TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Tuesday, September 29, 2009

BAGAN PINANG 9- UMPAN PR DIMAKAN BN-jumpa dipadang mashyar

Ha, ha, ha,.....Umpan kita mengena, yang kita jolok pun gugur, BN menamakan Tok Isa sebagai calon

Jangan besok sapa yang tak mengundi beliau akan diajak bertemu di padang mashyar. Itu lah perangai UMNO memilih seorang perasuah sebagai calun.Kita memang menanti Tok Isa. Kita akan lambakkan perangai burok beliau sewaktu memerintah NS. Ingat berapa banyak Tanah NS yang digadaikan. Lawan tetap lawan

Friday, September 25, 2009

BAGAN PINANG - 8 - TEMA PRK- BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

Lama tak menulis kerana sibuk dengan sambutan raya dan kerja-kerja awal PRK.

Untuk masa terdekat ini kita tinggal banyak cerita berkaitan dengan ramadhan dan syawal. Kita akan tumpukan cerita berkaitan PRK Bagan Pinang. Semua cerita dan gambar berkaitan Ramadhan dan Syawal akan dipaparkan selepas PRK.

Kebetulan walapun PAS kawasan Seremban masih tergantung namun atas prinsip perjuangan ahli PAS kawasan tetap turun membantu kerja-kerja PRK BG. Saya dengan rasa berat hati dan blur menerima tanggungjawab mengetuai UPU Bradwall. Demi perjuangan dan menegakkan agama kita akan memberi sepenuh tenaga, masa dan wang ringgit membantu kejayaan PAS di PRK BG.

Jadi di hari yang mendatang sehingga hari mengundi 11hb Oktober kita akan membuat sorotan berkaitan UPU Ladang Bradwall. Yak lain nanti dulu lah

Di mesyuarat JOPRK kita telah dimaklum Tema PRK BG "

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT"

Kita akan bergerak terus memastikan kemenangan PAS. adios.....................


Friday, September 18, 2009

BAGAN PINANG -7 - JAHATNYA UMNO



UMNO yang sedang nazak masih lagi menikam belakang sesama mereka.

Sudah menjadi rahsia umum UMNO di Bagan Pinang terbahagi kepada dua , walaupun Ketua Pemuda melaungkan bahawa UMNO Telok Kemang sebulat suara mencalunkan Tok Isa sebagai calun tunggal yang di serahkan kepada UMNO Pusat.

Umum mengetahui Anak Emas Tok Isa iaitu Arwah Azman dan pengikutnya berpaling Tadah memberi sokongan kepada Tok Mat. Perpecahan ini memang perangai serta peranan Tok Mat serta abang beliau. Mereka berjaya melarikan penyokong Tok Isa untuk berpihak kepada mereka dengan duit dan projek.

Ketakutan Tok Mat jelas kelihatan sekira Tok Isa bertanding dan menang kedudukan beliau akan tergugat. Kemungkinan Najib akan kembalikan jawatan MBNS kepada Tok Isa.

Sampai ditelinga kita terdapat kempen memburuk Tok Isa dengan dakwaan Beliau telah bernikah dengan Ketua Puteri UMNO N.Sembilan iaitu Bibi Sharliza dengan tebus talak. Kita cuba untuk dapat maklumat kesahihan cerita dalam ramai kawan dalam UMNO cakap ianya cerita lama.
Kita tidaklah lah nak masuk campur kerana pendirian kita jelas diPermatang Pasir kita tidak pertikaikan kahwin dua. Yang kita pertikaikan mengapa tak mengaku dan tidak adil kepada isteri kedua.

Sama juga jika benar Tok Isa nikah tak menjadi kesalahan kerana dia duda. Tapi tebus talak tu mencurigakan kita. Ape- ape pun jika benar kita ucapkan selamat pengantin baru (tak terlewat agaknya).

Itulah UMNO dikalangan mereka sendiri sanggup tikam menikam.

Kita juga dikhabar calun ketiga yang jadi pilihan BN adalah seorang anak johor yang telah menetap lebih 20 tahun di Port Dickson. Betul ke.....?

