TOK GURU
UNTUK MU WARGA MARGOSA
Ya Allah, Ya Rahman
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.
Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.
Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.
Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.
Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.
Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.
Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran
Takbir! Takbir! Takbir!
UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA
UMNO DAN JUDI
DHUA
Saturday, February 27, 2010
KERJA-KERJA HARAM IJM/LEKAS
Thursday, February 25, 2010
SAHABAT KU KETUA PEMUDA PAS SEREMBAN -SEDAR KE TIDAK.
Gurauan kami biasalah bila PR tawan PutraJaya beliau nak jadi YDP MPS atau mungkin waktu itu jadi Dato' Bandar Seremban.
Saya pula mahukan jawatan TYT Melaka dengan alasan walaupun saya orang Negori tetapi isteri saya orang Melaka sama dengan TYT yang ada sekarang.
Saudara Hasan yang ada sama menyampuk, Kalau macam tu aku pun nak kerana aku jugak pasal aku berasal dari Melaka. Gelak kami berpanjangan bila seorang sahabat menyampuk perceramah kita Saudara Shamsul Ketua AMK juga nak pasal dia pun orang Melaka.
atau macam nak seberang kat sinu je...
PAS kawasan Seremban yang masih tergantung dengan hanya Pemuda dan Muslimat PAS Seremban sahaja yang boleh bergerak,. Malangnya sahabatku Ketua Pemuda Seremban tiada langsung progrem yang menampakan serta memberi impak yang dapat dirasai oleh ahli dan masyarakat kawasan Seremban bahawa PAS itu wujud di sini.
Dia boleh pusing satu Seremban dengan wirid berkaitan wa'alaq serta kejayaan menubuhkan beberapa PASTI. Namun ia sebenarnya usaha yang kecil sahaja sedang PAS di kawasan Seremban adalah jantung PAS di N.Sembilan.
Banyak lagi progrem perlu dilaksanakan. Sebagai orang kuat Unit Amal Pusat seharusnya banyak yang boleh dan perlu dibuat. Setakat menubuhkan PASTI sahaja tidak cukup malah itu tugas asas Dewan Pemuda. Sepatutnya Unit Awal sudah semestinya kuat di Kawasan Seremban .
Nampaknya semua tak kena nie. Kita dah nak memerintah. Sejak jadi Ketua Pemuda , tiada satu pun ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Seremban, sedangkan itu adalah progrem asas sama seperti menubuhkan PASTI.
Mungkinkah beliau tak berkemampuan mengalas tugas dan amanah yang banyak.?
Mungkinkah beliau tidak mendapat sokongan AJK?.Mungkin............................
Tiada sokongan Pemuda Negeri? Tidak mungkin.
Apa masalah sebenarnya? Sahabat yang senior tolong bantu beliau agar tidak gugur sebutir lagi mutiara dalam PAS Seremban.
Pemuda PAS Kawasan Seremban mesti kuat bagi menampung masalah yang membelengu PAS Seremban.
Mungkinkah beliau tidak layak dan tidak punya idea untuk menggerakan Pemuda PAS Seremban. Ahli PAS Seremban dan Dewan Pemuda PAS Negeri kena pi tengok dan bantu beliau.
Kalau ini tak selesai, macam mana kita bila diberi amanah menguruskan kerajaan negeri selepas PRU 13.
Nanti sambung........................................
Wednesday, February 24, 2010
GOTONG ROYONG PERINGKAT PERTAMA

Majlis Gotong Royong peringkat pertama Taman Bukit Margosa telah berjalan dengan lancar. Ianya membabitkan penduduk jalan Margosa 6, Margosa 7. Margosa 9 dan Margosa 10
Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk MPS yang menyediakan tong sampah.
Kita telah mengenalpasti 2 longkang yang perlukan perkhidmatan bomba , iaitu longkang di jalan 6 dan jalan 7.
Kita akan maklumkan kepada pihak bomba bagi mendapatkan bantuan sewaktu gotong royong peringkat terakhir.
Kita juga mengesan kun penghadang jalan milik kontraktor LEKAS/IJM sebagai tempat nyamuk membiak dan telah dilapurkan kepada pihak kesihatan.
Syabas margosa walaupun kumpulan perihatin tak hadir ianya tidak menjadi halangan untuk kita teruskan aktiviti kita. Jumpa lagi di majlis gotong royong diperingkat seterusnya.
Thursday, February 18, 2010
CERAMAH AGAMA
SEMUA DIJEMPUT HADIR
ANJURAN
SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA
KRT TAMAN BUKIT MARGOSA
SRS TAMAN BUKIT MARGOSA
JAWATANKUASA BERTINDAK TBM
Sunday, February 14, 2010
KHATAM KALI KETIGA
SEMUA DIJEMPUT HADIR
MAJLIS BACAAN DAN KHATAM 30 JUZ KALI KETIGA
ANJURAN : JAWATANKUASA BERTINDAK LEBUHRAYA DENGAN
KERJASAMA KRT, SRS DAN SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA
NIAT/TUJUAN:
1) MEMANJATKAN KESYUKURAN DIATAS KELULUSAN YANG DIBERIKAN OLEH MAHKAMAH KEPADA PERMOHONAN INJUKSI KITA.
