
25 UST. RAMLAN SALIH ST6
26 UST. RAMLAN SALIH ST6
27 JAMHURI JAMEL M18
28 UST. ZAMAK M18
29 ARIS UJANG M12
30 ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN MI6

MEREKA MASIH TIDAK BERPUAS HATI


UMNO yang bertopengkan Perihatin masih tidak berpuas hati.Dengar khabarnya mereka mengharapkan serta mendesak LEKAS membuat rayuan. Apa pun kita serahkan kepada kebijaksanaan peguam kita.

Alhamdulilah berkat kesabaran serta keyakinan dengan sokongan padu semua penduduk Taman Bukit Margosa, saya selaku Pengerusi SRS serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lebuhraya Lekas Melalui Taman Bukit Margosa memaklumkan bahawa pada 12hb November 2009 Mahkamah Tinggi Seremban telah meluluskan permohonan injuksi kita yang telah kita failkan pada bulan April 2009.

Injuksi yang kita tunggu hampir 7 bulan yang sepatutnya 7 hari merupakan satu kemenangan besar setelah kami AJK mengharungi berbagai rintangan didalam membantu sahabat kita yang dizalimi yang dilakukan pihak perihatin yang terdiri mereka tiada nama dalam senarai plantif dan semuanya duduk jauh dari jajaran. Mereka tak merasai bagaimana hak dan harta mereka diperkosa oleh orang yang berkepentingan.

Ini juga membersihkan segala tuduhan bahawa kami telah mendustai amanah yang diberikan oleh tuanpuan kepada kami. Kami dituduh menipu penduduk dengan angan-angan kosong. Kami dituduh berpakat dengan peguam menipu penduduk. Kami dicela, kami ugut,.Kami dituduh mempunyai kepentingan politik.

Kami pernah diperlekeh oleh seorang pengamal undang-undang dengan ayat “TAK BOLEHHHHH, MANA BOLEHHH MASUK INJUKSI, INILAH PEMBANGKANG APA AJE KERAJAAN BUAT NAK BANGKANG”

Hari ini kami lunaskan sebahagian amanah yang diberikan oleh tuanpuan kepada kami. Bukan untuk berbangga dan bermegah diri tetapi dengan penuh rasa rendah diri dan kesyukuran kehadrat ilahi di atas kemenangan pusingan pertama ini dan membuktikan kita ada kes atas harta kita.

PERIHATIN MASIH TAK PUAS HATI, MEREKA MENERUSKAN SERANGAN YANG MENGGILA DENGAN KETEPIKAN TATASUSILA DAN ADAP SOPAN.

Tuanpuan Perihatin yang bergerak sebagai barua LEKAS terus-menerus menimbulkan serta menggugat keharmonian taman. Mereka sedang berkeliaran di dalam taman dengan mendekati penduduk/peserta agar menarik diri sebagai plantif dan terus-terusan memfitnah kami dengan fakta yang tidak betul.


PENYEBARAN DOKUMEN

Kami telah dimaklumkan oleh penduduk yang menerima surat yang diposkan kepada penduduk yang mengandungi 5 nasihat serta beberapa dokumen yang difailkan oleh jawatankuasa didalam writ saman yang akan dibicarakan pada pertengahan bulan disember 2009.

Adalah ini kami maklumkan bahawa kami tidak terbabit dengan pengedaran surat tersebut. Segala surat jika ada ianya mesti mempunyai kepaLa surat Jawatankuasa Bertindak dan ditandatangani oleh saya .


Kita cabar pihak perihatin kalau mereka benar mari berhadapan dengan kami dan jangan hanya berani dengan surat layang. Pihak peguam kita akan memaklumkan kepada peguam defenden dan mahkamah.

Hari ini saya bertanggungjawab dengan tuduhan bahawa kerja-kerja ini dibuat oleh Si Deris dari Jalan Margosa 11 bagi pihak LEKAS kerana saya ada SMS yang di hantar kepada saya dan pengakuan beliau dengan saya bahawa beliau bertugas menerima dokumen berkaitan lebuhraya dari Khalid LEKAS dan serahkan kepada YB Mustafa Salim. Adun Lenggeng


Untuk itu saya memohon penduduk bertenang dan menyerahkan kepada peguam kita menguruskannya dan pihak jawatankuasa telah pun membuat repot polis. Penduduk yang juga peserta atas nasihat peguam boleh membuat juga lapuran polis.

DOKUMEN YANG DIEDARKAN ITU HANYA ADA DI MAHKAMAH, JAWATANKUASA BERTINDAK DAN PEGUAM/DEFENDEN SAHAJA.

TUDUHAN KAMI MEMALSUKAN TANDATANGAN

Penyebaran dokumen itu sebenarnya cuba untuk menuduh kami memalsukan tandatangan penduduk yang menyertai tuntutan injuksi dan writ saman. Ini tercatat didalam akuan bersumpah penduduk yang cuba diserahkan oleh mereka melalui Idris pada 30hb Oktober 2009 dan telah ditolak oleh Mahkamah.

Idris ini sebenarnya bukan lagi peserta yang terbabit sebagai plantif. Jadi dia tidak mengetahui banyak keputusan mesyuarat dan perjumpaan penduduk dengan jawatankuasa Bertindak dan Peguam lantikan kita. dan tidak berhak memiliki dokumen tersebut

Idris peringkat awalnya adalah peserta yang turut menurunkan tandtangan serta membayar yuran penyertaan dan peguam melalui kontra bayaran sewa PA System yang disewa dari beliau bagi program penerangan bersama peguam. Gambar beliau di majlis tersebut masih ada dalam simpanan jawatankuasa.dan baki bayaran belum dijelaskan lagi. Saya terkeliru dengan tindakan beliau dalam menerangkan kepada penama yang membuat akuan sumpah berkaitan segala dokumen perlantikan peguam kerana beliau pernah berjumpa dengan peguam Z.J. Newas bagi mendapatkan maklumat dan beliau juga kenal dengan adik peguam penduduk

Nama beliau ditarik keluar dari senarai plantif kerana penama rumah adalah atas nama isteri beliau dan beliau gagal melengkapkan dokumen sehingga hari terakhir bila kita failkan dokumen di mahkamah dan tidak lagi merima jemputan berkaitan perbincangan lebuhraya dari Jawatankuasa Bertindak.