Wednesday, September 16, 2009

BAGAN PINANG - 6

MAKLUMAN KEPADA AHLI PAS KAWASAN SEREMBAN

UPU BRADWALL YANG DIAMANAHKAN KEPADA PAS KAWASAN SEREMBAN PERLUKAN PETUGAS . HARAP AHLI YANG INGIN MEMBANTU DAPAT HUBUNGI URUSETIA DENGAN SEGERA DI 019 - 3334988. TERIMA KASIH



BlogItemURL>
Link

Tuesday, September 15, 2009

CHET DET DIHUJUNG USIA KAMU DIHINA- ITU JANJI ALLAH YANG PASTI

Dulu bila berkuasa memperlekeh sembahyang hajat yang di buat oleh ahli PAS. Kita tak akan lupa kata-kata beliau sewaktu kita berduka hilangan Arwah Ust. Fhadil Nor "Depa buat sembahyang hajat yang mati depa bukan kita"umno memang mudah lupa.

Sekarang lihat India dalam DAP ke India di dalam MIC yang kurang ajar. Memang kita juga terasa hati atas perlakuan dan sikap ahli MIC kepada kepada negarawan kita ini. Tapi kita juga amat kecewa dan sakit hati sewaktu Che Det berkuasa memperlekehkan agama islam . Kita boleh bariskan beratus-ratus tindakan dan kata-kata Che Det yang menghiris hati umat Islam. Dan ketika itu kita hanya mampu membuat sembahyang hajat dan mengadu kepada ALLAH agar diberikan petunjuk dan balasan kepada mereka yang celupar seperti Che Det .

Dan janji ALLAH itu pasti orang di hujung usia menghabiskan masa di masjid dan dimuliakan tetapi Che Det dihujung usia menerima satu persatu penghinaan. Ini baru didunia. Dan di akhirat esok sendiri mahu ingatlah.

BAGAN PINANG 5- CALUN UMNO- PASTI JUMPA D PADANG MAHSYAR


Allahyarham Azman Mohammad Nor

Tok Isa dan anaknya Najib bersama Ust. Kassim

HOI UMNO TENGAH KALUT.

PEPATAH KATA LETAK TOK ISA UMNO MENGELUPUR

TAK LETAK TOK ISA UMNO MAMPUS

Kini hanya nama Tok Isa atau anaknya menjadi wirid ahli UMNO di Bagan Pinang.

Nampak benar masalahnya bila Kul Malikul Sembab nak tiga nama di sokong pula oleh si penjual kereta dan si pembakar jambatan. Payah jadinya besok jika Tok Isa calunnya , habis semua yang tak undinya pasti dituntut di padang Mahsyar

Benarlah UMNO makin kurang stok simpanan pimpinan/calun. Ianya menuju keadaan yang sama seperti LDP Jepun...Arwah UMNO.....................kah kah kah mampus UMNO

Monday, September 14, 2009

BAGAN PINANG 4 -APA SALEHUDDIN PERLU TAHU

Petikan dari Aduka Taruna boleh baca disini.

Pernah menulis berkaitan dengan PAS Seremban, kini ditulis juga oleh AT. bloger yang belasah semua dan punya rating pelawat yang tinggi. Cuma dia pernah saya istihar salah seorang calun dalam undian yang beliau buat sendiri. Aduka oh Aduka inilah rintihan hati ahli PAS kawasan Seremban?

Memula tahniah kepada Salahuddin sebab dilantik Pengarah pilihanraya Bagan Pinang. Tahniah, tahniah gak beb. Berat tu tanggungjawab. Kalau gua dah serender awal2 dah. Tu pasal taraf gua blogger jer. Cikgu Pa kat Bukit Gantang alhamdulillah berjaya. Mahfuz kat Permatang Pasir alhamdulillah berjaya. Bagan Pinang lebih mencabar beb.

