TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Tuesday, March 30, 2010

MUTIARA PAS N. SEMBILAN MULA DIGILAP

Alhamdulillah berkat kesabaran kita dengan lorongan yang dibuka oleh Allah akhir sinar cahaya mula timbul memancar kepada semua pejuang PAS di Seremban

Dengan jiwa yang besar pimpinan PAS Seremban dengan bantuan serta cadangan PAS pusat telah memutuskan pembentukan satu Jawatankuasa Pemandu bagi melaksanakan tanggungjawab mengurus Mesyuarat Agung PAS Kawasan Seremban.

Jawatankuasa Pemandu yang dipersetujui dan dilantik ialah

1) YDP : Ybhg Tuan Hj M.K Ibrahim
2) Tim. : Ybhg CikGu Hasan Taha
3) Naib : Ybhg Tuan Haji Ghazali Mad Som
4) S/usaha : Ybhg Tuan Haji Rahim
5) Ketua Penerangan : Zakaria bin Sheikh Othman
6) AJK : Ybhg Zulkifly Haji Omar

Jawatankuasa Pemandu yang dilantik ini diamanahkan untuk merancang dan menguruskan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Seremban.

Alhamdulillah Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu pada 29HB Mac 2010 telah bersetuju sebulat suara berkaitan prosedur yang diarahkan oleh PAS Pusat dan memutuskan bahawa satu perjumpaan taklimat pra-mesyuarat Agung bagi memaklumkan segala prosedur kepada semua cawangan seperti berikut:

Tarikh : 18hb April 2010
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Dewan SARA Gedung Lalang
Taklimat oleh : Ybhg. Dato' Mustafa Ali( Setiausaha Agung PAS)
Kehadiran : Semua Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan atau wakil.

Oleh itu diharapkan semua 35 cawangan yang terbabit dapat menghubungi Jawatankuasa Pemandu bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Jom ahli PAS Seremban kita kembali bangkit menggilap permata PAS di Negeri Sembilan.