Jadi mana mungkin beliau tahu cerita sebenar dan berlagak tahu semua dan menghasut penduduk yang menyertai tuntutan.

Saya mengaku bahawa kesemua plantif telah menurunkan tandatangan dihadapan saya dan Ahli Jawatankuasa Bertindak Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa pada surat persetujuan , waran bertindak serta menyerahkan salinan sah Kad Pengenalan, Perjanjian Jualbeli, Salinan Suratan Hakmilik/Gadaian serta bayaran yuran guaman setelah mereka faham dan jelas tentang apa tujuan surat tersebut dengan rela hati dan tanpa apa-apa paksaan dari pihak saya dan jawatankuasa. Semua dokumen yang dikumpulkan diserahkan kepada peguam untuk tindakan.

Mereka menandatangani antaranya di perjumpaan serta mesyuarat Jawatan Kuasa Bertndak bersama peguam sejak tahun 2007, didalam surau, di pondok kawalan SRS. dirumah di bonet kereta di tempat kerja saya. Masanya ada yang lepas subuh atau ditengah malam sewaktu bertugas meronda, mahupun ada yang memasukan ke dalam peti surat rumah saya.

Dan sekiranya ada yang mendakwa ada tandatangan yang dipalsukan itu diluar pengetahuan saya dan Ahli Jawatankusa dan saya serahkan kepada peguam menguruskannya.

Kami berpegang bahawa ianya benar dan merupakan sokongan/persetujuan bila peserta menyerahkan juga kad pengenalan salinan Perjanjian Jualbeli dan bayaran penyertaan dan guaman

Jadi tidak timbul isu pemalsuan tandatangan malahan bila ianya dibangkitkan sewaktu bercakap dengan Idris, beliau berhujah mungkin penduduk terlepas pandang .

Isu pemalsuan tandatangan kita serahkan kepada peguam kerana ianya merupakan tuduhan keatas kredibiliti peguam..

PENARIKAN DIRI SELAKU PLANTIF

Setakat ini ada 11 rumah dengan 14 penama yang menghantar surat kepada peguam untuk menarik diri sebagai plantif.

Dari semua itu 7 penama telah membuat akuan bersumpah menuduh saya memalsukan tandatangan dan memohon menarik diri sebagai plantif dan digunakan oleh LEKAS melalui Idris untuk menangguhkan keputusan kes kita pada 30hb Oktober lepas.

Apa yang memeranjatkan kami salah seorang penama di dalam surat akuan bersumpah memohon kes kita dibatalkan oleh mahkamah.

Seperti yang saya maklumkan kepada Idris ini amat mengecewakan. Kalau nak tarik diri atas alasan takut kami tidak memaksa dan kami telah maklumkan di mesyuarat dan perjumpaan dengan peguam. Dan kali terakhir pada 6hb Mac sebelum kita fail injuksi dan writ saman.

Kita maklumkan sesiapa yang masih ragu atau takut boleh menarik diri sekarang dan bayaran tidak dikembalikan kerana kita telah bayar kos peguam dan peguam telah melaksanakan tugas beliau.

Mengapa tidak dulu tapi baru sekarang? Kalau nak tarik mengapa pula bermatian menyokong LEKAS dan membenarkan LEKAS mempergunakan mereka untuk kianati penduduk. Sekarang siapa yang menimbulkan perpecahan kami atau perihatin?

Idris mendakwa membuat kerja tanpa bayaran dengan menjadi perantara LEKAS dan YB Mustafa Salim. Ok lah kereta dia tak pakai minyak tetapi pakai air., kos photostat, sampu surat, setem dan di pos dari berbagai daerah dibayar dengan daun bolehlah; Malah ada setem yang tidak bercop sampai kepada penduduk.

Kemungkinan semua ada tapi yang pasti Pengerusi Bersama Jawatankuasa Bertindak pernah ditawar melalui telefon oleh salah seorang ahli perihatin RM4 juta jika berpaling tadah menyokong beliau.

JADI PENDUDUK KENA TANYA IDRIS DAN KUNCU-KUNCUNYA KALAU BUKAN PESERTA DAN TAK ADA MAKLUMAT SEBENAR MENGAPA BERKELIARAN MEMBUAT CERITA MENAKUT-NAKUT PENDUDUK. NAK TARIK DIRI TARIK LAH DENGAN MEMBAYAR KOS GUAMAN TETAPI MENGAPA SANGGUP JADI BARUA LEKAS DAN BUSUK HATI MENGGANGGU KES PENDUDUK? MENGAPA MENYEBELAHI LEKAS SAMPAI SANGGUP MEMOHON MAHKAMAH MEMBATALKAN KES INI?

Bukti jelas mereka sanggup kianati penduduk bila affidavit yang cuba diserahkan kepada mahkmah dan ditolak ada surat yang dihantar salinan kepada peguam LEKAS yang menggambarkan konspirasi kumpulan perihatin dengan LEKAS untuk menghalang injuksi serta saman penduduk.

Bila peguam kita membantah affidavit dan diterima oleh mahkamah, 14 penama telah menghantar surat kepada peguam kita dan kita mengesan terdapat percanggahan.