1.
Memula perlu lu tahu dan faham ialah kekuatan PAS N9 terletak di PAS Seremban. Dan PAS Seremban pula tahap paling jibauk sehingga kena gantung oleh pusat sehingga sekarang ni. Ntah bila nak selesai ntah. Kalau gua kawin dah dapat cucu dah. Jadi lu pempaham la kekuatan PAS N9 ni cane, kalau pusat kekuatan PAS N9 itu sendiri pun tahap jibauk. Kunci kepada jibauk ialah terlalu ramai pandir jenis veteran yang hilang akal terhadap kuasa. Ala2 PAS Ganu la nih. Dah nak mampos dan terbukti nothing dalam arena politik pun masih nak juga pegang title dan kuasa. Terus-terang gua story ialah Perhubungan PAS N9, Cikgu Hassan. Ntah dari zaman keliwon mana ntah dia pegang sampai skang ni masih degil walau tiada apa perubahan penambahbaikan terhadap PAS Seremban / N9. Old skool punya pemikiran. Ini perkara pertama yang Salahuddin perlu tahu. Jadi, bila lu bertugas, lu jangan follow sangat stendet dan kualiti Cikgu Hassan nih. Lu kena ikut stendet dan kualiti PAS Pusat. Kalau ikut level PAS N9, memang cam brengset.

2.
Calon. Bab calon gua tak kisah PJ skang ni ke atau calon sebelum ni. Tapi Rosli ex-PJ gua tak setuju. Sebab dia bisnesman sibuk kat Bangladesh. Gilo ko nak wakil rakyat Bagan Pinang? Paling gua mengamuk kalau ex- Ketua Ulama Ustaz Kassim Tahir. Tionaseng punya ulama. Kassim Tahir ialah ustaz tahap jumud dan low intelek. Gua tak tahu bagaimana dia nak hadapi interview dgn Malaysiakini atau MSK seandainya dia calon. "Apakah perancangan tuan untuk 5 tahun di Bagan Pinang?" "Errr....." Kompom garu kepala. Memang jenis bodoh tukil punya. Mari gua story satu kisah untuk lu dapatkan gambaran betapa celakanya otak ulama sekor nih. Ustaz Kassim dulu cikgu sekolah. Member gua punya meja sekolah ada balut dengan plastik. Tapi sebelah dalam plastik ada poster gambar motor kapcai cup prix. Ntah mana dalil, mana nas, si sohai ni boleh koyak meja member gua. Garang tak tentu hala. Kot gambar Pamela Anderson tu gua paham la. Itu satu punya contoh pemikiran ulama2 gampang dalam PAS N9. Kemudian, ulama stupid Kassim Tahir ini bekas pencacai Isa Samad ketika zaman Isa Samad MB. Isa MB, dan dia guru time tuh. Yang ostad lain pro PAS dah manjang kena tukar jer. Stendet la, semua orang ada buat silap. Tapi kalau PAS pilih ulama sekor ni as calon, kena pulak lawan Isa Samad, lu boleh bayangkan tak apa jadi? Macam2 perkara lama ungkit ma... Penyudahnya PAS jadi si bangang yang terkena tahi. Gua akan sambung lagi nanti. Gua berhenti memekak pasal PAS bila dah nak dekat kempen.

BAGAN PINANG 3- CALUN PAS

Jom kita mengundi calun pilihan kita. Mana tahu mungkin boleh membantu Pimpinan membuat pilihan agar strategi kita mengena sasaran di Dun yang punya lebih 5 ribu pengundi pos.

Apa-apa pun kita sebagai ahli PAS akan akur akan keputusan pimpinan. Siapa pun calun yang dipilih kita akan turun berhabisan membantu.

Cuma kita harap pimpinan kita jangan lupa mengambilkira pengundi atas pagar. Ia mungkin berlainan sedikit dengan suasana di Permatang Pasir. Mungkin kah pengundi di negeri Adat Perpatih ini masih dibelengu dengan fikiran hanya UMNO yang mampu mentadbir NS. Lebih lagi bila kita lihat otak bengap Dato' Rais Yatim cakap berubah-ubah atas pengaruh duniawi dan isteri si Datin Maznah dengan jambulnya.

