TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, March 19, 2010

KES INJUKSI TAMAN BUKIT MARGOSA

Menyedihkan untuk maklumam semua bahawa keputusan Kes Injuksi Taman Bukit Margosa .

Sejarah tercipta lagi berkaitan dengan perundangan negara apabila Hakim yang meluluskan injuksi pada 12hb November 2009 membuat keputusan pada 18hb Mac 2010 apabila beliau semdiri menggantung injuksi yang beliau sendiri luluskan.

Pihak jawatankuasa sedang mengkaji implikasi keputusan ini dan akan maklumkan kepada semua penduduk apa tindakan yang bakal diambil.

Harap semua bersabar dan kita akan maklumkan perkembangan dari masa ke semasa.

Untuk seterusnya mari kita hadir beramai-ramai bagi menunjukan sokongan kepada kess saman kita pada 31hb Mac 2010.

Zakaria Sheikh Othman
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa
19hb Mac 2010