TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Sunday, April 26, 2009

UNTUK MU PENDUDUK TAMAN BUKIT MARGOSA

PENGUMUMAN DAN PENERANGAN
JANGAN LUPA
4 MEI 20009
9.00 PAGI
BILIK 1
MAKAMAH
TINGGI
SEREMBAN

DATANG BERIKAN SOKONGAN ANDA

As’salamualaikum, serta salam perpaduan kepada yang bukan beragama islam.

PENDAHULUAN

Untuk semua penduduk Taman Bukit Margosa. Selaku Pengerusi SRS serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lebuhraya Lekas Melalui Taman Bukit Margosa saya menulis bagi memberikan penjelasan sebenar permasalahan yang melanda taman kita.

Saya mulakan dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa membaca artikel ini.

Ketika ini terlampau banyak surat, SMS serta khabar angin yang berlegar di taman kita yang mengakibatkan ketidakselesaan, fitnah, pembohongan sehingga terlihat permuafakatan yang selama 12 tahun kita bina hancur.

Bila bermulanya pembinaan haram lebuhraya yang melalui taman kita ini, maka teserlah lah watak sebenar sahabat, rakan dan jiran kita yang sebelumnya berselindung disebalik watak kewarakan pada diri masing-masing.

Selaku pihak yang tuan-tuan amanahkan kepimpinan bagi menguruskan segala permasalahan taman kita, saya serta AJK terpaksa berhadapan dengan mereka yang selama ini tidak ambil peduli masalah kita tiba-tiba muncul menjadi hero serta juara masyarakat mempertahan bukan penduduk tetapi LEKAS.

SEBAB ARTIKEL DITULIS

Tulisan untuk edaran ini terpaksa saya dan AJK buat apabila terdapat banyak cerita dan khabar melalui surat, sms serta mulut ke mulut yang melibatkan fakta yang tidak tepat yang berlegar di dalam taman kita. Kesannya bermacam fitnah, pembohongan, menikam belakang sahabat dan sebagainya. Saya juga dimaklumkan terdapat surat yang memfitnah saya yang diedarkan kepada orang tertentu sahaja. terutama di jalan Margosa 11 dan Margosa 12.

Ianya juga ditulis, bila usaha penerangan dibuat mereka yang terbabit tidak hadir, malah yang hadir pula di dalam sesi penerangan atau mesyuarat bercakap di dalam mesyuarat supaya kita kena bersatu demi taman dan keputusan kita nanti tidak akan sebabkan cucu cicit kita kencingkan kubur kita tetapi di luar mesyuarat bercakap sebaliknya.

Kesannya kita dulu aman tenteram damai dan sering bermuafakat kini terbahagi dua angkara satu watak yang menuduh orang munafik tetapi dia sendiri bertindak sebagai sang munafik menjaja SMS dari MBNS.
Kita yang dulu berjanji jangan ada satu pun partai politik di dalam taman dan sesiapa yang ingin berpolitik boleh aktif di cawangan luar taman akhirnya retak dengan permainan politik watak yang memecahbelahkan taman.

Mungkin ramai tidak ambil tahu dan tidak ingin tahu perpecahannya meremokan hati saya selaku Pengerusi serta rakan AJK setelah hampir 12 tahun kita bermuafakat, memupok silaturahim serta mengenepikan fahaman politik serta melampaui sempadan bangsa demi memajukan taman kita. Rupanya perpaduan itu hancur angkara mereka yang mendakwa perihatin dengan masalah penduduk tetapi mereka sebenarnya bermain politk.

Lebuhraya ini menyebakan kita berselisih faham dan bermasam-muka. Kita bergaduh antara kita, kita bergaduh antara sesama kita, bergaduh antara kita dan jiran kita.

APA CERITA SEBENAR ????

Sebelum itu saya bawa semua mengimbau peringkat awal kita memulakan bantahan kita. Walaupun ada yang membantah penggunaan perkataan bantahan terutama En. Wahid Naton. Tapi kita AJK mempunyai hujah bahawa bantahan ini bermaksud bahawa , penduduk jalan Tok Dagang iaitu jajaran sebenar membuat bantahan dan ianya berjaya dipindahkan ke taman kita, Mengapa kita tak boleh guna bantahan bila hak dan harta kita dirompak.

Apa yang kita nak sebenarnya sehingga kita bergaduh?

Sebenarnya perkara ini telah kita bersetuju dan ianya dilancarkan sewaktu majlis sambutan hariraya di jalan Margosa 12. Kita bersetuju menyertai sebagai sokongan
kepada sahabat kita di jalan Margosa 18, Jalan Margosa 1, Jalan Telawi 10, sebahagian dari Jalan M2,M3, M4 ,M5,M6, M7 yang hampir dan menerima kesan langsung jajaran ini.

Kita telah juga bersetuju untuk berusaha berunding dengan semua pihak terbabit dengan matlamat pertama kita untuk memohon pindahkan jajaran kerana ianya memberi kesan buruk pada kita pada jangkamasa pendek dan pada jangkamasa panjang.

