TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, September 3, 2010

KISAH SIFUAD

class="MsoNormal">Maaf semua kerana lama tak menulis. Masa banyak ditumpukan pada tugas sebagai setiausaha JPNNS

Baru-baru ini saya menerima email dari seseorang yang minta saya menulis kisah Si Fuad yang cerita dikatakan menerima musibah.

Tidak mampu untuk mengulas lantaran kesibukan, Saya perturunkan tulisan seorang sahabat yang mahu namanya dirahsiakan yang mendakwa bekas anak murid beliau untuk mengajak pelayar blog menilainya.

Bila ada kelapangan saya akan ulas

Jadi Layannnnnnnnnnnnnnnnnnn

KEZUHUDAN USTAZ FUAD KAMALUDIN

Saya selalu tertanya tentang kezuhudan Ustaz Fuad? Kerana sifat ‘ZUHUD’ ini terdapat kepada guru guru Mursyid dan guru Murobbi. Adakah dia Zuhud? Nampak luaran dunia tapi di dalam hati hanya terpaut kepada akhirah. Sebagai manusia biasa kita hanya boleh menilai manusia daripada apa yang kita lihat dihadapan kita. Kalau kita tanam pokok durian, buahnya tetap buah durian la, tapi kalau berbuah rambutan ke, maka tak logik dan ada yang tak kena.

Pertama kali saya bertemu Sheikh Fuad, dia dah menggunakan kereta Mercedes C200. Sampai sekarang (se tahu saya) dia tidak memandu kereta sendiri, tetapi dipandu oleh orang orang yang akrab dengan dia. Kalau di Kuala Lumpur, keretanya selalu dipandu oleh orang kanannya yang berkerja di Bank Rakyat. Selepas Mercedes C200, dia tukar kereta kepada BMW 500 series dan kemudiannya kepada Mercedes S Class. Sekali pandang, kita akan dapati yang Ustaz Fuad memang suka kepada kereta kereta mewah Continental. Suka dan sebagai hobi tu satu hal la, tetapi sebagai Guru dan pendakwah, yang kita tahu tidak mempunyai pendapatan tetap, daripada mana dia mendapat sumber kewangan yang membolehkan beliau berbuat demikian. Ada muridnya yang berkata, mungkin ada orang yang menghadiahkan kereta kereta tersebut kepada beliau. Betul ke? Baik sungguh orang yang memberikannya. Setelah membuat penyelidikan, saya dapati yang besar kemungkinan yang Ustaz Fuad membeli kereta kereta ini dengan membuat pinjaman Bank dan membayar dengan ansuran bulanan. Tanpa perkerjaan tetap dengan slip gaji, masakan boleh membuat pinjaman bank. Mungkin barangkali ada yang membuat pinjaman bagi pihak beliau. Soal sekarang, daripada manakah sumber kewangan beliau? Daripada Yayasan Sofa kah? Daripada hadiah hadiah dan sedekah sedekah orang dan anak murid kah? Yang pastinya, yang bertanya tentulah tahu dan yang empunya kereta lagi tahu tentang hal ini.

Soal pokoknya, perlukah seorang Ustaz kepada kereta kereta mewah seperti ini? Mana Zuhudnya! Masih ada duniawi di dalam diri kah? Apabila dipersoalkan perkara ini, Ustaz Fuad ada jawapannya. Sila lihat kepada tokoh islam yang terkenal, Abu Hassan Shazuli, pengasas Tareqat Shazuliah. Ustaz Fuad samakan dirinya dengan beliau. Memang betul Abu Hassan Shazuli memakai pakaian pakaian yang termahal, menggunakan kenderaan yang termahal, dan memakan makanan makanan yang lazat dan sedap. Memang dia berbuat demikian, tetapi dia Zuhud, dan di dalam hatinya tiada duniawi. Macam mana Abu Hassan Shazuli boleh kaya raya? Kerana dia berniaga dan buat business, diatas usahanya sendiri. Dia memberi wang, rumah dan pakaian kepada yang memerlukannya. Dia langsung tidak meminta atau mengambil wang daripada orang lain. Dia tidak meminta wang daripada orang atau anak murid sekiranya dia hendak pergi ke Mesir contohnya. Dia tidak meminta wang untuk menulis buku buku. Dia tidak meminta wang untuk mengadakan majlis dan sebagainya. Malah Abu Hassan Shazuli sendiri yang membiayai semua ini dengan wang dan kekayaannya sendiri tanpa meminta daripada manusia yang lain. Jadi kalau dibandingkan mereka berdua, memang tak sama. Seorang tu suka meminta minta daripada yang lain, tetapi yang satu lagi di sini suka member daripada meminta. Jauh sekali peribadi kedua dua makhluk ini.

