7) UNIT PERANG SARAF
Ianya tidak sama seperti masa Dato’ Husam Musa mengetuai Unit Perang Saraf. Di PRK Bagan Pinang bila Unit Perang Saraf Ustaz Abu Bakar Chik mengetuainya ,tidak nampak kesannya serta tidak dapat membaca mood pengundi. Almaklumlah namanya perang saraf mesti rahsia. Betul ke kita dikhabarkan bajet untuk unit PGS sahaja RM20,000-00?. Menginap je di Mayang Sari bersama keluarga. Pimpinan Tertinggi harus tengok-tengokan, UPU sendiri tercungap-cungap mencari bajet bagi menggerakan kerja dan aktif. Kalau benar ini sudah tidak patut.
8) CULAAN
Ini lagi satu masalah, sudah lah petugas culaan di hijack oleh Jentera Operasi,, Dewan Pemuda dan Muslimat,. Maklumat tidak dihantar kepada UPU. Akibatnya kita buang masa buat kerja yang sama oleh jentera yang banyak. UPU mencula, Dewan Muslimat mencula, Dewan Pemuda Mencula, Buang peluru je.Lebih mendukacitakan sikap pencula yang mencampur penyokong PAS dan condong PAS sebagai menunjuk kita mendahului BN tanpa mengambilkira masih ramai pengundi yang tidak dapat dikesan.
Penulis pernah bertegang urat dengan jentera Ladang Siliau berkaitan dengan culaan. Apabila memakumkan arahan jentera operasi bagi tugasan menguruskan jadual Pimpinan yang akan turun menemui pengundi yang tinggal diluar ladang iaitu di Taman Ekar , Springhill dan sebagainya kerana bacaan menunjukan kita kehilangan undi. Saya telah disanggah dengan keras oleh jentera Ladang Siliau bahawa saya silap dan mereka mempunyai data SSDP yang menunjukan kemenangan kepada PAS. Data beliau tepat dan memperlekehkan UPU Bradwall tidak boleh dan mampu untuk menyediakan lapuran sama walaupun di bantu oleh jentera Pas Selangor.
Mereka tidak tahu Petugas Selangor bertukar setiap hari kerana mereka hadir bertugas mengikut jadual tugas setiap hari satu Pas Kawasan. Ini sebabkan ramai petugas PAS tidak kenal siapa Ketua UPU Bradwall. Tak sempat lagi saya mengenali semua petugas Selangor kecuali mereka yang ada jawatan dalam JPN Selangor. Malah pihak Selangor juga gagal mengenali petugas mereka. Pernah di malam sebelum hari mengundi, sewaktu membincangkan kerja akhir PACA di rumah Selangor, pihak mereka sendiri menolak nama petugas PACA yang telah diluluskan oleh SPR kerana mendakwa ianya bukan petugas Selangor dan mereka tidak mengenalinya. Tetapi bila kita hubungi penama tersebut baharu diketahui dia adalah petugas PAS Kawasan Shah Alam dan telah sampai untuk bertugas dan ada di khemah di luar rumah Selangor.
Petugas Ladang Siliau sebenar tidak tahu bahawa kita lebih dulu menyiapkan lapuran harian serta culaan SSDP. Kita mempunyai 2 set lapuran SSDP yang disediakan oleh Selangor dan UPU sendiri. Tidak perlu saya nyatakan hasil culaan dari Kontigen Selangor. Tetapi lapuran dari UPU kita lapurkan bahawa UPU Bradwall walaupun diletakan sasaran 262 undi kita masih kalah dengan hanya dapat mengesan culaan yang undi PAS hanya 70 undi dan undi PAS dalam ladang cuma 6 orang. Culaan kami hampir tepat bila kita hanya dapat 90 undi sahaja.
7) PACA
Di Ladang Bradwall kita bergerak atas nama Pakatan Rakyat dan jawatankuasa kita melibatkan juga ahli dari Parti Keadilan Cabang Seremban. Ini sama dengan arahan dari Jentera Operasi. Lebih-lebih lagi pengundi di ladang adalah majoritinya India dan Cina.Diladang oleh kerana majoriti kita telah menyenaraikan sejumlah PACA berbangsa yang merupakan penduduk tempatan dan juga dari ahli Keadilan.
Ini penting bagi memberikan keyakinan kepada pengundi dan menghalang kaedah ugutan tersirat mengikut gerakan pandangan mata oleh PACA BN berbangsa India. PACA tempatan juga berkepentingan untuk mengenali samada ada nama pengundi itu sama dengan orang yang hadir mengundi kerana nama dan wajah pengundi sama saja .Atas kesilapan kerana salah faham pihak yang menguruskan soal PACA berkaitan bai’ah dan doa habis semua PACA india digugurkan. Ini telah menimbulkan kemarahan rakan-rakan PR dengan kata-kata “ UNDI INDIA NAK TAPI KEPERCAYAAN KEPADA MEMBERIKAN TUGAS KEPADA INDIA TAK ADA
Puas saya memujuk kemarahan dari akan-rakan PR. Dan kepada petugas India tempatan saya hanya mampu memaklumkan dari 140 nama PACA yang kita serahkan kepada SPR hanya 70 sahaja yang diluluskan dan saya sendiri terpaksa bertugas sebagai PACA.Tidak mustahil kemarahan petugas India tempatan diterjemahkan dengan mengalihkan undi pengundi India Keraguan ini ada munasabah kerana sehingga jam 2 petang baru sahaja 6 orang pengundi India dari dalam ladang yang telah membuang undi.
Mungkin ramai yang marah dengan coretan ini . Ada yang akan beranggapan saya tak ada adab berjemaah. Tapi saya yakin coretan ini penting sebagai muhasabah pada ahli lebih-lebih lagi kepada mereka yang terbabit melakukan post-mortem.
Sebenarnya banyak lagi kelemahan yang timbul bila mana kita bertarung dengan UBN dikawasan yang mereka kuat. Kalau ikutkan dengan 100 ahli Bagan Pinang kita hilang wang deposit calun. Tetapi dengan semangat perjuangan dalam jemaah bukan kemenangan yang kita letakkan paling atas tetapi kerja dakwah yang dapat kita lakukan. Bayangkanlah dengan pilihanraya kecil berapa banyak ceramah yang besar dan kecil yang dapat kita adakan bagi menyampaikan risalah islam. Kita yakin natijah dari PRK BG kita dapat sampaikan mesej perjuangan kita dan ahli kita bertambah di Teluk Kemang.
Pengalaman yang di rasai di PRK BG ini akan menjadikan Pas NS bertambah kuat dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapi sekali lagi PRK jika ada dan PRU yang Ke 13.
Sekali ladi terima kasih kepada semua yang membantu terutama JPN Selangor dan para penderma. Mungkinkah kita akan bekerjasama lagi di PRK Batu
adios.......>