Untuk para sahabat lepas nie kita rehat sebentar bermain dart kita tumpukan majlis tadarus kita. Kehidupan kita teruskan biar apa orang kata. Sesungguhnya kita yakin dengan apa yang kita buat.
TOK GURU
UNTUK MU WARGA MARGOSA
Ya Allah, Ya Rahman
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.
Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.
Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.
Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.
Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.
Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.
Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran
Takbir! Takbir! Takbir!
UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA
UMNO DAN JUDI
DHUA
Tuesday, August 18, 2009
PERTANDINGAN DART TAMAN BUKIT MARGOSA- SEBELUM MENYAMBUT RAMADHAN
Untuk para sahabat lepas nie kita rehat sebentar bermain dart kita tumpukan majlis tadarus kita. Kehidupan kita teruskan biar apa orang kata. Sesungguhnya kita yakin dengan apa yang kita buat.
Monday, August 10, 2009
HILANG - DIMANAKAH SAHABAT SAYA

Mungkin dah ada jawatan tak boleh berkawan dengan ahli biasa. Selama ini sering bergurau dan sama-sama ke PRK . Terasa rindu juga.
Mungkin marah pada saya kerana mengusik MK dan HR. Kali terakhir berdiskusi saya menghujahkan kini beliau Ketua Pemuda Seremban seharusnya dia tidak boleh bersikap menyebelahi mana-nama pihak lebih-lebih lagi dalam suasana PAS kawasan Seremban masih tergantung. Dia seharusnya kena tegas.
Selama ini beliau ke hulu dan ke hilir mewiridkan tentang keperluan berwala'. Hari ini beliau kena akur dan praktikan apa yang beliau selalu dilaungankan. Hari ini PJ telah dilantik oleh pimpinan pusat dan diarahkan semua ahli memberikan wala'
Jadi kini beliau kena akur dan memberikan wala'nya. Kalau tidak bagaimana ahli pemuda di Seremban nak berwala' kepada beliau kerana beliau sendiri tidak akur untuk memberikan wala' kepada PJ yang telah mendapat restu dari PAS Pusat.
Bab ini kita harapkan Pimpinan Pemuda PAS NS kena perjelaskan kepada beliau. perjuangan Islam itu lagi penting dan beliau mempunyai amanah yang besar yang akan dipersoalkan di akhirat esok. Kalau tidak Pemuda PAS Seremban akan terus lesu dan malap seperti sebelumnya. Orang UBN menanti sahaja mencari kesilapan kita.
Saya juga pernah jelaskan kepada beliau walaupun dalam PAS bukan jawatan yang kita kejarkan tetapi dalam berorganisasi sekira ditakdir DUN Ampangan kembali semula kepada PAS dia satu-satunya calun yang jadi pilihan utama dahulu atas dasar jawatan yang ada pada beliau kerana PAS Seremban masih digantung. Oleh dia mesti bebas dan tidak berpihak dengan mana-mana puak.
Untuk sahabat yang mengenali beliau kenalah bantu kerana masih muda dalam perjuangan.
Untuk sahabat ku Zul mungkinkah kita akan bersama kembali membantu jentera PAS NS ke PRK Permatang Pasir , Abng Mat Lui dan Bang Lan tengah bersemangat untuk merasa kempen dibulan puasa. Tidak lupa walaupun agak terlambat saya serta rakan di farmasi ucapkan tahniah kerana terpilih selaku Ketua Pemuda PAS Seremban dan dah jadi pimpinan nie walaupun belum boleh berhenti merokok , nak hisap kena sorok bro.
Saturday, August 8, 2009
CIMB- SATU LAGI PEMANGKIN EKONOMI AMPANGAN DITUTUP
Dulu di DUN Ampangan memiliki kauter TNB bagi memudahkan penduduk membuat bayaran bil setempat, kini telah di tutup. Kita pernah sampai kan kepada wakil rakyat BN ketika itu Zakaria Nordin, mungkin TNB mengambilkira keuntungan tanpa mengirakan tanggungjawab sosial, Buktinya mana pernah lapuran keseluruhan kewangan TNB yang memaklumkan kerugian mereka setiap tahun.
