TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Thursday, July 30, 2009

TERIMA KASIH MAHAGURU. TAPI KAMI TETAP TURUN SEBAGAI MEMENUHI TUNTUTAN AGAMA


Terima kasih diucapkan kepada Mahaguru Omardin kerana melarang ahli Lincah turun menyokong PEWARIS seperti di lapurkan oleh portal malaysiakini disini.

Namun kami tetap turun menyokong GMI pada 1hb Ogos ini didalam memenuhi tuntutan agama kami selaku khalifah di bumi Allah ini.

Kami berharap larangan dari Mahaguru ini bukan hanya di sebabkan oleh larangan oleh polis semata-semata tetapi kerana tidak ingin melihat ahli Lincah terpesong akidahnya bila menyokong PEWARIS(walaupun tidak disebut di dalam kenyataan beliau)

Kami yakin dengan agama kami bahawa UBN telah lari jauh dari Ulul Amri yang sepatutnya kita memberikan wala'.

Dan selaku orang islam kami sekali lagi maklumkan kami akan turun menyokong GMI tidak sebagai ahli Lincah tetapi sebagai memikul amanat ALLAH selaku khalifah di mukabumi ini. Takbir........................

Wednesday, July 29, 2009

SETAPAK LAGI KEMARAAN PR KE PUTRAJAYA


Tahniah kita ucapankan atas inisiatif Pemuda PAS dalam mengujudkan MAMPAT yang merupakan kesinambungan dari penubuhan senarai jawatankuasa ahli parlimen PR mengikut kementerian



Seperti tulisan saya sebelum ini perjalanan ke Putrajaya bermula senarai nama MP Pakatan Rakyat mengikut kementerian yang di keluarkan oleh Majlis Pimpinan PR memang telah lama ditunggu oleh penyokong PR. Ianya mengambarkan bertapa seriusnya kita untuk mengambil alih kepimpinan negara pada PRU ke 13.

Kemunculan senarai ini merunsingkan BN bila kita lihat kenyataan Najib memperkecilkan kewujudan nama ini mampu mengganggu tugas menteri BN.

Biarkan apa saja yang ingin dinyatakan oleh pemimpin BN, memperlekehkan usaha ini,kita yakin ianya perlu dansesuai sebagai "kerajaan menunggu" dan sebagai latihan awal kepada MP Pakatan Rakyat.
Dengan penubuhan MAMPAT ini ianya akan melicin serta meningkatkan gerakkerja bersama oleh seluruh partai di dalam PR.

Semua ini tidak akan berjaya selagi konsep ini tidak dilebarkan secara rasmi keperingkat Majlis Muafakat Peringkat DUN dan kampung. Setakat ini kita melihat ada majlis muafakat secara tidak resmi bagi peringkat negeri sahaja. Cadangan pembentukan Majlis muafakat pernah saya suarakan kepada PJ NS tapi tidak mendapat sambutan. Sepatutnya jika kita lihat di Parlimen Seremban sudah lama diwujudkan majlis muafakat peringkat DUN dan lagi baik jika majlis ini dibuat bagi peringkat kampung.

Kami di Kampung Bukit Temiang walaupun belum begitu menonjol aktiviti tapi setiap kali kami membuat kain rentang ucapan sambutan bulan ramadhan serta raya kami meletakan ucapan dari Pas cawangan Temiang serta Majlis bersama PR DUN Temiang.

Penubuhan ini amat penting kerana jawatankuasa ini akan menjadi saluran utama maklumat akar umbi yang akan digunakan apabila kita mengambil alih kerajaan pada PRU 13.

Bagi jawatankuasa muafakat peringkat DUN atau kampung harus dipikulkan tugas mengenalpasti masyarakat serta organisasi yang terdapat di dalam kampung seperti Jawatankuasa Surau, Masjid, JKKK, Tadika , Khairat Kematian dan lain. Ianya penting kerana inilah pertubuhan awal yang perlu kita ambil alih apabila pertukaran kerajaan nanti. Ianya tidak menjadi masalah jika telah sedia ada ahli PR di dalam jawatankuasa tersebut.

Mengabaikan keperluan ini akan akibatkan ketegangan peringkat akar umbi seperti apa yang terjadi di 5 kerajaan negeri yang kita ambil alih di PRU 12. Kita contohnya tidak ingin melihat serta mendengar tindakan bodoh dan tidak bertamadun ahli UMNO di negeri tersebut sehingga ketahap mengkunci balai raya , kelas tadika, buang fail dan sebagainya berulang semula selepas PRU 13.

Kita juga tidak ingin melihat keresahan rakyat yang menimbulkan ketidakstabilan umpama dunia akan kiamat bila kita ambil alih kerajaan akibat hasutan orang UMNO.

PERJUANGAN ITU MACAM KERETA?



Sesuatu perjuangan hendaklah ditegakkan atas dasar iman dan taqwa. Matlamat perjuangan perlu jelas. Mekanisme dalam perjuangan juga perlu jelas. Baik niat, amal perbuatan dan percakapan hendaklah jelas dan selaras dengan syariat sebagaimana takrifan iman itu sendiri.

Iman ialah membenarkan dengan hati, dilafazkan dengan perbuatan dan diamalkan dengan perbuatan
.

Kalau hati berniat nak cari glamour, mulut melafazkan ingin perjuangkan Islam, dari segi perbuatan dia berzina, memfitnah, mengadu domba. Ini bukan pejuang namanya. Secara langsung kita tau sejauhmana ikhlasnya keimanan seseorang.

Benar, syurga dan neraka hak Allah. Tetapi secara ilmiah, kita mampu menilai sama ada ke syurgakah atau ke nerakakah seseorang itu. Takkanlah orang yang berzina itu ahli syurga. Takkanlah orang yang memfitnah itu ahli syurga. Takkanlah orang yang dayus itu ahli syurga. Takkanlah orang yang menzahirkan Islam menyembunyikan kekufuran itu ahli syurga.

Pejuang sejati, dia berniat untuk menjadi hamba Allah, percakapannya menjurus ke arah ketaatan kepada Allah dan amal perbuatannya ke arah pengabdian kepada Allah. baca seterusnya disini

Tuesday, July 28, 2009

JANGAN TERPEDAYA PENIPUAN KJ. SERUAN KEPADA AHLI SILAT LINCAH SERTA AHLI PEKIDA

KJ arahkan ahli Pemuda UMNO jangan sertai Himpunan pada 1hb Ogos seolah beliau akan cuci tangan sekiranya timbul perkara buruk pada hari tersebut http://wfauzdin.blogspot.com/2009/07/kerana-enggan-demo-kj-dianggap-ayam.html

Walaupun PEWARIS mengutuk kenyataan beliau tapi kita percaya ianya hanya lakonan sahaja. Ini berdasarkan penglibatan PAKIDA yang menyokong PEWARIS.
Sesiapa yang biasa hadir PRK sebelum ini seperti Ijok, Permatang Pauh dan sebagainya boleh melihat KJ berkempen dengan membawa bersama beliau hulubalang-hulubalang PEKIDA . Oleh itu kita yakin walaupun arahan tidak sertai atas nama Pemuda UMNO tetapi beliau boleh arahkan ahli Pemuda UMNO yang juga ahli PEKIDA turun menyokong PEWARIS atas tiket ahli PEKIDA. Mungkinkah ahli PEKIDA Rembau yang di bawah Pak Su akan turut serta ini kerana asaa PEKIDA menyokong Melayu UMNO.