Kita juga telah bersetuju untuk kita melantik peguam serta jurutera bagi meneliti samada kita berpeluang mendapatkan keadilan di mahkamah apabila kerisauan kita tidak dipedulikan.

Kita juga bersetuju untuk mendapatkan penyertaan penduduk dengan sama-sama membiayai yuran guaman sebanyak RM100-00 setiap peserta atau pemilik rumah.

Kami AJK juga diberi 3 mandat utama iaitu : -

1) Usaha pindahkan Jajaran
2) Jika gagal dapatkan faedah maksima untuk taman
3) Saman Pemaju Lancar Indah serta badan yang berkaitan kerana menipu

Sejak tahun 2007 AJK telah membuat berbagai cara dan kaedah melaui surat, perjumpaan dan sms bagi mendapatkan penyelesaian terbaik untuk taman.

Berdasarkan kejadian yang berlaku serta dokumen yang kita ada, kita berada dalam situasi yang berpihak kepada kita.
Usaha AJK dapat dilihat paling tidak kejayaan awal bila hampir 1 tahun SWO yang dikeluarkan oleh MBNS kita bila banjir lumpur pertama menghalang pembinaan selagi masalah kita tidak diselesaikan .

Segala usaha yang dibuat termaktub dalam 2 minit mesyuarat yang kita edarkan (Mereka yang tidak hadir mesyuarat boleh dapatkan dari saya).

Minit mesyuarat ini membuktikan bahawa kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan adalah kerja-kerja haram yang melanggar persetujuan mesyuarat.

APAKAH PERMINTAAN AJK

Permintaan kami mudah saja. Beri kami dokumen bagi penelitian kami, jurutera lantikan kami dan peguam. Kemudian kita akan buat keputusan iaitu, jika kita tolak apa sebabnya dan jika kita terima apa syarat kita.

Dokumen serta penerangan yang kita minta adalah

1) Tatacara pembinaan lebuhraya oleh LLM

2) Dokumen pembayaran RM27juta kepada Lancar Indah

3) Lapuran EIA dan

4) Lapuran TIA

5) Semua Pelan Jajaran dan pembinaan seperti pandangan 3D terowong dan jambatan serta jajaran

6) Dokumen Gazet

7) Pelan Aliran Trafik sewaktu pembinaan

Sehingga kini kita hanya dibekal melalui pos hanya 2 dokumen tanpa penerangan yang tidak membolehkan kita meneliti bagi kita membuat keputusan.

Di sini kami sekali lagi menafikan bahawa AJK telah bersetuju dengan pembinaan terowong. Tiada satu pun surat persetujuan yang dikeluarkan.

Bila melihat dokumen serta urutan peristiwa, kita sebenarnya di dalam landasan menuju kejayaan dan ianya tidak boleh dinafikan dan dibawah pengetahun semua yang terbabit.

WUJUD PUAK KEDUA

Melihat kepada peluang kita bila mana kita bawa kepada pengadilan banyak berpihak kepada penduduk taman, pihak terbabit berusaha memecahbelahkan kita dan ianya telah berjaya mewujudkan puak kedua yang bergerak atas nama PERIHATIN dengan mengedarkan surat mengutip tandatangan menyokong jajaran yang ada dengan kembali kepada cadangan jejantas yang telah kita sama-sama tolak dari peringkat awal lagi serta memohon susur keluar-masuk.

Bagi susur keluar dan masuk, sekiranya kita telah terima jajaran ini, sebenarnya saya secara peribadi pernah berbincang dan ditolak oleh CEO LEKAS dengan alasan bahawa LEKAS boleh beri walaupun sebenarnya tiada ruang tanah yang diperlukan untuk buat susur masuk. Atas desakan penduduk LEKAS boleh buat tapi bila ada aduan kemalangan terutama kepada JKJR ia akan ditutup.

Bagi AJK ianya jika jajaran telah diterima kita juga inginkan susur tetapi dalam bentuk yang kekal tanpa menjejaskan penduduk.

Kita tolak susur keluar dari lebuhraya kerana kita nak elak taman kita menjadi laluan utama bila mengelak kesesakan di lebuhraya di kemudian hari. Ada yang cadangkan susur keluar dari lebuhraya melaui pangkal jalan M11. Ianya dibantah penduduk jalan M11 dan M12. Cadangan Jalan M6, penduduk M6 bantah. Cadangan Susur jalan M13, En. Wahid setuju tapi penduduk M13 bantah.

Bagi susur masuk kita kena mendapat pandangan semua penduduk taman yang berhampiran kerana membabitkan persetujuan banyak pihak. Seperti yang pernah dicadangkan oleh En. Khalid dari LEKAS ianya melalui tepi jambatan, dibantah oleh pihak penduduk Taman Ampangan Zon Selatan sewaktu bertemu dengan Ketua Pengarah LLM dan Pengarah LEKAS pada 22hb Mac dengan membekalkan lakaran untuk jadikan Pesiaran Telawi sebagai susur masuk dengan alasan ianya besar. Tetapi penduduk Taman Telawi membantah. Masih tak selesai lagi

Pihak AJK serahkan kepada penduduk untuk diperbincangkan, Pihak AJK beranggapan jika jajaran ini dipersetujui susur masuk mesti ianya kekal dan tiada kemungkinan ditutup dan perlu ada pengambilan rumah penduduk bagi maksud itu.