Dengan adanya CIMB inilah yang menggerakan ekonomi terutama peniaga di sekelilingnya. Seharusnya adik Najib jangan hanya pentingkan keuntungan sahaja tanpa melihat keperluan tanggungjawab sosial pada rayat seperti laungan abang 1Malaysia rakyat didahulukan.
Mungkinkah tiada usaha untuk merancakan ekonomi Ampangan ini sebagai satu bentuk penderaan kepada penduduk Ampangan yang mengundikan pembangkang.
bersambung.....................
Wednesday, August 5, 2009
DUN AMPANGAN - Balai penghulu ditukar kepada Pusat Khidmat Masyarakat BN Salahguna kuasa UBN. Siapa nak Jawab?
Di DUN Ampangan apabila UBN tumbang kepada PKR beliau telah mengambil bangunan pejabat penghulu dan menukarkan kepada pejabat atau pusat Khidmat Masyarakat BN.
Disini beliau meletakan juaknya Mohd Nor Awang serta kuncu-kuncu seperti Rosahar, Md. Nor Rabun dan lain-lain melancarkan dakyah dan menyalahguna bangunan kerajaan untuk kepentingan UMNO. Kita tidak dapat memastikan samada tapak serta bangunan itu milik kerajaan atau individu. Baru-baru ini bangunan tersebut telah dibaikpulih secara besar-besaran samada gunakan peruntukan kerajaan atau UMNO(saya sedang cari maklumat).
Sebelum ini sewaktu DUN Ampangan di bawah BN dimana wakil rakyatnya Zakaria Nordin, pusat khidmat BN terletak di bangunan milik beliau berhampiran Tabung Haji Ampangan. Di situ jugalah pernah terjadi bila pemilik bangunan yang di sewa oleh Tabung Haji iaitu Dr Yunus Kelinik Penawar Ampangan ditekan apabila Tingkat Atas Tabung Haji disewakan kepada PAS untuk dijadikan Pejabat Perhubungan PAS NS. Akibatnya Pejabat PAS terpaksa berpindah.
Mungkin Zakaria Nordin berada di kem Dato' Sahak maka beliau bukan lagi ADUN maka Pusat Khidmat BN DUN Ampangan terpaksa berpindah.
Kita tidak menghalang UBN bina pusat khidmat di DUN ini tapi apa rasionalnya pejabat penghulu yang boleh di datangi oleh seluruh penduduk Ampangan tanpa mengira fahaman politik untuk dapatkan bantuan dan pertolongan di tukar kepada pusat khidmat BN yang sudah pasti hanya untuk penyokong UBN.
UBN yang sememangnya muka tak malu dan terlupa mereka adalah pembangkang di DUN Ampangan. Apa yang hebatnya Mahd Nor Awang yang dilantik oleh Tok Mat menyelia bagi pihak UBN di Dun Ampangan.
Sudah lah di tolak rakyat Ampangan kemudian di tolak ahli UMNO kini sedang menghadapi tuduhan rasuah pulak. Juak-juak sekeliling beliau menyokong kerana duit beliau. Sampai bila duit boleh digunakan bagi dapatkan sokongan
Sewaktu sebelum beliau dilucutkan hak bertanding jawatan ketua UMNO bahagian Seremban saya pernah memberi komen kepada penyokong beliau antara kata saya kepada mereka cuba bayangkan jika beliau Ketua UMNO Bahagian Seremban antara yang beliau akan terbabit seperti Dialog perniagaan di Seremban bersama Dewan Perniagaan Cina atau India, ingat-ingat mampu tak beliau berhujah dengan mereka,pasti menakutkan. Harapkan duit je banyak. Tetapi orang macam inilah yang jadi pilihan Tok Mat agar mudah dicucuk hidung. Sekarang pula terdengar mungkin beliau tidak jadi pilihan sebagai Ketua UMNO Flat UDA dan jawatan sebagai ahli Majlis MPS juga terancam pasal pertuduhan rasuah beliau. Kita akan gali lagi berita di DUN Ampangan
Tuesday, August 4, 2009
MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ- TAMAN BUKIT MARGOSA
MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
Majlis dianjurkan dalam suasana penduduk Taman yang sedang menunggu kes Lebuhraya Lekas dan baca lagi
Dato; Haji Mohd Yusuf bin Haji Ahmad. Tahniah kepada Pengerusi adan AJK Surau Taman Bukit Margosa adalah Mufti yang di pilih kerana di terima oleh pihak yang berkaitan bagi menenangkan ketegangan antara calun yang di sukai MBSN Si Fuad dengan pilihan ramai atau pengekalan Mufti lama dalam syarat persetujuan dalam tawar-menawar bagi perlantikan mufti baru seperti undian yang saya buat tempohari.
