TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Saturday, June 27, 2009

MANIK URAI UBN HILANG DEPOSIT

CERITA KATUN ATAU ANGAN MAT JININ TAPI TAK MUSTAHIL


Dulu sebelum PRU 12 bila DSAI cakap Barisan Alternatif boleh menang lebihkurang 80 kerusi parlimen ramai yang tak percaya. Mereka yang dulu bertanding tapi kalah hanya sanggup jadi wakil calun atau Pengarah pilihanraya DUN. Selepas keputusan keluar ramai juga mereka ini yang rasa terkilan.
Bila berhujah berkaitan undi hantu DSAI ketika itu berkempen arahkan kita kerja kuat tingkatkan undi base kita. Banyak mana undi hantu atau undi pos boleh diserap.




Di Manik Urai walaupun mustahil, cuba kita letakan sasaran menghilangkan deposit calun UBN. Kita akui dengan memiliki bermacam kelebihan seperti media, duit,ugut, manipulasi kuasa melalui SPR.


Tetapi tak mustahil kerana ianya PRK bagi kerusi di Kelantan. Penduduknya di akui mempunyai kematangan politik yang tinggi dan PAS telah memerintah hampir 20 tahun. Rakyat Kelantan telah merasai nikmatnya di bawah pemerintahan TGNA.


Bagi penulis yang pernah melawat Serambi Mekah pada 1990 beberapa bulan selepas PAS mengambilalih pemerintahan negeri dan kembali melawat pada bulan lepas iaitu lebihkurang 20 tahun kemudian menyaksikan kepesatan pembangunan fizikal dan jasmani yang tidak boleh dinafikan.


Dan di dalam beribu isu pilihanraya penulis rasa isu terbaru dan amat besar yang tidak mustahil sebabkan calun UBN hilang deposit ialah royalti minyak petrolium yang digali di perairan Kelantan. Menafikan hak rakyat Kelantan serta menyembunyikan hasil keluaran petrolium oleh UBN tidak boleh dimaafkan. Niat jahat dan busuk hati pimpinan UBN harus dihukum oleh rakyat pengundi Manik Urai. Mereka sanggup menjual harta negara kepada negara luar serta menganaktirikan rakyat negara sendiri .


Pengundi Manik Urai anda bersuara sekarang. Kami diluar akan datang membantu serta mendoakan kejayaan anda.

BENARLAH UMNO IBU SEGALA PUNCA PERPECAHAN MASYARAKAT BAHAGIAN 3

Inilah dalang yang mendakwa mendapat restu dari MBNS . Pusing taman dengan menjaja SMS MBNS kepada beliau sebagai bukti. Kerana saya ahli PAS beliau menuduh saya membawa agenda pembangkang. Kita dikhabarkan di dalam beberapa mesyuarat MBNS bila disebut Taman Margosa terus menolak sebarang peruntukan atau majlis jika ada kaitan dengan Taman Bukit Margosa. Beliau lupa dalam negara yang mengamalkan demokrasi ada parti pemerintah dan ada parti pembangkang. Kalau satu parti tu komunis namanya. Salah ke kami mempertahankan hak kami yang dizalimi. Sebagai ahli UMNOhttp://www.scribd.com/doc/16847282/Wan-Shamsudin-Semakan-Keahlian-UMNO-Sehingga-31-Dis-2007 beliaulah yang punya agenda politik dan agenda peribadi. Demi itu beliau mengkianati aspirasi penduduk dan memecahkan perpaduan taman. Tak ke itu namanya UMNO ibu segala penyebab perpecahan penduduk. Fikirkanlah

BENARLAH UMNO IBU SEGALA PUNCA PERPECAHAN MASYARAKAT BAHAGIAN 2

Surat saya kepada Ketua Pembakang yang dijadikan alasan puak PRIHATIN yang mohon hingga ke JPNIN Putrajaya supaya semua AJK dipecat dan bubar KRT Taman Bukit Margosa yang bertujuan Jawatankuasa Bertindak Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Marosa terbatal. Dengan itu dapatlah mereka mmenuhi nafsu serakah wakil MBNS Wan Shamsudin.

Sayangnya mereka nama je belajar tinggi tapi tak tahu erti demokrasi

azizah




azizah2