TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, February 23, 2009

TANAH KUBUR PUN KITA TAK DAPAT LETAK HARAPAN PADA UMNO UNTUK URUSKAN












Di daerah Seremban ketika ini terdapat 3 kawasan Perkuburan Utama iaitu Makam Tuan Haji Said, Tanah Perkuburan Paroi Jaya dan yang terbaru Tanah Perkuburan Senawang.




Satu ketika di zaman Tok Isa ianya menjadi kelam kabut apabila tanah di sekililingnya di beri kepada orang UMNO yang kemudian di jual kepada saudagar Cina dan tanah perkuburan baru dibuka di Senawang. Khabarnya bila rungutan dari orang ramai tersebar pula ia tak jadi dan keluarga india di situ diberi tanah di tempat lain dan Makam Tuan Haji Said di besarkan dengan tambah kawasan seluas 5 ekar.




Bila zaman Tok Mat kerja-kerja tanah dimulakan. Ianya menimbulkan banyak pertanyaan. Ada yang bercerita bila ditanya kepada Tok Mat, Beliau maklumkan bukan beliau tetapi kelulusan di beri pada zaman Tok Isa. Mustahil kelulusan bangunan pun zaman Tok Isa


Makam Tuan Haji Said sepatutnya menampung penduduk di sekitar Ampangan, Sikamat membawa hingga ,Lobak , Templer, Seremban , Rasah dan sekitarnya . Manakala kita melihat tanah perkuburan di sebelah stadium yang kecil sahaja, nak tampung orang Taman Paroi Jaya pun tak cukup.

Melalui pengalaman uruskan jenazah kadangkala permintaan keluaraga tidak dapat dipenuhi bagi memilih kawasan tanah perkuburan yang berhampiran. Tanah perkuburan stadium tidak mampu menampung penduduk taman di sekitarnya apakan lagi jenazah yang dibawa dari luar kariah.
Adakalanya jenazah dari Senawang tidak dikebumikan di Makam Tuan Haj Said dan tanah perkuburan di Senawang bukan pilihan penduduk Senawang.
Kini pilihan banyak di tanah perkuburan Stadium kerana di Makam Tuan haji Said pengurusanya kelam kabut . Jenazah yang dikebumikan dilereng bukit tidak jadi pilihan.

Permasalahan tanah perkuburan ini pernah disuara kepada rakan UMNO di Kampung Bukit Temiang. Tapi jawapan mereka bila kita mati apa nak tahu, biar yang hidup uruskan. Kita pun tak tahu mati kita esok keluarga dapat tengok mayat ke tidak.

Seharusnya mesti dibuat penyeragaman. Apa akan terus kekal budaya melayu bila melalui kawasan kubur takut hantu kubur. Sedangkan kawasan kubur itu satu dari iktibar agar manusia sentiasa ingat mati itu pasti datang dan bersiap sedia untuk menghadapi.

Tidak kira dia orang besar ke? , pangkat besar?, kuasa besar ke ? mati tetap datang . Benarlah apa yang dikatakan oleh Dato' Hasan Ali, Umno nie dalam kamus ilmu perancangan bandar tidak difikirkan langsung kawasan kubur, hanya hidup, hidup, hidup.

Inikah kerajaan UBN yang hendak kita terus harapkan memimpin serta mentadbir kehidupan kita?Nak uruskan kubur pun kelam kabut. Jom pakat sokong PAS.