Sesunghguhnya majlis ini mehilangkan kerinduan hari-hari sebelumnya diatas kemesraan dan gurau senda penduduk yang sebelumnya ianya hilang angkara Wan Samsu
Majlis berjalan lancar cuma hati merasa pilu bila tiada kumpulan Prihatin yang hadir. Setakat Wan Samsu tak hadir tidak kami ralat kerana dianya orang belajar agama hanya baca buku tanpa guru. Tu sebabnya dia boleh siram bunga pakai seluar pendek takut seluar kotor walaupun aurat terbuka. Dia juga baru berjinak dengan masyarakat taman. Mana dia Dr Amin, Abg Aziz, Idris, Mad Imam dan Abg Wahid. Takan serentak semua rumah gelap pada malam tersebut. Kalau mereka benar mengapa takut datang surau seperti kata Mufti dalam ceramah beliau di suraulah tempat kita bertemu dan bermaaf-maafan. Kalau marahkan AJK merajuk tak datang surau maknanya bukan merajuk dengan AJK tetapi dengan Allah.
Di majlis tersebut terdengar juga suara dari penduduk, malam ini kawasan surau tak cukup tempat letak kereta apalagi bulan Ramadhan nanti. Hati kecil hanya mampu menjawab, dah terlewat dan itulah selama ini Jawatankuasa bertindak beriya-iya mengajak penduduk bersatu berjuang berkaitan jajaran lebuhraya Lekas yang melalui taman kita.
DEATH AT MACC HQ – The people will judge…




PETIKAN DARI http://rights2write.wordpress.com/
Monday, August 3, 2009
MELAYU LEMAH KE UMNO LEMAH ?
Belum sempat saya menjawab sahabat saya keluar satu pertanyaan kepada Chip. Chip apasal sekarang cakap melayu lemah sekarang tidak dulu. Umno tak kuat ke melayu tak kuat. Pertanyaan sahabat saya mati di situ apabila ada pelanggan yang masuk ke kedai.

Persoalan sahabat saya itu mengingatkan kepada satu analisa yang dibuat oleh blog Kickdefella disini.Terima kasih kepada blog kickdefella, saya paste ke blog saya untuk pembaca lain kerana ianya jawapan yang paling lengkap jika kita hendak berhujah dengan orang UMNO. Siapa Lemah Melayu ke atau UMNO yang lemah.
Thursday, July 30, 2009
TERIMA KASIH MAHAGURU. TAPI KAMI TETAP TURUN SEBAGAI MEMENUHI TUNTUTAN AGAMA

Namun kami tetap turun menyokong GMI pada 1hb Ogos ini didalam memenuhi tuntutan agama kami selaku khalifah di bumi Allah ini.
Kami berharap larangan dari Mahaguru ini bukan hanya di sebabkan oleh larangan oleh polis semata-semata tetapi kerana tidak ingin melihat ahli Lincah terpesong akidahnya bila menyokong PEWARIS(walaupun tidak disebut di dalam kenyataan beliau)
Kami yakin dengan agama kami bahawa UBN telah lari jauh dari Ulul Amri yang sepatutnya kita memberikan wala'.
Dan selaku orang islam kami sekali lagi maklumkan kami akan turun menyokong GMI tidak sebagai ahli Lincah tetapi sebagai memikul amanat ALLAH selaku khalifah di mukabumi ini. Takbir........................
Wednesday, July 29, 2009
SETAPAK LAGI KEMARAAN PR KE PUTRAJAYA


Seperti tulisan saya sebelum ini perjalanan ke Putrajaya bermula senarai nama MP Pakatan Rakyat mengikut kementerian yang di keluarkan oleh Majlis Pimpinan PR memang telah lama ditunggu oleh penyokong PR. Ianya mengambarkan bertapa seriusnya kita untuk mengambil alih kepimpinan negara pada PRU ke 13.
