TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Saturday, October 17, 2009

PRK BP - JANGAN LUPA KITA TEWAS DI PERANG UHUD - 2

Yb Dr Zul, Terselah kehebatan pengurusan beliau. Tapi malang orang Bagan Pinang masih berkarat UMNO nya

Menyambung berkaitan PRK BP saya melihat banyak perkara yang berlaku yang perlu kita selesaikan sebelum kita berangan-angan menawan NS di PRU ke 13.Saya adakalanya kertawa bila membaca blog yang mendakwa PAS boleh menang di BP.

Banyak blog menulis serta menganalisa kekalahan PAS di PRK BG. Nama selaku yang bertugas sebagai Ketua UPU Ladang Bradwall penulis lebih suka melihat kelemahan dalaman yang patut dibaiki jika ingin mencapai kemenangan.

Kita semua tahu memang UBN nie jahat dan terdesak untuk menang sanggup melakukan ape sahaja malahan tuntutan agama juga di langgar tanpa rasa takut. Kita boleh senaraikan berpuloh perkara yang dilakukan oleh UBN dimana-mana pilihanraya. Bila kita membantah jadilah umpama anjing yang menjalak bukit atau umpama mencurah air di daun keladi.

Banyak sebab kekakalahan PAS antaranya calun, politik wang, ugut, penipuan, manupulasi daftar pengundi dengan pengundi yang boleh mengundi 2 kali, undi pos, beli ic dan banyak lagi. Kita juga sebenarnya lupa dalam keadaan ekonomi yang malap bagi pengundi india keperluan menyambut Depavali mendesak mereka mengalih undi dengan sedikit imbuhan.

Kita juga lupa di negeri adat pepatih ini, karat UMNOnya masih tebal. Cuba tanya dengan Mat Sabu. Kita ketepikan dahulu sebab di atas, mari kita cuba lihat kelemahan dalaman yang boleh kita baiki bagi menjana kemenangan di masa hadapan.

Umumnya mengetahui di BP PAS hanya ada 7 cawangan denga 4 sahaja yang aktif dan keahlian cuma 100 orang. Dan perlu menguruskan 8 UPU. Diperingkat awal lagi setiap petugas dimaklumkan kesukaran untuk kita menawan BP. Ini ditambah dengan calun Tok Isa yang mempuyai ramai keluarga disini. Mereka ini d PRU 12 adalah yang memberikan undi kepada PAS atau tidak mengundi sebagai protes kepada UMNO bila Tok Isa tidak dicalunkan sama seperti UMNO kalah di UPU Pantai dalam Dun Lenggeng bila Tok Sahak tidak dicalunkan.

Kita harus menginsafi akan kelemahan ini tambahan pula telah banyak PRK yang mana PAS NS menghantar kontigen tetapi ruang lingkup kerja hanyalah sebagai meramaikan atau hanya sebagai pengedar risalah atau meramaikan petugas di bangsal panas sahaja. Ini mengakibatkan bila berlaku di negeri sendiri pengurusanya kelangkabut .Pihak PAS negeri dan Pusat harus melihat ini sebagai faktor yang perlu dibaiki di masa hadapan

LADANG BRADWALL


YB Ravi banyak membantu

Sebagai pengganti disaat akhir sebagai Ket
ua UPU saya juga melakukan kesilapan serta banyak perkara terlepas pandang. Di peringkat awalnya saya ditugaskan bersama Pas K.Pilah menyelaras kerja-kerja awal di 4 ladang untuk mendapatkan kebenaran mendirikan Pos serta mencari petugas PR dikalangan anak tempatan.

Bersama YB Ravi , Tangam serta lain
petugas PR bergerak bersama walaupun kelulusan belum di terima dari pengurusan Ladang.
Rempuh pertama di Ladang Artethon menghasilkan pembukaan pertama Pos di dalam LadangPenolong Pengurus Ladang Bradwall. Pengurusnya Jamaari tak hadir bila polis dan SPR hadir bila kita mengadu dan mempertahankan Pos yang telah kita dirikan

Selepas pengistiharan calun PR memulakan gerakkerja dengan merempuh masuk Ladang Arterthon(Ladang Salak ). Dengan bantuan penduduk tempatan Sdr. Ramesh dan YB Ravi kita berjaya mendirikan POS di dalam Ladang Arterthon. Bagi Ladang Siliau dan Bradwall kita dinafikan untuk membuka Pos oleh pengurusan ladang walaupun bermacam surat telah kita hantar. Memandang masa berkempen yang pendek , Sdr Rosli dari PAS Kuala Pilah dan rakan lain mengambil keputusan tidak perlu tunggu surat kita bina terus Pos kita. Dan saya ditugaskan mendapatkan khemah. Berbagai ugutan dan desakan dari pihak pengurusan ladang berkaitan Pos kita. Namun ketegasan Sdr. Rosli kita terus kekal dengan Pos kita di Pekan Siliau.

