Saya menerima banyak sms serta email yang bertanya berkaitan dengan sambungan Debat SMS yang merupakan tulisan pertama saya di tahun 2008. Untuk makluman mereka yang bertanya sebenarnya banyak debat SMS dengan rakan dan kenalan UMNO tetapi malangnya telefon saya rosak diserang virus dan sms yang disimpan dalam my folder hilang bila saya hantar untuk dibaiki. Namun saya akan cuba untuk mendapatkan simpanan sms yang saya hantar ke laktop jika masih ade lagi kerana komputer saya juga turut diserang virus.
Saya perturunkan semula debat sms yang saya tulis sebelum ini.
Assalamualaikum semuaBenarlah menjadi penulis siber memerlukan komitmen serta keazaman yang tinggi juga kekuatan mental dalam menguruskan masa. Selama ini penulis kerap merungut bila mendapati kelewatan blogger membuat update.Satu tabik untuk blogger yang bertahan sejak zaman awal reformasi.
Sedang mengadap laktop saya di kejutkan dengan SMS dari Dato’ Sahak Ismail Ketua UMNO Bahagian Seremban yang memaklumkan nombor telefon bimbit beliau yang baru.Saya tersenyum sendiri bila mengenangkan sebelum ini ramai rakan yang curiga ke atas saya apabila mengetahui saya berurusan dengan Ketua UMNO ini.
Nanti saya ulas berkaitan isu ini DEBAT MELALUI SMS DENGAN RAKAN-RAKAN AHLI UMNOSMS Dato. Sahak ini memberi idea untuk saya menulis berkaitan dengan debat saya bersama rakan UMNO yang saya fikir kita dapat menilai kefahaman dan tahap serta daya fikir ahli dan pemimpin UMNO .
Diperingkat awal penglibatan saya di dalam PAS bila menamatkan pengajian saya berhadapan dengan ahli UMNO yang totok di kampong saya Kampung Bukit Temiang. Saya yang baru menamatkan pengajian ketika itu telah diamanahkan menjadi Pengerusi Belia 4B Kg Bkt Temiang dan Setiausaha Surau .Pada peringkat awal perjalanan kerja persatuan berjalan lancar sehinggalah apabila pemimpin kampong mengetahui saya ahli seumur hidup PAS.
Saya mula diganggu dengan berbagai cara. Almaklumlah saya seorang saje ahli PAS yang lain masih dengan ketotokan fahaman UMNOnya terutama apabila Ketua UMNO cawangan Kg Bukit Temiang diambil alih oleh Dr. Rahiman Dawood.(Pemilik Rayal Aldalpi)Kemudiannya ahli PAS bertambah seorang lagi bila saya menikahi isteri saya yang merupakan anak kepada bekas Ketua Wanita Cawangan Bukit Temiang( Ianya satu kejayaan yang besar bagi saya kerana berjaya mengPASkan anak orang UMNO dan meredakan serangan ke atas PAS)
Sokongan ke atas saya bertambah apabil Semangat 46 ditubuhkan di kampong saya dimana sepupu saya sendiri Hamid bin Tambi Ali selaku Ketua Cawangan serta Ketua Bahagian Semangat 46 Bahagian Seremban(Disini kegagalan besar dan menguris hati saya apabila sepupu saya yang mempunyai kefahaman islam yang agak baik bila Partai Semangat 46 dibubarkan beliau tidak menyertai PAS tetapi kembali kepada UMNO dan kini memegang jawatan sebagai Imam Satu Surau dan Ketua Penerangan UMNO Cawangan, Saya berdoa beliau selepas PRU 12 ini menyertai PAS cawangan yang telah di tubuh )
Pada ketika itu itu saya hanya mampu berlawan dengan UMNO dengan melanggan 10 naskah Harakah (yang nilainya 60 sen senaskah) setiap keluaran dan dihantar kepintu rumah ahli UMNO yang saya kenali pasti secara sorok-sorok diwaktu malam. Gerakan ini diberhentikan apabila saya kenal pasti ahli UMNO tersebut mula membeli sendiri akhbar harakah.