Mungkin seperti ulasan saya di http://czackpy.blogspot.com/2009/07/pertubuhan-seni-silat-lincah-jangan.html akan berlaku pertembungan antara Perguruan Lincah Malaysia dan Perguruan Pusaka Gayung Malaysia. Lebih lebih lagi bila PEWARIS menukarkan masa perhimpunan sama seperti GMI serta ugutan Ibrahim Ali untuk timbulkan huru-hara sewaktu perhimpunan http://wfauzdin.blogspot.com/2009/07/busuk-hati-dengki-dan-khianat.htmlu .

Oleh itu seruan kepada semua ahli Silat Lincah serta ahli PEKIDA yang menyokong PR akan turun memberikan sokongan serta nyatakan bantahan anda kepada pimpinan tertinggi Lincah serta Pekida yang memberi sokongan tanpa mendapatkan pandangan ahli akar umbi.

Nyatakan bantahan anda di http://www.silatlincah.com.my/amanat.htm dan http://www.pekida.org/



Saturday, July 25, 2009

BUKAN DI REMBAU JE. DI TAMAN BUKIT MARGOSA TOK SAHAK TURUT MEMBANTU


Partai Keadilan Rembau bersama Tok Sahak membantu penduduk Rembau. Dari blog Chegu Bad.

http://chegubard.blogspot.com/2009/07/keadilan-rembau-boleh-duduk-dengan-umno.html

Toh Sahak membantu dengan ketepikan fahaman politik. Wan Samsu dan puak perihatin kena belajar kerana perjuangan bagi membantu orang yang tertindas melepasi perbezaan politik. Kalau Tok Sahak selaku Ketua UMNO Bahagian Seremban boleh , Mengapa pula Wan Samsu dan Perihatin tak boleh? Ini gambarka n kecetekan fahaman politik mereka.

Thursday, July 23, 2009

PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH JANGAN KALUT- MENYOKONG PEWARIS AKAN RUNCINGKAN LAGI MASALAH MELAYU


PERTEMBUNGAN PERGURUAN SILAT LICAH YANG DI PIMPIN OLEH MAHAGURU OMAR DIN DAN PERGURUAN GAYUNG PESAKA YANG KALIFAHNYA DSAI PADA 1 0GOS



Memulakan bicara dengan amanat Mahaguru Omardin http://www.silatlincah.com.my/amanat.htm
Saya terpanggil untuk melahirkan rasa kecewa di atas sokongan Lincah Malaysia kepada Pewaris seperti lapuran di portal Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/109119

Untuk maklumn mahaguru di dalam keahlian seramai 800 ribu itu ada juga ahlinya yang menjadi penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Kami berpegang pada keyakinan yakni iman kami bahawa kekuatan umat melayu itu adalah kerana pegangan agamanya. Bangsa melayu yang kuat berpegang kepada islam menyebabkan bangsa lain di negara kita menerima kita sebagai pemimpin. Tanpa pegangan islam bangsa lain tidak akan patuh atau akur kepada kita kerana mereka mempunyai sejarah dan kehebatan tamadun lebih lama dari kita.Al-Quran yang diturunkan kepada umat islam inilah seperti dalam amanat yang dipetik sebagai saranan dari dari Ulul Amri II mencipta ilmu dari Al-Quran untuk kebaikan ummah.Selamanya ahli kita yang di dalam PR tidak mempertikai Pimpinan Tertinggi menyertai serta menyokong UMNO. Malah di khabarkan ada jurulatih kanan sekarang menjadi bodyguard PM. Selama ini tiada siapa persoalkan anak Mahaguru menceburi politik dan menjadi pimpinan dalam parti UMNO. Kami ahli perguruan yang menyokong PR banyak kali tersinggung dengan kenyataan pimpinan menyatakan sokongan kepada UMNO. Cuba selidik mungkin dari 800 ribu ahli ada yang telah berpindah kepada perguruan lain terutama kepada Gayung Pesaka selepas DSAI dilantik sebagai Khalifah
http://anwaribrahimblog.com/2007/08/07/pertabalan-ketua-imam-khalifah-besar-silat-seni-gayong-pusaka-malaysia/

Kami dalam PR sesungguhnya yakin UMNO selama ini telah jauh menyimpang dari ajaran Al-Quran dan mengkianati bangsa melayu. Tak perlu saya perturunkan bukti kerana ianya sudah menjadi rahsia umum lagi. Tambahan di zaman maklumat hanya dihujung jari.

Dengan sokongan kepada Pewaris di dalam demo pada 1 ogos ini membukti bahwa perjuangan serta matlamat perguruan Lincah telah jauh tersasar seperti saranan Ulul Amri II serta yang dinyatakan di dalam Logo Lincah.

Apa akan terjadi pada 1hb Ogos bila pertembungan Ahli Lincah dengan Ahli Gayung Pesaka dan ahi ahli lain-lain perguruan yang menyokong PR. ia akan jadi satu titik hitam di dalam dunia persilatan melayu.

Adalah lebih baik ahli dari perguruan Lincah yang aktif dalam UMNO memikirkan macam mana Seni Persilatan Melayu gagal dinobatkan di negara yang di pimpin oleh mereka yang berbangsa melayu. Mengapa tiada satu usaha dibuat untuk memasukan Seni Persilatan Melayu tidak di masukkan di dalam salah satu mata pelajaran di sekolah walaupun sudah 51 tahun UMNO yang mendabik dada memperjuangan melayu.

Kalimah Pahlawan Melayu Ta' Melayu Hilang Di Dunia" makin hilang tidak bermakna lagi. Kalau hiduplah Laksamana Hang Tuah mahu menangis melihat melayu yang di pimpin oleh UMNO. Bangsa Melayu yang mendakwa pendekar tapi kerjanya menjadi bongser di PUB, Kelab Malam, kongsi gelap melayu dan tarik kereta. Di sekolah-sekolah persatuan seni pertahanan diri asing seperti Judo Takwando, Muay Thai lebih banyak dari kelas silat melayu.

Perjuangan di atas ini lagi penting dan ianya kuat jika kita lihat Perguruan Lincah sahaja memiliki 800 ribu ahli. Dengan keahlian dari Perguruan lain saya kira ianya lebih ramai dari ahli UMNO. Suara kita lagi kuat.