Memandang ladang Bradwall masih belum me
ndapat kebenaran membina pos keputusan dibuat Pos Siliau dijadikan tapak utama dengan progrem besar dengan mengakut pengundi dari ladang Bradwall keluar ke progrem yang sudah di atur.

Namun dihari penamaan calun dan menggunakan tektik yang digunakan oleh Sdr. Rosli kita merempuh masuk ke dalam Ladang Bradwall dan dengan bantuan YB Ravi kita mendirikan Pos di dalam ladang yang dikira kejayaan awal kita.Dan dengan bantuan Kontigen Selangor kita akhirnya dapat membina dua Pos dan pihak pengurusan terpaksa akur dan mengenakan bayaran sebanyak RM350. Kenyataan bahawa Pas Kota Raja mereka membodek Pengurus Ladang Bradwall disini tak benar

UPU Bradwall yang paling akhir dapat membina POS akhirnya berjaya bukan satu tapi dua dimana Pos 1 dikawal oleh Pas dan Keadilan Seremban untuk pengundi yang diluar ladang dan Pos 2 diuruskan oleh Pas Selangor untuk pengundi dalam ladang.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bah
awa apabila kita kekurangan tenaga tempatan Jawatankuasa Operasi menggerakan bantuan dari Negeri-negeri dan kawasan dengan konsep "From Top to Bottom" dimana UPU meneruskan segala aktiviti yang dirancang dan J/kuas Operasi menguruskan progrem besar yang diturunkan ke UPU dan pihak UPU menceriakan sahaja. Begitu juga dengan kain rentang, bahan kempen dan segalanya disediakan oleh J/kuasa Operasi dan tugas UPU hanya mengedar dan memasangnya. Malah stapler, paku pun disediakan oleh J/kuasa operasi.

Kalau begitu mengapa kita masih kalah lagi ? Soalan itu juga saya lontarkan kepada Sdr Zaidi serta sahabat dari Selangor sewaktu mengiringi saya membawa Borang 14 ke Markas Induk.

Di Bradwall kontigen Selangor membuat kawalan "One to One" kepada hampir 70 pengundi. Pas Seremban dan Keadilan Seremban juga melakukan termasuk kepada pengundi yang tinggal diluar DUN. Persoalan ini bermain dikepala sehingga kehari ini. Sebagai ketua UPU saya sendiri terkelu lidah untuk menjawabnya. Banyak faktor sebenarnya . Antara yang dilihat ialah masalah dalaman kita.

1) CALUN
Sdr Zul selepas pengistiharan sebagai calun

Haji Ramli calun yang diminta oleh pengundi ladang

Ust Kasim Tahir antara calun-calunya

Dr Rosli

Kita kehilangan undi sejak awal lagi bila
mana nama PJ Ns di sahkan sebagai calun. Cakap-cakap yang berupa doa dari ahli Pas kawasan Seremban yang tidak sebulu dengan beliau berkumandang di Seremban. Antara hujah mereka Lenggeng sendiri tak dapat dijaga inikan tempat Tok Isa.

Pada peringkat awal saya pernah maklumkan dengan PJ Ns jika di arahkan oleh pimpinan beliau perlu akur untuk bertanding di BP. Tetapi dihari-hari sebelum pengistihar calun ,kami di ladang mendapat signal bahawa pengundi india dan Cina lebih mengenali Hj Ramli dan berharap Hj Ramli bekas calun di pilih kerana beliau telah banyak membuat kerja-kerja follow-up selepas PRU 12 dan amat di senangi oleh pengundi ladang.

Perkara telah disuarakan kepada pimpinan tetapi ditolak katanya Hj Ramli sendiri menolak untuk di calunkan(betul ke?) dan lobi kuat dari Presiden dan Timbalan Presiden yang mahukan Sdr. Zul seorang profesional.

Akibat sikap pimpinan tertinggi yang gagal
membaca mood pengundi yang tidak sama seperti di Permatang Pasir, faktor ini saya kira kehilangan 1000 ke 1500 pengundi atas pagar. Kelemahan ini mesti di atasi dengan segera. Lapuran dari Badan Perhubungan NS yang mana Sdr Zul sebagai PJ Ns tidak tepat dan seharusnya pandangan kedua dari kapasiti individu YDP Kawasan tanpa pengaruh dari Badan Perhubungan turut diteliti.

