TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, March 15, 2010

ZULKIFLI NORDIN- TAK MUSTAHIL SELEPAS INI ........................


Mengikuti perkembangan YB Zul dari jauh menimbulkan kecelaruan. Awalnya amat berbangga dengan pendirianya berkaitan islam. Sewaktu mengulas peristiwa beliau menyebu masuk dewan persidangan anjuran NGO dulu beliau dengan yakin ISLAM AGAMA SAYA LEBIH PENTING DARI PARTI.

Ramailah mereka yang tepegun malah adalah juga ahli UMNO yang kagum dengan pendirian beliau.

Kemudian bila beliau muncul di akhbar dan TV3 dulu kita masih menaruh keyakinan beliau masih didalam landasan perjuangan islam. Lebih lagi bila mendengar keset ceramah lama beliau selepas digugurkan sebagai Timbalam Pesurujaya PAS Wilayah secara berselorah beliau nak tubuhkan Kelab Bekas-bekas Pesurujaya PAS dan ketiadaan jawatan ini membolehkan beliau masuk memberikan ceramah berkaitan murtad kepada pendengar yang lebih besar anjuran jabatan kerajaan, umno dan NGO yang berat arah kepada UBN.

Kita masih lagi menaruh harapan kepada beliau bila mana membaca tulisan dari blog seperti di sini, sini dan sini. Kita juga masih tidak bersangka buruk terhadap beliau apabila mengeji Wan Azizah serta Anwar.

Tetapi bila dia membuat lapuran Polis terhada MP Shah Alam dan paling memilukan bila dia menarik diri sebagai peguam Anwar dalam kes Qasaf. Baru kita lihat temberang sebenar beliau.. Ada rupanya kebenaran atas tuduhan masyarakat bahawa terdapat perjanjian sulit bila bekas calun BN yang menarik balik petisyen piliharaya keatas kerusi parlimen beliau. Dan baru kita lihat belang sebenar beliau.

Dimana pendirian beliau islam itu lebih penting dari parti?. Beliau telah jadi lama menjadi peguam Anwar. Dan beliau tahu dari A hingga Z kes ini . Ianya lambang kejahatan UBN. Melangar semua hukum islam dan undang-undang negara.

Dengan perkembangan sekarang kita tidak terperanjat jika beliau mengeluarkan kenyataan memang benar Anwar liwat Saiful selepas ini.

Atas alasan itu mulai hari sama seperti kidefella kita akan padamkan capai blog beliau melaui laman ini.

Untuk YB Zul berbahagialah dengan pendirian bebas dan flip flop anda. Jika benar bagai dikata tunggulah balasan dari Allah. Allah tidak pernah mungkir janji , lepas dikebumi, bila mata dibuka kita akan berhadapan dinding tanah liang lahat dan ketika itu kebenaran akan muncul. Tapi pastinya telah terlewat.