Kemunculan senarai ini merunsingkan BN bila kita lihat kenyataan Najib memperkecilkan kewujudan nama ini mampu mengganggu tugas menteri BN.
Biarkan apa saja yang ingin dinyatakan oleh pemimpin BN, memperlekehkan usaha ini,kita yakin ianya perlu dansesuai sebagai "kerajaan menunggu" dan sebagai latihan awal kepada MP Pakatan Rakyat.
Semua ini tidak akan berjaya selagi konsep ini tidak dilebarkan secara rasmi keperingkat Majlis Muafakat Peringkat DUN dan kampung. Setakat ini kita melihat ada majlis muafakat secara tidak resmi bagi peringkat negeri sahaja. Cadangan pembentukan Majlis muafakat pernah saya suarakan kepada PJ NS tapi tidak mendapat sambutan. Sepatutnya jika kita lihat di Parlimen Seremban sudah lama diwujudkan majlis muafakat peringkat DUN dan lagi baik jika majlis ini dibuat bagi peringkat kampung.
Kami di Kampung Bukit Temiang walaupun belum begitu menonjol aktiviti tapi setiap kali kami membuat kain rentang ucapan sambutan bulan ramadhan serta raya kami meletakan ucapan dari Pas cawangan Temiang serta Majlis bersama PR DUN Temiang.
Penubuhan ini amat penting kerana jawatankuasa ini akan menjadi saluran utama maklumat akar umbi yang akan digunakan apabila kita mengambil alih kerajaan pada PRU 13.
Bagi jawatankuasa muafakat peringkat DUN atau kampung harus dipikulkan tugas mengenalpasti masyarakat serta organisasi yang terdapat di dalam kampung seperti Jawatankuasa Surau, Masjid, JKKK, Tadika , Khairat Kematian dan lain. Ianya penting kerana inilah pertubuhan awal yang perlu kita ambil alih apabila pertukaran kerajaan nanti. Ianya tidak menjadi masalah jika telah sedia ada ahli PR di dalam jawatankuasa tersebut.
Mengabaikan keperluan ini akan akibatkan ketegangan peringkat akar umbi seperti apa yang terjadi di 5 kerajaan negeri yang kita ambil alih di PRU 12. Kita contohnya tidak ingin melihat serta mendengar tindakan bodoh dan tidak bertamadun ahli UMNO di negeri tersebut sehingga ketahap mengkunci balai raya , kelas tadika, buang fail dan sebagainya berulang semula selepas PRU 13.
Kita juga tidak ingin melihat keresahan rakyat yang menimbulkan ketidakstabilan umpama dunia akan kiamat bila kita ambil alih kerajaan akibat hasutan orang UMNO.
PERJUANGAN ITU MACAM KERETA?

Iman ialah membenarkan dengan hati, dilafazkan dengan perbuatan dan diamalkan dengan perbuatan.
Kalau hati berniat nak cari glamour, mulut melafazkan ingin perjuangkan Islam, dari segi perbuatan dia berzina, memfitnah, mengadu domba. Ini bukan pejuang namanya. Secara langsung kita tau sejauhmana ikhlasnya keimanan seseorang.
Benar, syurga dan neraka hak Allah. Tetapi secara ilmiah, kita mampu menilai sama ada ke syurgakah atau ke nerakakah seseorang itu. Takkanlah orang yang berzina itu ahli syurga. Takkanlah orang yang memfitnah itu ahli syurga. Takkanlah orang yang dayus itu ahli syurga. Takkanlah orang yang menzahirkan Islam menyembunyikan kekufuran itu ahli syurga.
Pejuang sejati, dia berniat untuk menjadi hamba Allah, percakapannya menjurus ke arah ketaatan kepada Allah dan amal perbuatannya ke arah pengabdian kepada Allah. baca seterusnya disini
Tuesday, July 28, 2009
JANGAN TERPEDAYA PENIPUAN KJ. SERUAN KEPADA AHLI SILAT LINCAH SERTA AHLI PEKIDA
Walaupun PEWARIS mengutuk kenyataan beliau tapi kita percaya ianya hanya lakonan sahaja. Ini berdasarkan penglibatan PAKIDA yang menyokong PEWARIS.
