TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, June 26, 2009

GAGAL UG MEREKA BERALIH SEMULA KEPADA AMANAT TGHH

Setelah gagal memdapat tangki oksigen bagi talian hayat UMNO yang dalam keadaan nazak melalui isu UG, para juak-juak UMNO memainkan semula isu amanat Haji Hadi.



Amanat TGHH yang dimanipulasikan oleh ulamak UMNO yang dulunya merupakan orang kuat PAS yang lari dalam perjuangan islam.
Semasa dilam PAS dialah orang yang mencipta dan menamakan ucapan TGHH sebagai Amanat Haji Hadi. Kemudian bila masuk UMNO dia memutarbelikan isi kandungannya
Rasanya ianya akan dijadikan isu di PRK Manik Urai. Sebagai blog yang tagline mengambil sebaris ayat dari amanat ini iaitu KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMANYA UMNO saya catatkan semula 'amanat' ini yang dilihat mula diulas semula bagi memperkecilkan TGNA didalam blog Sang Kelembai http://zaharinmy.blogspot.com/
Melihat ini saya terkenang kehebatan Arwah Ust. Buyamin Yaakob mengulas amanat ini. Saya sedang mencari kaset lama simpanan saya . Kalau jumpa saya akan kongsi bersama pembaca semua.
AMANAT HAJI HADI

Saudara-saudara sekelian Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka’Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’