TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Thursday, January 7, 2010

OH NEGERA KU MALAYSIA - MENANTI POLIS BERTINDAK SEPERTI MAHKOTA MEREKA

Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan '''Allah''' dan '''Muhammad''' melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.

Meraung- raung puak UBN cuba untuk menjadi juara dalam isu penggunaan perkataan ALLAH.

Cerita basi yang diolah bagi menutup banyak isu lain yang lebih penting. Mereka lupa Polis bukan islam turut memakai mahkota yang ada lambang ALLAH dan MUHAMMAD .

Pernahkah mereka berdemo ke atas polis bukan islam ini yang menjunjung mahkota ini keluar masuk ke tandas tanpa menanggalkan mahkota itu.

Pernah ke mereka berdemo atau bincangkan penggunaan mahkota ini oleh polis bukan islam . Hari ini mereka hiruk pikuk bila bukan islam dibenarkan menggunakan perkataan ALLAH.

Memang UBN double standard. Kita yakin pimpinan PR boleh selesaikan dengan mudah. Lihat kehebatan Pemuda PAS. Bila UMNO beriya-iya nak buat demo, Pemuda kedepan dengan usaha berbincang dengan Paderi Kristian.
Kita bangga bukan islam bersama dengan kita mempertahankan negara. Kita tidak pernah ragui
Pegawai polis yang bukan islam telah lama menggunakan topi dengan mahkota lambang ALLAH


Memang tak pernah kerana tak memberikan mereka imbuhan politik kepada mereka.

Jadinya rakyat jangan tertipu dengan permainan UBN. Seorang rakan bekas askar yang begitu marah dengan isu ini kerap berkata "Sewaktu beliau dalam askar dah lama dah bukan islam mengusung mahkota dengan lambang Alah masuk keluar tandas tanpa menanggalkannya, masa tu tak ada yang bising. Mengapa sekarang bising.?

Sambung..........