Sesiapa yang biasa hadir PRK sebelum ini seperti Ijok, Permatang Pauh dan sebagainya boleh melihat KJ berkempen dengan membawa bersama beliau hulubalang-hulubalang PEKIDA . Oleh itu kita yakin walaupun arahan tidak sertai atas nama Pemuda UMNO tetapi beliau boleh arahkan ahli Pemuda UMNO yang juga ahli PEKIDA turun menyokong PEWARIS atas tiket ahli PEKIDA. Mungkinkah ahli PEKIDA Rembau yang di bawah Pak Su akan turut serta ini kerana asaa PEKIDA menyokong Melayu UMNO.
Mungkin seperti ulasan saya di http://czackpy.blogspot.com/2009/07/pertubuhan-seni-silat-lincah-jangan.html akan berlaku pertembungan antara Perguruan Lincah Malaysia dan Perguruan Pusaka Gayung Malaysia. Lebih lebih lagi bila PEWARIS menukarkan masa perhimpunan sama seperti GMI serta ugutan Ibrahim Ali untuk timbulkan huru-hara sewaktu perhimpunan http://wfauzdin.blogspot.com/2009/07/busuk-hati-dengki-dan-khianat.htmlu .Oleh itu seruan kepada semua ahli Silat Lincah serta ahli PEKIDA yang menyokong PR akan turun memberikan sokongan serta nyatakan bantahan anda kepada pimpinan tertinggi Lincah serta Pekida yang memberi sokongan tanpa mendapatkan pandangan ahli akar umbi.
Nyatakan bantahan anda di http://www.silatlincah.com.my/amanat.htm dan http://www.pekida.org/
Saturday, July 25, 2009
BUKAN DI REMBAU JE. DI TAMAN BUKIT MARGOSA TOK SAHAK TURUT MEMBANTU
http://chegubard.blogspot.com/2009/07/keadilan-rembau-boleh-duduk-dengan-umno.html
Thursday, July 23, 2009
PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH JANGAN KALUT- MENYOKONG PEWARIS AKAN RUNCINGKAN LAGI MASALAH MELAYU



Memulakan bicara dengan amanat Mahaguru Omardin http://www.silatlincah.com.my/amanat.htm
Selamanya ahli kita yang di dalam PR tidak mempertikai Pimpinan Tertinggi menyertai serta menyokong UMNO. Malah di khabarkan ada jurulatih kanan sekarang menjadi bodyguard PM. Selama ini tiada siapa persoalkan anak Mahaguru menceburi politik dan menjadi pimpinan dalam parti UMNO. Kami ahli perguruan yang menyokong PR banyak kali tersinggung dengan kenyataan pimpinan menyatakan sokongan kepada UMNO. Cuba selidik mungkin dari 800 ribu ahli ada yang telah berpindah kepada perguruan lain terutama kepada Gayung Pesaka selepas DSAI dilantik sebagai KhalifahApa akan terjadi pada 1hb Ogos bila pertembungan Ahli Lincah dengan Ahli Gayung Pesaka dan ahi ahli lain-lain perguruan yang menyokong PR. ia akan jadi satu titik hitam di dalam dunia persilatan melayu.
Adalah lebih baik ahli dari perguruan Lincah yang aktif dalam UMNO memikirkan macam mana Seni Persilatan Melayu gagal dinobatkan di negara yang di pimpin oleh mereka yang berbangsa melayu. Mengapa tiada satu usaha dibuat untuk memasukan Seni Persilatan Melayu tidak di masukkan di dalam salah satu mata pelajaran di sekolah walaupun sudah 51 tahun UMNO yang mendabik dada memperjuangan melayu.
Kalimah Pahlawan Melayu Ta' Melayu Hilang Di Dunia" makin hilang tidak bermakna lagi. Kalau hiduplah Laksamana Hang Tuah mahu menangis melihat melayu yang di pimpin oleh UMNO. Bangsa Melayu yang mendakwa pendekar tapi kerjanya menjadi bongser di PUB, Kelab Malam, kongsi gelap melayu dan tarik kereta. Di sekolah-sekolah persatuan seni pertahanan diri asing seperti Judo Takwando, Muay Thai lebih banyak dari kelas silat melayu.