Memandangkan mereka telah memberikan dokumen yang ada didalam simpanan Jawatankusa , serta kerja yang telah dilaksana oleh jawatankuasa dengan mendedahkan diri kepada risiko yang tinggi pihak jawatankuasa telah mengarahkan peguam untuk membuat tuntutan kepada peserta yang menarik diri sebanyak RM5,000 setiap peserta serta baki bayaran awal RM100 jika ada tidak termasuk kos tuntutan oleh peguam.

MENJAWAB 5 NASIHAT DI DALAM SURAT LAYANG. Sepatutnya kami tk perlu layan.

Kita yakin dokumen itu disebarkan oleh LEKAS dengan bantuan Idris kerana dokumen ini hanya ada pada saya dan peguam planntif dan LEKAS /peguam defenden.

Mana mungkin kami yang dituduh memalsukan tandatangan mengedarkan dokumen tersebut. Bodohlah kami membuka pekong kami. Tu budak tadika pun boleh jawab.

5 Nasihat ini sama seperti yang dikhabarkan kepada saya diwiridkan serta dijaja oleh Idris kepada penduduk

1) TAHU KE ANDA DINAMAKAN SEBAGAI PLANTIF

Ni soalan bangang. Orang dah bagi surat sokongan dah bayar yuran penyertaan dan guaman

2) SAMAN KERAJAAN MALAYSIA

Sah tak baca sampai habis dokumen injuksi dan writ saman kita

Saman Kerajaan Malaysia ke ? atau tender kerajaan melalui LLM yang di saman. Ini hujah biasa ahli grombolan. .

Boleh saje saya menjawab ayat mana, hadis mana atau kitab mana? Yang menyatakan berdosa besar, boleh dipenjara atau dihukum mati jika kita saman kerajaan. Tapi Nampak benar kecetekan berfikir dan penakut serta menafikan kebenaran walaupun dikalangan perihatin ada yang memiliki kelulusan akademik yang tinggi.

Yang pastinya dihari beredarnya surat layang ini ALLAH turunkan bantuan kepada kami apabila terpampang didada-dada akhbar bila mana keluarga mangsa kejadian Jambatan Dipang di Perak menyaman kerajaan Malaysia serta 9 defendan lain sebanyak RM105 juta di atas kecuaian yang meragut nyawa anak mereka.

Ini menjawab persoalan di atas cuma di sana nyawa di sini harta. Tak kan sebagai umat islam lupa mempertahankan nyawa dan harta itu satu tanggunjawab. Mungkin ghairah menyokong LEKAS sampai semuanya terlupa .

3) APA YANG DIDAPATI JIKA MENANG

Tuntutan kita alihkan jajaran, baikpulih jalan serta bayar gantirugi atas kerosakan, banjir, retak, dan trauma yang kita alami serta kesukaran dan kesulitan yang kita alami

Atau bayar seperti jumlah yang kita tuntut dan memberikan kita tempoh 3 bulan untuk pindah..




4) TAHUKAH ANDA AKIBAT JIKA KES INI KALAH.

Ini yang ditakutkan oleh Idris bila berjumpa penduduk dengan mendakwa LEKAS/IJM akan saman penduduk RM70 Juta seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh 6 dari 14 penama yang menarik diri sebagai plantif. Mereka ini ingin membatalkan penarikan diri selaku plantif..kerana ditakutkan oleh Idris

Pertanyaan saya atas sebab apa kita nak disaman?. Ini harta kita. IJM/LEKAS rampas tanah kita yang merupakan jalan keluar masuk yang mana kita telah bayar sebanyak 15% dari harga rumah. Dan dengan itulah MPS keluarkan CF.

Macam mana dia maklumkan kita akan kalah sedang mahkamah telah luluskan permohonan injuksi kita pada 12hb November 2009.

Mustahil mahkamah suka-suka nak luluskan permohonan injuksi kita. Injuksi yang diluluskan oleh mahkamah ialah dimana selagi keputusan perbicaraan penuh kes saman kita tidak selesai injuksi tidak akan ditarik balik.

Berdasrkan perkembangan sekarang tindakan Idris dan perihatin membantu LEKAS/IJM untuk memastikan saman kita kalah dengan melakukan berbagai cara termasuk menyebarkan fitnah serta menakutkan penduduk yang menjadi penjawat awam agar mereka boleh menarik seramai mungkin penduduk agar menarik diri selaku plantif. Mereka percaya lebih ramai yang tarik diri akan melemahkan kes kita dan kita akan kalah.. Mereka tidak dapat menafikan fakta yang kita kemukakan yang semuanya memihak kepada kita. Ini semua di dalam pengetahuan semua defenden.

Tuanpuan adalah dijelaskan kami yakin dengan fakta-fakta yang kami ada. Ini dibuktikan bila injuksi kita berjaya IJM tiada asas kukuh untuk saman kita.

Sekiranya ada(Insyallah ianya tiada) AJK Bertindak memberi akurjanji bahawa 14 penama ini akan kita seret ke mahkamah untuk di pertanggung jawabkan.termasuk Idris bersama kumpulan perihatin..

5) ADAKAH BENAR ANDA MENANDATANGANI DOKUMEN INI

Ini saya telah perjelaskan di atas.

Adalah juga dimaklumkan selain 14 penama yang berjaya diperdayakan oleh Idris dan perihatin terdapat sejumlah penduduk yang peringkat awal termakan dengan propaganda LEKAS/IJM melalui Idris. memohon penjelasan. Kita telah panjangkan kepada peguam kita dan Alhamdulillah mereka telah faham dan kekal memberi sokongan padu kepada kita. Terima kasih kami ucapkan.