Ini baru satu isu, belum lagi jajaran dan bentuk lebuhraya yang penduduk belum memberi persetujuaan.

Pihak LEKAS sedar, Pengarah LEKAS sedar, Ketua Pengarah LLM juga turut sedar pisau dan mentimun ditangan penduduk, kesepakatan kita amat jitu. Percubaan pihak tertentu bagi penyelesaian dengan imbuhan gagal.

Bagi menggagalkan, pihak LEKAS menaja satu lagi kumpulan yang tidak direstui penduduk untuk berunding bagi masalah ini apabila kekebalan tembok AJK tidak dapat ditembusi. Ini disahkan oleh LEKAS melalui panggilan telefon kepada Pengerusi KRT Dato’ Dr. Nasir untuk memujuk menerima cadangan LEKAS serta mendakwa menutup pintu rundingan dengan AJK yang sah kerana mereka telah ada sekumpulan penduduk yang menyokong mereka.

TUDUHAN LIAR PUAK KEDUA

Banyak tuduhan liar yang di terima oleh AJK seperti beberapa salinan SMS di bawah
1) Dari Idris Jalan Margosa 11
28/2/i 2009 kepada penduduk

‘As’kum Pukul 3 ptg ni. En Khalid GM LEKAS akan hadir dpusat Tiusyen Seri Tasik Jaya untuk br taklimat tntg design hway. Hrp dpt brsama krn kita perlu mmbuat kptsn’

2) Dari Dr. Hasnah 2/3/2009

‘Kata mengata, tuduh menuduh tdk selesaikan masalah. Kita perlu buat keputusan terbaik untuk taman margosa. Pelan terakhir sedia ada kurang menguntungkan’.

Dua SMS ini antara lain bukti pertemuan haram. Kita persoalkan mengapa takut berhadapan dengan AJK? Mengapa membuat perjumpaan rahsia untuk pihak tertentu saja dan tidak semua penduduk? Mengapa tidak dibuat di surau kita? Saya serahkan kepada penduduk menjawabnya

Kepada saudara Idris, Sedangkan saudara bukan AJK pun kami jemput hadir tetapi sering menolak untuk hadir dengan berbagai alasan, kalau hadir pun duduk tepi pagar surau je. Kemudian nak buat keputusan segera.serta marah kepada penduduk kerana pecahkan rahsia perjumpaan ini.

Bagi membuat keputusan segera, saya telah jawab melalui SMS kepada Dr. Hasnah antara lain ‘Saya tiada masalah peribadi dengan Dr dan Dr kenal saya, sepatutnya hubungi saya untuk dapatkan cerita sebenar, Masalah peribadi dengan Ust. Ramlan jangan babitkan saya.

Kita sebenarnya belum bersetuju dengan jajaran dan tolak rekabentuk kerana ianya direka berdasarkan bacaan kelebatan hujan bagi tempoh 10 tahun. Kelebatan hujan yang berlaku yang menyebabkan banjir kali pertama terjadi sekali dalam 100 tahun. Jadi kita yang telah 12 tahun tinggal di sini kelebatan hujan adalah biasa kita terima. Oleh itu rekabentuk itu amat merbahaya dan perlu pandangan pakar. Tidak timbul kita nak buat keputusan segera.

3) SMS dari En Wahid Naton

A) 5hb. Mac 2009

‘Syukur aLhamdullilah, Apabila terjaga dari tidur maka kelihatan cahaya menyinari Taman kita ini.Selama ini,ramai penduduk Margosa terlena olih khayalan janji manis perjuangan olih segelintir manusia yang kami harapkan, akan tetapi telah salah guna amanah yang diberikan oleh majoriti penduduk Taman Margosa. SEKARANG BARU KAMI SEDAR TIDUR DAN MATA KAMI BENAR CELIK. Terima kasih di atas segala perjuangan yang tidak ada HALATUJU’

B) 16hb. Mac 2009

‘ASLMKM SAUDARA2 UNTUK MAKLUMAN ,PIHAK LEKAS AKAN MENGELUARKAN SAMAN KPD PENDUDUK YANG MEMBANTAH PEMBINAAN L.RAYA LEKAS KERANA MENYEBABKAN KELEWATAN KERJA. KESANNYA PNDUDUK YANG TIDAK TAU HAL SEBENAR MENERIMA MUSIBAH KERANA TINDAK TANDUK AJK BERTINDAK YANG PNDUDUK LANTIK…. MEREKA ADA AGENDA LAIN YG SUDAH DKESAN’.

Cuba kita lihat cabutan minit mesyuarat yang dilampirkan. Apa halatuju yang tak ada? En. Wahid kena ingat di mesyuarat jawatankuasa saya masih memanggil mereka yang bukan AJK hadir termasuk En. Wahid sendiri agar keputusan dapat dibuat bersama. Berapa banyak jemputan mesyuarat yang tuan hadir

Mengapa selepas mesyuarat dan tidak di dalam mesyuarat untuk memberi pandangan?