Bila ledakan IT dengan muncul nya penggunaan SMS saya mula menyampaikan mesej PAS melalui nya kepada rakan UMNO. Hujah di debat SMS ini amat efektif walaupun saya berhadapan dengan berbagai isu yang diperbincangkan serta ditimbulkan dari ramai rakan UMNO .Ianya lebih hebat lagi bila UMNO menang besar di PRU 11.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini gambaran nya ialah ahli UMNO sebenarnya amat mempercayai maklumat dari media yang dikuasai oleh BN serta tidak mempunyai pengetahuan(atau sengaja tidak ingin ambil tahu) Selain amat mempercayai maklumat dari ketua mereka. Mereka kadang-kadang tidak sedar di tipu oleh pemimpin mereka.
Selepas PRU 12 ramai rakan UMNO mula tidak membalas SMS saya kesan kejutan dari tsunami politik yang melanda Negara.Dibawah saya perturunkan beberapa debat saya dengan rakan UMNO untuk renungan pembaca.
Dua SMS awal oleh penulis kepada rakan- rakan/kenalan UMNO
1) Untuk rakan UMNO lanskap politik berubah.Kita yang mempunyai sedikit ilmu ini tak kan nak lihat saje.Jom kita menyertai BA untuk membawa perubahan di tempat kita
2) Lanskap Politik berubah. Kini hamper 53 cawangan UMNO di NS yang menunggu untuk dibubarkan menjadi cawangan PAS atau Keadilan. UMNO terbukti khianati melayu dan terang-terang menolak islam,Jom kita berubah demi maruah dan agama .
Jawapan SMS dari rakan/kenalan UMNO
a) Ismail setiausaha PESAKA NS
Maaf aku tak sanggup Lim Kit Siang atau Karpal Sing jadi PM Negara tercinta nie. Anwar dan Haji Hadi jadi boneka je. Maaf ye saudara seislam ku.
b) Dato Jamlus (Ketua Pemuda UMNO NS dan bekas EXCO NS)
Hidup mesti ada pendirian jangan jadi macam lalang dan jangan pura-pura. Saya berjaya dalam hidup kerana izin Allah dan Kerajaan BN. Yang lemah perlu di perkuatkan dan yang salah perlu di betulkan. Saya save sms saudara untuk rujukan. Maaf & TQ (Debat akan di sambung dalam bahagian lain)
c) Wahid Naton (Iman Surau Taman Bukit Margosa)
Ahli politik je kata di tipu. Ahli Ulamak bukan di kalangan politik. Tak katapun ditipu.bila kita taksub pada sesuatu orang buat baik pun tak baik.Pasal dia tak suka.kalau dia suka burukpun perangai orang tu tetap baik.itu ragam manusia tuan betuk tak.
d) Pengerusi Taman Telawi
Tolong jangan sampai saya buat lapuran polis
e) Zaki (ahli umno Jiboi )
Tuan teruskan dengan PAS. Saya akan terus dengan UMNO. Mungkin satua hari nanti kita aka bersama dalam satu komponen.
f) Qarizah (ahli UMNO yang disebut antara calun BN DUN Ampangan)
Darah yangmengalir dalam diri in adalah hasil perjuangan UMNO. InsyaAllah terus tetap dan kekal perjuangkan Survival Melayu dan Ketuanan Melayu. TQ
g) Abang Rahim ( Ahli Dewan Pendekar PESAKA NS)
Lantaklah? Yang paling penting pas bersekutu dengan DAP?Jangan sebab nak jadi pembangkang Negara terkangkang?? Jangan P.Pinang jadi Singapura??Ape-apen pun PAS tak mampujadi yang terbaik. PAS bukan pembawa islam yang sjati. Tolong jangan bagi masej yang boleh ganggu saya.(akan disambung)
Di lembaran lain saya akan cuba menyambung menulis debat di atas untuk renungan kita. Sementara itu saya masih menanti balasan SMS dari beberapa ahli UMNO terutamanya dari Saudara Ramzani yang merupakan orang kuat UMNO Jiboi serta Saudara Raden Mokhtar rakan UMO ahli parlimen Macang. Dengar khabar dah Jadi Dato" Raden dengan jawatan Setiausaha UMNO bahagian Pucong dan menerima gaji dari SYABAS.