2) MEMOHON KEPADA ALLAH DIKEKALKAN KEMENANGAN INI DISAMPING DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN DIBERKATI SEGALA KEPUTUSAN BERSAMA YANG TELAH , SEDANG DAN AKAN DIBUAT.
3) MEMOHON AGAR KITA DI TAMAN INI DILINDUNGI ALLAH DARI SEBARANG MALAPETAKA DAN MEMOHON JUGA KEPADA ALLAH AGAR SAHABAT KITA YANG TERPENGARUH DENGAN DAKYAH SEGELINTIR ORANG KEMBALI BERSAMA KITA DALAM PERJUANGAN INI. DLL
4) SEDEKAH PAHALA UNTUK ARWAH IBU KEPADA ABANG RAHMAN JAIT DARI M6
METHODOLOGI : SETIAP PESERTA YANG TERBABIT DAPAT MENYELESAIKAN BACAAN AL-QURAN BERDASAR JUZUK YANG DIAMANAHKAN KEPADA MEREKA MULAI 8HB FEBUARI DAN MAJLIS KHATAM AKAN DIBUAT DI SURAU KITA. PADA 27HB FEBUARI SELEPAS MAHGRIB.
• *PESERTA BOLEH MEYELESAIKAN BACAAN MASING-MASING DI SURAU ATAU DI RUMAH MENGIKUT KESESUAIAN MASA MEREKA *
# UNTUK SAHABAT YANG TIADA DI DALAM SENARAI JUGA DIGALAKAN SAMA MEMBACA JUZUK PILIHAN DAN HADIR BERSAMA SAMA SEWAKTU MAJLIS KHATAM.#
TERIMA KASIH ATAS SEGALA SOKONGAN YANG DIBERIKAN
SAYA YANG MENJALANKAN TUGAS,
(ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN)
PENGERUSI JAWATANKUASA BERTINDAK DAN SRS
1 ARIS UJANG M12
2 AZIZUL BIN ABD.RAHMAN M7
3 ZAKARIA BIN SHEIKH OTHMAN M16
4 ROHAYA BINTI ABD.RAHMAN M16
5 MUHAMMAD HAZIQ B. BADRULHISHAM T10
6 ROHANI BIN ABD RAHMAN T10
7 BADRULHISHAM BIN HASHIM T10
8 MUHAMMAD BIN YAZID T8
9 ABU BAKAR T10
10 SHAHIRAN HASHIM M9
11 YAAKUB AMIN M7
12 MUSLIMAT
13 MUSLIMAT
14 MUSLIMAT
15 MUSLIMAT
16 HAMDAN M13
17 ZAINI ARIS M5
18 AZAMLY M11
19 MUHAMMAD AZIM ZAKARIA M16
20 MOHD NAZIM HASSAN M13
21 RAUF ABD RAHMAN M12
22 RADUAN NASIR M7
23 HAJI AMRAN SAID MII
24 UST JEPRI BAHARI M9
25 HJ NAZIR M18
26 FIRDAUS RAMLAN ST6
27 UST. RAMLAN SALIH ST6
28 UST. RAMLAN SALIH ST6
29 JAMHURI JAMEL M18
30 UST. ZAMAK M18
JOM KITA LAWAN DENGGI KAT MARGOSA
MAKLUMAN PROGREM
GOTONG ROYONG
JAM 8 PAGI
PERINGKAT PERTAMA – TARIKH 7HB FEBUARI 2010
Kawasan Jalan M6, M7, M9, M10
…………………………………………..
PERINGKAT KEDUA – TARKH 21HB FEBUARI
Kawasan Jalan M11, M12, M13
Tempat Berkumpul – Post 2 Jalan M11
…………………………………………..
PERINGKAT KETIGA – TARIKH 28HB FEBUARI 2010
Kawasan Jalan M14, M15, M16, 17 dan M18
Tempat Berkumpul – Perkarangan Rumah En Roslan M16
………………………………………….
PERINGKAT KEEMPAT- TARIKH 7HB MAC 2010
Kawasan Jalan M1, M2, M3 M4, M5
Tempat Berkumpul – Surau
………………………………………….
