TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Thursday, August 20, 2009

TOPENG MUKA - BUKAN KAWALAN HARGA TETAPI DI BERI PERCUMA SESUAI DENGAN SLOGON 1MALAYSIA RAKYAT DIUTAMAKAN


Inilah masalahnya bila kuasa berada tangan mereka yang haprak. UBN haprak kita telah maklumkan diwaktu awal serangan selsema babi. Patutnya diterima saranan awal oleh PR kawalan di pintu masuk negara. Sekarang apa jadi pembawanya berkeliaran di seluruh negara. Itu masih anggap di tahap tak bahaya. Yang menjadi mangsa topeng muka.

Kawalan harga topeng dah terlewat dan tak munasabah. Dah lama pengedar buat duit. Manakala peruncit perlu jual secara runcit baru dapat untung yang banyak.

Sebelum selsema babi menyerang topeng muka 3 lapisan dijual pada harga RM1.00 dan tiada yang merungut. Sebelum ini harga impot dari negeri cina adalah RM5.00 untuk sekotak (50 helai setiap kotak). Yakni 10 sen sehelai. Pengimpot jual kepada pemborong RM12 sekotak. Kalau pengimpot itu juga pemborong dan pengedar maka ianya jauh lebih murah lagi. Kalau ianya dimpot sendiri oleh kerajaan lagi lah murah.

Sebelum dilanda selsema babi seseorang peniaga seperti farmasi hendak jual sekotak kadang-kadang mengambil masa 6 bulan. Malah ada pekedai terpaksa membuang sahaja apabila stok terlalu lama disimpan sehingga bertukar warna. Jadi bila serangan selsema babi makin meningkat dan arahan keperluan memakai dikeluarkan kepada sekolah maka permintaan meningkat dengan mendadak dan penjual mengambil peluang membuat untung segera.

Ketika itu di pasaran kekurangan topeng muka dirasai dan di mana pengedar kehabisan stok dan syarikat pengedar terpaksa meminjam dengan syarikat luar negara seperti dari Singapura. Bekalan di pasaran adalah stok lama. Kedengaran ada pengedar yang terlibat dengan kehilangan stok yang di hijack di dalam perjalanan untuk diserahkan kepada peruncit yang membuat tempahan.

Dikala itu dengan permintaan yang mendadak harga borong mula meningkat dan peruncit terpaksa membayar tunai jika mahukan stok. Disini lah mulanya harga runcit melambung naik sehingga dikhabar sehelai yang biasa RM0.50 ke RM1.00 kepada RM1.50 hingga RM5.00. Ianya di Seremban mungkin juga di negeri lain stok jenis bertali yang mudah digunakan oleh wanita islam yang bertudung langsung tiada dipasaran menyebabkan jika harga sehelai RM3.00 mahupun RM5.oo tetap dibeli kerana kesedaran rakyat demi kesihatan mereka sanggup berbelanja.

Semuanya terjadi kerana kelewatan kerajaan memberikan saranan awal untuk berjaga-jaga kepada rakyat . Arahan yang tiba-tiba bila angka kematian makin meningkat menyebabkan pihak kapitalis cuba membuat untung segera.

Kawalan harga serta tindakan penguatkuasaan kepada harga topeng buat masa tidak akan mampu mengawal tindakan kapitalis ini. Ini kerana bekalan topeng dipasaran memang tiada kerana stok yang berlegar dipasaran adalah stok yang dikilang 6 bulan dahulu.

Bila pakar dan kerajaan menyatakan serangan selsema kali kedua bakal melanda pada oktober nanti menyebabkan pihak pengedar dan penjual akan menyorokan dan tidak mahu menjual kerana permintaan yang bakal meningkat nanti pasti memberikan untung yang lumayan.

Hanya pengimpot, pengedar dan pekilang sahaja yang tahu bila bekalan baru akan berada dipasaran yang kita jangka 2 atau 3 bulan lagi.

Jadi kawalan harga bukan kaedah terbaik kerana ianya akan berlaku panic dipasaran. Kaedah terbaik kerajaan sendiri mengawal pasaran bekalan topeng. Ianya adalah nilai yang amat kecil jika kerajaan membekalkan percuma kepada rakyat. Cukup kalau tidak kepada semua tetapi kepada hospital serta pelajar sekolah yang akan membuatkan keseimbangan permintaan dipasaran seterusnya harga pasaran di stabilkan .

Semuanya boleh jika kerajaan mempunyai keazaman politik (political will ) yang tinggi bila mana 1 Malaysia rakyat didahulukan bukan 1 Malaysia Koperat didahulukan.