TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Sunday, October 3, 2010

DUA TOKOH UTAMA PAKATAN RAKYAT DI NS TUMBANG APA MAKSUDNYA?

Tulisan ini hanya pandangan peribadi penulis

Saya mulakan dengan kata-kata dari seorang sahabat. 3 kriteria dari mana sokongan lahirnya seorang pemimpin?
a) Kalau dia pemimpin politik sudah pasti dia mesti mendapat undi dan sokongan dari pengundi dalam pilihanraya
b) Kalau dia pemimpin parti dia mesti mendapat undi dari ahli parti , cabang atau
b) Dia ditunjuk dijadikan pemimpin oleh pimpinan pusat

2 tokoh utama Pakatan Rakyat Negeri Sembilan Tumbang di Cabang dan Kawasan masing. Umum mendengar agak terperanjat tetapi tidak pada ahli PKR Cabang Teluk Kemang serta PAS kawasaan Seremban.

Kedua-dua tokoh adalah pilihan pimpinan pusat bukan pilihan akar umbi yang dilantik sebagai Pengerusi PKR NS dan Pesuruhjaya PAS NS.

Pada pemilihan cabang Teluk Kemang Dato Kamarul Baharin tumbang untuk merebut jawatan Ketua Cabang Telok Kemang di tangan YB Ravi. Setakat ini reaksi kekalahan beliau tidak gambarkan kekecewaan yang amat sangat (setakat artikel ditulis). Gambaran ketidakpuasa ahli kepada beliau telah lama kedengaran dan tidak menjadi rahsia umum lagi terutama di PRK Bagan Pinang. Pengundi Telok Kemang banyak lahirkan rasa kecewa kerana beliau gagal menjalankan tanggung jawab selaku MP. Di estet ramai nyatakan bila pilihanraya baru nampak muka. Walaupun menepis dakwaan tidak buat kerja oleh ahli PKR dalam ucapan penggulungan di Konvensyen PR namun beliau tetap tewas walaupun menurunkan DSAI di majlis Berbuka Puasa dan jamuan Hari Raya.

Dato' Kamarul Bahrin tewas untuk Ketua Cabang Telok Kemang

Manakala Pesuruhjaya PAS NS Sdra Zulkifli Omar pada bulan Mei yang lepas juga tewas untuk merebut jawatan selaku Yang Dipertua PAS Kawasan yang kembali dipulihkan. Ianya juga menimbul kehairanan di mana beliau dan penyokong gagal menempat diri dalam senarai 20 senarai AJK yang terpilih menerajui PAS Kawasan Seremban. Muka lama MK Ibrahim berjaya mendapatkan semua jawatan beliau selaku YDP Kawasan Seremban.

Sdr Zulkifly Omar Tewas merebut jawatan YDP Pas Kawasan Seremban. Permainan politiknya membahayakan PAS NS?

Kalau Dato' Kamarul Baharin akur dengan keputusan undian akar umbi sebaliknya Sdr Zulkifli memberikan reaksi yang sebaliknya. Beliau melahirkan rasa hampa kerana beliau yang berhenti kerja untuk untuk berjuang dalam parti islam tetapi tidak dipilih. Beliau lupa berapa ramai ahli PAS yang menerima tekanan serta dinafikan berbagai peluang oleh UBN berada diluar sana. Dan tiada seorang pun yang berhujah dangkal seperti beliau merintih simpati. Beliau menganjurkan progrem di kawasan Seremban dengan menggunakan platform sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan membelakangkan Jawatankuasa PAS Kawasan Seremban yang sah.

Beliau turut gagal mengawal penyokong beliau antaranya menubuhkan pertubuhan haram yang dikenali sebagai Usrah Gabungan Ampangan serta cuba menaja 18 cawangan baru tanpa mengikut peraturan yang adanya antaranya cawangan atas kertas yang meruncingkan lagi pertelingkahan peribadi beliau dengan PAS Kawasan Seremban (saya akan ulasan nanti)

Reaksi serta tindakbalas beliau bila tewas meruncingkan lagi pertelingkahan antara beliau bersama Cik Gu Hasan dengan MK Ibrahim YDP Seremban yang diiktiraf oleh PAS Pusat serta Hj Rahim orang kuat MK Ibrahim selaku setiausaha Pas kawasan Seremban.

