TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, July 20, 2009

MANEK URAI - LU MUSANG KA GUA MUSANG BAHAGIAN 2?

Maha Suci Allah yang menjadi kan alam ini serta mengatur perjalanannya. Dikala penulis cyber ,para penganalisa dan ahli politk mengeluarkan teori mengenai kemenagan tipis PAS di MU, Allah turun satu peristiwa yang menyebabkan ulasan. penulisan serta perhatian beralih kepada kematian s/u politik exco Selangor daripada isu MU seperti
http://msomelayu.blogspot.com/2009/07/tragedi-panas.html
http://penarikbeca.blogspot.com/2009/07/terbunuh-dekat-pejabat-sprm-kenapa-baju.html

Ulasan paling menarik mengenai MU ialah http://kickdefella.wordpress.com/2009/07/18/analisa-manek-urai-cakap-malam-dengar-dengar-cakap-siang-pandang-pandang/

Walaupun UMNO Kelantan akan bantah keputusan di MU,ianya tak menjadi cerita utama lagi
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=2876



Berbalik kepada peristiwa di MU, seperti dimaklumkan saya ditugaskan membantu bahagian keselamatan dan diletakan di Pos Lata Pauh dengan ketua saya ahli Pas tempatan bernama Nordin. Tugas pertama adalah menjaga ceramah berhampiran pos Lata Pauh dimana penceramahnya ialah YB, Taufik. Wakil Persatuan Anak Kelantan di Perantaunan dan YB. Salehuddin.




Ust. Man Ketua UPU Sg. Sok- Bukan N9 tapi Negeri Banyak

Sdr Nordin Ketua Keselamatan Pos Lata Pah



Aktiviti di Pos Lata Pauh- Gambaran kekuatan PAS di Kelantan Teserlah



Balik ke rumah penginapan untuk bersiap menjalan tugas kami dimaklumkan akan kehadiran petugas PAS dari Jempol di ketuai oleh YDPnya Sdr Abd Rahman serta bekas YDP Ust. Ramli.


Minum pagi bersama YDP Jempol Sdr. Abd Rahman- Hati kecil bertanya mampukah beliau mengemudikan PAS Jempol di PRU Ke 13

Seperti biasa malamnya bertugas di ceramah kecil di Lata Pauh kehadiran Polis lebih ramai dari penduduk. Tiada sebarang peristiwa yang menarik. Pulang ke rumah penginapan jam 4 pagi dengan keadaan blur kerana terputus maklumat dengan tugasan malam seperti musang.

Esoknya pagi Isnin kami yang bertugas malam hanya berihat di sianghari disamping cuba hubungi sahabat mengenai suasana kempen di UPU lain. Memandangkan UMNO perhubungan N9 turut bertugas di UPU Sg. Sok kami memerhatikan pergerakan mereka dan melapurkan tentang pergerakan mereka.

UMNO dengan kehadiran Tok Mat bersama Exco dan Adun antaranya 4 Exco dan 2 Adun berkempen dari rumah ke rumah. Saya juga memerhatikan pergerakan 2 kenalan UMNO iaitu Sdr. Tom Ketua Pemuda UMNO yang gah dengan MPV Volvonya dan Mad Nor Rabun yang kehulu dan hilir menunggang motor bersama ahli UMNO tempatan. Mereka tidak segan silu mengunakan kenderaan rasmi kerajaan bagi kerja-kerja politik.

Petang Isnin kami diarah sekali lagi ke Sekolah Arab bagi Taklimat Akhir oleh Pj NS kepada semua petugas PAS Negeri Sembilan. Disini kami dimaklumkan semua urusan PRK MU adalah dibawah kendalian PAS negeri Kelantan dan tiada taklimat atau mesyuarat antara Jentera Negeri dengan PAS Pusat. Hati berdetik payah nie , Berulangkah trajedi PRK Pengkalan Pasir.



Di rumah penginapan mengambil kesempatan sembahyang Maghrib berimamkan bekas YDP Jempul Ust. Ramli dan selepas solat bertanyakan tentang perkembangan semasa. Hati bertambah gelisah bila beliau maklumkan terdapat hampir 138 pengundi pas hilang dari daftar pengundi. Ini di tambah pula cerita dari sahabat Sdr Zahari yang kami panggil awei saja yang bertugas sebagai pemerhati mafrel di Pusat mengundi Sg. Sok yang mana keadaan adalah kritikal dan Pas terpaksa berharap mengekalkan pengundi lama sahaja. Seperti biasa Ust. Ramli walaupun bukan YDP lagi tapi masih mantap hujahnya memperjuangkan islam yang dibawa PAS.