Sepatutnya kita mesti akur keputusan majoriti mesyuarat. Kalau nie pun tak faham susah lah saya nak cakap lagi. Ini juga faktur mengapa kita dan rakan-rakan lain tak dapat memberi sokongan kepada En. Wahid dalam Jawatankuasa Bertindak.

Cuba En. Wahid ingat surat pertama bantahan kita pada Mac 2007 lewat dihantar siapa perapkan?.

Ingat tak betapa marahnya AJK bila dengan angkuh En. Wahid tunjuk kad pengurus IJM dan telah berjumpa beliau tanpa pengetahuan AJK.

Bermacam fitnah timbul. Jenuh kami menjawabnya untuk pertahankan En. Wahid.

Apa yang tak dikatakan oleh Deris yang mengeji En. Wahid sehingga terkeluar kata-kata En. Wahid kepada saya. Sekali En. Wahid terguris tak akan maafkan Deris. Tapi mengapa kini En. Wahid berbaik dengan Deris En. Wahid tikam saya dari belakang.

Lupakah En. Wahid bilamana memujuk saya jangan letak jawatan dan jangan serah pentadbiran taman kepada kumpulan Deris nanti hancur taman.

Apa amanah yang telah kami salahgunakan? Kalau benar dah lama dah saya dan AJK kaya.

Apa agenda lain yang sudah dikesan.? Apakah seperti dakwaan Wan Shamsudin saya punya agenda politk PAS. Kalau saya berpolitik tidak lah saya meminta bantuan dengan Ketua UMNO Bahagian Seremban Datok Sahak.

Sedarkah En. Wahid yang pernah sama-sama memasang bendera PAS waktu pilihanraya dulu. Siapa yang edar surat Perihatin yang dibelakangnya ada borang keahlian umno hingga menimbulkan kemarahan penduduk kemudian berselindung dibawah progrem K-Bestari satu badan yang dulu dikenali dengan K3P yang merupakan alat propaganda UMNO. Sekarang siapa yang berpolitik

Saman oleh LEKAS seperti tuduhan dalam SMS En. Wahid adalah satu fitnah besar dan pembohongan serta fakta yang tak tepat serta punya niat jahat.

Ini jelas kefahaman berkaitan undang-undang tidak ada kepada En. Wahid. Sebelum 16hb Febuari 2009. kerja-kerja LEKAS diberhentikan kerana banjir pertama bila MPS keluarkan SWO, jadi bukan salah penduduk.

Dalam minit juga disebut pihak LEKAS tidak boleh meneruskan kerja selagi tiada persetujuan penduduk. Ini sebabnya kita namakan kerja-kerja haram yang sedang dibuat oleh LEKAS.

Oleh itu bila injuksi kita masuk, LEKAS boleh saman tapi kita punya dokumen serta fakta undang-undang untuk menolak saman tersebut .

SIAPA DALANG SEBENAR

Wan Shamsudin Wan Yahya dari jalan Margosa 16

Buktinya dibawah dari salah satu dari puluhan SMS kepada saya dengan angkuh :

10/3/2009

Nampaknya strategi ketua- ketua saya di taman ini berjaya, kerana dapat alihkan tumpuan. Mereka dah kumpul hampir 150 tandatangan untuk tindakan selanjutnya. Saya hanya buat bancian.

Inilah perangai yang dipuja oleh segelintir 2 tiga kerat penduduk taman kita yang mendakwa punya hubungan rapat atau nak jaga hubungan dengan Tok Mat.

Dakwaan beliau banyak yang menipu dan kita telah kumpulkan. Beliau yang mendakwa peguam kita kerap hubungi beliau,sebenarnya fitnah. Peguam kita telah pun memohon untuk bil terperinci bagi menafikan tuduhan ini dan jika dapat kebenaran kita akan edarkan kepada penduduk Beliau pernah satu jam mendapat penjelasan melalui talifon dari peguam, akhirnya menyatakan faham dengan penjelasan peguam tapi kemudian bertanya soalan yang sama bila kita buat sesi soal jawab. Antara soalan beliau ialah hak beliau untuk dapat pampasan sebagai pemilik kedua(second buyer).

Orang inilah yang kita lantik baru sebulan sebagai Penasihat Surau, yang kemudiannya bertindak dengan begitu jahat memecahkan permuafakatan kita di dalam taman.

Beliau pernah berjanji untuk membawa Timbalan Ketua Pengarah berjumpa AJK. Bila gagal selepas hampir setahun menjaja SMS yang kami AJK bersikap kurang ajar dengan kata kita penduduk margosa kalau berbahasa LLM boleh berbudi.

Sape yang kurang ajar ? Orang ambil harta kita bila kita pertahankan kita pulak dituduh kurang ajar.

Apa sebenar yang membuat beliau bertungkus-lumus menyebelahi LEKAS melalui En. Khalid dan tidak kepada penduduk.