Jadi tidak perlulah membuat kerja bidaah menyokong Pewaris hanya untuk kepentingan politik dan poket individu tertentu. Esok apa yang hendak kita jawab bila di soal Allah. Kalaulah ada soalan Apa bangsa kamu?. 1Malaysia dah.....

Monday, July 20, 2009

MANEK URAI - LU MUSANG KA GUA MUSANG BAHAGIAN 2?

Maha Suci Allah yang menjadi kan alam ini serta mengatur perjalanannya. Dikala penulis cyber ,para penganalisa dan ahli politk mengeluarkan teori mengenai kemenagan tipis PAS di MU, Allah turun satu peristiwa yang menyebabkan ulasan. penulisan serta perhatian beralih kepada kematian s/u politik exco Selangor daripada isu MU seperti
http://msomelayu.blogspot.com/2009/07/tragedi-panas.html
http://penarikbeca.blogspot.com/2009/07/terbunuh-dekat-pejabat-sprm-kenapa-baju.html

Ulasan paling menarik mengenai MU ialah http://kickdefella.wordpress.com/2009/07/18/analisa-manek-urai-cakap-malam-dengar-dengar-cakap-siang-pandang-pandang/

Walaupun UMNO Kelantan akan bantah keputusan di MU,ianya tak menjadi cerita utama lagi
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=2876



Berbalik kepada peristiwa di MU, seperti dimaklumkan saya ditugaskan membantu bahagian keselamatan dan diletakan di Pos Lata Pauh dengan ketua saya ahli Pas tempatan bernama Nordin. Tugas pertama adalah menjaga ceramah berhampiran pos Lata Pauh dimana penceramahnya ialah YB, Taufik. Wakil Persatuan Anak Kelantan di Perantaunan dan YB. Salehuddin.




Ust. Man Ketua UPU Sg. Sok- Bukan N9 tapi Negeri Banyak

Sdr Nordin Ketua Keselamatan Pos Lata Pah



Aktiviti di Pos Lata Pauh- Gambaran kekuatan PAS di Kelantan Teserlah



Balik ke rumah penginapan untuk bersiap menjalan tugas kami dimaklumkan akan kehadiran petugas PAS dari Jempol di ketuai oleh YDPnya Sdr Abd Rahman serta bekas YDP Ust. Ramli.


Minum pagi bersama YDP Jempol Sdr. Abd Rahman- Hati kecil bertanya mampukah beliau mengemudikan PAS Jempol di PRU Ke 13

Seperti biasa malamnya bertugas di ceramah kecil di Lata Pauh kehadiran Polis lebih ramai dari penduduk. Tiada sebarang peristiwa yang menarik. Pulang ke rumah penginapan jam 4 pagi dengan keadaan blur kerana terputus maklumat dengan tugasan malam seperti musang.

Esoknya pagi Isnin kami yang bertugas malam hanya berihat di sianghari disamping cuba hubungi sahabat mengenai suasana kempen di UPU lain. Memandangkan UMNO perhubungan N9 turut bertugas di UPU Sg. Sok kami memerhatikan pergerakan mereka dan melapurkan tentang pergerakan mereka.

UMNO dengan kehadiran Tok Mat bersama Exco dan Adun antaranya 4 Exco dan 2 Adun berkempen dari rumah ke rumah. Saya juga memerhatikan pergerakan 2 kenalan UMNO iaitu Sdr. Tom Ketua Pemuda UMNO yang gah dengan MPV Volvonya dan Mad Nor Rabun yang kehulu dan hilir menunggang motor bersama ahli UMNO tempatan. Mereka tidak segan silu mengunakan kenderaan rasmi kerajaan bagi kerja-kerja politik.

Petang Isnin kami diarah sekali lagi ke Sekolah Arab bagi Taklimat Akhir oleh Pj NS kepada semua petugas PAS Negeri Sembilan. Disini kami dimaklumkan semua urusan PRK MU adalah dibawah kendalian PAS negeri Kelantan dan tiada taklimat atau mesyuarat antara Jentera Negeri dengan PAS Pusat. Hati berdetik payah nie , Berulangkah trajedi PRK Pengkalan Pasir.



Di rumah penginapan mengambil kesempatan sembahyang Maghrib berimamkan bekas YDP Jempul Ust. Ramli dan selepas solat bertanyakan tentang perkembangan semasa. Hati bertambah gelisah bila beliau maklumkan terdapat hampir 138 pengundi pas hilang dari daftar pengundi. Ini di tambah pula cerita dari sahabat Sdr Zahari yang kami panggil awei saja yang bertugas sebagai pemerhati mafrel di Pusat mengundi Sg. Sok yang mana keadaan adalah kritikal dan Pas terpaksa berharap mengekalkan pengundi lama sahaja. Seperti biasa Ust. Ramli walaupun bukan YDP lagi tapi masih mantap hujahnya memperjuangkan islam yang dibawa PAS.



Walaupun cuba memujok hati dengan hujah tuan rumah dipenginapan kami yang merupakan pengundi luar yang tinggal di Kota Baharu bahawa potong tangan pun beliau sanggup bahawa PAS akan menang dengan undi yang besar.



Dengan arahan PJ NS dan Ketua PetugaS Pas NS YB Taufik jangan tinggalkan POS masing-masing sehingga hari mengundi, saya di arahkan membantu saudara Rashid di Pos Sg. Sok sebelum ke Pos Lata Pauh kerana kita dimaklum bahawa Tok Pa dan calun BN akan hadir ke rumah bakal besannya bagi merayu mendapatkan 5 undi dari keluarga tersebut.



Di Pos Sg. Sok kami kenduri durian bersama dengan Ust. Badrulamin, Yb Sikamat dan PJ NS di samping menanti kehadiran Tok Pa dan Calun BN seperti yang dimaklumkan oleh tuanrumah yang merupakan bakal besan Tok Pa. Kesemua anak beliau telah pulang untuk mengundi dan berharap kami dapat hadir bagi menggagalkan pujukan Tok Pa. Hampir Jam 12 kami dimaklumkan Tok Pa tak hadir dan hanya telefon sahaja kepada tuanrumah merayu undi beliau dan keluarga beliau. PJ NS sempat bergurau supaya menjawab ye besok beliau akan mengundi tapi undi rahsia.

Memandangkan Tok Pa tak jadi datang kami bergerak semula ke Pos jagaan kami Pos Lata Pauh. Disitu kami bersama petugas dari Pas Kubang Krian serta penduduk tempatan berkawal bersama-sama. Kami di bawa bercerita mengenai perkembangan semasa oleh petugas tempatan Sdr. Jihan Kaya. Juga dimaklumkan setakat ini kita mendapati ejen UMNO hanya bergerak dikalangan penyokong mereka sahaja dan tiada lagi aktiviti yang dibuat untuk pengundi atas pagar. Kami rasa kagum bila Tok Wakil PAS sanggup tidur bersama anak buah di Pos. Kalau Tok Wakil UMNO jangan haraplah.