KEMASUKAN SENARAI PLANTIF BARU

Kita masih mempuyai seramai 37 lagi peserta yang telah membayar tetapi tidak dapat menyerahkan dokumen yang diperlukan dalam tempoh masa yang diberikan bagi memfailkan injuksi dan saman kita.

Kita juga telah menerima 19 lagi permohonan penduduk yang memohon untuk menyertai kita.

Kita telah maklumkan kepada peguam kita supaya memohon kepada mahkamah agar kita dibenarkan menambah senarai plantif.

Oleh kita harap mereka yang terbabit dapat menghubungi saya atau AJK Bertindak bagi tindakan lanjut..

YURAN GUAMAN

Saya teringat akan pertanyaan seorang penduduk dari Jalan Margosa 15 pada perjumpaan pada 6hb Mac 2009. Bersediakah kita untuk berlawan dengan syarikat besar yang memiliki wang yang besar.?

Diwaktu itu kita menjawab dengan sokongan padu penduduk kita sanggup dan yakin kita dipihak yang benar.

Harapnya beliau akan menyokong tetapi malangnya beliau pulak bersekongkol dengan syarikat besar untuk membuatkan kes kita gagal.

Akibat tindak tanduk kumpulan perihatin ini kita yang sepatutnya berlawan dengan syarikat besar sebaliknya kita bertelingkah sesama penduduk dan kita terpaksa membelanjakan wang yang banyak dalam menguruskan kes ini.

Setakat ini kita telah membayar sebanyak RM24,000-00 kepada peguam tidak termasuk kos pengurusan hampir RM5,000-00. Semua adalah dari duit kutipan dari peserta dan pendahuluan dari AJK Bertindak.

Oleh itu pihak AJK berharap semua peserta yang belum lagi menjelaskan yuran RM100 atau ada yang masih tertunggak dapat menjelaskan dengan kadar segera dengan menghubungi Sdr. Shahiran (012-3066793)

Pihak jawatankuasa juga telah bersetuju agar kita membuat kutipan tambahan sebanyak RM100 secara ansuran oleh peserta mulai bulan Disember.

PENUTUP

Tuanpuan sebenarnya kita tahu penentangan yang diberikan oleh perihatin dengan khidmat nasihat dari mereka yang mempunyai ideologi politik yang bertentangan dengan saya. Hanya kerana perbezaan ini mereka menyerang batang tubuh saya. Mereka tahu dari segi fakta mereka tak dapat menafikan bahawa ada kebenaran di dalam perjuangan kita ini.

Saya terima hakikat dalam menjalankan amanah yang diberikan kepada saya ada yang tidak dapat mengakui hanya kerana perbezaan politik. Saya terima dan saya bersedia menghadapinya. Terima kasih kepada semua sahabat dan penduduk yang memberikan sokongan . Fitnahlah saya, busukkan saya, perlekehkan saya. saya terima dan sedia menghadapinya.

Harapan saya kalau tak setuju tariklah diri tapi janganlah digunakan penarikan diri ini bagi membantu LEKAS/IJM menggagalkan inspirasi dan harapan penduduk. Ini akan saya tentang habis-habisan.

Kita sebenarnya tahu gerakan perihatin ini. Kita tahu siapa yang pergi dan berurus dengan IJM di Kuala Lumpur. Kita tahu siapa yang pergi ke JPNIN dan mohon dibubarkan KRT.. Kita tahu surat perihatin siapa yang buat dan dimana dibuat. Kita tahu siapa yang mengedarkannya. Ini kita telah serahkan pada peguam kita uruskan.

PENUTUP

Hari ini kami lunaskan sebahagian amanah yang diberikan oleh tuanpuan kepada kami dengan kejayaan mendapatkan injuksi dan pada 10HB Disember 2009 kita akan berhadapan defenden yang memohon untuk diketepikan dalam saman kita.

Pasukan Peguam kita telah bersedia dan di dalam pengetahuan mana defenden yang boleh dan tak boleh digugurkan dengan kebenaran dan keputusan mahkmah yang mulia. Kita yakin dengan segala fakta yang kita ada.

Sekali lagi saya pohon kepada penduduk supaya jangan terpengaruh dengan propaganda Idris dan perihatin, terus mengekalkan keharmonian dan pertahankan perpaduan kita.

Bagi penduduk yang tiada nama di dalam senarai plantif kita harap jangan mengganggu kita dan janganlah menjadi talibarut LEKAS dan IJM.

Akhir kalam saya selaku Pengerusi Jawatankusaa Bertindak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penduduk yang memberikan sokongan padu kepada saya terutama Ybhg Dato’ Ishak Ismail Ketua UMNO Bahagian Seremban, Ybhg Dato’ Dr. Nasir Pengerusi KRT merangkap Penaung Jawatankuasa Bertindak, Barisan Jawatankuasa. serta senarai panjang mereka yang telah membantu dan memberikan sokongan yang antaranya penduduk yang tiada dalam senarai plantif tetapi turut memberikan sokongan dan bantuan kewangan.

Di ketika kami diamanahkan tanggungjawab menguruskan perjuangan ini jika kami melakukan kesilapan maafkan kami

Ya ALLAH diketika kau berikan sedikit kemenangan ini kami mohon kau kekalkan kemenangan ini. Juga diketika menguruskan kemenangan ini jika kami Lara’ Kau peringatkan kami. Jika kami tersilap Kau ampunkan kami. Kau berikan kekuatan untuk kami meneruskan perjuangan ini. Kau berikan pertunjuk untuk kami membuat keputusan dan Kau rahmati segala keputusan yang kami buat. Amin


Dan untuk umat islam kami ucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha dari kami KRT, SRS dan Jawatankuasa Bertindak Taman Bukit Margosa..