INJUKSI MAHKAMAH

Pada peringkat awal saya sering memberitahu serta mengingatkan kepada diri saya serta AJK supaya kita pimpinan mesti berjiwa besar dan anggaplah pihak kedua ‘Fastabiqul Khoirat’ yakni berlumba-lumba mencari kebaikan dengan bermatlamat untuk menjaga kepentingan bersama taman.

Namun bila kita membaca kertas yang diedarkan yang hanya tertumpu kepada menjaga kepentingan pihak di kawasan atas sahaja terutama jalan M11 dan M12 ianya telah mnimbulkan keraguan dan banyak persoalan.

Tiada cadangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sahabat kita di jalan M1, M18, jalan T10, dan sebahagian jalan M3, M4, M5, M6,M7 yang menerima kesan secara langsung.

Kita juga terkejut dengan tindakan En. Idris yang berjumpa dengan peguam kita dengan antara lain memfitnah saya yang menyebabkan En. Hambali meninggal surau kerana perbuatan keji saya.

Beliau juga berhujah injuksi kita akan cacat kerana beliau mempunyai senarai mereka yang menandatangani surat yang beliau edarkan dan ini membuktikan ianya bukan untuk bancian seperti dakwaan Wan Shamsudin

Beliau juga mendakwa merancang untuk melucutkan jawatan saya serta mendakwa AJK yang ada tidak “standard” seperti Ust. Ramlan sama seperti SMS beliau kepada rakan di mukasurat 10.

Ini semuanya mengganggu penyediaan dokumen injuks kita kerana terpaksa mengenalpasti sesiapa peserta yang turut tandatangan surat yang diedarkan oleh beliau.

Seperti yang dimaklumkan didalam taklimat serta jawapan peguam kita kepada En. Idris ‘Kita telah ada asas dan injuksi perlukan satu nama sahaja jika ramai lagi bagus bagi memperkuat tuntutan kita.

Walaupun saya selaku pengerusi diberi mandat untuk mengeluarkan nama yang menyokong tindakan beliau saya mengambil risiko bagi injuksi dan tuntutan pampasan kita akan memasukan semua nama yang telah menyerahkan sokongan dan dokumen lengkap bagi membawa maksud susah senang serta risiko kita hadapi bersama seperti tujuan asal perjuangan kita.

Bagi yang memberi sokongan kita tetap akan memasukan kepentingan mereka sebagai penerima faedah sekiranya ada.

Kepada yang merasa tertipu bila menandatangani surat yang diedarkan oleh Perihatin dan menyokong AJK yang sah serta hendak dimasukan kepada mereka yang layak menerima sebarang imbuhan jika ada hendaklah menandatangani semula sokongan yang baru seperti yang dilampirkan dan di serahkan kepada AJK selewat-lewatnya 30hb April 2009.

Untuk mereka yang masih belum melengkapkan dokumen sila serahkan sebelum 30hb April 2009 untuk pihak peguam kita memohon kepada hakim bagi memasukan senarai tambahan penama dalam tuntutan kita.

Saya rasa demi berlaku adil kepada sahabat kita yang paling hampir dengan jajaran yang menjadi mangsa ketidakadilan serta dizalimi serta rakan yang menyokong walau rumah mereka jauh dari jajaran kita perlu memasukan injuksi bagi mendapat keadilan dari mahkamah walaupun kita di waktu ini masih ada keraguan di atas keputusan jika diganggu oleh orang politik.

Strategi tuntutan kita saya rahsiakan buat masa ini kerana kita mendapat maklumat banyak perkara bocor kepada pihak LEKAS angkara mereka yang mempunyai kepentingan Jumpa saya secara peribadi jika ingin tahu.

HARAPAN

Kepada para sahabat terutama mereka yang terpengaruh dengan cerita dari Wan Shamsudin ingatlah Siapa kah dia? Adakah para sahabat sedar baru sebulan dua aktif didalam taman beliau berjaya memecahkan muafakat jitu kita selama 12 tahun yang bersatu memajukan taman tanpa mengira fahaman politk.

Sebenarnya banyak SMS beliau yang saya simpan cukup satu seperti di atas yang angkuh mendakwa strategi beliau berjaya bila orang yang beliau arah telah berjaya mengumpul 150 tandatangan

Kepada sahabat dari jalan M11 dan M12 yang terus memberikan sokongan kepada kami , ribuan terima kasih kami ucapkan dan untuk mereka yang masih percaya dengan permainan Wan Shamsudin, Ingatlah mungkin sekarang tuan berada di zon selesa tapi janganlah menutup mata kepada sahabat yang paling hampir dengan jajaran yang menerima musibah.

Hari ini mereka menerima musibah, nasib kita siapa yang tahu. Hari ini mereka, mungkin esok kita.

Mari kita bayangkan, jika rumah Wan Shamsudin ditukar dengan rumah En. Raza, rumah Deris ditukar dengan rumah En. Jamhuri, rumah Dr. Amin atau Dr. Hasnah ditukar dengan rumah Ust. Zamak atau rumah En. Wahid ditukar dengan rumah En. Aziz di jalan M1 atau En. Bakar di Telawi 10.