Pada suatu ketika, murid murid di Rembau diwajibkan memberi tak silap saya RM 1000 seorang untuk tujuan dakwah Ustaz Fuad. Pada suatu ketika di Kuala Lumpur, beliau hampir menggunakan taktik yang sama di Kuala Lumpur kerana beliau nak mengumpulkan dana untuk membangunkan projek di Bukit Sembilan, Rembau. Dia pernah berkata di Kuala Lumpur di dalam satu kuliahnya, sekiranya seseorang hendak menghadiri kelasnya kerana hendak mencari ilmu, beramal tapi kalau tak nak mendukung dakwahnya, maka tak payahlah datang atau menghadiri diri ke kelasnya. Dan apabila saya memperinci apa yang dimaksudkan ‘dakwahnya’ dan apabila saya diberitahu yang salah satu maksudnya adalah apabila beliau meminta wang, maka murid murid kena tunaikan permintaannya. Saya terdiam sejenak dengan apa yang saya dengar dan hampir hampir tidak percaya dengan apa yang saya dengar. Masyaallah, mengapa terjadi yang demikian?

Di dalam satu kuliah di Anjung Rahmat (ABIM), Ustaz Fuad ada mengatakan apabila nak beli kereta, beli kereta kereta yang mahal mahal seperti Mercedes atau BMW dan bukan Kancil. Apabila membelinya, risaukan macam mana nak bayar kemudian. Masyaalah, semua yang saya katakan ini bukan fitnah atau tomahan. Kerana ada ramai saksi saksi. Anak anak muridnya samai yang tahu tentang hal ini.

Jadi Zuhud kah Ustaz Fuad Kamaludin? Saya biarkan pembaca membuat penilaian yang tersendiri.

11 comments:

Al-Mukhtar said...

Bro..kalau takat gi tadah kitab belum tentu seseorang itu dah jadi murid seseorang guru. Saya takut mamat tu hanya dengar2 dan faham sendiri2. Elok bertanya tuan tubuh atau org2 yg rapat dengan beliau. Kalau tak sesajer jer tabur fitnah kat orang...betul tak?

warisan layot said...

Salam buat kamu yg saya jangka Ahli Pas.. itu cuma sangkaan sahaja berdasarkan suasana Blog yg sebegitu. Tahniah kerana punyai masa untuk mengomen.. bravo bro.. bravooo!! namun hati2 tuan, dalam menulis dan mengomel, pastikan maklumat yg diterima tu sahih dan dari perawi yg sahih. jgn sekadar membuat cerita dek sedap telinga mendengar atau sekadar meluahkan rasa kecemburuan dan ketidakpuashatian kita pada seseorang atau cuma ingin menonjol diri kita agar dicap sbg lebih berilmu, zuhud dan terror menulis atau mengomen. Biarlah apa yg kita tulis tu boleh memberi menfaat bukan membawa mudharat,kalau boleh pada setiap pembaca bukan segelintir insan yg punyai sifat tercela di dalam dada.

Saya sekadar memberi pandangan agar setiap ahli pas macam tuan ni terhindar dari membuat fitnah sejajar dengan wadah perjuangan menegakkan ISlam di bumi Malaysia ini. Takutnya dalam masa kita mengatakan fitanah sana dan sini kita sebenarnya pemfitnah besar. Atau kita memandang baik pada benda yg kita suka sahaja dan susah nak menrimapandangan org lain. Jangan bro.. jangan.!! Seelok-eloknya siasat dan teliti dulu sebelum mengepos ke alam cyber ni. Dikhuatiri apa yg kita katakan itu sebenar2nya bukan seperti yg kita dengar dan sangkaan di benak hati kita. Jadi Lu pikir lah sendiri apakah hukumnya. Waimma kalau dia betul sekalipun, kenapak kita mengaibkan mereka itu, sedangkan ada larangan khusus bagi setiap manusia untuk membuka aib seseorang. "Ahli Paskah kita?" pejuang ISlam kah kita?

