TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Friday, December 31, 2010

SAMBUTAN TAHUN KRT TAMAN BKT MARGOSA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 30, 2010

KONTIGEN PAS NEGERI SEMBILAN DI PRK TENANG MULA DIGERAkAN

Tanpa mengenal letih PAS NS mula digerakan. Bagi PRK Tenang PAS NS telah melantik Timbalan Pesuruhjaya1 PAS sebagai Pengarah Kontigen PAS NS. Dengan pengalaman selaku pengarah di 3 Prk yang lepas PAS NS yakin dapat membantu PAS Johor menawan Dun Tenang. Bagi sahabat ahli serta pendokong Pas yang ingin menyumbang boleh menghubungi Bendahari BPPNS Tuan Haji IR Mohd Nor no phone +60192556206
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

JAHATNYA BLOG The "thirteen million plus Ringgit" guy rambles….

Membaca isu menteri rogol amah yang mula diulas oleh Rocky’s Bru yang pro UMNO ternyata ianya membuatkan berbagai telahan fitnah yang timbul siapa Menteri Tersebut.

Dengan dakwaan bahawa pihak PR telah mengetahui dan akan mengggunakan sebagai isu dalam PRU 13 banyak blog yang menulis dengan nada memperli menteri tersebut seperti disini atau disini.

Lebih dashyat lagi blog The "thirteen million plus Ringgit melampir surat Amah yang dirogol dengan nama menteri tersebut dipadamkan.
Mengapa jadi begini dan tidak bila ianya membabitkan pimpinan PR spt DSAI

Mengapa tidak disebut terus nama menteri tersebut. Cuba anda besar surat di atas dan anda boleh lihat nama Dato Seri Utama Dr disebalik ayat yang dihitamkan.

Mid last week, Rocky’s Bru carried a story about a “VVIP raping his maid”. It sparked one of the most sensational controversies in the bloggosphere for 2010. Fellow right-wing bloggers jumped into the fray of discussing these allegations.

Then we received this report about a woman name “Robengah”. Baca lagi disini


Wednesday, December 29, 2010

PiALA SUZUKI . Demi Mendapatkan Undi pengundi muda

Tahniah pada pasukan Malaysia Tahniah Rakyat Malaysia. Mungkinkah Piala Suzuki akan di arak di Dun Tenang seperti mana Piala Malaysia diarak di Galas . Nampak gaya tak mistahil BN akan lakukan demi mendapatkan undi pengundi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 27, 2010

CERAMAH NIK RADZI NIK MAT

TARIKH : 1Hb Januari.2011 SABTU
TEMPAT : SURAU TAMAN DUSUN SETIA RAHANG SEREMBAN
WAKTU : SELEPAS SOLAT MAHGRIB
"TN:GURU NIK RADZI NIK MAT"
Berceramah & Jualan Amal projek khas dana Maahad tahfiz ICT. Kelantan.
DIJEMPUT HADIR
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 26, 2010

Pemuda Margosa Juara Futsal Piala Pemuda Pas N Sembilan

Tahniah Pemuda Margosa dibawah bimbingan Ust Ramlan berjaya menjadi Juara
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 25, 2010

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERINGKAT 1 TAMAN BUlKIT MARGOSA

Kursus yang dikendalikan olejh Ust Khari Zainuddin pada 26Hb Ogos 2010
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 23, 2010

Muslimah NS mulakan Pecutan PRU 13 dalam rangka menawan NS

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 21, 2010

IMG00178-20101127-2306.jpg

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, December 13, 2010

MAAF CHE GU BAD PARLIMEN REMBAU KEMBALIKAN KEPADA PAS


DSIA memulakan lawatan ke seleluruh Negara dan di Negeri Sembilan pada 16hb Dis 2010. Walaupun ianya nampak bagi menjawab isu Wikileaks tetapi tersiratnya adalah disebabkan PRU 13 yang kian hampir.

Memandangkan serangan UBN menggila dan nampaknya sedikit berjaya menimbulkan persepsi buruk pada PR dengan dan menakutkan orang melayu (atas pagar atau UMNO) bahawa PAS hanya tunggangan PKR dan DAP serta MCA menakutkan orang Cina berkaitan Negara Islam sesuatu harus dimaklumkan kepada Pimpinan PR bahawa di PRU 13 teraju utama PR mesti/bakal didominasikan oleh PAS terutama di dalam pengagihan kerusi Parlimen dan DUN.

