TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, September 11, 2009

BAGAN PINANG 2 - KALAU RASMIKAN REBAN AYAM PUN WAKIL RAKYAT UBN AKAN HADIR


Ini cerita bekas majikan ku. Walaupun sudah pergi mengadap Ilahi masih di perkatakan. Dari seorang yang merupakan penyokong totok Tok Isa beralih kepada menyokong Tok Mat. Biasalah Tok Mat menjaga penyokong dengan duit.

Kaedah menjaga sokongan akar umbi antara Tok Mat dan Tok Isa yakni UMNO semuanya dengan duit, projek dan sebagainya. Yang membezakan cara dan jumlahnya.

Tok Isa memberi projek untuk di uruskan oleh penyokongnya tetapi Tok Mat bagi tunai. Sejak tiada lagi memegang jawatan MB, ramai penyokong Tok Isa dalam kelemasan . Sumber kewangan baru tiada dan simpan berkurangan dan banyak harta-harta dicair untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Tok Mat bila mengambil alih jawatan MBNS bagi memastikan mendapat sokongan telah menggunakan wang menarik sokongan dari penyokong Tok Isa. Dan Arwah Azman adalah salah seorang yang menjadi mangsa permainan politik. Beliau telah tersepit ditengah-tengah antara mengekalkan sokongan pada Tok Isa yang tidak berkuasa dengan Tok Mat yang sedang berkuasa. Dikhabarkan yang terbaru Tok Mat bagi memastikan Azman memberikan sokongan telah membiayai kos pembedahan jantung serta pemberian beberapa projek. Ini dilakukan dalam pengetahuan Azman menghadapi masalah kekurangan wang bagi mengurus Dun Bagan Pinang.

Dizaman Tok Mat yang mengawal semua peruntukan kewangan sehingga tersebar berita di mana ADUN BN jika dipanggil untuk rasmikan reban ayam pun sanggup hadir bagi memastikan mendapat tuntutan elaun kehadiran. Dengan elaun ini dapat menambahkan pendapatan bagi uruskan DUN dan perbelanjaan peribadi.

Semua penyokong UMNO menghadapi kesukaran untuk memdapatkan bantuan kewangan dari wakil-wakil rakyat UMNO akibat kengkangan ini.

Disamping itu Tok Mat bagi memastikan sokongan akan pastikan mereka yang dibantu tidak ada kelayakan untuk menikam beliau dari belakang. Ini dapat dilihat di DUN Ampangan dilantiknya Mad Nor Awang yang punya wang tapi kosong ilmu