Kenduri durian di rumah bakal besan Tok Pa. Agak-agak lari tak 5 undi Pas

Hampir jam 3 pagi tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan kami memaklumkan untuk pulang kerumah penginapan dan sekiranya pos memerlukan bantuan akan hubungi kami.
Belum sempat untuk meluruskan badan kami dihubungi oleh Sdr Rashid yang memerlukan bantuan supaya hadir semula ke rumah bakal Besan Tok Pa kerana ada maklumat Tok Pa atau Juak UMNO cuba hadir untuk merayu undi.

Di Pos Sg. Sok kami jelas melihat aktiviti wanita UMNO dengan di iringi Polis cuba untuk meraih undi walaupun sudah dinihari. Kekuatan petugas PAS yang bergerak umpama Musang berjaya menggagalkan usaha UMNO walaupun dibantu oleh polis bagi membeli undi walaupun hampir waktu subuh. Strategi membahagikan UPU Sg Sok kepada beberapa petak keselamatan berjaya kerana Umno gagal memasuki rumah penduduk apabila petugas berkawal sehingga pagi mengilut petak-petak keselamatan yang dibuat. Tahniah Ust. Man.

Selasa, selepas dua hari bertugas malam kami mengambil keputusan akan bertugas selepas pukul 2 kerana terpaksa mendapat tidur yang cukup bila memandu pulang. Selepas zohor kami bersiap untuk bertugas di UPU Sg. Sok. Kami juga dimaklumkan Sdr. Rashid telah menahan bas yang membawa pengundi hantu. Sahabat dari Mafrel memaklumkan SB berkeliaran di dalam tempat mengundi dengan menggunakan Pas wartawan. Suasana tempat mengundi sama seperti PRU ke 11 . Bangsal panas diletakkan 150 meter dari pintu masuk tempat mengundi. Bangsal panas SPR di pintu masuk dikuasai oleh pemuda dan puteri UMNO yang berselindung sebagai petugas SPR. Ini bermakna UBN boleh berkempen sehingga ketahap pengundi akan memangkah undi sedangkan PAS hanya mampu melihat sahaja.

Melintasi Pos UBN yang dikendalikan oleh UMNO NS, kelihatan Ketua Pemuda UMNO Seremban memberikan arahan kepada petugas UMNO. Di Pos PAS saya memaklumkan kepada YB Sikamat bahawa sesuatu yang pelik dimana hampir 3.00 petang Pos yang dikendalikan oleh UMNO NS masih aktif. Di Pos itu YB. Taufik memaklumkan kekurangan petugas sewaktu Sdr Rashid menahan bas yang membawa pengundi hantu. Saya maklumkan tugas saya di Pos Lata Pauh dan arahan PJ NS tempohari jangan tinggalkan POS malah di hari mengundi juga. Yb Taufik akur akan keputusan itu.

Dikala itu juga kita menerima SMS dari Harakah memaklumkan bahawa setakat ini PAS akan menang dengan majoriti 2000 undi. Ini menyebabkan aktiviti di Pos PAS bergerak perlahan apa tah lagi di Pos UMNO yang mula mengkosong pos mereka. Manakala perayau undil lebih awal meningkal bangsal panas mereka. Di rumah bekas Adun BN yang dijadikan markas utama UMNO dan MUBARAK yang hari- hari sebelumnya penuh dengan kereta mewah tiba-tiba kosong seolah-olah sudah tahu akan kekalahan mereka.

Walaupun petugas PAS mula untuk meraikan kemenangan besar-besaran tetapi hati masih kecut dan takut kemungkinan kalah lebih-lebih lagi bila melihat memek muka ketua-ketua yang bertugas mencula undian. Ini lebih jelas dari getaran nada suara petugas yang memaklumkan semua petugas berkumpul untuk membaca doa bila pengundian tamat dengan harapan kemenangan dengan majoriti lebih besar.



Bacaan doa selepas tamat waktu mengundi- Mengharapkan mojoriti lebih besar.

Selepas bertemu rakan serta penduduk tempat, kami bertolak ke Markas Induk PRK MU di jalan Gua Musang - Kuala Krai. Suasana teserlah ceria dengan keyakinan akan menang besar. Sambil menanti kehadiran TGNA masing-masing bercerita akan keyakinan kemenangan besar walau kami yang bertugas di UPU Sg. Sok terasa seram. Tiba-tiba suasana menjadi hening bila mana tersebar bahwa PAS hanya mendahului dengan majoriti kecil dan ada yang berkata PAS kalah.

Berbagai telahan dibuat dan sebelum TGNA keluar dari bilik untuk mengerjakan Solat Maghrib layar besar mencatatkan Pas mendahului dengan majoriti 70 undi sahaja dengan beberapa saluran belum ada keputusan.

Ianya bertambah cemas bila mana konvoi peti undi dari kawasan Laluh, MU lama dan Manek Urai baru yang melalui hadapan Markas Induk di iringi sama petugas BN. Sebagaimana selalu bila konvoi peti undi ke tempat perjumlahan undi jika diiringi petugas BN memberi signal mereka menang di peti undi tersebut.

Suasana ceria bertukar dengan suasana tergamam oleh penyojong PAS tetapi tidak oleh Petugas PAS kerana setiap petugas PAS rasakan kemungkinan tewas. Jadi majoriti 65 adalah kemenangan kepada petugas.

Selepas pengesahan keputusan diketahui dan setelah menghantar keputusan melalui SMS kami bertolak pulang.


SUASANA DI MARKAS INDUK PRK MANIK URAI- KEGEMBIRAAN TERENCAT DI TERSEBAR MAKLUMAT PAS HAMPIR KALAH

WALAUPUN GELISAH MENANTI KEPUTUSAN- TETAP MENGAMBIL PELUANG MENDENGAR TAZKIRAH MAGHRIB DARI TGNA

Didalam perjalanan pulang berbagai teori di fikiran berkaitan dengan PRK MU. Dapat kah kami 5 undi dari keluarga bakal besan Tok Pa setelah bertugas malam umpama musang.. Terlalui kecil sumbangan kami kepada perjuangan di MU. Selama ini kita dapati kempen BN mudah. BN menang kerajaan negeri tak tumbang. Undi BN kita dapat jambatan dan lapangan terbang. PRU 13 kita bagi balik kat PAS.

Menerima beberapa SMS dari sahabat yang menyalahkan Ust. Nasa berkaitan UG. Saya hanya menjawab PAS Pusat dengan masalah UG. PAS Seremban tiada kesudahan dengang digantung tak bertali.