Walaupun cuba memujok hati dengan hujah tuan rumah dipenginapan kami yang merupakan pengundi luar yang tinggal di Kota Baharu bahawa potong tangan pun beliau sanggup bahawa PAS akan menang dengan undi yang besar.



Dengan arahan PJ NS dan Ketua PetugaS Pas NS YB Taufik jangan tinggalkan POS masing-masing sehingga hari mengundi, saya di arahkan membantu saudara Rashid di Pos Sg. Sok sebelum ke Pos Lata Pauh kerana kita dimaklum bahawa Tok Pa dan calun BN akan hadir ke rumah bakal besannya bagi merayu mendapatkan 5 undi dari keluarga tersebut.



Di Pos Sg. Sok kami kenduri durian bersama dengan Ust. Badrulamin, Yb Sikamat dan PJ NS di samping menanti kehadiran Tok Pa dan Calun BN seperti yang dimaklumkan oleh tuanrumah yang merupakan bakal besan Tok Pa. Kesemua anak beliau telah pulang untuk mengundi dan berharap kami dapat hadir bagi menggagalkan pujukan Tok Pa. Hampir Jam 12 kami dimaklumkan Tok Pa tak hadir dan hanya telefon sahaja kepada tuanrumah merayu undi beliau dan keluarga beliau. PJ NS sempat bergurau supaya menjawab ye besok beliau akan mengundi tapi undi rahsia.

Memandangkan Tok Pa tak jadi datang kami bergerak semula ke Pos jagaan kami Pos Lata Pauh. Disitu kami bersama petugas dari Pas Kubang Krian serta penduduk tempatan berkawal bersama-sama. Kami di bawa bercerita mengenai perkembangan semasa oleh petugas tempatan Sdr. Jihan Kaya. Juga dimaklumkan setakat ini kita mendapati ejen UMNO hanya bergerak dikalangan penyokong mereka sahaja dan tiada lagi aktiviti yang dibuat untuk pengundi atas pagar. Kami rasa kagum bila Tok Wakil PAS sanggup tidur bersama anak buah di Pos. Kalau Tok Wakil UMNO jangan haraplah.

Kenduri durian di rumah bakal besan Tok Pa. Agak-agak lari tak 5 undi Pas

Hampir jam 3 pagi tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan kami memaklumkan untuk pulang kerumah penginapan dan sekiranya pos memerlukan bantuan akan hubungi kami.
Belum sempat untuk meluruskan badan kami dihubungi oleh Sdr Rashid yang memerlukan bantuan supaya hadir semula ke rumah bakal Besan Tok Pa kerana ada maklumat Tok Pa atau Juak UMNO cuba hadir untuk merayu undi.

Di Pos Sg. Sok kami jelas melihat aktiviti wanita UMNO dengan di iringi Polis cuba untuk meraih undi walaupun sudah dinihari. Kekuatan petugas PAS yang bergerak umpama Musang berjaya menggagalkan usaha UMNO walaupun dibantu oleh polis bagi membeli undi walaupun hampir waktu subuh. Strategi membahagikan UPU Sg Sok kepada beberapa petak keselamatan berjaya kerana Umno gagal memasuki rumah penduduk apabila petugas berkawal sehingga pagi mengilut petak-petak keselamatan yang dibuat. Tahniah Ust. Man.

Selasa, selepas dua hari bertugas malam kami mengambil keputusan akan bertugas selepas pukul 2 kerana terpaksa mendapat tidur yang cukup bila memandu pulang. Selepas zohor kami bersiap untuk bertugas di UPU Sg. Sok. Kami juga dimaklumkan Sdr. Rashid telah menahan bas yang membawa pengundi hantu. Sahabat dari Mafrel memaklumkan SB berkeliaran di dalam tempat mengundi dengan menggunakan Pas wartawan. Suasana tempat mengundi sama seperti PRU ke 11 . Bangsal panas diletakkan 150 meter dari pintu masuk tempat mengundi. Bangsal panas SPR di pintu masuk dikuasai oleh pemuda dan puteri UMNO yang berselindung sebagai petugas SPR. Ini bermakna UBN boleh berkempen sehingga ketahap pengundi akan memangkah undi sedangkan PAS hanya mampu melihat sahaja.

Melintasi Pos UBN yang dikendalikan oleh UMNO NS, kelihatan Ketua Pemuda UMNO Seremban memberikan arahan kepada petugas UMNO. Di Pos PAS saya memaklumkan kepada YB Sikamat bahawa sesuatu yang pelik dimana hampir 3.00 petang Pos yang dikendalikan oleh UMNO NS masih aktif. Di Pos itu YB. Taufik memaklumkan kekurangan petugas sewaktu Sdr Rashid menahan bas yang membawa pengundi hantu. Saya maklumkan tugas saya di Pos Lata Pauh dan arahan PJ NS tempohari jangan tinggalkan POS malah di hari mengundi juga. Yb Taufik akur akan keputusan itu.

