TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Thursday, July 2, 2009

CHE GU BAD JANGAN MELATAH - MISI KITA 2013 KITA TAWAN PUTRAJAYA




Pengistiharan oleh Chegu Bad dalam posting beliau .http://chegubard.blogspot.com/2009/07/chegubard-isytihar-batal-semua.html

Dan seperti komen saya
http://czackpy.blogspot.com/2009/06/ug-antara-serangan-menggila-ubn-kepada.html


Saya harapkan Chegu Bad jangan cepat melatah dan celupar di dalam penulisan di dalam blog che gu dan jangan terperangkap dengan permainan media.Menegur tak salah. Dapatkan pandangan dari pimpinan dahulu dan jangan perkecilkan Pemuda PAS. Tindakan che gu walaupun bukan atas nama PKR ianya mengguris hati ahli PAS. Saya yang juga menulis bukan atas nama parti harapkan Che Gu Bad jangan keruhkan lagi keadaan lebih-lebih lagi dalam suasana kita menghadapi PRK Manik Urai.



Saya juga sering melihat isu didalam blog pimpinan PKR seperti anda dan Ketua AMK memuatkan artikel dengan sorotan yang mengguris hati ahli PAS seperti isu UG.



Seperti yang saya catatkan sebelum ini biarkan Majlis Pimpinan PR buat keputusan. Lihat bagaimana DSAI, LKS,TGHH dan TGNA menjawab sesuatu masalah dalam kerjasama PR.

Tidak dinafikan che gu anak muda memang bersemangat didalam perjuangan tapi masih banyak yang perlu dipelajari. Untuk dapat pengalaman ianya perlukan masa serta ujian. Itu yang jadi pada Ezam gagal dalam ujian.

Che gu kena ingat PAS ni sudah banyak menerima ujian dan satu masa berjuang berseorangan. Che gu lupa PAS banyak kali beralah kepada rakan dalam PR. Saya juga dapat merasakan kekecewaan yang che gu rasakan bila Pemuda PAS nak berjumpa dengan Pemuda UMNO. Tapi percayalah PAS tidak akan terperangkap sehingga akan menjadi kompenan BN.

Lupakah che gu yang inginkan bertanding kerusi Parlimen Rembau sanggup ke Kelantan memohon restu TGNA. Apakah sukar sangat ke untuk ke Kelantan atau Terengganu berjumpa dengan pimpinan PAS bertanyakan cerita sebenar.

Jadi peristiharan tuan itu cukup mengguris hati ahli PAS, perlu ditutup kerana kita dalam suasana yang terbaik untuk dengan izin Allan menerima amanat memimpin kerajaan pusat pada PRU 13.

Jom kita bekerja bersama-sama dengan misi 2013 kita tawan Putrajaya, dan masalah yang lain melibatkan dasar biar pimpinan PR buat keputusan.