Untuk Petugas PAS dari Kawasan Seremban kita telah diarah bertugas di UPU Ladang Brandwall dengan bantuan Petugas dari Selangor dan Sabah. Segala maklumat boleh hubungi Ustaz Kassim.

Lupakan sebentar masalah kita turun ramai-ramai bagi memikat 468 pengundi disitu.

Friday, September 11, 2009

BAGAN PINANG 2 - KALAU RASMIKAN REBAN AYAM PUN WAKIL RAKYAT UBN AKAN HADIR


Ini cerita bekas majikan ku. Walaupun sudah pergi mengadap Ilahi masih di perkatakan. Dari seorang yang merupakan penyokong totok Tok Isa beralih kepada menyokong Tok Mat. Biasalah Tok Mat menjaga penyokong dengan duit.

Kaedah menjaga sokongan akar umbi antara Tok Mat dan Tok Isa yakni UMNO semuanya dengan duit, projek dan sebagainya. Yang membezakan cara dan jumlahnya.

Tok Isa memberi projek untuk di uruskan oleh penyokongnya tetapi Tok Mat bagi tunai. Sejak tiada lagi memegang jawatan MB, ramai penyokong Tok Isa dalam kelemasan . Sumber kewangan baru tiada dan simpan berkurangan dan banyak harta-harta dicair untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Tok Mat bila mengambil alih jawatan MBNS bagi memastikan mendapat sokongan telah menggunakan wang menarik sokongan dari penyokong Tok Isa. Dan Arwah Azman adalah salah seorang yang menjadi mangsa permainan politik. Beliau telah tersepit ditengah-tengah antara mengekalkan sokongan pada Tok Isa yang tidak berkuasa dengan Tok Mat yang sedang berkuasa. Dikhabarkan yang terbaru Tok Mat bagi memastikan Azman memberikan sokongan telah membiayai kos pembedahan jantung serta pemberian beberapa projek. Ini dilakukan dalam pengetahuan Azman menghadapi masalah kekurangan wang bagi mengurus Dun Bagan Pinang.

Dizaman Tok Mat yang mengawal semua peruntukan kewangan sehingga tersebar berita di mana ADUN BN jika dipanggil untuk rasmikan reban ayam pun sanggup hadir bagi memastikan mendapat tuntutan elaun kehadiran. Dengan elaun ini dapat menambahkan pendapatan bagi uruskan DUN dan perbelanjaan peribadi.

Semua penyokong UMNO menghadapi kesukaran untuk memdapatkan bantuan kewangan dari wakil-wakil rakyat UMNO akibat kengkangan ini.

Disamping itu Tok Mat bagi memastikan sokongan akan pastikan mereka yang dibantu tidak ada kelayakan untuk menikam beliau dari belakang. Ini dapat dilihat di DUN Ampangan dilantiknya Mad Nor Awang yang punya wang tapi kosong ilmu


Wednesday, September 9, 2009

BAGAN PINANG 1 - BENARKAH YB AZMAN MAD NOR DISERANG SELSEMA BABI


Sedih juga adanya bila membaca berita bahawa Arwah Azman bekas majikan ku yang pergi tak kembali tinggal di rumah sewa. Sedangkan sewaktu berkhidmat dengan beliau tempohari beliau seorang jutawan. Sewaktu itu juga saya biasa di minta uruskan simpanan tetap di bank.

Dimana segala harta yang dikumpul sewaktu Tok Isa menjadi MBNS. Beliau merupakan orang kepercayaan Tok Isa yang menerima banyak imbuhan.

Dimanakah pergi hartanah beliau miliki yang disewa kepada Pasaraya Gold Lama sebayak RM30,000 sebulan. ?

Sudah tutup ke operasi pasir lombong milik beliau?

Sudah habis ke pendapatan beliau dari pembangunan tanah oleh Kemang Indah di atas tanah rizab melayu tepi pantai yang ditukar kepada tanah pegangan bebas di Mukim Rompin. Banyak lagi imbuhan yang di terima di zaman Tok Isa menjadi MBNS dan beliau Ketua Pemuda UMNO Telok Kemang.

