Dikhabarkan kepada kita CIMB(milik adik Najib) cawangan Ampangan akan ditutup selepas Hari Raya nanti.
Seperti sedia maklum DUN Ampangan memiliki firma kewangan selain CIMB ialah Bank Simpanan Nasional dan Tabung Haji . BSN dan Tabung haji milik kerajaan yang mensasarkan pengguna melayu setempat sedangkan CIMB adalah syarikat kewangan swasta bagi pengguna menyimpan serta membiayai perniagaan mereka memenuhi permntaan dari penggguna di sekitar Ampangan hingga Paroi, Sikamat malahan dari pengguna dari Seremban dan Senawang.
CIMB jadi pemangkin ekonomi DUN Ampangan terutama peniaga melayu dari pasar Ampangan serta peniaga melayu di sekitarnya. Bagi peniaga serta orang ramai yang senantiasa berurusan di Ampangan pasti telah melihat bagaimana sesaknya BSN mahu pun TH setiap hari , lebih lagi bila pelajar dari sekolah berasrama di sekitar Ampangan datang untuk menggunakan perkhidmatan perbankan.
Dulu di DUN Ampangan memiliki kauter TNB bagi memudahkan penduduk membuat bayaran bil setempat, kini telah di tutup. Kita pernah sampai kan kepada wakil rakyat BN ketika itu Zakaria Nordin, mungkin TNB mengambilkira keuntungan tanpa mengirakan tanggungjawab sosial, Buktinya mana pernah lapuran keseluruhan kewangan TNB yang memaklumkan kerugian mereka setiap tahun.
Dengan adanya CIMB inilah yang menggerakan ekonomi terutama peniaga di sekelilingnya. Seharusnya adik Najib jangan hanya pentingkan keuntungan sahaja tanpa melihat keperluan tanggungjawab sosial pada rayat seperti laungan abang 1Malaysia rakyat didahulukan.
Mungkinkah tiada usaha untuk merancakan ekonomi Ampangan ini sebagai satu bentuk penderaan kepada penduduk Ampangan yang mengundikan pembangkang.
bersambung.....................