PERINGKAT KELIMA – TARIKH 14HB MAC 2010
Kawasan Jalan Telawi 10 Telawi 9 ST5, ST6,
Tempat Berkumpul – Post Utama
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Maklumat Lanjut hubungi:
Pengarah Progrem En. Azizul (012-6097005)
“MARGOSA BEBAS DARI DENGGI”
Wednesday, February 10, 2010
Tuesday, February 9, 2010
MEREKA MENINGGALKAN KITA -2- SAMAN KE ATAS MPS( MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN

Juga Abg Zul JPJ yang mewakili hartanah atas nama isterinya, berkatanPak Ya dulu saya sokong untuk alih jajaran dan saya penjawat awam.
Untuk itu jawapan saya ,Benar kita berjuang untuk ubah jajaran . Ini dibuktikan dengan afidavit kita.Dan saman keatas MPS ini perlu kerana mereka yang mengeluarkan CF. Jika CF dikeluarkan oleh perihatin , perihatinlah kita saman begitu juga kalau CW, Deris atau Abg Wahid, yang keluarkan CF merekalah kita saman. Ini membabitkan persoalan undang-undang.
Bagi penjawat awam , cukuplah hujah Tok Sahak sebagai jawapan serta cuba lihat mereka di jalan M18 berapa ramai penjawat awam disitu.
Wednesday, February 3, 2010
MARGOSA INI TUNTUTAN KITA
Kita maklumkan bahawa tuntutan pertama kita pindahkan jajaran ini
tuntutan kami2
Tuesday, February 2, 2010
USTAZ MANA PULAK BUAT HAL NIE? KETUA PEMUDA PAS SEREMBAN BUAT APE NI....?

Inilah antara mereka yang gugur dalam perjuangan.
Rupa-rupanya kisah pengalaman saya dalam PAS yang di siarkan baru-baru ini mendapat respon dari seorang pembaca. Beliau menghubungi saya melalui SMS meminta saya memadamkan nama-nama sahabat yang terlibat dalam PAS Negeri Sembilan sekitar penghujung tahun 90-an. Sebabnya sebahagian daripada mereka adalah kakitangan kerajaan. Takut mendatangkan masaalah dalam kerjaya mereka.
Justeru, rencana tersebut telah pun saya padam dalam blog saya. Cuma ada beberapa perenggan terakhir yang telah saya edit dan ingin dipaparkan semula.Demikianlah tulisan saya..,Tulisan beliau telah mendapat respon dari Lobai Kampung.
Saya sangat terkesan dengan kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang menyebut : Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam sekiranya kita mencari kemuliaan selain apa yang telah dimuliakan Allah kita akan dihina oleh Allah ” Islam dalam konteks yang dimaksudkan tidak hanya merujuk kepada keyakinan dan amalan bahkan yang dituntut adalah memperjuangkannya. Iktibar dari peristiwa hijrah mengajar kita Islam mesti berkuasa dan tidak selamanya dikuasai. Negara Islam Madinah yang didirikan oleh Nabi setelah menanam keyakinan dan amalan dalam diri setiap mukmin. Jiwa yang subur dengan iman dan amal inilah yang berjuang menegakkan Madinah. Mereka memahami tuntutan Islam tidak hanya dengan solat, puasa, zakat dan haji bahkan tuntutan jihad menjadi sebahagian kehidupan dan mati syahid menjadi idaman.
Kau cakap dengan ustaz nie nak keluar keluarlah tetapi jangan jadikan dia sebagai peluru UMNO Kita dah nak memerintah dah ,nie nyamok-nyamok menganggu lah.
Ni otak same je dengan YB Kulim. Yang pasti YB Kulim nie lulusan sekular sedang kan beliau dengan title ustaz sudah pasti lulusan agama .Nie semua pasal sama dengan rakan beliau yang beliau sebut meninggalkan perjuangan kerana periok nasi. Agaknya surau yang beliau mengajar kebanyakannya dikuasai UMNO. Takut hilang punca pendapatan kot.
Nampak pada gaya bahasa macam nak join Usop Misai je atau Si Fuad kot. Kau kena maklumkan kepada ahli PAS yang mengikut kuliah beliau supaya pindahlah cari kelas agama lain. Nielah bahananya bila menyisihkan diri dari jemaah. Lebih-lebih lagi bila PAS Seremban tergantung dan ahli bertempiaran membuat hal masing-masing. TakanBadan Perhubungan PAS NS tutup mata je. gunakan jawatan kau maklumkanTunggukan penyelesai nampaknya makin jauh. Jadi kau sebagai Ketua Pemuda PAS Seremban kepada Badan Perhubungan PAS NS serta Jabatan Pilihanraya PAS Pusat serta JK PAS Pusat kita gerakan UPU Sikamat dan Ampangan Apa macam boleh bro. Takut kot . Lu calun PAS Dun Ampangan berani?
Monday, February 1, 2010
CHE GU BAD FAIRUS PELURU UMNO BARU MENYERANG ANWAR BENARKAH?
Khabar angin bertambah hebat apabila Fairus dilihat mengunjungi Mahaguru Omardin yang di masukkan kehospital bulan lepas. Ramai yang berkata pihak UMNO memujuk Fairus melalui Mahaguru Omardin yang punya hubungan kekeluargaan.