Otak kembali ligat berputar, teringat usik mengusik antara YB Sikamat dengan YB Paroi berkaitan UG yang dalam maksudnya, melihat sahabat dari PAS Jempol mampukah menganugerahkan kerusi untuk PAS, mengingati PAS Kawasan Seremban yang masih tergantung, hati bertanya mampukah kita menghadapi UBN di PRU 13. Sahabat dari dengan UMNO SMS memperli apa kerja kau di MU hingga menang 65 undi sahaja. Semuanya tenggelam dibenak bila masalah Taman Margosa kembali difikiran.

SIAPA YANG LAYAK DIGELAR KAFIR? UMNO....?

Agak-agak UMNO termasuk dalam katogeri ini tak? Cuba baca tulisan Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Petikan dari laman TKO

http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=588

Thursday, July 16, 2009

MANEK URAI - LU MUSANG KA GUA MUSANG BAHAGIAN 1?


Malas menulis kerana banyak benda yang bermain difikiran . Ramai yang menghantar sms dan email bertanya mengenai kemenangan tipis di Manek Urai.

Beberapa hari selepas PRK MU saya hanya membaca ulasan dari blog yang biasa diikuti. ternyata berbagai ulasan di buat. Biasalah blog penyokong UMNO mengatakan rakyat sudah kembali ke pangkuan UBN. Blog MSO biasalah dengan ulasan sinis. Blog Aduka Taruna semua dia belasah. Blog Penarik Beca apa lagi isu UG. Tapi yang nyatanya selain blog UMNO kebanyakan blog ini mengulas kemenangan tipis ini dengan ulasan ang tajam hanyalah kerana ingin melihat PAS teus kuat untuk mengambil alih Putrajaya pada PRK ke 13.


PETUGAS MUSLIMAH DI UPU SG SOK

Antara ulasan disini

KETUA PENERANGAN PAS KELANTAN. KALAU 90% PENGUNDI KELUAR KALAH KITA


Kepada yang bertanya, sukar untuk saya nukilkan dalam bentuk percakapan mahupun tulisan. Ianya hanya boleh dirasai bila kita sendiri turun sebagai petugas PAS di MU. Bagi saya secara individu, memang benar keputusan PRU Manek Urai sebagai peringatan Allah , jangan cuai dan leka serta msih bermimpi indah kemenangan besar yang berterusan. Ianya diperingatkan Allah di MU bukan di PRU 13. Semuanya penganjaran kepada kita di dalam mematangkan gerakkerja bila amanah diberi Allah di PRU 13.



Dan kemenangan tipis ini sebenarnya besar ertinya di dalam politik negeri Kelantan kerana ianya dicapai oleh gerakkerja kerajaan PAS Negeri Kelantan, tanpa bantuan secara langsung dari PAS Pusat. Seperti kita maklum PRK MU organisasinya tak sama contohnya di PRK KT dimana ada Pengarah Negeri iatu Mustafa Ali dan Pengarah Pusat Ust. Nasa. Di MU hanya ada Pengarah Negeri dan Penasihat yang semuanya PAS Kelantan. Pas Pusat hanya turun sebagai penceramah yang disusun oleh PAS negeri.



Jadi jentera negeri berlawan dengan kekuatan jentera UMNO yang memiliki sumber kewangan, media dan segala tipu helah yang dibantu oleh Polis dan SPR secara logik bak kata Husam Musa kita sepatutnya kalah tetapi berkat panduan Tok Guru Nik Aziz kepada rakyat MU, Allah masih memberikan kita kemenangan dengan sedikit pengajaran yang harus kita sama-sama perbetulkan bagi menghadapi PRU 3

POS LATA PAUH-ORANG LAMA PAS BERASAL DARI PASIR PUTIH- TABIK LAH TOK WAKIL PAS TIDUR DI POS, INGAT TOK WAKIL UMNO SANGGUP TAK?


SG. SOK DI RUMAH BAKAL BESAN TOK PA- KENDURI DURIAN BERSAMA UST. BADRULAMIN, YB SIKAMAT DAN Pj PAS NS


TALIMAT MP KUBANG KRIAN.2 HARI SEBELUM MENGUNDI- KITA DALAM KRITIKAL MENDAHULUI 300-500 UNDI SAHAJA- TERUSKAN KERJA KUAT


POK JAK ORANG LAMA PAS JUGA BERTUGAS DI MANEK URAI
SEBAHAGIAN PETUGAS PAS NS MENDENGAR TAKLIMAT DARI YB SALEHHUDIN



Saya turut ke MU memberi sedikit tenaga membantu Petugas PAS NS yang diketuai oleh Yb Taufek. Perjalanan saya bersama Md Lui dan Abg Zul tanpa rakan biasa Abg Lan di 4 PRK lepas yang tidak mendapat cuti tiba pada pagi Ahad.



Memasuki MU kami di kejutkan dengan Poster BN yang banyak dan serentak kami berkata kalau macam nie kalah PAS.


Sesat kami mencari rumah Kontigen PAS NS di Sg Sok. Dalam pencarian itu kami sampai di Manek Urai Baru dimana Majlis Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan anjuran BN sedang berlangsung. Md Lui yang isterinya seorang guru mencelah Hari Guru bulan Mei ke Julai. BN semua bolehlah......


Bila sampai kami mendaftar, menerima sedikit taklimat dan diarahkan ke kediaman petugas yang terletak diantara Pos UPU Sg Sok dan Pos Lata Pauh untuk berehat dan bertugas malam seperti musang berkaitan keselamatan bersama dengan Petugas tempatan serta petugas Pas Melaka dan Petugas Pas Kubang Krian.


Di tempat penginapan ini kami menghadapi masalah apabila talian telefon dan internet tiada. Ini menyebabkan kami terputus dengan berita luar. Saya yang gunakan talian celcom terpaksa ke jalan utama Gua Musang - Kuala Krai iaitu markas induk PAS jika ingin hubungi keluarga. Sesekali diwaktu tengah malam baru ada talian . Oleh YB Taufik melalui Sdr. Rashid terpaksa ke penginapan kami sekiranya ada arahan kerja terbaru.


Ahad petang kami diarahkan berkumpul di sekolah arab bagi taklimat dan arahan tugas .


Bersambung...........

Wednesday, July 8, 2009

MAMPUKAH KITA MENGALAS HARAPAN KEPADA MEREKA

MAMPUKAH KITA GALAS HARAPAN KEPADA MEREKA MERANGKA GERAKKERJA MENGAMBIL ALIH KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DI PRU13

MAMPUKAH SDR. ZUL MENGEMUDIKAN GERAKERJA INI- KITA YANG LUAR KEPIMPINAN AKAN TERUS MEMBANTU DAN MENDOAKAN KEJAYAAN INI .

