TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, September 3, 2010

KISAH SIFUAD

class="MsoNormal">Maaf semua kerana lama tak menulis. Masa banyak ditumpukan pada tugas sebagai setiausaha JPNNS

Baru-baru ini saya menerima email dari seseorang yang minta saya menulis kisah Si Fuad yang cerita dikatakan menerima musibah.

Tidak mampu untuk mengulas lantaran kesibukan, Saya perturunkan tulisan seorang sahabat yang mahu namanya dirahsiakan yang mendakwa bekas anak murid beliau untuk mengajak pelayar blog menilainya.

Bila ada kelapangan saya akan ulas

Jadi Layannnnnnnnnnnnnnnnnnn

KEZUHUDAN USTAZ FUAD KAMALUDIN

Saya selalu tertanya tentang kezuhudan Ustaz Fuad? Kerana sifat ‘ZUHUD’ ini terdapat kepada guru guru Mursyid dan guru Murobbi. Adakah dia Zuhud? Nampak luaran dunia tapi di dalam hati hanya terpaut kepada akhirah. Sebagai manusia biasa kita hanya boleh menilai manusia daripada apa yang kita lihat dihadapan kita. Kalau kita tanam pokok durian, buahnya tetap buah durian la, tapi kalau berbuah rambutan ke, maka tak logik dan ada yang tak kena.

Pertama kali saya bertemu Sheikh Fuad, dia dah menggunakan kereta Mercedes C200. Sampai sekarang (se tahu saya) dia tidak memandu kereta sendiri, tetapi dipandu oleh orang orang yang akrab dengan dia. Kalau di Kuala Lumpur, keretanya selalu dipandu oleh orang kanannya yang berkerja di Bank Rakyat. Selepas Mercedes C200, dia tukar kereta kepada BMW 500 series dan kemudiannya kepada Mercedes S Class. Sekali pandang, kita akan dapati yang Ustaz Fuad memang suka kepada kereta kereta mewah Continental. Suka dan sebagai hobi tu satu hal la, tetapi sebagai Guru dan pendakwah, yang kita tahu tidak mempunyai pendapatan tetap, daripada mana dia mendapat sumber kewangan yang membolehkan beliau berbuat demikian. Ada muridnya yang berkata, mungkin ada orang yang menghadiahkan kereta kereta tersebut kepada beliau. Betul ke? Baik sungguh orang yang memberikannya. Setelah membuat penyelidikan, saya dapati yang besar kemungkinan yang Ustaz Fuad membeli kereta kereta ini dengan membuat pinjaman Bank dan membayar dengan ansuran bulanan. Tanpa perkerjaan tetap dengan slip gaji, masakan boleh membuat pinjaman bank. Mungkin barangkali ada yang membuat pinjaman bagi pihak beliau. Soal sekarang, daripada manakah sumber kewangan beliau? Daripada Yayasan Sofa kah? Daripada hadiah hadiah dan sedekah sedekah orang dan anak murid kah? Yang pastinya, yang bertanya tentulah tahu dan yang empunya kereta lagi tahu tentang hal ini.

Soal pokoknya, perlukah seorang Ustaz kepada kereta kereta mewah seperti ini? Mana Zuhudnya! Masih ada duniawi di dalam diri kah? Apabila dipersoalkan perkara ini, Ustaz Fuad ada jawapannya. Sila lihat kepada tokoh islam yang terkenal, Abu Hassan Shazuli, pengasas Tareqat Shazuliah. Ustaz Fuad samakan dirinya dengan beliau. Memang betul Abu Hassan Shazuli memakai pakaian pakaian yang termahal, menggunakan kenderaan yang termahal, dan memakan makanan makanan yang lazat dan sedap. Memang dia berbuat demikian, tetapi dia Zuhud, dan di dalam hatinya tiada duniawi. Macam mana Abu Hassan Shazuli boleh kaya raya? Kerana dia berniaga dan buat business, diatas usahanya sendiri. Dia memberi wang, rumah dan pakaian kepada yang memerlukannya. Dia langsung tidak meminta atau mengambil wang daripada orang lain. Dia tidak meminta wang daripada orang atau anak murid sekiranya dia hendak pergi ke Mesir contohnya. Dia tidak meminta wang untuk menulis buku buku. Dia tidak meminta wang untuk mengadakan majlis dan sebagainya. Malah Abu Hassan Shazuli sendiri yang membiayai semua ini dengan wang dan kekayaannya sendiri tanpa meminta daripada manusia yang lain. Jadi kalau dibandingkan mereka berdua, memang tak sama. Seorang tu suka meminta minta daripada yang lain, tetapi yang satu lagi di sini suka member daripada meminta. Jauh sekali peribadi kedua dua makhluk ini.

Pada suatu ketika, murid murid di Rembau diwajibkan memberi tak silap saya RM 1000 seorang untuk tujuan dakwah Ustaz Fuad. Pada suatu ketika di Kuala Lumpur, beliau hampir menggunakan taktik yang sama di Kuala Lumpur kerana beliau nak mengumpulkan dana untuk membangunkan projek di Bukit Sembilan, Rembau. Dia pernah berkata di Kuala Lumpur di dalam satu kuliahnya, sekiranya seseorang hendak menghadiri kelasnya kerana hendak mencari ilmu, beramal tapi kalau tak nak mendukung dakwahnya, maka tak payahlah datang atau menghadiri diri ke kelasnya. Dan apabila saya memperinci apa yang dimaksudkan ‘dakwahnya’ dan apabila saya diberitahu yang salah satu maksudnya adalah apabila beliau meminta wang, maka murid murid kena tunaikan permintaannya. Saya terdiam sejenak dengan apa yang saya dengar dan hampir hampir tidak percaya dengan apa yang saya dengar. Masyaallah, mengapa terjadi yang demikian?

Di dalam satu kuliah di Anjung Rahmat (ABIM), Ustaz Fuad ada mengatakan apabila nak beli kereta, beli kereta kereta yang mahal mahal seperti Mercedes atau BMW dan bukan Kancil. Apabila membelinya, risaukan macam mana nak bayar kemudian. Masyaalah, semua yang saya katakan ini bukan fitnah atau tomahan. Kerana ada ramai saksi saksi. Anak anak muridnya samai yang tahu tentang hal ini.

Jadi Zuhud kah Ustaz Fuad Kamaludin? Saya biarkan pembaca membuat penilaian yang tersendiri.