Dikala itu juga kita menerima SMS dari Harakah memaklumkan bahawa setakat ini PAS akan menang dengan majoriti 2000 undi. Ini menyebabkan aktiviti di Pos PAS bergerak perlahan apa tah lagi di Pos UMNO yang mula mengkosong pos mereka. Manakala perayau undil lebih awal meningkal bangsal panas mereka. Di rumah bekas Adun BN yang dijadikan markas utama UMNO dan MUBARAK yang hari- hari sebelumnya penuh dengan kereta mewah tiba-tiba kosong seolah-olah sudah tahu akan kekalahan mereka.

Walaupun petugas PAS mula untuk meraikan kemenangan besar-besaran tetapi hati masih kecut dan takut kemungkinan kalah lebih-lebih lagi bila melihat memek muka ketua-ketua yang bertugas mencula undian. Ini lebih jelas dari getaran nada suara petugas yang memaklumkan semua petugas berkumpul untuk membaca doa bila pengundian tamat dengan harapan kemenangan dengan majoriti lebih besar.



Bacaan doa selepas tamat waktu mengundi- Mengharapkan mojoriti lebih besar.

Selepas bertemu rakan serta penduduk tempat, kami bertolak ke Markas Induk PRK MU di jalan Gua Musang - Kuala Krai. Suasana teserlah ceria dengan keyakinan akan menang besar. Sambil menanti kehadiran TGNA masing-masing bercerita akan keyakinan kemenangan besar walau kami yang bertugas di UPU Sg. Sok terasa seram. Tiba-tiba suasana menjadi hening bila mana tersebar bahwa PAS hanya mendahului dengan majoriti kecil dan ada yang berkata PAS kalah.

Berbagai telahan dibuat dan sebelum TGNA keluar dari bilik untuk mengerjakan Solat Maghrib layar besar mencatatkan Pas mendahului dengan majoriti 70 undi sahaja dengan beberapa saluran belum ada keputusan.

Ianya bertambah cemas bila mana konvoi peti undi dari kawasan Laluh, MU lama dan Manek Urai baru yang melalui hadapan Markas Induk di iringi sama petugas BN. Sebagaimana selalu bila konvoi peti undi ke tempat perjumlahan undi jika diiringi petugas BN memberi signal mereka menang di peti undi tersebut.

Suasana ceria bertukar dengan suasana tergamam oleh penyojong PAS tetapi tidak oleh Petugas PAS kerana setiap petugas PAS rasakan kemungkinan tewas. Jadi majoriti 65 adalah kemenangan kepada petugas.

Selepas pengesahan keputusan diketahui dan setelah menghantar keputusan melalui SMS kami bertolak pulang.


SUASANA DI MARKAS INDUK PRK MANIK URAI- KEGEMBIRAAN TERENCAT DI TERSEBAR MAKLUMAT PAS HAMPIR KALAH

WALAUPUN GELISAH MENANTI KEPUTUSAN- TETAP MENGAMBIL PELUANG MENDENGAR TAZKIRAH MAGHRIB DARI TGNA

Didalam perjalanan pulang berbagai teori di fikiran berkaitan dengan PRK MU. Dapat kah kami 5 undi dari keluarga bakal besan Tok Pa setelah bertugas malam umpama musang.. Terlalui kecil sumbangan kami kepada perjuangan di MU. Selama ini kita dapati kempen BN mudah. BN menang kerajaan negeri tak tumbang. Undi BN kita dapat jambatan dan lapangan terbang. PRU 13 kita bagi balik kat PAS.

Menerima beberapa SMS dari sahabat yang menyalahkan Ust. Nasa berkaitan UG. Saya hanya menjawab PAS Pusat dengan masalah UG. PAS Seremban tiada kesudahan dengang digantung tak bertali.

Otak kembali ligat berputar, teringat usik mengusik antara YB Sikamat dengan YB Paroi berkaitan UG yang dalam maksudnya, melihat sahabat dari PAS Jempol mampukah menganugerahkan kerusi untuk PAS, mengingati PAS Kawasan Seremban yang masih tergantung, hati bertanya mampukah kita menghadapi UBN di PRU 13. Sahabat dari dengan UMNO SMS memperli apa kerja kau di MU hingga menang 65 undi sahaja. Semuanya tenggelam dibenak bila masalah Taman Margosa kembali difikiran.

SIAPA YANG LAYAK DIGELAR KAFIR? UMNO....?

Agak-agak UMNO termasuk dalam katogeri ini tak? Cuba baca tulisan Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Petikan dari laman TKO

http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=588