Berjumpa dikeluaran lain.

Saya yang menjalankan tugas.



……………………………….
Zakaria Sheikh Othman
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Leburaya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa
22hb November 2009

Tuesday, November 17, 2009

GAMBAR BANJIR KALI KE 5 TAMAN BUKIT MARGOSA





MARGOSA BANJIR LAGI UNTUK KALI KE 5. PUAK PERIHATIN MASIH TAK BERPUAS HATI

Petang jam 5 petang 17hb Oktober 2009 Taman Bukit Margosa Banjir lagi. Kemana mereka yang yang bertanggungjawab? Dimana puak Perhatin. Mereka tak merasa peritnya bila di timpa musibah.

Kita akan buat repot polis dan makluman kepada mahkamah.Puak Perihatin masih tidak berpuas hati masih lagi bertindak sebagai baruan LEKAS. Buat masih ini kita memohon penduduk bersabar dan serahkan kepada pihak peguam kita untuk tindakan lanjut.

Wednesday, November 11, 2009

MAHKAMAH LULUSKAN PERMOHONAN INJUKSI PENDUDUK MARGOSA

KENYATAAN AKHBAR


Alhamdulillah setelah hampir 7 bulan akhirnya penantian penduduk tercapai apabila Mahkamah memberikan keputusan menerima permohonan injuksi yang difailkan pada bulan April 2009 melalui firman guaman Zorah Jan Newaz & Co.

Keputusan ini membuktikan segala kerisauan penduduk terhadap kesan negatif jajaran ini adalah benar apabila kita mengalami lebih 5 kali banjir termasuk Taman Perumahan yang berhampiran seperti Taman Telawi dan Kg Baru Paroi. Ini juga membuktikan ia bukan sentimen politik tetapi ianya berdasarkan hak penduduk yang termaktub di dalam Perjanjian Jual-Beli rumah yang ditandatangani sewaktu membeli rumah di Taman Bukit Margosa.

Ia juga dibuktikan melalui Lapuran Audit Negara 2008 yang dicatatkan bahawa Y. A. B Menteri Besar N.Sembilan memaklumkan akan memberhentikan projek LEKAS ini jika terbukti projek LEKAS ini sebabkan banjir lumpur. Dan ianya terbukti dengan kejadian banjir lumpur dan banjir najis yang dialami oleh pendudukT aman Bukit Margosa, Taman Telawi, Kampung Ismail, Ampangan dan Kg Baru Jiboi di sebelah taman Margosa.

Juga pergerakan tanah dari rumah yang paling hampir dengan jajaran serta keretakan rumah penduduk berlaku dan tidak diambil peduli oleh mereka yang terbabit
.

Untuk itu kita akan memaklumkan secara rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara yang menjadi Pengerusi Badan yang menyiasat Lapuran Audit yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Untuk semua penduduk saya selaku Pengerusi Jawatankuasa memaklumkan hari ini kami lunaskan amanah yang diberikan sahabat-sahabat kepada kami. Di harapkan semua memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t dan janganlah kita menimbulkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kekecohan. Ianya baru satu bab dan kita tidak tahu berapa bab lagi perjalanan perjuangan kita yang akan kita hadapi. Kita serahkan kepada peguam kita menguruskannya dan kita teruskan juga memanjatkan doa memohon kepada Allah agar kejayaan yang diberikan ini berkekalan dan kita diberikan perlindungan dari kerja-kerja keji yang dilakukan oleh musuh kita.

Sekal lagi saya panjatkan kesyukuran di atas nikmat kemenangan awal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan memohon juga doa agar diberikan kekuatan bagi meneruskan perjuangan ini. Tak lupa terima kasih kepada semua yang memberi kepercayaan yang besar kepada saya serta kerja-kerja yang cermerlang dari barisan peguam kita Puan Zorah, Riduan dan Fadli, Penasihat kita Dato' Dr Nasir, barisan AJK dan semua penduduk.

Sesungguhnya perjuangan kita masih ada dan masih jauh lagi.

Terima kasih semua

Zakaria bin Sheikh Othman
Pengeusi Jawatankuasa Bertindak
Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa Seremban

SISI GELAP RUSUHAN PEMINAT BOLA KELANTAN


Membaca tulisan berkaitan kerugian akibat rusuhan peminat bola Kelantan disini membuatkan teringat komen sahabat yang hadir ke Stadium menyasikan pertandingan akhir Piala Malaysia. Beliau yang amat teruja dengan kemenangan Negeri Sembilan memberi komen berkaitan kejadian rusuhan tersebut.

Dakwa beliau seolah macam dirancang keganasan tersebut untuk memberikan gambar burok rakyat Kelantan dibawah pemerintahan PAS. Seolah-olah nak maklumkan kepada rakyat ini lah negeri yang di perintah PAS mendakwa sebagai Serambi Mekah tetapi penduduknya perangai syaitan.

Beliau mendakwa walaupun di hari tersebut Kelantan sebagai tuanrumah diberi keistimewaan takan sampai penuntun 3 kali ganda dari N.Sembilan. Ini dimainkan pula akhbar yang mengwar-warkan Kelantan mempunyai peluang untuk menjadi juara dan mengakibatkan penyokong Kelantan menjadi teruja untuk hadir beraramai-ramai sehingga sanggup datang ke Seremban membeli tiket yang di peruntukan untuk penyokong N.Sembilan.