Mungkin dengan bayangan ini sahabat dapat rasa degup jantung mereka yang hartanya diceroboh serta dizalimi.

Kepada En. Norazam yang menuduh saya cuba mewujudkan 2 kumpulan di taman ini, ingin saya tanyakan selama ini sejak 2007 AJK bertungkus lumus dimana beliau selama ini.? Dulu bila kami buat bantahan kamu cakap kami bodoh. Tetapi tiba-tiba berkomplot dengan Wan Shamsudin mengedar surat Perihatin mencari sokongan. Bila AJK bertanya, awak menjawab tak buat apa-apa. Minta saya tarik balik repot polis yang dibuat. Janganlah menjawab seperti budak tadika.

Semua penduduk taman tahu siapa yang yang ujudkan 2 puak. Tanyalah Dr. Kamarul, semasa jenazah ibu mertuanya masih terbujur didalam rumah beliau memohon maaf kepada saya kerana menandatangani surat Perihatin kerana ingatkan surat dari AJK.

Cuba fikirkan ,AJK yang sah berunding dengan pihak berkuasa tempatan dan tercatit dalam minit pun mereka langgar. Inikan pula Perihatin, seperti hujah penduduk dimana kalau buat jejantas LEKAS boleh jimatkan kos RM800 ribu, RM200 ribu boleh buat surau baru. Yang baki RM600 ribu pergi ke mana?

Oleh itu sebagai orang yang aktif di dalam ABIM saya kira hujah yang dari saudara berbunyi “Nasiblah penduduk jalan M18 kena tipu apa boleh buat”merupakan satu kenyataan menghina penduduk dan tak gambarkan seorang yang yang perihatin kepada masalah penduduk.

Apatah lagi hujah yang dikeluarkan oleh En. Wahid serta Wan Shamsudin bahawa masalah jalan M1, M18 boleh besok setiap datang musim perayaan kita boleh mintak LLM datang bersihkan habuk dan cat semua rumah M1, M18 T10. Fikirlah sendiri, buat gelak orang je.

Inilah dia apa yang kita bersetuju dan perjuangkan dan ianya musnah bila satu watak bernama Wan Shamsudin mengadu-domba sesama kita.

Untuk Dr. Amin pihak AJK masih berpegang dengan hujah di dalam surau tempohari bahawa kita sepatutnya bersatu di adalam menjayakan perjuangkan kita agar esok anak-cucu kita tidak kencingkan kubur kita atas kesilapan kita membuat keputusan sekarang. Adakah dengan menyertai satu kumpulan yang lain ini adalah bersatu yang dimaksudkan dalam ucapan saudara di dalam surau yang menjadi saksi?

AJK kecewa dan anggap tidak betul tindakan Dr. yang mengaku menjadi ketua anjurkan perjumpaan di Pusat Tusyen Pak Ali kerana Dr. hadir didalam taklimat bersama dengan peguam. Tetapi kami yakin ini semua angkara Wan Samsudin.

Adakah dengan mengganggu injuksi ini cucu- cicit kita tidak akan kencingkan kubur kita? Adakah berpecah dengan dua kumpulan ini perpaduan yang dituntut agama kita?

Uutuk Abang Aziz ketua M12, ingin saya maklumkan bukan saya yang nak wujudkan 2 kumpulan, tetapi cuba bayangkan kalau Abg Aziz selaku ketua, penduduk tandatangani surat sokongan kemudian ada orang memaklumkan dibelakang abg ada penduduk tandatangan sokongan kepada kumpulan yang tidak diiktirafkan oleh penduduk Inilah apa yang dikatakan oleh Hj. Nawi jangan ada kita umpama gunting dalam lipatan.

Seperti apa yang dilahirkan oleh Abang Aziz bila kita berbicara bahawa tindak tanduk yang dibuat oleh Deris, Norazam, Dr. Amin dan Wan Samsudin boleh buat kita berpecah dan merugikan penduduk. Ingin saya jelaskan tindakan menyokong puak perihatin inilah menjadikan kita terbahagi dua kepada kumpulan elit dan gelendangan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Abg Aziz yang menyokong saya sebelum ini dan dengan secara jujur mengaku beralih memberi sokongan kepada perihatin. Kalau sokongan itu membuatkan anda yakin penduduk tak akan rugi, saya ucapkan semoga selamat berjaya.

Untuk En. Wahid, menyuruh kita membersihkan nama beliau. Ingin saya bertanya tohmahan En. Wahid seperti SMS kepada saya dan AJK siapa hendak bersihkan?

Berkaitan dengan wang ehsan banjir, ingin kami nyatakan bahawa penduduk di Jalan Telawi memaklumkan kepada kami bahwa pihak LEKAS yang datang pada waktu pagi menjanjikan RM1000.00 tetapi pada petangnya mereka hadir dengan membayar RM500.00 setiap rumah yang terlibat dengan banjir.

Kami AJK serta peguam memaklumkan bahawa kami tidak terbabit dengan pembayaran wang ehsan banjir, jika rasa tertipu buat aduan.,itu sahaja. Dan sekiranya
ada fitnah kepada En. Wahid mengelapkan RM500 setiap mangsa, sila bertanya kepada penghuni di Jalan T9.

