TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, August 10, 2009

HILANG - DIMANAKAH SAHABAT SAYA


Sahabat saya Sdr. Zulkarnain yang sekarang telah ada jawatan Ketua Pemuda PAS kini hilang entah kemana. Kena culik ke beliau. Kali terakhir terpandang beliau di Masjid Undang Luak Sg. Ujung sembahyang jumaat 3 minggu yang lepas.

Mungkin dah ada jawatan tak boleh berkawan dengan ahli biasa. Selama ini sering bergurau dan sama-sama ke PRK . Terasa rindu juga.

Mungkin marah pada saya kerana mengusik MK dan HR. Kali terakhir berdiskusi saya menghujahkan kini beliau Ketua Pemuda Seremban seharusnya dia tidak boleh bersikap menyebelahi mana-nama pihak lebih-lebih lagi dalam suasana PAS kawasan Seremban masih tergantung. Dia seharusnya kena tegas.

Selama ini beliau ke hulu dan ke hilir mewiridkan tentang keperluan berwala'. Hari ini beliau kena akur dan praktikan apa yang beliau selalu dilaungankan. Hari ini PJ telah dilantik oleh pimpinan pusat dan diarahkan semua ahli memberikan wala'

Jadi kini beliau kena akur dan memberikan wala'nya. Kalau tidak bagaimana ahli pemuda di Seremban nak berwala' kepada beliau kerana beliau sendiri tidak akur untuk memberikan wala' kepada PJ yang telah mendapat restu dari PAS Pusat.

Bab ini kita harapkan Pimpinan Pemuda PAS NS kena perjelaskan kepada beliau. perjuangan Islam itu lagi penting dan beliau mempunyai amanah yang besar yang akan dipersoalkan di akhirat esok. Kalau tidak Pemuda PAS Seremban akan terus lesu dan malap seperti sebelumnya. Orang UBN menanti sahaja mencari kesilapan kita.

Saya juga pernah jelaskan kepada beliau walaupun dalam PAS bukan jawatan yang kita kejarkan tetapi dalam berorganisasi sekira ditakdir DUN Ampangan kembali semula kepada PAS dia satu-satunya calun yang jadi pilihan utama dahulu atas dasar jawatan yang ada pada beliau kerana PAS Seremban masih digantung. Oleh dia mesti bebas dan tidak berpihak dengan mana-mana puak.

Untuk sahabat yang mengenali beliau kenalah bantu kerana masih muda dalam perjuangan.

Untuk sahabat ku Zul mungkinkah kita akan bersama kembali membantu jentera PAS NS ke PRK Permatang Pasir , Abng Mat Lui dan Bang Lan tengah bersemangat untuk merasa kempen dibulan puasa. Tidak lupa walaupun agak terlambat saya serta rakan di farmasi ucapkan tahniah kerana terpilih selaku Ketua Pemuda PAS Seremban dan dah jadi pimpinan nie walaupun belum boleh berhenti merokok , nak hisap kena sorok bro.