Disini pihak tertentu di persoalkan kerana ada penyokong PR yang hadir sama diketahui disiplinnya kerana biasa berada di dalam demo, takan kerana kalah sanggup mencederakan sesama penyokong kerana

1) Letupan mercun bermula dikawasan penyokong Kelantan sejak pukul 7.30 malam sehingga perlawanan tamat. Dimana pihak polis atau keselamatan ? Tidak kah mereka membuat pemerisaan dipintu masuk. Satu dua yang terlepas mungkin ada munasabahnya tetapi melihat dan mendengar bunyi letupan disepanjang perlawanan bukan satu bukan dua dan bukanya 100 mahupun 200 tetapi beribu mercun yang berjaya diseludup( dibenarkan) masuk ke stadium.

2) Kain rentang yang dibakar jatuh di bawah keatas penyokong Kelantan. Takan sanggup cederakan rakan sendiri. Patutnya penyokong N.Semblan yang diserang.

3) Kehadiran penyokong Kelantan yang mulut berbau minuman keras. Sah nya bukan ahli PAS. Kita masih ingat lagi sewaktu hadir di beberapa PRK antaranya di Bukit Gantang. Kita masih ingat lagi bila berhadapan dengan peraih undi dari Pemuda UMNO. Kita melihat perangai mereka yang terkinja-kinja meraih undi dibawah pengaruh Alkohol. Ini lah jenisnya antara yang ditemui didalam stadium. Seorang sahabat dari UMNO sebelum ini bercerita kepada penulis bahawa anak beliau merungut kerana bila berselisih dengan penyokong Kelantan(berdasar baju merah yang dipakai ) berbau minuman keras. Apatah lagi kita dimaklumkan pemuda UMNO banyak memberikan tiket serta pengangkutan percuma kepada ahli mereka untuk menyaksi pertandingan akhir ini.

Mungkin sahabat saya yang hadir silap sampai bola pun nak dipolitikkan. Tapi melihat rusuhan peminat Kelantan sebelum ini biasanya kepada penyokong pihak lawan atau pengadil. Tetapi yang menimbulkan keraguan mengapa kali ini antara sesama sendiri.

Mungkinkah ianya bukan penyokong Kelantan sendiri tetapi samseng2 yang diupah menyamar sebagai penyokong Kelantan oleh pihak tertentu yang berkepentingan dan menimbulkan huru-hara bagi memburuk Negeri Kelantan dibawah payung Tok Guru .

Mungkinkah ini yang berlaku????

Sedikit ulasan akhir sahabat saya . Malaysia Boleh. Satu kerusi stadium RM500 bro, Kah Kah Kah

Monday, November 9, 2009

USTAZ NASARUDDIN AL-TANTAWI - INI TUGAS KAMU


Seminar dah habis Cukuplah kita melihat ramai yang melatah. Sekarang waktunya kita bekerja. Apalagi nak bergaduh. Hingga kini blog Alhussein dan sahabat saya Misbah masih saling perli-memperli seperti disini disini

Cukuplah pilihanraya hampir tiba banyak yang perlu dibuat. Jangan kita hilang fokus sehingga blogger satu negeri pun bergadoh.

Buat Ketua Pemuda Pas, masing-masing dah melahirkan rasa marah. Walaupun sebenarnya sebagai Ketua Pemuda Pas Pusat tidak sepatutnya menulis sebegitu rupa disini.

Kesilapan paling nyata anda membayangkan kelemahan anda memimpin pemuda. Lihat juga dimana peranan pemuda di PRK Bagan Pinang.

Buangkan semua kesilapan. Bagi pembentangan oleh Mr. Google kita terimalah kritikan beliau. Mungkin benar kajian beliau dan kini kita nak buat ape untuk atasi seperti luahan seorang pembaca disini.



..] Pendapat mengatakan bahawa orang muda PAS masa sekarang sudah mula menolak PAS memang ada kebenarannya. Dan kita tengok dahulu jenis yang macam mana. Kalau yang jenis tidak ada pendedahan agama yang merupakan tunjang kekuatan Pas itu sememangnya benar. Boleh dikatakan majoriti orang muda sekarang mengejar kemajuan.

Nah ini tugas anda Selaku Ketua Pemuda Pas untuk menarik balik sokongan golongan muda menyokong PAS. Tak sudah dengan ceramah sahaja. Tak ada maknanya ceramah tetapi sokongan makin menurun. Jangan dok nak pertahankan pimpinan hingga beriya-iya menulis menyalahkan orang lain

Kita masih menunggu satu gerakerja pemuda yang memberikan impak kepada pejuangan PAS di bawah pimpinan anda.

Nampak gayanya pimpinan anda masih lagi di dalm persepsi selamanya PAS nie jadi pembangkang je. Kita dah nak memerintah bro. Ini tugas pertama anda. Jangan dok nak cakap UMNO takut berdedat dengan PAS. Itu satu dunia dah tahu UMNO mana ada Teloq.

Kami menanti satu gagasan dan gerakerja pemuda yang bersifat menyerang UBN sesuai dengan peranan pemuda seperti yang dibawah pimpinan YB Salehuddin , YB Mahfuz dan lain-lain.

Kalau tidak, hingga akhirnya pemuda dibawah pimpinan anda sama dengan pemuda UMNO tak ade teloq Kalau takut dikritik jangan kritik orang

Sunday, November 8, 2009

PENDUDUK MARGOSA BERHATI-HATI DENGAN PROVOKASI

FUCK PERIHATIN
Beberapa hari selepas mahkamah menetapkan 12hb November 2009 sebagai hari menentukan permohonan injuksi kita, taman kita dikejutkan dengan tulisan FUCK PERIHATIN yang diconteng di pagar zing milik IJM di jalan Margosa 7.

Sehubungan itu saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak ingin menjelaskan bahawa contengan itu tidak dilakukan oleh kami dan kita mengesan ianya adalah satu provokasi pihak tertentu untuk memecahkan perpaduan yang kita bentuk lebih 10 tahun.