Tiada sebab AJK nak fitnah kepada En. Wahid. Tak puashati En. Wahid boleh buat saman fitnah.

Mendesak kami bersikap merendah diri serta menjaga hati pihak yang terbabit , semua itu kita dah buat, minit mesyuarat buktinya.

Apakah kita terus mengalah bila harta kita diceroboh, hak kita dirampas dan kita dizalimi.

Ketepikan saya, lihat kepada AJK, apakah sahabat pernah menjaga hati mereka yang bertugas tanpa mengira waktu dan mengeluarkan duit poket demi untuk taman.

Apakah mereka ini bukan manusia yang punya hati dan perasaan Cuba kita lihat ayat simbolik dalam SMS yang dihantar oleh Deris kepada penduduk, antara kata-kata beliau yang memperlekehkan taraf salah seorang AJK

“Torok btl la binatang sekor ni!. Dh la sorho xsedap,dh tu asyik memokak ajo kojo ey!. Jgn nak masuk ke surau tu plak. Nk mkn minum ko, nk tido barhing ko, nk terberak ko, cari la tompek lain! Buek mrh org ajo. Janggut jo pnjg mcm orang alim. tp perangai xsenonoh, xtahu malu! Sampaikn tolur dia pun dia tunjukan kek org! Phui!. Cuba kau tgk den nia kambing pakai mahkota mcm rajo pun, tp den xtunjuk tidur den kek org do! Marah si Ayam Jantan kpd kambing “

Beliau boleh nafikan tapi semua orang tahu maksudnya. Hina benar ke kami AJK hanya kerana mempertahankan rakan-rakan yang dizalimi.



REPOT POLIS

Saya menerima beberapa panggilan dari sahabat yang menasihat agar jangan membuat repot polis atau jangan layan provokasi pihak kedua.

Kepada sahabat saya maklumkan jika kami berdiam makin banyak fitnah yang ditabur. Di sini baru 5% SMS fitnah yang saya catitkan. Beratus lagi yang disimpan sebagai bukti busuknya hati pihak kedua.

Sebagai pengerusi saya bertanggungjawab mempertahan jawatankuasa saya selagi kami dilandasan yang benar. Bila majlis penerangan dibuat pihak kedua takut hadir mengapa? Berani kerana benar.

Untuk setakat ini, saluran kami untuk mempertahankan diri hanyalah dengan repot polis walaupun masih tiada tindakan yang diambil (Kita akan mengadu terus kepada Ketua Polis Negara). Biar ianya menjadi dokumen sejarah apa yang kami telah buat untuk dinilai anak cucu kami.

Kepada Wan Shamsudin, ingin kami ingatkan hari ini awak dalam kedudukan selesa, pecahkan persahabatan, perpaduan yang kami bina selama 12 tahun. Anda boleh jaja SMS MBNS anda boleh pergi berjumpa Pengarah JPNIN dengan menabur fitnah terhadap AJK dan mohon membubarkan KRT. Anda juga boleh arah Deris berjumpa peguam dan bertindak seolah-olah menggugut. Anda tak amanah Dokumen yang saya pinjamkan untuk anda membantu kami tetapi dijadikan alat untuk anda jaja dan burukan nama saya dan AJK.

Apa anda ingat saya bodoh ke? Ingat saya suka-suka gunakan logo KRT. Apa anda ingat saya buat kerja tanpa dokumen dan langgar undang-undang. Jika saya bodoh taklah saya hantar surat kepada ahli parlimen pembangkang dan salinan kepada ahli parlimen kerajaan. Fikirlah sikit jangan jadi macam orang yang daif dalam sistem pemerintahan demokarasi. Orang lain anda boleh perlekehkan tapi tidak pada saya.

Jangat ingat saya tak tahu siapa yang bermain politik. Ingat kata-kata anda di dalam surau bahawa anda tak campur semua kerana cukuplah segala kejahatan yang telah anda buat selama ini.

Kepada Cikgu Mat sahabat lama saya. Saya rasa tak perlu banyak saya komen, Cuma saya ingin nyatakan jika anda menyampah saya totok PAS saya juga menyampah dengan ketotokan UMNO anda. Jika untuk taman saya boleh ketepikan pendirian politik saya mengapa anda tidak boleh.

Saya bukan tidak tahu dalam AJK saya pun ramai ahli UMNO. Tidak pernah saya pertikaikan serta beza-bezakan fahaman politik mereka bila isu yang melibatkan kepentingan taman. Kalau tak percaya Tanya Aziz M1 ke atau Kak Bibah Ini perjuangan melepasi jangkauan politik.

Untuk Man Nasi Lemak satu saja pertanyaan saya. Selama ini bila kita minta edar flyer atau apa pun berkaitan taman awak beri berbagai alasan menolak. Tetapi bila borang Perihatin dalam hujan ribut pun anda buat. Maafkan saya jika saya silap, benarkah khabarnya anda ditawarkan imbuhan bagi edarkan borang Perihatin. Bagi saya mustahil kerana jual nasi lemak lagi banyak dapat. Mungkinkah marah kepada saya kerana teguran penglibatan anda dimajlis doa akhir dan awal tahun anjuran 7-11 dan tidak di surau. Ketepikanlah masalah peribadi.