Kenapa perlu kita menyiarkan cerita "sheikh fuad" tersebut? ada dia kacau kita? ada dia kacau si penulis? ada dia kacau anak bini kita? berapa banyak harta dia dah rampas dan tipu dari kita? dah check dalam akaun dia tu.. dia kaya ker miskin, dah chek ker harta2 tersebut atas nama beliau atau nama seseorang. Kalau belum maka kenyataan tuan masih lagi bukan kenyataan sebenar, masih berbaur fitnah. apa mudharatnya dia pakai kereta mewah pada kita? ada dia ambil duit kita? betul ker dia tiada perniagaan? tiada pelaburan? kenapa kina nak mengajak org2 menilainya sendiri? kenapa kita tak suka dia? sbb dia pakai kereta mewah atau sebab dia tak zuhud? betul ker dia tak zuhud? zuhud di sisi siapa? di sisi manusia atau disisi Allah SubhanaHuWaTaa'la atau di sisi tuan yg punya sikap buruk sangka yg melampau.

Saya mencadangkan persolan tersebut harus dijawab terlebih dahulu. Betulkan maklumat tu dari bekas anak murid beliau? betulkan yg menyampaikan tu diakui sbg anak murid Sheikh Fuad tersebut. Atau budak tu sengaja mengaku anak murid walhal gurunya tak pernah mengakui beliau guru kepada orng tersebut. Ini dah menyalahi kenyataan tua tadi, dan ini akan menimbulkan fitnah. Dan kalau buat fitnah tuan sendiri amat arif apa hukumnya kan.

Maka saya mengaja tuan dan saya sendiri agar hentikan tohmahan dan cerita2 yg tak sahih sebegini bagi mengekalkan kita sebagai pejuang ISlam dan bukan penyokong Islam. Marilah kita berbaik sangka antara kita dan bersihkan hati dari safat2 tercela.. moga kita dirahmati Allah SubhanaHuWaTaa'la.

Anonymous said...