Oleh itu saya berharap semua penduduk bertenang dan menyerahkan kepada peguam kita untuk tindakan lanjut.

Sesungguhnya yakinlah kebenaran pasti akan muncul.Tindak tanduk mereka yang berkepentingan ini bakal menerima balasan dari Allah.

Zakaria bin Sheikh Othman
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Lebuhraya Lekas Melalui Taman Bukit Margosa
Seremban

Friday, November 6, 2009

DAH 51 TAHUN PAS MASIH BELUM MATANG KE ?.


Melayari beberapa blog yang menulis berkaitan isu EGM, isu anak Ali dan kekalutan isu UG seperti Aibanjri, Detikdaily , Aduka Taruna, MSO dan sebagainya membuatkan terdetik dihati, mana mungkin sebuah parti yang meletakan Islam di atas sekali berperangai macam Umno jugak.

Apa dah jadi dengan PAS? Setelah lama ditubuhkan serta berjaya mengharungi berbagai masalah yang melanda. Pernah pimpinannya meninggakan parti, pernah pimpnan serta ahli mati terbunuh. Berbagai masalah timbul lantaran ciptaan musuh. Pimpinan silih berganti, namun PAS terus teguh berdiri.

Ini semuanya atas dasar kepekaan pimpinan lama yang cepat memnranformasikan kepada kepimpinan ulamak. Nyatakanlah apa yang tidak dilakukan UMNO untuk menghapuskan PAS. Semuanya dapat di atasi. PAS terus gagah berkat tarbiyah yang diajar oleh pimpinan kepada ahli.

APA TIDAK MATANG LAGI KE PAS?

Baru sahaja kalah di Bagan Pinang, di usik sikit oleh Aziz Bari, gegak gempita dalam PAS. Berbagai-bagai cerita timbul. Di dunia blogger pula bermacam penulisan timbul. Berbagai teori dikeluarkan, berbagai hadis serta ayat Al-Quran dititipkan untuk mempertahankan hujah dan penceritaan. Hilang segala adap dan sopan. Ada yang mendakwa ahli PAS tetapi penulisannya menelanjangkan PAS sehingga digunakan musuh menyerang PAS. Mungkinkah ini ujian ke atas kemenangan di Pru 12?.

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU NIE?

Kita yakin selagi PAS berkapit dengan islam sebagai tunjangnya, semua masalah akan dapat ditangani dan PAS akan bertambah kuat selepas ini.

Namun pimpinan perlu ditegur agar jangan lara' dengan kemenangan dan sayang kepada pangkat dan jawatan sehingga sanggup mengenepikan kebenaran.dan mengujudkan kroni dalam barisan kepimpinan. Kita juga jangan lupa lontaran yang dibuat oleh Mat Sabu bahawa didalam kita menguruskan kemenangan jangan kita kembali berperangai seperti UMNO.

Yang jelas kita terlupa satu perkara selepas kemenangan di tahun 1990 dan kemenangan di PRU 12 kita menerima kemasukkan ahli yang ramai. Ianya di tambah dengan slogon PAS UNTUK SEMUA.

Kita terlupa dalam menguruskan kemasukan ahli yang ramai dengan latarbelakang yang berbeza harus disamakan fikrahnya. Kita tidak nampak apa yang dilakukan oleh Lujnah Tarbiah Ahli. Kita lebih banyak melihat aktiviti Lujnah Perpaduan Kaum dengan Kelab Penyokong PAS.

Di zaman penulis mula berjinak dengan PAS ditahun 1980an sebelum menjadi ahli kita dibawa ke dalam usrah memahami Perlembagaan PAS, mengapa perlu berada di dalam PAS, kita mempelajari buku-buku tulisan Ust. Fathi Yakan antaranya Mengapa kita Memelok Islam. Kita diajar tentang Politik Islam dan sebagainya.

Melalui usrah-usrah lah kita dipersiapkan dengan kekuatan perjuangan di dalam jemaah serta adap-adap berjamaah. Dengan usrah inilah kita memantapkan ahli serta memahamkan ahli berkaitan perjuangan dalam islam. Sewaktu TGHH mengetuai Lujnah Tarbiah kita telah dapat melahirkan ahli-ahli PAS yang mantap didalam perjuangan ini. Usrah diarahkan dibuat disemua cawangan setiap minggu.

Namun kini dengan memiliki ahli yang ramai kita tidak melihat aktiviti ini berjalan lagi. Kalau ditempat lain usrah di cawangan mulai berkurangan apatah lagi di Seremban dimana Pas Kawasannya digantung tidak bertali. Tak dinafikan di Seremban masih ada cawangan yang masih berjalan usrahnya tapi kehadiran ahli baru didalam usrah tiada langsung.

Usrah yang di jalankan kadangkala tidak menemui sasarannya atau terlalu kehadapan atau juga berat untuk diikuti oleh ahli-ahli baru. Di Negeri Sembilan kalau diambil dari tarikh selepas PRU 12 hanya 2 kali kuliah yang dibuat di pejabat perhubungan negeri.

Seharusnya Lujnah Penerangan serta Lujnah Tarbiah Pusat memikirkan dengan kemasukan ahli yang ramai dengan latarbelakang yang berbeza mengeluarkan arah menghidupkan usrah dicawangan sebagai aktiviti wajib serta mengeluarkan satu modual usrah yang baru bagi menyesuaikan dengan kemasukan ahli baru yang mempunyai latarbelakang yang berbeza ini

Kekurangan ini harus di atasi dengan segera kerana kita melihat bila mana timbul isu seperti yang sedang kita hadapi ini terdapat kekalutan yang timbul dikalangan ahli. Kalau ahli yang lama sendiri gagal untuk menggarap masalah ini apa tah lagi ada segelintir ahli baru yang dikesan menjadi ahli PAS kerana marahkan UMNO bukan kerana tuntutan agama.