2) PAS KAWASAN

Pas Seremban menurut Yb Salehudin Pas Subversif. Jawab saya sendiri mahu ingatlah

Semua pihak sedar Pas Kawasan Seremban satu-satunya kawasan yang digantung tak bertali. Bila dimaklumkan Pas Seremban bertugas di Ladang Bradwall saya telah menghubungi Ust. Kasim Tahir sebagai orang yang dipertanggungjawab bagi pihak Pas Seremban.Ketika itu saya berpegang kepada hujah bahawa selama ini kontigen NS tidak pernah ketinggalan menghantar petugas sehingga satu-satu masa seramai 200 orang hadir membantu di PRK, mengapa di N. Sembilan kita langsung tidak memberi komitmen sepenuhhati. Seharusnya tidak perlu tunggu ajakan dari pimpinan, kita sendiri sepatutnya datang menawarkan diri sebagai petugas.

Bila dimaklumkan kepada PJ Ns dan S/u bahawa tiada sebarang, maklumat dari Ust. Kasim untuk Pas Seremban mengujudkan jentera bagi Ladang Bradwall akhirnya saya dipanggil hadir ke mesyuarat dan dilantik sebagai Ketua UPU Ladang Bradwall menggantikan Ust. Kasim. Berdasarkan pengalaman sedikit sewaktu membantu Semangat 46 di pilihanraya lalu serta Dun Lenggeng pada 2004 dan 2008 saya dengan tegas menerima jawatan tersebut dengan keyakinan bantuan dari ahli Pas Seremban serta bantuan dari Keadilan Cabang Seremban dan menolak untuk menyerahkan pengurusan kepada Pas Selangor.

Seperti biasa bila PRK berlaku arahan setiap kawasan mencari dana sendiri sebanyak RM5000 bagi membiayai kontigen. Ini tida
k berlaku kepada UPU Bradwall kerana Pas Seremban yang tergantung dan ahlinya bertempiaran,namun kita berjaya mengumpulkan petugas sehingga 40 orang.

Dengan peruntukan tidak tahu samada ada atau tidak saya bersama rakan terus mengatur strategi untuk pastikan kemenangan PAS di Ladang Bradwall dengan mengguna bantuan kewangan dari sahabat yang simpati. Satu ketika sahabat yang sama bertugas luntur hati bila keperluan ke
wangan bagi sewa rumah serta khemah masih tidak diterima.

Saya dimaklumkan terdapat peruntukan RM1000 bagi setiap cawangan berupa bantuan dari PAS Negeri. Saudara Hasan memaklumkan bahawa UPU Bradwall yang mana DPP Teluk Kemang bertindak sebagai Pas cawangan yang bertugas bersama telah menerima wang tersebut. Memandangkan DPP Teluk Kemang menyerahkan sepenuhnya urusan Ladang Bradwall kepada saya, s
aya telah bertanya kepada Ust Fauzi selaku Ketua DPP Teluk Kemang berkaitan sumbangan tersebut. Ust. Fauzi memaklumkan supaya saya bertanya kepada Cikgu Hasan.Malangnya bila saya menghubungi Cikgu Hasan, beliau menjawab dengan nada yang tinggi ; Apa saya nak gunakan dengan wang tersebut? Saya menjelaskan untuk membayar sewa rumah dan khemah. Beliau berkata OK tetapi sehingga sekarang saya tidak menerima wang tersebut.

Yb Salahudin yang mengelar Pas Seremban sebagai Pas Subversif seharusnya di sini sedar kegagalan menyelesaikan masalah Pas Kawasan Seremban akan akibatkan kesan yang buruk bila berhadapan dengan pilihanraya di N. Sembilan terutama PRU 13. Ianya akan memberikan kesan yang turut bakal terpalit ke kawasan pilihanraya dimana Pas akan bertanding. Lihat sajalah bagaimana Tok Sahak di dalam ceramah beliau membelasah Sdr Zul atas kegagalan menguruskan Pas Kawasan Seremban dan DUN Lenggeng. Sedar atau tidak isu Sdr Zul ini releven untuk dijaja di seluruh N.Sembilan kerana beliau PJ yakni ketua yang bertanggungjawab kepada semua DUN yang ditandingi oleh Pas di NS

3) PAS SELANGOR SEBAGAI NEGERI PEMBANTU

Tidak dinafikan peranan Pas negeri pembantu, tanpa mereka mungkin banyak UPU tidak dapat bergerak dan lumpuh, Lihat sahaja bagimana lumpuhnya UPU yang di jaga oleh PAS Rembau serta UPU Teluk Kemang.Banyak sumbangan Pas Negeri -negeri kepada jentera UPU terutama masalah pembiayaan progrem yang dilaksanakan.