Dan untuk kesekian kalinya Wan Samsudin, kita ni duduk dalam satu jalan M16, saya tidak ambil peduli samada awak sedang menunggu projek jutaan ringgit atau pun nak jaga hubungan dengan Tok Mat Menaja satu kumpulan dengan menyokong kehendak LEKAS mengganggu injuksi, awak telah menafikan hak dan kehendak hampir 2000 isirumah.

Kami tahu kami bukan golongan yang boleh berbuat seperti awak yang mencari sokongan seperti Marketing Man menjanjikan imbuhan, jawatan dan tidak lupa cubaan awak untuk memecahkan persahabatan saya dengan AJK.

Ingatlah doa orang yang dizalimi, walaupun En. Wahid memperlekehkan sembahyang hajat kami. Itu kami tak peduli. Kami yakin dengan perjuangan kami dilandasan yang benar. Di dunia kami mungkin kalah di akhirat akan kami tuntut.

PENUTUP

Sebenarnya banyak lagi ingin saya rungkaikan di atas segala permasalahan serta kerumitan yang timbul angkara permainan Wan Samsudin dan mengkambing hitam beberapa sahabat kita.. Saya boleh buat buku mengenainya. Tapi cukuplah di ruangan ini saya jawab dan sesiapa mahukan cerita lebih lanjut boleh jumpa saya. Saya akan tunjuk bukti pengkianatan yang dibuat oleh puak yang menggelar diri sebagai perihatin terhadap masalah penduduk tetapi sebenarnya pembohongan semata-mata.

SMS terbaru yang saya terima dari kumpulan Perihatin pada 16/04/2009

“Berita Baru.. Semua permintaan Pak ya mengenai lebuhraya telah ditolak secara resmi. Satu salinan surat telah di dihantar”
Saya telah pun menjawab kepada Perihatin iaitu saya merasa hairan dan ajaib belum pun saya mintak LEKAS dah tolak. Yang saya di khabarkan Zahari Black yang minta RM5000 dapat RM3000 dari LEKAS.

Ini gambaran bahawa pihak Perihatin masih terus menjalankan jarum mereka menghasut penduduk taman dan memecahbelahkan perpaduan taman kita. Ini jugalah yang diingini oleh LEKAS Saya telahpun buat repot polis dan saya serahkan kepada penduduk menilaikannya.

Walaupun kami dituduh menghasut penduduk menentang projek kerajaan tetapi hakikatnya kami sebenarnya perihatin membantu rakan yang dizalimi di dalam mempertahankan harta hak kita yang dirampas.

Kerana nak jaga hubungan dengan Tok Mat ,Wan Samsudin pecahkan perpaduan taman kita. Sampai bila ? Kita kena ingat jawatan Tok Mat sampai bila sebagai MBNS. Mungkin besok?, minggu depan?, tahun depan? akan berganti.

Wan Samsudin mungkin dapat habuan, kita yang tinggal bergaduh hingga ke anak cucu kita.

Oleh itu saya merayu dengan rendah hati marilah kita bersatu kembali dan sama-sama berjuang demi taman dan rakan-rakan kita yang dizalimi.

Dengan kesepakatan kita inilah yang merungsingkan LEKAS. Dan kekuatan inilah yang membawa kejayaan kita. Kita berpegang kepada janji ALLAH kamu buat keputusanya Aku (ALLAH) tentukan.

Maaf saya pinta jika tulisan ini ada hati yang terluka. Juga terima kasih kepada semua penduduk , AJK serta Dato’ Pengerusi yang selama ini memberikan sokongan dalam berbagai bentuk bagi meneruskan perjuangan ini. Tidak lupa kepada Dato’ Sahak yang banyak membantu.

Pintu rundingan dan perdamaian saya buka seluas-luasnya kepada semua untuk kita kembali kepada masa lampau yang penuh keharmonian dan kesepakatan dan berbangga dengan slogan kita


“PROUD TO BE MARGOSA HEIGHT”

Hubungi saya bagi mendapat cerita dan maklumat sebenar. Siapa Zahari Black ? rakan saya di Universiti Malaya, yang hubungi saya dan datang ke Farmasi mengajak saya berkomplot mendapat imbuhan melalui En. Khalid LEKAS akan saya catitkan di pertemuan lain.

Dan untuk semua saya mohon berdoalah kita bersama mengikut fahaman agama masing-masing agar 4hb. Mei kita menerima kunjungann cahaya kemenangan.

Terima kasih semua.

Saya dan AJK yang melaksanakan amanah anda

Zakaria bin Sheikh Othman
20hb April 2009
Taman Buki Margosa




2 comments:

Gorgom1 said...

"Berani Kerana Benar"..ujian buat mereka yang berada di landasan kebenaran..semoga segala usaha tuan & semua diberkati dan dipermudahi Allah..

Prihatin said...

Buat fitnah adalah berani bodoh