Sesungguhnya adalah benar kita ahli PAS tidak perlu disuruh akan hadir ke Majlis Ilmu yang banyak dianjurkan oleh surau atau masjid mahupun di rumah persendirian dengan inisiatif sendiri dalam mendalami ilmu. Tetapi apa yang dilihat jika tiada disulami dengan usrah anjuran parti akan timbul satu lompang yang memberi kesan buruk kepada perjuangan kita.

Penulis mengalaminya bila mana laman ini memperbincangkan tentang Si Fuad.,penulis telah dihubungi malah dilawati oleh pimpinan negeri . Kecewa rasanya bila ada pimpinan negeri yang maklum berkaitan sikap Si Fuad tetapi takut untuk menyatakan kebenaran secara terus terang hanya kerana ada penyokong PAS yang menjadi anak murid Si Fuad.

Mana mungkin perkara ini boleh timbul jika ahli kita telah ditarbiah dengan mantap. Mengapa perlu takut hilang undi cuma pada ahli yang tidak dilandasan kebenaran perjuangan kita.

Ini masalahnya jika terus leka mengiklankan untuk menambah ahli yang ramai tetapi proses pentarbiahan kita kesampingkan. Maka jadinya dah lebih 50 tahun bila menghadapi kemelut akan timbul kata-kata isu ini mematangkan kita. Jika berterusan maka selamanya lah kita tidak matang-matang. Tak matang ke kita lagi?.


Wednesday, November 4, 2009

BIARKAN GAMBAR BERKATA-KATA








20 PENGKIANATAN UMNO TERHADAP MELAYU

KUALA LUMPUR, - Sejak 52 tahun lalu, negara ini hanya diperintah oleh Umno/BN/Perikat. 20 pengkhianatan Umno, selain itu tiada parti lain yang berjaya menjadi pemerintah di negara yang majoriti penduduknya Melayu.

Adapun parti yang memerintah negeri-negeri seperti Kelantan (PAS- kini), Terengganu (PAS 1999-2004); Perak (Pakatan Rakyat,DAP-PAS-KeADILan sejak Mac 2008-Februari 2009); Selangor Mac 2008-kini), Kedah (Mac 2008-kini) dan Pulau Pinang (Mac 2008-kini), semuanya dianak-tirikan dari menerima bantuan pembangunan oleh kerajaan pusat. Sejak itu juga, Umno/BN menggunakan 'kesempatan' dengan agensi kerajaan, media dan kuasa untuk mencengkam jiwa-jiwa orang melayu dan kaum-kaum lain bagi mengekalkan kuasa mereka.

Malah dengan akta-akta seperti Ordinan Darurat, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Umno/BN berjaya 'menutup' mulut-mulut rakyat, dan setiap kali getir melanda periuk nasi Umno/BN, pastinya akta-akta ini digunakan bagi emnakut-nakutkan rakyat.

Dalam masa yang sama, bak kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu pertemuan dengan kakitangan Harakah pada 28 Oktober lalu di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Umno/BN memperbodohkan rakyat dengan akhbar-akhbar mereka hingga rakyat menjadi 'pak turut'.

Berita-berita yang dimuatkan dalam media milik Umno/BN hanya memaparkan pandangan sebelah pihak, selebihnya menghentam dan memfitnah pembangkang.

Sejarah pastinya tidak akan melupai akan Umno/BN lah yang mengurangkan kuasa Raja-raha Melayu, yang menderhaka kepada Sultan apabila di Terengganu, selepas pilihan raya umum 2008, Umno/BN tidak bersetuju dengan perkenan Sultan Terengganu melantik Dato' Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar menggantikan Dato' Seri Idris Jusoh.

Mereka (Umno/BN) turun ke jalan-jalan raya bagi membantah tindakan Sultan hinggakan slogan 'natang' ditujukan kepada Sultan dan Istana.Penderhakaan ini tidakpun diambil tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa hingga kini.

Sementara AJK PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar pada satu majlis di Gombak satu ketika lalu pernah mengingatkan bahawa rakyat tidak akan lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad sehingga sekarang di bawah Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ujarnya pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. sedangkan Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu. Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan bermula pada zaman pemerintahan Dr Mahathir hinggalah hari ini apabila sistem kehakiman semakin dibobrokkan.

Bekas Perdana Menteri (Dr Mahathir) itu juga, telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihan raya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, Umno/BNmemperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia.Hak tunggal bahasa Melayu ini dicabuli dan pemimpin Umno/BN mempertahankannya.

Akibatnya, dasar yang digubal dan dilaksanakan itu akhirnya melemahkan pencapaian anak-anak Melayu dalam subjek Sains dan Matematik, selain keciciran Melayu di kawasan pedalaman.

Rakyat pastinya tidak akan lupa dengan tindakan Umno/BN menarik semula geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.Umno/BN melaungkan bahawa SAR tempat melahirkan pengganas, dan ia adalah menurut kajian orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda yang pernah dikaitkan dengan dakwaan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu :

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

Selain itu, Kerajaan Umno/BN juga mengadakan hubungan erat dengan Israel sebuah negara Yahudi yang ganas walaupun dasar negara tidak mengiktiaf negara yahudi itu.Talam dua muka yang mengkhianati sokongan bangsa sendiri yang menentang keganasan Zionis terhadap rakyat Palestin.

Umno/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah yang kemudianya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja.

Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh.

-Dipetik Dari DetikDaily.Com-

-Oleh : Wan Nordin Wan Yaacob-