TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Wednesday, January 13, 2010

KERAJAAN PEKAK BADAK HOI ....APA LAGI NAK KITA HARAPKAN PADA UBN-BAJET PENDIDIKAN DIPOTONG

Pembiayaan dibuat untuk pasukan F1 malangnya belanja pendidikan dikurangkan. Payah bila kita serahkan kepad UBN memerintah negara ini.

Harapan ibu bapa yang ingin melihat anak mereka berjaya terencat. Di awal tahun ibu bapa yang ingin melihat anak merka cemerlang berusaha mendapatkan tempat ke sekolah-sekolah berasrama yang menjanjikan suasana pembelajaran yang terbaik untuk anak mereka.

Bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah dengan saingan untuk memastikan keputusan akademik anak cemerlang kos terendah ialah memasukan anak ke asrama penuh atau sekolah harian yang mempunyai asrama.

Jika anak bersekolah biasa keperluan agar anak untuk mencapai kecemerlangan pastinya anak akan dihantar ke pusat tusyen. Bagi yang berpendapatan tinggi ia bukan masalah tetapi tidak yang berpendapatan rendah.

Selain kos yuran , kos pengangkutan, duit poket. semua perlu diambil kira bagi yang berpendapatan rendah.

Bila anak di asrama sekurangnya kos tambahan di atas tiada dan waktu pembelajaran yang teratur.

Ramai yang berkata kalau nak berjaya tak semestinya belajar di asrama. Betul, ini tak dapat dinafikan.

Tetapi hakikatnya di asramalah ramai melahirkan pelajar yang cemerlang. Lebih- lebih lagi di sekolah berasrama penuh yang punya nama dan kejayaan seperti TKC. SDAR, MRSM, MCKK dsbnya.

Bagi keluarga yang miskin, ini lah satu-satunya saluran untuk melihat anak mereka berjaya dan mengeluarkan kehidupan mereka dari gelembung kemiskinan. Kalau bapanya tukang kebun anaknya tidak lagi akan terperangkap dalam gelembung kemiskinan menjadi tukang kebun juga.

Kini bila kita damparkan harapan kepada UBN ianya bukan jadi juara rakyat tetapi pengkianatan kepada rakyat.

Waktu persekolahan 2010 bermula kita dikejutkan dengan
pelbagai peruntukan untuk pendidikan dibatalkan atau di tangguhkan.

Kita lihat antaranya sekolah harian biasa yang punya asrama seperti di Seremban ,Agama Haji Mohd Said dan di Kuala Pilah Sek. Men Zaaba., telah memaklumkan semua penghuni asrama dikehendaki pulang waktu hujung minggu kerana bajet makan dan minum untuk hari sabtu dan ahad tiada sehingga bulan Jun 2010.

Bayangkan kepada mereka yang berpendapatan rendah .Belanja tambahan yang terpaksa dikeluarkan dan waktu berkualiti yang terpaksa dikorban.Belanja pengangkutan untuk anak balik atau belanja kepada ibu bapa yang terpaksa mengambil anak pada hari jumaat dan dihantar semuaa pada hari ahad.

Inilah yang dikatakan slogon UBN rakyat didahulukan. Sanggup memotong bajet pendidikan tetapi berbelanja untuk Team FI. Mereka hanya fikirkan nama dan tembolok kroni sahaja manakala masa depan anak bangsa dan rakyat diketepikan.

Kita mendengar khabar juga dengan bajet pendidikan dipotong ada sekolah asrama penuh sekarang memilih pelajar dari keluarga pendapatan yang tinggi bagi memudahkan pihak pengurusan sekolah mendapat sumber wang bagi menjalankan aktiviti sekolah dari ibu bapa yang kaya. Ini penting bagi pengurusan sekolah kerana tuntutan kecermelangan pelajar dari semua pihak dibahu mereka.

Dengan peratusan pelajar yang skor A dalam peperiksaan amat tinggi saingan ke Asrama Penuh juga cukup tinggi.

Kalau dulu saingan berbentuk samada pelajar adalah dari anak kepada ibu bapa yang bertugas dalam bidang pendidikan samada anak guru atau anak mahupun saudara yang berkhidmat di jabatan atau kementerian pendidikan.

Saingan juga datang dalam bentuk apa hubungan politik dengan Pak Menteri.

Dan kini saingan di tambah samada ianya dari keluarga kaya atau miskin.

Inilah Malaysia Negara ku di pimpin oleh mereka yang pekak badak.

Rakyat perlu berani bertindak. Lebih lagi kepada guru.Merekalah yang patut turun ke jalan raya dan berikan peringatan kepada pemimpin pekak badak ini.

Gurulah sepatutnya memulakan langkah ini,\.

Yang pasti PRU 13 kita gulingkan UBN.

Adiossssssssssss