SENARAI JAWATANKUASA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN
TAHUN 2009 - 2011



SENARAI JAWATANKUASA PAS KAWASAN SEREMBAN ....
http://pasns.blogspot.com/2009/07/ajk-badan-perhubungan-pas-negeri.html
http://pasns.blogspot.com/2009/06/struktur-organisasi-badan-perhubungan.html

1. Pesuruhjaya : Zulkefly Mohamad Hj Omar
2. Timbalan Pesuruhjaya 1 : Zakaria Khalim
3. Timbalan Pesuruhjaya 2 : Kateran Marman
4. Timbalan Pesuruhjaya 3 : YB Hj Mohamad Taufek Ghani Abd Ghani
5. Ketua Dewan Ulama’ : Ustaz Hassan bin Alias
6. Ketua Dewan Pemuda : Ustaz Khairul Anuar Mohd Wafa
7. Ketua Dewan Muslimat : Fazilah Hj Abu Samah.
8. Setiausaha : Shamsul Kamal Haji Idris
9. Penolong Setiausaha (1) : Hj Shukri Mohamed Habib
10. Penolong Setiausaha (2) Zaharuddin Othman
11. Penolong Setiausaha (3) Ustaz Abd Ghani Ahmad
12. Bendahari : Ir Mohamad Nor Abdul Rahman
13. Ketua Penerangan : Hassan Haji Taha
14. Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri : Haji Kamaruddin Md Tahir.

AJK
14. Haji Kassim Haji Rahmat,
15. Syed Johari Syed Mohamad
16. Ustaz Mohd Kassim Tahir
17. Syed Fuad Syed Ahmad
18. Ustaz Lokman Man
19. Mohamad Azmi Md Zin
20. Saadiah Dahalan.

AHLI JAWATANKUASA DEWAN ULAMAK NEGERI SESI 2009 – 2011

1. Ketua - Ustaz Hassan Alias
2. Timbalan Ketua – Ustaz Haji Ramli
3. Naib Ketua – Ustaz Haji Abdul Ghani
4. Setiausaha – Ustaz Mohd Nazri
5. Bendahari – Ustaz Hj Khairi
6. Ketua Penerangan – Ustaz Azman

_________________________________________________

AHLI JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA NEGERI SESI 2009 – 2011

1. Ketua – Ustaz Haji Khairil Anuar bin Mohd Wafa
2. Timbalan Ketua – Mohd Sufian bin Ibrahim
3. Naib Ketua – Ustaz Mohd Fuad
4. Setiausaha – Mohamad Yusri
5. Bendahari – Ustaz Mohd Nazri Zainudin
6. Ketua Penerangan – Mohamad Hakki

_________________________________________________

AHLI JAWATANKUASA DEWAN MUSLIMAT NEGERI SESI 2009 – 2011

1. Ketua – Puan Fazilah Abu Samah
2. Timbalan Ketua – Ustazah Siti Meriam Naam
3. Naib Ketua – Puan Rosenadiah Zainuddin
4. Setiausaha – Puan Norlina Md Jadi
5. Bendahari – Puan Saadiah
6. Ketua Penerangan – Puan Norwani

__________________________________________________

1. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN REMBAU SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – YB Hj Mohamad Taufek bin Abd Ghani
2. Timbalan Yang DiPertua – Rozmal bin Malakan
3. Naib Yang DiPertua – Mohamad Hassan bin Tamby
4. Setiausaha – Hj Shukri Mohamad Habeb
5. Bendahari – Hamizi bin Ahmad
6. Ketua Urusan Ulamak – Ustaz Nazri
7. Ketua Pemuda – Mohd Sufian bin Ibrahim
8. Ketua Muslimat – Pn Norwani
9. Ketua Penerangan – Syed Ahmad Johari Syed Mohd

Alamat :
Pejabat PAS Kawasan Rembau
PASTI Al Amin , Kg Pulau Besar
71300 Rembau
Negeri Sembilan
Tel : 017-2446215

____________________________________________________

2. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN RASAH SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – Rahmat Abdul Jalil
2. Timbalan Yang DiPertua – Hj Anuar Azahari
3. Naib Yang DiPertua – Ahmad bin Ibrahim
4. Setiausaha – Rosli Man
5. Bendahari – Azhar Mustafa
6. Ketua Urusan Ulamak – Ustaz Mokhti
7. Ketua Pemuda – Ustaz Khairil Anuar bin Mohd Wafa
8. Ketua Muslimat – Ustazah Halimah
9. Ketua Penerangan – Rosli Nordin

Alamat :
Tel : 019-3717183

__________________________________________________

3. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN TAMPIN SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – Zakaria bin Khalim
2. Timbalan Yang DiPertua – Hj Mohd Ali bin Hj Maarof
3. Naib Yang DiPertua – Hj Razakek Rahim
4. Setiausaha – Zanil Subuh
5. Bendahari – Hj Mokhtar Yunus
6. Ketua Urusan Ulamak – Ustaz Hj Abdul Ghani
7. Ketua Pemuda – Mohamad Hafis Md Nqisum
8. Ketua Muslimat – Hjh Latifah Daud
9. Ketua Penerangan – Kapt (B) Hj Rusli Idris

Alamat :
Pejabat PAS Kawasan Tampin
Taman Dato Taha
73200 Tampin , Negeri Sembilan
Tel/Faks : 019-2132376

__________________________________________________

4. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN JEMPOL SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – Abdul Rahman bin Ramli
2. Timbalan Yang DiPertua – Hj Abdul Majid Ujang
3. Naib Yang DiPertua – Zakaria
4. Setiausaha – Hj Zainol
5. Bendahari – Ustaz Isa
6. Ketua Urusan Ulamak – Ustaz Haji Ramli Abu Bakar Al-Hafiz
7. Ketua Pemuda – Mohd Fairuz Hj Mohd Isa
8. Ketua Muslimat – Ustazah Siti Meriam Naam
9. Ketua Penerangan – Muhammad Abu

Alamat :
Muasasah Darul Sharif
Kg Gajah Mati
Bahau , Negeri Sembilan
Tel : 017-2975681

___________________________________________________

5. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN TELOK KEMANG SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – Hj Ramli Ismail
2. Timbalan Yang DiPertua – Mohd Azami Md Zain
3. Naib Yang DiPertua – Hj Baharom Bujang
4. Setiausaha – Hj Kamarol Ridzuan Mohd Zain
5. Bendahari – Hafiz Sarjono
6. Ketua Urusan Ulamak – Ustaz Hassan Alias
7. Ketua Pemuda – Ustaz Fauzi Ahmad
8. Ketua Muslimat –
9. Ketua Penerangan – Azhari Ismail

Alamat :
PASTI At Taqwa
Bt 6 , Jalan Telok Kemang , Kg Telok Kemang
71050 Si Rusa , Negeri Sembilan
Tel : 019-6604828

____________________________________________________

6. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN JELEBU SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – Hj Kateran Marman
2. Timbalan Yang DiPertua – Hj Jamlus Mansur
3. Naib Yang DiPertua – Nor Anif Hj Selamat
4. Setiausaha – Saiful Bahri Hj Jaaman
5. Bendahari – Jawa Mohd Yusuf
6. Ketua Urusan Ulamak – Hj Shamsudin Borhan
7. Ketua Pemuda – Khairul Azidi Ishak
8. Ketua Muslimat – Puan Osnidah Othman
9. Ketua Penerangan –Hj Zainudin Abu Hassan

