TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Wednesday, June 15, 2011

MENANTI KABINET PAS NEGERI SEMBILAN

Pertama rasanya saya orang paling akhir mungkin mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau kerana masih belum mampu untuk sms mahu phone beliau kerana ketakutan lama masih menghantui saya. Kah Kah Kah.

Walaupun mendapat berita antara yang terawal saya hanya yakin beliau telah sah sebagai PJ NS bila membaca berita beliau daripada Turki.

Tidak perlu untuk saya menulis berkaitan dengan kelayakan serta kemampuan beliau kerana berita atau kenginan ahli PAS NS untuk melihat beliau memikul jawatan ini telah di suarakan sejak lama dulu. Seperti yang diulas oleh beberapa blogger perlantikan beliau lebih kepada menyelesaikan masalah dalaman PAS NS bukan satu tugas yang mudah.

Namun saya berkeyakinan sebagai ahli PAS NS perlantikan beliau ini sebenarnya sebabkan hampir semua masalah dalaman PAS NS selesai dan tumpuan kini lebih jelas ditumpukan kepada gerakerja bersama rakan di dalam PR NS bagi mengambil alih kerajaan NS di PRU 13.

Umum mengetahui PR NS kekurangan 4 saje kerusi lagi untuk menawan NS dan tanggungjawab adalah banyak terbeban kepada kerusi-kerusi yang di tandingi oleh PAS. Dan beliau dipertanggungjawab untuk memimpin PAS NS mencapai satu sasaran yang berat tetapi tak mustahil untuk dicapai jika gabungan yang beliau maksudkan dapat dibentuk dengan segera. Untuk makluman jika kekal 13 kerusi atau mungkin 14 kerusi yang bakal ditandingi oleh PAS di PRU 13 , ahli PAS NS wajib bekerja keras jika ingin menjadi peneraju PR NS PAS sekurang-kurangnya mesti berjaya menang 10 daripada kerusi-kerusi yang ditandinginya.

Untuk itu bersamaan dengan keputusan Muktamar Kabinet Pas Pusat sebagai kabinet Pilihanraya maka ahli PAS mahupun rakyat NS menanti dengan penuh debar Kabinet Pilihanraya PAS NS yang bakal di ketengahkan oleh beliau.

Dikesempatan ini tidak lewat juga untuk saya melahirkan ucapan tahniah kepada mantan PJ NS Sdr. Zulkefli Omar yang dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan didoakan beliau lebih berjaya digelanggang yang lebih besar lagi.

SELAMAT BERTUGAS YB