TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Thursday, February 25, 2010

SAHABAT KU KETUA PEMUDA PAS SEREMBAN -SEDAR KE TIDAK.

Sewaktu ceramah umum di bangunan baru PAS NS di kawasan perniagaan Betaria sempat sembang politik dengan beliau.

Gurauan kami biasalah bila PR tawan PutraJaya beliau nak jadi YDP MPS atau mungkin waktu itu jadi Dato' Bandar Seremban.

Saya pula mahukan jawatan TYT Melaka dengan alasan walaupun saya orang Negori tetapi isteri saya orang Melaka sama dengan TYT yang ada sekarang.

Saudara Hasan yang ada sama menyampuk, Kalau macam tu aku pun nak kerana aku jugak pasal aku berasal dari Melaka. Gelak kami berpanjangan bila seorang sahabat menyampuk perceramah kita Saudara Shamsul Ketua AMK juga nak pasal dia pun orang Melaka.


Sdra. Zul punya cita-cita nak menukarkan Tadika KEMAS kepada PASTI selepas PRU 13
atau macam nak seberang kat sinu je...

Sengaja saya coretkan gurauan bukan untuk dijadikan modal oleh UBN bahawa kita gila kuasa. Kita di dalam PAS ditarbiah bukan pangkat mahupun jawatan yang kita kejar.

Ia adalah kerisauan ahli bawahan terhadap kesediaan PR bila kita diberi amanah untuk memimpin negara/ Negeri Sembilan selepas PRU 13.

Sudah bersediakah kita.????????????????

Mengambil kira Seremban , ianya sama seperti IPOH . Kita kena ambil pengajaran sewaktu kita menerajui Perak tempohari.

Keperluan bagi mengisi jawatan penting perlu ada agar nanti tidak ujud vacuam seperti perlantikan Dato' Bandar Ipoh. Ini penting bagi kita berikan keyakinan kepada rakyat bahawa kita boleh memerintah malah lebih baik dari UBN.

PAS kawasan Seremban yang masih tergantung dengan hanya Pemuda dan Muslimat PAS Seremban sahaja yang boleh bergerak,. Malangnya sahabatku Ketua Pemuda Seremban tiada langsung progrem yang menampakan serta memberi impak yang dapat dirasai oleh ahli dan masyarakat kawasan Seremban bahawa PAS itu wujud di sini.

Dia boleh pusing satu Seremban dengan wirid berkaitan wa'alaq serta kejayaan menubuhkan beberapa PASTI. Namun ia sebenarnya usaha yang kecil sahaja sedang PAS di kawasan Seremban adalah jantung PAS di N.Sembilan.

Banyak lagi progrem perlu dilaksanakan. Sebagai orang kuat Unit Amal Pusat seharusnya banyak yang boleh dan perlu dibuat. Setakat menubuhkan PASTI sahaja tidak cukup malah itu tugas asas Dewan Pemuda. Sepatutnya Unit Awal sudah semestinya kuat di Kawasan Seremban .

Nampaknya semua tak kena nie. Kita dah nak memerintah. Sejak jadi Ketua Pemuda , tiada satu pun ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Seremban, sedangkan itu adalah progrem asas sama seperti menubuhkan PASTI.

Mungkinkah beliau tak berkemampuan mengalas tugas dan amanah yang banyak.?

Mungkinkah beliau tidak mendapat sokongan AJK?.Mungkin............................

Tiada sokongan Pemuda Negeri? Tidak mungkin.

Apa masalah sebenarnya? Sahabat yang senior tolong bantu beliau agar tidak gugur sebutir lagi mutiara dalam PAS Seremban.

Pemuda PAS Kawasan Seremban mesti kuat bagi menampung masalah yang membelengu PAS Seremban.

Mungkinkah beliau tidak layak dan tidak punya idea untuk menggerakan Pemuda PAS Seremban. Ahli PAS Seremban dan Dewan Pemuda PAS Negeri kena pi tengok dan bantu beliau.

Kalau ini tak selesai, macam mana kita bila diberi amanah menguruskan kerajaan negeri selepas PRU 13.

czackPY : Bro kerja kuat sikitlah. Banyak kerja nak buat. Cakap dengan AJK jangan jadikan alasan PAS Seremban tergantung tak bertali. Pengundi di Seremban menaruh harapan tinggi pada kita.

Nanti sambung........................................


CERAMAH YBHG UST. NURSALAM AL-HAFIZ DI SURAU TAMAN BUKIT MARGOSA - 22HB FEBUARI 2010

Majlis berjalan dengan sempurna . Terima kasih kepada semua