Di Ladang Bradwall walaupun ada ura-ura Pas Selangor ingin mengambil alih teraju UPU, saya tegas membantah walaupun Pas Seremban tergantung kerana keyakinan dari sahabat terutama ahli Pas Seremban serta Keadilan Seremban yang komited memikul amanah yang diberi serta keyakinan boleh berkerja bersama Kontigen Pas Selangor.

Tak tahu mana silapnya, mungkin saya terlalu merendah diri dengan sangkaan kehebatan kontigen Selangor terdapat sedikit masalah tetapi memberi kesan besar kepada gerakkerja yang dijalankan.

Terima Kasih Pimpinan dan Petugas Pas Selangor
Cikgu Jaafar serta Sdr Ibrahim- Sumbangan Pas Selangor serta Kelab Penyokong India Selangor amatbesar di PRK BP
.

Menanti lapuran gerakkerja Pas Selangor yang tidak kunjung tiba, saya menghantar SMS kepada SUK Pas Selangor agar lapuran gerakkerja diserahkan kepada UPU sebagai usaha untuk merangka gerakkerja. Dengan desakan setiap kali mesyuarat Jentera operasi semua UPU bagi kerja culaan disegerakan saya serta jentera PR Bradwall mengambil keputusan menggerakan petugas untuk membuat culaan terutama pengundi yang tinggal di luar Ladang.Manakala kerja untuk pengundi dalam Ladang, mengedar risalah kempen serta pemasangan poster diserahkan kepada kontigen Selangor.

Kegagalan Jentera Pas Selangor menyerahkan lapuran akibatkan kita kerugian dari segi berulangnya kerja yang sama antaranya terdapat pengundi yang dihubungi melahirkan kemarahan akibat kerap dihubungi oleh berbagai pihak dari jentera yang sama.

Selepas dari menerima lapuran gerakkerja dari Selangor dan membandingkan dengan lapuran dari UPU terdapat banyak lapuran yang tidak tepat. Antranya pengundi yang kita angkut keluar sewaktu progrem PAS FOR ALL seramai 25 orang yang senarai namanya tidak diserahkan semula kepada saya di tanda oleh kontigen Selangor sebagai pengundi PAS di dalam lapuran mereka..

Kita juga mengesan didalam progrem Hi-tea bersama pemimpin Pas Selangor senarai 25 orang yang diserahkan nama oleh petugas tempatan Ravi 18 daripadanya bukan pengundi yang bedaftar. Perkara ini telah saya maklumkan kepada Ustazah Mariam tapi tiada sebarang tindakan susulan.

Mungkinkah ini sebabnya sewaktu PRK Manek Urai Pas Kelantan bertegas tidak mahu campurtangan dari Petugas Negeri Pembantu.

Kita berterima kasih kepada PAS Selangor atas sumbangan mereka. Itu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Cuma ada benda yang perlu kita baiki. Juga kita melihat aktiviti yang diatur oleh Pas Selangor setiap hari di dalam ladang banyak tidak menemui sasaran. Setiap kali progrem tiada tambahan baru pengundi di dalam ladang yang hadir. Malah lapuran dari pasukan pemantau yang dihantar melapurkan pada sesuatu masa progrem yang hadir cuma kanak-kanak sahaja serta 2 atau 3 orang kaum ibu yang sama.

Di pihak UPU juga merasakan ada beberapa cadangan yang disuarakan kepada kontigen Selangor.tiada tindakan susulan seperti menganjurkan majlis ceramah Pimpinam PR Selangor di rumah Selangor Springhill serta Taman Ekar yang mana terdapat ramai pengundi yang tinggal ditempat tersebut.

Di UPU Bradwall semua aktiviti bermula jam 4 petang kerana faktor kerja pengundi ladang. Ini membolehkan kita menggerakan petugas PAS Selangor yang besar diwaktu pagi untuk membantu UPU yang majoriti melayu seperti keinginan yang disuarakan oleh Cikgu Jaafar. Atas daya usaha bersama kita rangkakan jadual untuk Petugas terutama Muslimah dari Selangor membantu di UPU lain. Tapi malangnya hanya sehari sahaja kerana kita dimaklumkan hanya tinggal 3 orang petugas muslimah diwaktu pagi. Saya melihat ini mungkin kerana muslimah selangor juga terpaksa menyertai progrem dibawah Dewan Muslimat Pas Pusat.

Ada juga suatu hari selepas kita merangka kerja culaan, ianya tidak dapat dilaksanakan kerja walaupun bahan kempen telah diserahkan kerana muslimah Selangor terpaksa pulang untuk bertugas sebagai penyambut di Majlis Rumah Terbuka Dato Hasan Ali.