Alamat :
Markas MTD Klawang
Lot 415 , Kg Larong , 71600 Kuala Klawang
Jelebu , Negeri Sembilan
Tel : 019-6174178

_____________________________________________________

7. AHLI JAWATANKUASA PAS KAWASAN KUALA PILAH SESI 2009 – 2011

1. Yang DiPertua – Hj Kamaruddin Md Tahir
2. Timbalan Yang DiPertua – Zaharuddin Hj Othman
3. Naib Yang DiPertua – Ir Mohamad Noor Abdul Rahman
4. Setiausaha – Ir Roslee Hj Mohamad
5. Bendahari – Ruzlan Abdul Rahman
6. Ketua Urusan Ulamak – Ustaz Mohamad Kasim
7. Ketua Pemuda – Ustaz Mohd Fuad
8. Ketua Muslimat – Ustazah Fazilah Abu Samah
9. Ketua Penerangan –Abd Karim Shahimi Abd Razak

Alamat :
Pejabat Bersama PAS & PKR
No 2 , Tingkat 1 , Taman Pilah Perdana
Jalan Bahau , 72000 Kuala Pilah , Negeri Sembilan
Tel : 013-3922378
Surat menyurat : Lot 8291 , Taman Johol , 73100 Johol , N.Sembilan

Nakhaie – suatu pengajaran kepada yg mahukan bersama UMNO

Peringatan kepada kita semua


Lama dahulu PAS mempunyai seorang Naib Presiden bernama Ustaz Nakhaie Ahmad, beliau menganggotai dan pernah diberi amanah besar dengan pelbagai jawatan utama parti, daripada AJK Agong, ketua penerangan, ahli majlis sura’ hinggalah kepada pengarang Harakah, suara rasmi parti Nakhaie pernah menjawatnya. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Baling, Kedah atas tiket PAS.

Baca lagi di http://www.telokbakong.com/?p=2141

Tuesday, July 7, 2009

SKIM RONDAAN SUKARELA


Taman jiran kami Taman Telawi. Tahniah kepada Cik Gu Saleh walaupun sebagai jiran kami tidak di jemput( mungkin kes mahkamah kami kot.)

Skim Kawalan Sukarela(SKS ke atau Skim Rondaan Sukarela(SRS)?

Betul tu Tok Mat. Kami di Taman Morgosa memiliki pasukan SRS yang menjadikan contoh dan dibanggai oleh Balai Polis Pancur dan JPNIN. Kami disatu masa berjaya menurunkan kadar jenayah kepada sifar . Ianya mendapat pujian semua pihak. SRS kami juga pernah menganjur Futsal Piala Menteri Besar dengan berjayanya. Begitulah bertapa berjayanya kami.

Tapi Tok Mat hoi.... juak-juak anda Wan Samsu dan Wahid Naton sanggup menghantar surat hingga ke JPNIN Putrajaya untuk melucut serta membubarkan SRS Taman Bukit Margosa. Nasib baik masih anda kakitangan kerajaan yang jujur . Harap Tok Mat nasihatkanlah juak UMNO di taman kami , kes lebuhraya mesti terpisah dengan kerja-kerja sukarela. Tuntutan Mahkamah kami berkaitan lebuhraya LEKAS ialah tuntutan kami yang di zalimi dan nilai harta kami dirompak.


Mungkin Tok Mat dan juak-juak Tok Mat yang semuanya pemilik rumah yang jauh dari jajaran tak dapat merasakan bertapa kecewanya bila harta kita dinodai dan sentiasa dalam ketakuan bila hujan turun dan banjir berlaku.

Oleh itu saya mempelawa Tok Mat dan juak-juaknya, Pengarah JKR dan YDP MPS membeli dan tinggal di rumah jalan Margosa 18, Margosa 1, Telawi 9 dan Telawi 10.

Dah kena batang hidung baru tahu.

Oleh Tok Mat jangan jadi munafik di satu masa menyeru penduduk menyertai SRS tetapi dalam masa yang sama menggunakan juak UMNO anda di taman kami mengacau dan bubarkan SRS kami. Mana satu nak ikut dah...................


Monday, July 6, 2009

TOK MAT - ITU SAYA PUNYA SUKALAH, PENDUDUK MARGOSA- INI HAK KAMI


Teringat dengan cerita dari Sdra Faiz wartawan harakah yang menalifon saya bercerita tentang perjalanan sidang DUN NS yang lepas.

Beliau melahirkan kehampaan setelah berusaha dengan YB Taufik menyediakan soalan berkaitan Taman Bukit Margosa apabila Tok Mat langsung tidak menjawab soalan yang dikemukakan. Kami penduduk Margosa telah lama tahu perangai Tok Mat memang macam tu.

Masalah Taman Margosa memang cuba digelapkan dari pengetahuan orang ramai. Kalau betul dia nak membantu lama dulu dah selesai kerana Naib Pengerusi Jawatankuasa iaitu Sdr Rahman Jait adalah rakan sepermainan serta sekampung dengan Tok Mat. Paling tidak dengan satu panggian telifon dia boleh bertemu dengan kami bila-bia masa sahaja.

Sebelum ini juga kita dikhabarkan oleh ketua jabatan perangai Tok Mat bila bermesyuarat. Peringkat awal memang menarik dimana dia akan bertanya masalah dan cadangan semua pihak. Di penghujung ayatnya Nie masa saya ketua jadi ikut saya punya suka. Terkebil-kebil ketua jabatan bila diarahkan sedia cadangan tetapi Tok Mat tak terima. Terasa usaha tidak dihargai.

Satu lagi kita pernah dimaklumkan Tok Mat memang suka buat keputusan tanpa mendapatkan pandangan dari ketua jabatan seperti kes dimana beliau istiharkan bantuan fakir miskin semasa bulan ramadhan akan diberi dalam bentuk wang tunai dan tidak dalam bentuk barangan keperluan dapur seperti susu, gula, beras dan sebagainya. Sedangkan pejabat Agama Islam telah cuba laksana perubahan itu lama dulu dan mengesan ianya tidak praktikal kerana ada penerima yang menggunakan duit sumbangan itu membeli nombor ekor. Akhirnya kembali kepada cara lama. Banyak lagi keputusan Tok Mat yang seperti filp flop dengan kawalan dan campurtangan abang beliau. Benarlah selama ini tuduhan Tok Sahak bahawa Tok Mat lemah dalam memerintah negeri serta campurtangan abangnya. Dengar khabar walaupun abangnya dilucutkan sebagai setiausaha perhubungan negeri tetapi diganti dengan jawatan bendahari perhubungan betukl ke?