Pertelingkahan ini membahayakan PAS NS. Pihak PAS Pusat seharusnya menyelesaikan dengan segera agar peluang PAS NS tidak terjejas di PRU ke 13.

Telah keluar hujah dari ahli apakah hanya 4 orang ini sahajakah yang boleh menguruskan PAS Seremban. Ada khabar yang menyatakan usaha telah dibuat untuk mencari pihak ketiga sebagai galang ganti jika pertelingkahan 4 penama ini berterusan sehingga pemilihan tahun hadapan.

Reaksi kekalahan beliau yang menyebabkan PAS NS dalam bahaya adalah apabila tindakan politik yang melebihi dakwah cuba dilaksanakan.

YB Loke mendapat sokongan padu di dalam DAP

Saya menerima belbagai email , sms dan panggilan taelfon yang memohon agar jangan menulis berkaitan kemelut PAS di Negeri Sembilan. Antaranya berhujah bahawa ia akan digunakan oleh UMNO didalam kempen mereka di PRU 13.

Antaranya hujah dari sahabat ,bagaimana teruknya serangan yang dibuat oleh Dato' Sahak terhadap calun PAS Bagan Pinang iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Sdr Zulkifli Hj Omar tempohari.


Mereka berdua dari satu bahagian/DUN yang sama iaitu Dato Sahak sebagai Ketua UMNO Bahagian Seremban/juga bekas ADUN Lenggeng dan Sdr Zul selaku anak Lenggeng yang merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri yang gagal mendapat tempat dalam PAS Kawasan Seremban,

Sekali fikir betul jugak mengapa masalah dalaman PAS Seremban dibawa kepengetahuan umum yang bakal dijadikan peluru oleh UMNO. Seperti yang dibuat ketika tahun 1999 bila mana MK Ibrahim bertanding di DUN Ampangan surat bantahan yang dihantar kepada Almarhum Dato' Fadhil Nor oleh ahli PAS menjadi bahan kempen palis laris UMNO ketika itu.

Tetapi bila melihat dari satu sudut lain masalah PAS kawasan Seremban ini bukan lagi satu rahsia tetapi telah jadi pengetahuan umum dan diperkatakan dimana-mana sahaja oleh ahli PAS atau ahli umno malah mereka yang tidak berparti. Jika dibiarkan ia akan jadi umpama kudis yang busok bernanah dan memberikan kesan yang boleh menggagalkan perjuangan PAS di NS.

Jika tiada satu tindakan samada dari ahli parti atau pimpinan parti diperingkat pusat ianya akan jadi barah dan bakal menggugat kekuatan PAS di Negeri Sembilan malah memberi kesan kepada rakan dalam Pakatan Rakyat didalam usaha menawan Negeri Sembilan di PRU 13.

Malah telah ada suara-suara dari ahli PAS di Negeri Sembilan serta rakan dari PR Negeri Sembilan yang melontarkan idea agar Badan Perhubungan PAS distruktur semula dan PAS perlu mendapatkan Persuruhjaya Negeri yang baru sebelum PRU 13 sebagai nafas baru kepada perjuangan PAS di Negeri Sembilan serta PAS sebagai pemimpin kepada PR di Negeri Sembilan.

Ada juga telah melahirkan pandangan PAS pusat seharusnya menghantar salah seorang dari dua orang anak Negeri Sembilan pulang bagi memimpin PAS N.S iaitu Ust. Nasharudin Timbalan Presiden PAS atau YB.Dr Zulkifli Ahmad seorang pemikir PAS.

Persoalanya mahukah mereka pulang bertanding di Negeri Sembilan yang masih kekal ketotokan UMNOnya.

Bintulu
3hb Oktober 2010
3.30 Pagi
bersambung..................