Disini juga kita mengesan bahawa kontigen Pas Selangor yang besar sebenarnya hanya pada hari penamaan calun serta sehari sebelum hari mengundi. Dihari-hari lain ianya juga tiada petugas hanya petugas JPN sahaja.

Kita juga sedar pihak Pas Selangor juga hadapi masalah bila keperluan supaya anak tempatan menjadi penujuk tiada. Akibat paling nyata bila saya dilontarkan dengan persoalan oleh pengundi, Selepas PRK ini sape akan menjaga kami kerana kontigen Selangor akan pulang ke negeri mereka? Sukar saya hendak berikan jawapan . Hanya untuk sedapkan hati, saya maklumkan jangan risau PR ada, YB Ravi akan sentiasa ada untuk membantu.

Di UPU lain yang majoriti pengundi melayu yang diambilalih oleh negeri pembantu juga menghadapi masalah dialek. Ramai pengundi tidak memahami butir percakapan petugas dari Kelantan dan Terengganu seperti terjadi di UPU Bagan Pinang dan UPU Telok Kemang.

Dimasa akan datang kiranya ada lagilah PRK di NS, pihak pimpinan harus memastikan agihan Negeri Pembantu kena pada tempatnya di UPU yang bersesuai.

Kesan bahasa yang sukar difahami ini kita menganggarkan hampir 500 ke 800 pengundi atas pagar yang lari mengundi BN.

4) UGUTAN

Ianya adalah amat jelas di Ladang Bradwall. Pengurusnya di khabarkan bekas Ketua Pemuda cawangaan di adalam Bahagian Rembau?

Beliau telah menggugut pekerja ladang yang memberi sokongan akan di pecat. Bila memaklumkan bahawa sekira ada lapuran polis terhadap beliau , beliau akan gunakan kuasa untuk membuka khemah yang kita bina sebagai Pos kita. Saya dah maklumkan pada mesyuarat jentera operasi tapi tiada tindakan susulan.


Semakan kita dapati penama tersebut tiada dalam senarai pemilih

5) UNDI POS

Sebabkan menteliti pengundi luar tidak pulang kerana beranggapan BN awal-awal lagi menang kerana adanya undi Pos

6) PENERANGAN

Masalah besar yang dihadapi bagi kami yang bertugas di ladang.Ketiadaan bahan kempen dalam bahasa india dan cina. Kalau adapun sedikit sumbangan dari kelap penyokong dari Selangor dan Perak , Keadilan, Kelantan. Ianyanya tidak cukup. Usaha yang dijanjikan bagi diterjemahkan Warta Bagan Pinang dalam kedua-dua bahasa tidak dapat dilakukan dengan masa berkempen yang pendek. Bahan kempen ini perlu kerana penduduk Ladang masih but dengan IT,malahan ada yang tidak boleh membaca dan menulis.

Akibatnya segala progrem serta aktiviti tidak dapat menambat hati pengundi. Apatah lagi kita datang dengan memberi sumbangan kain sari, tepung, minyak, beras, bahan membuat kuih serta hamper, Manakala BN datang dengan periuk nasi elektrik, VCD, dapur gas, kipas angin dan sumbangan barangan Nestle.

Kelemahan Penerangan lebih kalut apabila Cikgu Hasan selaku Ketua Penerangan hanya hadir sekali sahaja mesyuarat jentera operasi membuat banyak kesilapan. Beliau hanya menyusun ceramah besar dan kutipan derma( yang mana telah dilarang mengutip derma sewaktu pilihanraya). Keengkaran beliau ini lambang sikap petugas yang tidak akur kepada kepimpinan. Saya tidak tahu mengapa beliau masih disimpan oleh Sdr. Zul.

Kehadiran beliau hanya uruskan ceramah dan kutip derma dan kemudian balik. Beliau banyak melarikan petugas Pas Seremban untuk jadi MC, pengutip derma dan menjadi pemandu beliau. Masalah beliau ini pernah diulas oleh Aduka Taruna di dalam blognya yang saya paste disini

Dengan hanya menyusun ceramah besar tanpa menyediakan fakta-fakta untuk penceramah ianya menyebabkan 3 hari selepas penamaan calun kita menerima tamparan hebat apabila isu yang dibawa oleh penceramah kita yang menyerang Tok Mat dipatahkan dengan mudah iaitu BETUL TU TOK MAT JAHAT JADI KITA PILIH TOK ISA UNTUK GANTI TOK MAT. Walau nampak isu itu remeh namun kesannya besar.

bersambung..........................................................