Perjuangan di atas ini lagi penting dan ianya kuat jika kita lihat Perguruan Lincah sahaja memiliki 800 ribu ahli. Dengan keahlian dari Perguruan lain saya kira ianya lebih ramai dari ahli UMNO. Suara kita lagi kuat.
Jadi tidak perlulah membuat kerja bidaah menyokong Pewaris hanya untuk kepentingan politik dan poket individu tertentu. Esok apa yang hendak kita jawab bila di soal Allah. Kalaulah ada soalan Apa bangsa kamu?. 1Malaysia dah.....
Monday, July 20, 2009
MANEK URAI - LU MUSANG KA GUA MUSANG BAHAGIAN 2?
http://penarikbeca.blogspot.com/2009/07/terbunuh-dekat-pejabat-sprm-kenapa-baju.html
Ulasan paling menarik mengenai MU ialah http://kickdefella.wordpress.com/2009/07/18/analisa-manek-urai-cakap-malam-dengar-dengar-cakap-siang-pandang-pandang/
Walaupun UMNO Kelantan akan bantah keputusan di MU,ianya tak menjadi cerita utama lagi http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=2876
Ust. Man Ketua UPU Sg. Sok- Bukan N9 tapi Negeri Banyak


Aktiviti di Pos Lata Pauh- Gambaran kekuatan PAS di Kelantan Teserlah
Balik ke rumah penginapan untuk bersiap menjalan tugas kami dimaklumkan akan kehadiran petugas PAS dari Jempol di ketuai oleh YDPnya Sdr Abd Rahman serta bekas YDP Ust. Ramli.
Esoknya pagi Isnin kami yang bertugas malam hanya berihat di sianghari disamping cuba hubungi sahabat mengenai suasana kempen di UPU lain. Memandangkan UMNO perhubungan N9 turut bertugas di UPU Sg. Sok kami memerhatikan pergerakan mereka dan melapurkan tentang pergerakan mereka.
Petang Isnin kami diarah sekali lagi ke Sekolah Arab bagi Taklimat Akhir oleh Pj NS kepada semua petugas PAS Negeri Sembilan. Disini kami dimaklumkan semua urusan PRK MU adalah dibawah kendalian PAS negeri Kelantan dan tiada taklimat atau mesyuarat antara Jentera Negeri dengan PAS Pusat. Hati berdetik payah nie , Berulangkah trajedi PRK Pengkalan Pasir.
Di rumah penginapan mengambil kesempatan sembahyang Maghrib berimamkan bekas YDP Jempul Ust. Ramli dan selepas solat bertanyakan tentang perkembangan semasa. Hati bertambah gelisah bila beliau maklumkan terdapat hampir 138 pengundi pas hilang dari daftar pengundi. Ini di tambah pula cerita dari sahabat Sdr Zahari yang kami panggil awei saja yang bertugas sebagai pemerhati mafrel di Pusat mengundi Sg. Sok yang mana keadaan adalah kritikal dan Pas terpaksa berharap mengekalkan pengundi lama sahaja. Seperti biasa Ust. Ramli walaupun bukan YDP lagi tapi masih mantap hujahnya memperjuangkan islam yang dibawa PAS.
Walaupun cuba memujok hati dengan hujah tuan rumah dipenginapan kami yang merupakan pengundi luar yang tinggal di Kota Baharu bahawa potong tangan pun beliau sanggup bahawa PAS akan menang dengan undi yang besar.
Dengan arahan PJ NS dan Ketua PetugaS Pas NS YB Taufik jangan tinggalkan POS masing-masing sehingga hari mengundi, saya di arahkan membantu saudara Rashid di Pos Sg. Sok sebelum ke Pos Lata Pauh kerana kita dimaklum bahawa Tok Pa dan calun BN akan hadir ke rumah bakal besannya bagi merayu mendapatkan 5 undi dari keluarga tersebut.
Di Pos Sg. Sok kami kenduri durian bersama dengan Ust. Badrulamin, Yb Sikamat dan PJ NS di samping menanti kehadiran Tok Pa dan Calun BN seperti yang dimaklumkan oleh tuanrumah yang merupakan bakal besan Tok Pa. Kesemua anak beliau telah pulang untuk mengundi dan berharap kami dapat hadir bagi menggagalkan pujukan Tok Pa. Hampir Jam 12 kami dimaklumkan Tok Pa tak hadir dan hanya telefon sahaja kepada tuanrumah merayu undi beliau dan keluarga beliau. PJ NS sempat bergurau supaya menjawab ye besok beliau akan mengundi tapi undi rahsia.