Semuanya bermain di benak. Yang terbaru heboh beliau sebenarnya di serang selsema babi. Betul ke? Yang kita dengar sekejap sakit jantung sekejap di darah dijangkitan kuman. Mana yang betul dah...................

Sunday, September 6, 2009

MONOLOG- RAMADHAN DAN BAGAN PINANG


Lama tak update, Ingatkan rehat di bulan ramadhan. Tapi PRK Bagan Pinang melonjakan keinginan untuk berkongsi cerita. Lebih-lebih lagi saya pernah bermajikan bekas Adun Bagan Pinang dan pernah membantu kerja-kerja sewaktu Tok Isa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Hari ini heboh di dalam akhbar diperkatakan bahawa Tok Isa akan bertanding semula atas permintaan AJK bahagian di PRK ini. Tak tahunlah jika IMalaysia ape pun boleh jadi tetapi logik UMNO cuba untuk menarik kembali pengaruh Tok Isa yang merupakan kawasan tradisi beliau sebelum bertanding di Parlimen Jempol.

Tapi jika di tanya kepada saya bukan Tok Isa tetapi anak beliau Najib ,Ajk Pemuda UMNO Teluk Kemang yang akan bertanding selaku calun BN. Apa-apa pun kita tunggu pengumuman. Mungkin esok akan terpacul semula ayat " Saya akan tuntut di padang Mashar. Sama-sama kita tunggu

Tahun ini awal-awal lagi Allah anugerahkan ramadhan yang amat indah sekali bila menerma beberapa berita kemenangan bermula dengan kemenangan di PRK Permatang Pasir, penyelesaian masalah Pasar Ramadhan bila UMNO mengacau, dan yang terbaru percubaan pihak LEKAS membatalkan Saman Penduduk Margosa ditolak dan akan diputuskan dalam perbicaraan terbuka pada 29hb September ini.

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari PRK Permatang Pasir kami berangan-angan terjadilah satu lagi PRK di N. Sembilan pulak. Dan saya bercadang menulis berkaitan " Bersediakah PAS NS Menerima kunjungan sahabat dari seluruh negara yang datang membantu jentera jika berlaku PRK di NS terutama di Dun Lenggeng. Tak Sempat ... tiba -tiba menerima panggilan telefon memaklumkan bekas majikan saya Adun Bagan Pinang pergi tak kembali.

Ianya akan jadi menarik dalam keadaan UMNO NS bepecah 3 kumpulan. Bagan Pinang akan jadi tumpuan pemerhati politik.

Walaupun para juak Tok Isa mula berkempen antaranya menjaja jika Tok Isa atau anaknya pihak PR tak payah bertandinglah. Nak lawan undi Pos pun tak mampu.

Sesungguhya mereka ini masih lagi merasakan bahawa perjuangan UMNO itu sama macam PAS. Dia lupa PAS badan Politik dan Dakwah. Inilah menteliti orang UMNO dari dahulu hingga sekarang. UMNO tu Bodoh Dulu, Kini dan Selamanya.

Dulu pun sebelum PRU 12 UMNO dakwa tak akan kalah. Dan ada orang dari Parti Semangat 46 lari masuk UMNO dengan dakwaan tak mampu nak kalah UMNO yang amat berkuasa ini. Sesunguhnya mereka lupa kepada janji Allah.

Berjumpa lagi di artikel Bagan Pinang nanti..................



Friday, September 4, 2009

BEKAS MAJIKAN LAMA KU- ADUN BAGAN PINANG PERGI TAK KEMBALI

ALFATIHAH UNTUK BEKAS MAJIKAN KU. BERSEMADILAH DENGAN TENANG. ALLAH JADIKAN KAWASAN BELIAU SEBAGAI UJIAN UNTUK PAS NS. PERKEMBANGAN TERBARU AKAN DI MAKLUMKAN

PETIKAN DARI MALAYSIAKINI