Hari ini heboh di dalam akhbar diperkatakan bahawa Tok Isa akan bertanding semula atas permintaan AJK bahagian di PRK ini. Tak tahunlah jika IMalaysia ape pun boleh jadi tetapi logik UMNO cuba untuk menarik kembali pengaruh Tok Isa yang merupakan kawasan tradisi beliau sebelum bertanding di Parlimen Jempol.
Tapi jika di tanya kepada saya bukan Tok Isa tetapi anak beliau Najib ,Ajk Pemuda UMNO Teluk Kemang yang akan bertanding selaku calun BN. Apa-apa pun kita tunggu pengumuman. Mungkin esok akan terpacul semula ayat " Saya akan tuntut di padang Mashar. Sama-sama kita tunggu
Tahun ini awal-awal lagi Allah anugerahkan ramadhan yang amat indah sekali bila menerma beberapa berita kemenangan bermula dengan kemenangan di PRK Permatang Pasir, penyelesaian masalah Pasar Ramadhan bila UMNO mengacau, dan yang terbaru percubaan pihak LEKAS membatalkan Saman Penduduk Margosa ditolak dan akan diputuskan dalam perbicaraan terbuka pada 29hb September ini.
Sewaktu dalam perjalanan pulang dari PRK Permatang Pasir kami berangan-angan terjadilah satu lagi PRK di N. Sembilan pulak. Dan saya bercadang menulis berkaitan " Bersediakah PAS NS Menerima kunjungan sahabat dari seluruh negara yang datang membantu jentera jika berlaku PRK di NS terutama di Dun Lenggeng. Tak Sempat ... tiba -tiba menerima panggilan telefon memaklumkan bekas majikan saya Adun Bagan Pinang pergi tak kembali.
Ianya akan jadi menarik dalam keadaan UMNO NS bepecah 3 kumpulan. Bagan Pinang akan jadi tumpuan pemerhati politik.
Walaupun para juak Tok Isa mula berkempen antaranya menjaja jika Tok Isa atau anaknya pihak PR tak payah bertandinglah. Nak lawan undi Pos pun tak mampu.
Sesungguhya mereka ini masih lagi merasakan bahawa perjuangan UMNO itu sama macam PAS. Dia lupa PAS badan Politik dan Dakwah. Inilah menteliti orang UMNO dari dahulu hingga sekarang. UMNO tu Bodoh Dulu, Kini dan Selamanya.
Dulu pun sebelum PRU 12 UMNO dakwa tak akan kalah. Dan ada orang dari Parti Semangat 46 lari masuk UMNO dengan dakwaan tak mampu nak kalah UMNO yang amat berkuasa ini. Sesunguhnya mereka lupa kepada janji Allah.
Berjumpa lagi di artikel Bagan Pinang nanti..................