Lama nak menulis pasal silat nie. Tapi kesibukan sebabkan ianya tergantung begitu sahaja. Namun bila melihat Fairus serta Ezam dimajlis Pertubuhan Silat Lincah hati merasa perlu dimaklumkan campur tangan politik dalam persilatan bertambah kalut.
Selaku perwakilan setiap kali mesyuarat menyuarakan macam mana melayu yang memerintah tetapi silat umpama anak tiri dibumi melayu.
Ada pimpinan perguruan yang mempuyai hubungan baik dengan pemerintahan tapi tiada satu pun yang menyuarakan pentingnya silat dimartabatkan dan diletakan sebagai pusaka melayu.
Kita balik-balik melihat Mahaguru Pertubuhan Silat lebih menitik beratkan keperluan warga silat menyokong pimpinan UMNO walaupun pimpinan itu tidak mengambil berat berkaitan pusaka melayu.
Najib dikeliling dengan Perguruan Lincah dan Anwar dengan Pesaka Gayung. Anwar mungkin tak dapat meningkat martabat silat kerana tiada kuasa tapi Najib dan Timbalannya yang ada kuasa ape yang dilakukan.
Kita lihat seni pertahan diri seperti Judo, Tekwando lebih banyak diajar di sekolah berbanding silat.
Dimesyuarat PESAKA NS kita selalu memohon agar silat dijadikan subjek korikulum wajib disekolah sesuai dengan ianya pusaka melayu . Kalau ini terjadi kita akan menerima kemasukan beribu warga silat setiap tahun.
Apa masalahnya untuk dilaksana, kita yakni UMNO melayu yang berkuasa.
Tiada jurulatih? takan menteri pelajaran tak boleh gubal peraturan bersama semua mahaguru persilatan, agar diwujudkan suatu kursus di maktab perguruan agar guru yang mahir taraf diploma atau Ijazah dilahirkan dan mampu membimbing anak-anak sekolah. Mustahil tiada pakar pendidikan boleh menyediakan kursus yang berkaitan.
Kalau ini pun tak dapat di lakukan jangan mendakwa UMNO adalah perjuang Melayu.
Oleh itu semua guru utama jangan asyik nak bodek pimpinan negara. Sedarlah silat kini umpama hidup segan mati tak mahu
sambung.........................................