kau ni buat fitnah je bro.pk panjang sgt umur ko?? kot Allah amik nyawa ko sok ke tatau la ko sempat nk minta maaf dgn syeikh fuad atas fitnah ko yg tersebar di internet ni. Pastu ramai lak buta hati trus percaya dgn ape ko cakap. ape bukti cakap2 kau tu? apa masalah dia nak pakai kete mewah??. typical malay la kau ni. dengki dgn orang lain. kalau setakat dgr citer org lain takyah la bro. mungkin orang tu dengar tp tafsiran dia salah sbb dia dengki ke ape pastu tambah2 citer n sampaikan kat ko. Ko plak sbb dengki tak pasal2 pastu tulis kasi nampak sedap lg kan. Dia nak pakai kete mewah, duit dari mana apsal ko busy body lak. Kalau org bijak akan tafsirkan ayat2 dia dgn bijak. Cth dia sebut pakai kete mewah ke sbb dia nak galakkan org islam ni berusaha n jd kaya. Bila kaya so senang la nak beribadah. Bayar zakat. Nak g haji ke, nak bersedekah, nak sponsor student belajar agama ke. Biar islam ni ramai org kaya sbb pd zaman nabi saw dulu pun org kaya yg ramai membantu dakwah nabi. Ko jgn pk lak kaya tu utk jadi org yg kufur dgn nikmat Allah plak. Tp kalo ko pk negative tatau la aku kan. Aku xde lak pk dia berlagak bile citer pakai Merce ke, skang pakai Cayenne lg. Elok la tuh. Ayat ko 'perlu ke seorang ustaz dgn kete mewah seperti ini'. Syeikh berdakwah merata tempat bro. pg ni boleh kat kl, tgh ari kt rembau. Malam boleh jd kat JB ker. Sure la nak pakai kete yg selesa. Takkan ko nak tgk org buat kerja agama ke sana sini pakai kancil jer???? Sakit badan la weiii.. Orang dh pk global , ko asyk pk dalam tempurung jer. Antara yg syeikh dh buat ialah buka pusat tahfiz, tempat org belajar hadis, skolah tinggi Islam dll tp ko still pk hal kat tempat ko jer ( insyaallah univ al azhar akan menjadi kenyataan ). dan ayat2 ko tu bunyinya macam syeikh amik duit yayasan.. indah sekali fitnah ko bro. Wei, datang rembau la tgk apa ada kat bukit sembilan sblm buat fitnah. Tak pun boleh datang ke Dar Maliki dekat Taman TAR kalau ye pon nak buat fitnah. Orang yg tak nampak akan amik ayat ko directly yg syeikh ni amik duit utk bermewahan. Mmg biadap la ko CZACKPY. Ko tau ak berapa ramai student STIAS dah pergi ke mesir, Yaman dsb?? Sblm student STIAS (Sek Tinggi Islam As Sofa)bertolak ke Jordan tempoh hari syeikh siap berpesan pd mereka ditakdirkan kalau takde duit nnt jangan minta2 dengan org lain, minta dgn syeikh. Insyaalah syeikh akan bagi. Sewaktu di Mesir dulu pun syeikh ada bg duit utk rakan2nya yg takde duit semasa belajar. Utk majlis2 di Rembau cthnya, banyak syeikh sendiri yg sponsor lembu ke dll utk anak muridnya. Utk kitab kitab nya juga syeikh selalu cakap kalau takda duit ambil sahaja takyah bayar. Kalau yg ada duit tu bayar lah, takkan nk free plak. Ini saya cakap sbb DEMI ALLAH saya sendiri yg dengar. Bukan saya dengar dr org lain or buat penyelidikan bodoh macam saudara. Orang2 yg berduit bayar lah harga kitab tu, sedekah la utk madrasah beliau sbb nak buat kitab kene ada duit bro, nak buat kelas agama kene baya bil letrik utk kipas, microphone bro. Kalau kau nak sume free tatau lah aku. Again jadilah typical malay yg nak harap subsidi. Bg aku , pasal duit tu logik lah. Nk buat kerja agama mmg lah perlukan duit bro. Ko tau ak org melayu ni sume nk free jer kalau boleh. Abis ustaz2 yg ajar agama tu nk bg makan ape kat anak bini kalo bukan dgn duit sedekah? Dorang dtg masjid tak pakai minyak? Kete tu isi dgn air mineral?? Org melayu mmg susah nk bg derma kalau utk kerja2 dakwah. Seringgit time jumaat pon berkira. So bg aku kalau syeikh minta duit seribu ke dr anak murid dia takde mslh bg aku. Duit tu jugak lah yg akan membantu kita di akhirat nnt. N again, kalau takde duit takyah la paksa. Dia ckp takyah dtg kelas tu anggap la sbg gurauan. Sbb kalau org tu kalau dh kenal syeikh mmg akan paham gurauan dia. Ini bile dh ckp camtu rasa tawar hati nk blajar agama. Sokong la usaha dakwah weiii bukan asyik nak membusukkan orang jer. Aku mtk maap kalo ko sakit ati tp aku mmg sakit ati dgn tulisan n fitnah kau. Amik sumber orang pastu buat kesimpulan sendiri.

apasal czackpy diam jer...dah tak berani komen lagikah bro..itulah...lain kali dapatkan maklumat tepat...buat malu orang PAS jer...

Unknown said...

Bab pendakwah menggunakan kereta mewah utk tugas dakwah, tak perlulah nak buruk sangka. Sebenarnya ramai pendakwah didunia yg ramai orang2 kaya mengasihi mereka. Ustaz Azhar Idrus, diberi ferrari oleh muridnya. Apa nak hairan. Itu rezqi MAU'UD.

Unknown said...

Ustaz Azhar Idrus diberi orang Ferrari.
Jgn cemburu buta. Tak baik tau!!!

Rahman said...

Saya percaya apa yg di tulis olih penulis tentang ustz Fuad Tu sbb saya pun dengar beberapa yg negatif berkenaan dgn beliau.

Rahman said...

Tu sbb jgn taksub membabi buta saja. Iblis lagi hebat ilmu nya Dan pernah duduk di syurga. Ustz Fuad ni merampas tunang orang ssb wanita kerani di pejabat as sofa. Patut ke ulamak buat mcm tu

Aida Yasmine said...

Saya percaya dgr cerita ni..

Anonymous said...

Puad ni penunggang toreqah