Berbalik kepada cerita sdra Faiz , bila mana ADUN Temiang mempersoalkan macam mana penduduk didalam kawasan beliau dinafikan hak untuk mendapatkan tanah tol walaupun telah lebih 40 tahun mendiami tapak rumah tersebut dan mengapa diberikan kepada syarikat.

Tok Mat menjawab , Walaupun lama duduk tak semestinya dapat dan itu saya punya sukalah untuk beri pada sape. Selekehnya menteri besar kita.

YB. Sikamat bila tiba gilirannya sempat menyinggung , kalau jawapan MBNS itu saya punya suka, maka bila PR di Perak beri tanah kepada penduduk miskin Cina ,BN jangan kritik kerana itu PR punya sukalah.

Tok Mat sebenarnya gagal membangunkan NS. Lihat je pembangunan fizikal semuanya sambungan kerja-kerja Tok Isa. Benarlah tuduhan Tok Sahak jual kereta bolehlah jaga negeri tengok. Takan kita nak buat macam jual kereta. Ini politik tak sama dengan jual kereta. Banyak yang perlu di ambil kira.

Tanyalal pemegang lesen kelas F, siapa yang kawal. Ada yang mengadu kejadian dilawatan tapak. Kalau orang KJ atau orang MB sama sajre siap maklumkan lawatan ini hanya prosidur sahaja. Tu sebab ramai pemegang lesen kelas F lari cari makan di Selangor kerana kerajaan PR lebih telus dan tidak ambil kira pegangan politk.

Di Margosa kes kami saman kerajaan tak lah sampai kami menjawab itu kami punya suka, tapi ianya adalah hak kami yang di zalimi.

Saturday, July 4, 2009

PERJALANAN KE PUTRAJAYA BERMULA


Senarai nama MP Pakatan Rakyat mengikut kementerian yang di keluarkan oleh Majlis Pimpinan PR memang telah lama ditunggu oleh penyokong PR. Ianya mengambarkan bertapa seriusnya kita untuk mengambil alih kepimpinan negara pada PRU ke 13.



Kemunculan senarai ini merunsingkan BN bila kita lihat kenyataan Najib memperkecilkan kewujudan nama ini mampu mengganggu tugas menteri BN.



Biarkan apa saja yang ingin dinyatakan olen pemimpin BN memperlekehkan usaha ini,kita yakin ianya perlu dansesuai sebagai "kerajaan menunggu" dan sebagai latihan awal kepada MP Pakatan Rakyat.



Selepas ini kita ingin lihat pula setiap MP PR yang bertanggunjawab ke atas kementerian yang mereka jaga mengeluarkan lapuran tugas mereka serta cadangan yang boleh meningkatkan peranan setiap kementerian di dalam usaha meningkakan kecermelangan negara bila PR memerintah negara.




Thursday, July 2, 2009

CHE GU BAD JANGAN MELATAH - MISI KITA 2013 KITA TAWAN PUTRAJAYA




Pengistiharan oleh Chegu Bad dalam posting beliau .http://chegubard.blogspot.com/2009/07/chegubard-isytihar-batal-semua.html

Dan seperti komen saya
http://czackpy.blogspot.com/2009/06/ug-antara-serangan-menggila-ubn-kepada.html


Saya harapkan Chegu Bad jangan cepat melatah dan celupar di dalam penulisan di dalam blog che gu dan jangan terperangkap dengan permainan media.Menegur tak salah. Dapatkan pandangan dari pimpinan dahulu dan jangan perkecilkan Pemuda PAS. Tindakan che gu walaupun bukan atas nama PKR ianya mengguris hati ahli PAS. Saya yang juga menulis bukan atas nama parti harapkan Che Gu Bad jangan keruhkan lagi keadaan lebih-lebih lagi dalam suasana kita menghadapi PRK Manik Urai.



Saya juga sering melihat isu didalam blog pimpinan PKR seperti anda dan Ketua AMK memuatkan artikel dengan sorotan yang mengguris hati ahli PAS seperti isu UG.



Seperti yang saya catatkan sebelum ini biarkan Majlis Pimpinan PR buat keputusan. Lihat bagaimana DSAI, LKS,TGHH dan TGNA menjawab sesuatu masalah dalam kerjasama PR.

Tidak dinafikan che gu anak muda memang bersemangat didalam perjuangan tapi masih banyak yang perlu dipelajari. Untuk dapat pengalaman ianya perlukan masa serta ujian. Itu yang jadi pada Ezam gagal dalam ujian.

Che gu kena ingat PAS ni sudah banyak menerima ujian dan satu masa berjuang berseorangan. Che gu lupa PAS banyak kali beralah kepada rakan dalam PR. Saya juga dapat merasakan kekecewaan yang che gu rasakan bila Pemuda PAS nak berjumpa dengan Pemuda UMNO. Tapi percayalah PAS tidak akan terperangkap sehingga akan menjadi kompenan BN.

Lupakah che gu yang inginkan bertanding kerusi Parlimen Rembau sanggup ke Kelantan memohon restu TGNA. Apakah sukar sangat ke untuk ke Kelantan atau Terengganu berjumpa dengan pimpinan PAS bertanyakan cerita sebenar.

Jadi peristiharan tuan itu cukup mengguris hati ahli PAS, perlu ditutup kerana kita dalam suasana yang terbaik untuk dengan izin Allan menerima amanat memimpin kerajaan pusat pada PRU 13.

Jom kita bekerja bersama-sama dengan misi 2013 kita tawan Putrajaya, dan masalah yang lain melibatkan dasar biar pimpinan PR buat keputusan.

Wednesday, July 1, 2009

BEKAS ADUN LENGGENG YBHG. DATO SAHAK JUGA MEMBERI SOKONGAN KEPADA KAMI

Dato Sahak sebagai ADUN LENGGENG sebelum PRU 2008 turut memberikan sokongan. Antara ucapannya yang masih menjadi ingatan penduduk Margosa ialah
BIAR JADI SEJARAH ADUN BN SAMAN KERAJAAN BN.
Kalau saya punya agenda politik pembangkang saya tidak minta bantuan dari beliau yang jga Ketua Umno Bahagian Seremban http://czackpy.blogspot.com/2009/06/surat-surau-awal-kami-kepada-pm-dan.html

Pesurujaya PAS N.S pernah mengeluh kepada saya
ANTA DENGAN DATO SAHAK ANTA BAGI TAKLIMAT TAPI DENGAN ANA TAK ADA LANGSUNG
.
Saya hanya jawap biarkan dulu ana guna saluran ini agar elakan nanti dituduh Jawatankuasa Bertindak punya agenda politik pembangkang.

Malangnya Dato Sahak tak dilantik semula sebagai ADUN dan punya masalah dengan Tok Mat.Dan kini tak hairanlah bila Wan Samsu melalui PRIHATIN cakap saya ada agenda politik pembangkang.
From MARGOSA OH MARGOSA


From MARGOSA OH MARGOSA



From MARGOSA OH MARGOSA