Kenduri durian di rumah bakal besan Tok Pa. Agak-agak lari tak 5 undi Pas
Hampir jam 3 pagi tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan kami memaklumkan untuk pulang kerumah penginapan dan sekiranya pos memerlukan bantuan akan hubungi kami.Di Pos Sg. Sok kami jelas melihat aktiviti wanita UMNO dengan di iringi Polis cuba untuk meraih undi walaupun sudah dinihari. Kekuatan petugas PAS yang bergerak umpama Musang berjaya menggagalkan usaha UMNO walaupun dibantu oleh polis bagi membeli undi walaupun hampir waktu subuh. Strategi membahagikan UPU Sg Sok kepada beberapa petak keselamatan berjaya kerana Umno gagal memasuki rumah penduduk apabila petugas berkawal sehingga pagi mengilut petak-petak keselamatan yang dibuat. Tahniah Ust. Man.
Melintasi Pos UBN yang dikendalikan oleh UMNO NS, kelihatan Ketua Pemuda UMNO Seremban memberikan arahan kepada petugas UMNO. Di Pos PAS saya memaklumkan kepada YB Sikamat bahawa sesuatu yang pelik dimana hampir 3.00 petang Pos yang dikendalikan oleh UMNO NS masih aktif. Di Pos itu YB. Taufik memaklumkan kekurangan petugas sewaktu Sdr Rashid menahan bas yang membawa pengundi hantu. Saya maklumkan tugas saya di Pos Lata Pauh dan arahan PJ NS tempohari jangan tinggalkan POS malah di hari mengundi juga. Yb Taufik akur akan keputusan itu.
Walaupun petugas PAS mula untuk meraikan kemenangan besar-besaran tetapi hati masih kecut dan takut kemungkinan kalah lebih-lebih lagi bila melihat memek muka ketua-ketua yang bertugas mencula undian. Ini lebih jelas dari getaran nada suara petugas yang memaklumkan semua petugas berkumpul untuk membaca doa bila pengundian tamat dengan harapan kemenangan dengan majoriti lebih besar.

Berbagai telahan dibuat dan sebelum TGNA keluar dari bilik untuk mengerjakan Solat Maghrib layar besar mencatatkan Pas mendahului dengan majoriti 70 undi sahaja dengan beberapa saluran belum ada keputusan.
Ianya bertambah cemas bila mana konvoi peti undi dari kawasan Laluh, MU lama dan Manek Urai baru yang melalui hadapan Markas Induk di iringi sama petugas BN. Sebagaimana selalu bila konvoi peti undi ke tempat perjumlahan undi jika diiringi petugas BN memberi signal mereka menang di peti undi tersebut.
Selepas pengesahan keputusan diketahui dan setelah menghantar keputusan melalui SMS kami bertolak pulang.
SUASANA DI MARKAS INDUK PRK MANIK URAI- KEGEMBIRAAN TERENCAT DI TERSEBAR MAKLUMAT PAS HAMPIR KALAH
Menerima beberapa SMS dari sahabat yang menyalahkan Ust. Nasa berkaitan UG. Saya hanya menjawab PAS Pusat dengan masalah UG. PAS Seremban tiada kesudahan dengang digantung tak bertali.
Otak kembali ligat berputar, teringat usik mengusik antara YB Sikamat dengan YB Paroi berkaitan UG yang dalam maksudnya, melihat sahabat dari PAS Jempol mampukah menganugerahkan kerusi untuk PAS, mengingati PAS Kawasan Seremban yang masih tergantung, hati bertanya mampukah kita menghadapi UBN di PRU 13. Sahabat dari dengan UMNO SMS memperli apa kerja kau di MU hingga menang 65 undi sahaja. Semuanya tenggelam dibenak bila masalah Taman Margosa kembali difikiran.
SIAPA YANG LAYAK DIGELAR KAFIR? UMNO....?
Petikan dari laman TKO
http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=588