Kita mengetahui Mahaguru Omardin dari Perguruan Lincah merupakan penyokong Najib dimana ramai ahli Lincah yang menjadi pengawal peribadi Najib yang antaranya Jurulatih Lincah Saudara Khairil.
Walaupun P. Pinang negeri Perguruan Lincah tetapi Anwar adalah Khalifah bagi Gayung Pesaka yang mana Fairus adalah Ahli Pesaka Gayung.
Dipusat ahli Lincah ramai memberikan sokongan kepada Najib tetapi ahli Lincah di Pulau Pinang ramai menyokong Anwar.
Cik Gu Bad dan Yb NuruIzah yang rapat dengan Fairus dan banyak bersama dengan Fairus dalam progrem Pentas Pemuda tolong tengok-tengokkan
Kita sebagai penyokong PR berharap Fairus kekal dalam perjuangan dan tidak terpengaruh godaan UBN
Wednesday, January 27, 2010
MEREKA MENINGGALKAN KITA - 1
Ada penama dibawah yang memaklumkan mereka diberitahu oleh Idris dan rakan-rakan perihatin beliau bahawa kes injuksi akan kalah dan IJM akan saman penduduk gantirugi sebanyak RM70 juta.
Tuduhan Idris pertama seperti di dalam surat layang bahawa saya dan AJK Bertindak memalsukan tandatangan penduduk. Jawatankuasa tidak amanah dan nak gadaikan harta penduduk.
Bila kita nafikan seperti akuan bersumpah saya, Deris maklumkan mungkin mereka terlepas pandang. Kemudian keluar pula tuduhan kita tak maklumkan bahawa kita turut saman MPS. Ada yang timbul ketakutan dengan alasan sebagai penjawat Awam. Masalah kita sebenarnya maklumat dari Idris dan kumpulan perihatin tidak tepat kerana mereka bukan peserta. Mereka mana tahu keputusan mesyuarat serta perbincangan yang dibuat serta makluman yang kita edarkan kepada peserta melalui maklumat di surau, SMS serta flyer yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak.
Abang Zul JPJ(Penama atas nama isteri Amnah dia adalah penyokong kuat kini berpaling tadah dengan alasan selaku penjawat awam. Satu ketika beliau dengan bangga memperkenalkan peguam kita kepada rakan beliau di Mahkamah. Setiap SMS saya dijawab dengan yakin.Hadir di perbincangan dan memdakwa kumpulan prihatin bodoh ,kalau tahu datang ke surau dapatkan maklumat sebenar
Sdr Hafiz dia hadir diperbincangan , juga lahir kemarahan sikap kumpulan perihatin yang tak mahu hadir ke surau memdapatkan maklumat. Bila kita maklumkan dia tandatangan di surau dan bawa pulang ke rumah untuk tandatangan isteri beliau, kita dimaklumkan sahabat lain bahawa beliau banyak dapat projek dengan MPSShahein dia sewaktu taklimat memohon untuk meninggalkan majlis awal kerana hal peribadi dan sambil memegang saya maklumkan Pak Ya you don't woried my vote once for you.
Abg Zainal, soalannya hanya satu sahaja . Boleh menang ke kita?
Jamirus bila gagal mendapatkan sokongan dari ipar beliau memutuskan tidak akan menyokong mana-mana pihak

Pak Ali dan isteri hadir di sebutan pertama kes kita.
Firdaus maklumkan beliau telah diberi penerangan oleh Idris agar menarik diri kerana kes penduduk akan kalah dan IJM akan saman penduduk RM70 juta.Mejer Azhar yang mewakili isteri beliau hadir dalam semua perjumpaan awal didalam bantahan kita. Suatu ketika marahkan saya kerana senantiasa hadir di surau memakai pakaian yang punya lambang PAS. Kalau beliau dan rakan marahkan saya kerana mendengar VCD ceramah PR,saya juga boleh marah kepada membawa alat muzik ke POS Rondaan. Tapi tiada sebarang bantahan kerana saya yakin itu hak masing.
Kini sampai ke telinga saya beliau bercerita dengan kata macam nie ke Pak Ya sebagai ahli PAS bersikap buruk dan menabur fitnah di dalam taman.
Terkedu saya memikirkan apa fitnah yang saya buat
Sambung............
Monday, January 25, 2010
ADUKA OH ADUKA
Gegak gempita di alam blog bila AT buat hal.Yang pasti bro denda RM50,000 serta penjara.

czack : Bila membaca tulisan AT disini kita boleh fikir untuk memadamkan capai blog beliau sama sepert kita padamkan capaian kidefella








































align="middle" border="0">