Bagi di Negeri Sembilan jumlah kerusi yang PAS bertanding seharusnya melebihi dari rakan PR. Ini kerana senarionya akan terjadi sama seperti di Perak. Kekurangan kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh PAS akan sebabkan ketidakstabilan politik NS melainkan Putrajaya kita tawan.

Melihat pada kerusi PAS bertanding dengan suasana pengundi melayu yang masih percaya dengan penipuan UBN rasanya ada kesukaran untuk PAS memenangi sekurang-kurangnya 10 dari 13 kerusi yang ditandingi dikawasan majoriti melayu atau kawasan felda ( Ini tidak semestinya melemah PAS NS meneruskan usaha menyedarkan orang melayu).

Jika melihat kepada senario NS juga perlu ada pengagihan semula kerusi lebih-lebih lagi PAS kini adalah Parti Multiracial bila mana DHPP telah di sah taraf sama seperti dewan-dewan lain di dalam PAS.

Parlimen Rembau

Ianya nampak sepatutnya/bakal kembali kepada PAS kerana ianya adalah milik PAS walaupun kalah tetapi undi yang peratus tertinggi yang diterima oleh PAS berbanding dengan Jempul ,Jelebu dan Tampin sebelum diserahkan kepada PKR.

Ada cerita yang dinukilkan bahawa Parlimen Rembau diberikan kepada PKR dengan galanggantinya DUN Ampangan dan Labu diserahkan kepada PAS tetapi tidak terjadi.

DUN Labu

Semestinya PAS pertahankan kerana keperluan PAS terus hidup di kawasan Rasah . Kalau tidak jadinya PAS Kawasan Rasah Hilang dalam Peta PAS NS.

Dun Ampangan

Di DUN ini lagi sensitif untuk ditulis kerana ianya telah dimenangi oleh PKR. tetapi ia sebenarnya Mutiara PAS NS Namun situasi yang ada kini menampakkan jika PKR bertanding PR hampir pasti kehilangan kerusi ini. Hakikatnya kemenangan di Ampangan adalah kerana ahli UMNO protes ke atas calun UMNO iaitu Mad Nor Awang calun dari Senawang dan tidak diterima oleh pengundi Ampangan.

Ramai yang melihat DUN Ampangan terlepas kerana ketika itu PAS Kawasan Seremban tergantung dan PJ NS ketika itu telah membuat percaturan silap serta adanya pertembungan beliau denga MK Ibrahim bekas PJ dan calun Dun Ampangan pada 1999.

Ada suara-suara di dalam PR yang mencadangkan pembahagian kerusi samarata iaitu setiap parti miliki 12 kerusi untuk bertanding. Jika itu diambil kira maka kerusi di parlimen seperti Seremban seharusnya juga sama iaitu DAP 2 PKR 2 dan PAS namun nampaknya tidak akan terjadi. Boleh DAP korbankan DUN Temiang atau DUN Lobak untuk PAS?

Manakala PKR sanggupkah ianya menerima hakikat menyerahkan semula Parlimen Rembau dan DUN Ampangan serta DUN Labu.

Apa yang jelas kita rasa jika Parlimen Rembau sudah pasti kembali kepada PAS bila mana calun PKR yang lepas Che Gu Bad telah menolak sebarang jawatan selagi tiada penjelasan berkaitan keputusan pemilihan PKR tempohari sudah semesti akan menolak untuk dicalunkan semula.

Pas Rembau sudah semestinya bersedia menurunkan calunnya yang terbaik iaitu Dr Rosli bekas PJ NS.

Manakala DUN Ampangan , Labu, Lobak atau Temiang kita melihatnya jika PAS NS serta PR NS tersalah urus kita bakal berhadapan semasa sendiri demi kelangsungan parti masing-masing.Lebih-lebih lagi di Parlimen Seremban yang PAS Kawasan Seremban kembali aktif dan ahlinya telah menghantar isyarat agar PAS Kawasan Seremban bertanding di DUN Ampangan.

Kalau di tahun 2008 Che Gu boleh ke Kota Bahru jumpa Tok Guru untuk mendapatkan restu kerusi Parlimen Rembau, kita menanti siapa di dalam PAS NS atau PAS Seremban yang mampu berjumpa DSIA dan LKS untuk DUN Ampangan dan Dun Temiang/Lobak.

Sambung................