PAKATAN RAKYAT masih menuju cita-cita untuk menaiki Putra Jaya.  Cita-cita yang dihajati oleh rakyat kini semakin hampir untuk dicapai  dan ternyata Bn yang ditunjangi oleh Umno kini berada di dalam keadaan  amat terdesak dan tertekan. PR telah banyak membuktikan kepada rakyat  bahawa parti gabungan yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP ini jauh lebih  baik dari pemerintahan Bn yang ada sekarang.
Di peringkat Pusat,  usaha kita terhad untuk membela nasib rakyat tetapi di beberapa negeri  yang kita kuasai ternyata rekod pemerintahan PR jauh lebih cemerlang.  Meskipun Bn terutamanya Umno yang dibantu oleh beberapa agensi lain  berusaha sedaya upaya untuk memburukkan prestasi pentadbiran  negeri-negeri di bawah PR, namun rakyat tidak lagi buta. PR kini cuma  memerlukan sedikit usaha berterusan memikat pengundi-pengundi Melayu  yang sememangnya kita ketahui amat susah untuk menerima perubahan. Jika  Melayu berfikiran terbuka dan berani melakukan perubahan, Melayu di  negara ini tidaklah menjadi seperti sekarang. Sekadar megah mengaku  menjadi tuan di negara ini tetapi nasib mereka tidak terbela.
PR  nampaknya lebih prihatin dan peka akan permasalahan itu. PR tidak lagi  mahu melihat isu perkauman membantutkan kerja untuk membangunkan negara.  Banyak isu kini dilihat isu bersama di kalangan parti-parti di dalam  PR. Sebagai contoh, PR bersepakat untuk menentang judi sukan yang  teramat sangat diimpikan oleh pemimpin Umno itu. Sudahlah mereka  mengekalkan judi yang sedia ada, mereka mahu menambah lesen judi sukan  pula. Akhirnya, berkat kerjasama serta perpaduan di kalangan parti di  dalam PR serta beberapa NGO yang berani, kerajaan di bawah Umno ini  tertekan yang kemudiannya menarik kembali niat mereka yang jahat itu.
Lihatlah,  belum pun kita berkuasa kita masih mampu menyekat perkara-perkara yang  tidak menguntungkan rakyat bahkan menzalimi rakyat itu. Judi sebenarnya  adalah aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti zalim dan  penganiyaan. Bayangkan jika kita berkuasa di peringkat Pusat. Bukan  sahaja aktiviti judi sukan boleh kita haramkan, bahkan kesemua bentuk  judi sukan pasti tidak wujud di negara ini. Betapa susahnya mentadbir  hanya beberapa buah negeri yang mana judi itu berakar umbinya di Pusat.
Mengapa  masih ada yang meragui hasrat dan cita-cita murni PR? Mengapa mereka  masih mengharapkan Bn atau Umno untuk membela nasib mereka? Mungkin kaum  lain telah mula membuka mata terhadap keikhlasan PR, malang sekali  masih terdapat ramai Melayu yang masih dibuai dengan seribu janji dan  umpan oleh Sang Penguasa yang amat bimbang mereka akan tersungkur.  Mereka telah diajar bahawa Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu, maka  Melayu mesti berkuasa di tanah air ini. Oleh itu, mereka bimbang jika  Umno tumbang maka hilanglah `keMelayuan' mereka.
PR mesti mencari  jalan bagaimana untuk menyelamatkan mereka yang beranggapan sedemikian.  Apabila kita telah berada di Putra Jaya, nescaya selepas itu nanti baru  mereka tahu betapa mereka telah ditipu berpuluh-puluh tahun oleh  Umno/Bn. /
mandor.blogspot.com