TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Thursday, April 29, 2010

KTMB : PAS Ucap Tahniah dengan wujudnya Gerabak Khas Wanita

KTMB : PAS Ucap Tahniah dengan wujudnya Gerabak Khas Wanita

Kenyataan Media Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter. Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita dan keunikan buat sistem pengangkutan awam dinegara ini.

PAS amat menyokong langkah ini kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak. Malah langkah ini dapat mengurangkan masalah ganguan seksual kepada penumpang wanita.

Langkah ini menepati syariat Islam yang meletakan wanita ditempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaiknya. Kemudahan KTM ini walaupun baru namun diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang komuter setiap hari yang ramai.

Perkara ini sudah lama diadakan diluar negara seperti di Jepun dan beberapa negara Eropah. PAS mencadangkan agar selepas ini diwujudkan juga gerabak khas untuk mereka yang bekeluarga dan juga warga emas termasuk golongan OKU bagi memudahkan mereka mendapat perkhidmatan yang lebih baik.

PAS berharap inisiatif ini juga diambil oleh pengusaha pengangkutan awam yang lain agar masalah-masalah penindasan atau pencabulan wanita ditempat awam dapat dikurangkan disamping meningkatkan imej perkhidmatan awam dimata masyarakat.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Wednesday, April 28, 2010

MESYUARAT PAS KAWASAN SEREMBAN

MESYUARAT PAS KAWASAN

TARIKH : 8HB MEI 2010

MASA 3.00 PETANG

TEMPAT : AKAN DIMAKLUMKAN

Pastikan semua ahli datang berikan sokongan







MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN SEREMBAN

MESYUARAT PAS KAWASAN


TARIKH : 8HB MEI 2010

MASA 3.00 PETANG

TEMPAT : AKAN DIMAKLUMKAN

Pastikan semua ahli datang berikan sokongan

Friday, April 23, 2010

LIHAT LAH PENGUNDI HULU SELANGOR




LIHATLAH DI MANA MANA UMNO DIBENCI

DI MANA RAIS YATIM ?????????

DI MANA TOK MAT ?????????

APCO MENJADI DURI DALAM UMNO

DENGAR KHABAR JUAK-JUAK UMNO SEDANG MEMUJUK DENGAN CARA YANG AMAT JIJIK MENGGUNAKAN UGUTAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

BIAR RAMAI PUAK KATAK MELOMPAT
YANG PASTI RAKYAT FAHAM UMNO LAH PENGKIANAT RAKYAT
APA LAGI PENGUNDI HULU SELANGOR
KITA MASUKKAN UMNO DI DALAM KERANDA PADA 25HB APRIL INI

TAHNIAH PAS KAWASAN JELEBU

Thursday, April 15, 2010

PERINGATAN : TAKLIMAT PRA MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN SEREMBAN

UNTUK SEMUA AHLI PAS KAWASAN SEREMBAN. WALAUPUN SIBUK DENGAN PRK HULU SELANGOR. PERJUMPAN UNTUK KITA GILAP KEMBALI MUTIARA PAS NEGERI SEMBILAN.

WALAUPUN BERUBAH MASA DAN TEMPAT IANYA AKAN TETAP DILANGSUNGKAN


Tarikh : 18hb April 2010
Masa : 8.30 Malam
Tempat : D'ARK SENAWANG
Taklimat oleh : Ybhg. Dato' Mustafa Ali( Setiausaha Agung PAS)
Kehadiran : Semua Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan atau wakil.

Zakaria bin Sheikh Othman
Ketua Penerangan
Jawatankuasa Pemandu PAS Seremban

Tuesday, April 13, 2010

PEMBOHONG UMNO SILAT YANG MERUPAKAN KAZANAH ORANG MELAYU PUN UMNO TAK MAMPU NAK JAGA

Pesilat sambut Tok Mat


Perwakilan Mesyuarat

UMNO melayu , Menteri Pelajaran Melayu. Apa Masalah?

Perwakilan Lincah bersama Tok Mat. Peruntukan 50 ribu. Terima Kasih walaupun kecil

Lama nak menulis pasal silat nie. Tapi kesibukan sebabkan ianya tergantung begitu sahaja. Namun bila melihat Fairus serta Ezam dimajlis Pertubuhan Silat Lincah hati merasa perlu dimaklumkan campur tangan politik dalam persilatan bertambah kalut.

Lihat Fairus bukan melompat parti je tapi lompatan perguruan silat dari Perguruan Gayung Pesaka kepada Perguruan lincah. Kita mula kesan lama dah disini.

Baru-baru ini menghadiri mesyuarat Agung Pesaka Negeri Sembilan. Cerita sama berulang. Melayu yang berbangga dengan Ketuanan Melayu, melayu yang UMNOnya memimpin negara dengan angkuh mendakwa negara milik melayu, namun silat sebagai pusaka melayu pun tidak mampu dijaga.

Selaku perwakilan setiap kali mesyuarat menyuarakan macam mana melayu yang memerintah tetapi silat umpama anak tiri dibumi melayu.

Ada pimpinan perguruan yang mempuyai hubungan baik dengan pemerintahan tapi tiada satu pun yang menyuarakan pentingnya silat dimartabatkan dan diletakan sebagai pusaka melayu.

Kita balik-balik melihat Mahaguru Pertubuhan Silat lebih menitik beratkan keperluan warga silat menyokong pimpinan UMNO walaupun pimpinan itu tidak mengambil berat berkaitan pusaka melayu.

Najib dikeliling dengan Perguruan Lincah dan Anwar dengan Pesaka Gayung. Anwar mungkin tak dapat meningkat martabat silat kerana tiada kuasa tapi Najib dan Timbalannya yang ada kuasa ape yang dilakukan.

Kita lihat seni pertahan diri seperti Judo, Tekwando lebih banyak diajar di sekolah berbanding silat.

Dimesyuarat PESAKA NS kita selalu memohon agar silat dijadikan subjek korikulum wajib disekolah sesuai dengan ianya pusaka melayu . Kalau ini terjadi kita akan menerima kemasukan beribu warga silat setiap tahun.

Apa masalahnya untuk dilaksana, kita yakni UMNO melayu yang berkuasa.

Tiada jurulatih? takan menteri pelajaran tak boleh gubal peraturan bersama semua mahaguru persilatan, agar diwujudkan suatu kursus di maktab perguruan agar guru yang mahir taraf diploma atau Ijazah dilahirkan dan mampu membimbing anak-anak sekolah. Mustahil tiada pakar pendidikan boleh menyediakan kursus yang berkaitan.

Kalau ini pun tak dapat di lakukan jangan mendakwa UMNO adalah perjuang Melayu.

Oleh itu semua guru utama jangan asyik nak bodek pimpinan negara. Sedarlah silat kini umpama hidup segan mati tak mahu

Kita juga kecewa dengan mahaguru Omardin yang menerima Fairus serta Ezam yang merupakan pengkianat kepada perjuangan

Aku sanggup melutut padamu kerana aku adalah Pendekar Silat Pulut....

Murid dari perguruan Lincah kena fikirkan semula keahlian mereka . Kerana kita tak mahu dituduh bergelumang dengan mereka yang tiada prinsip perjuangan dan memikirkan keuntungan dunia semata-mata

sambung.........................................


Friday, April 2, 2010

PEMBETULAN TAKLIMAT PRA MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN SEREMBAN

ADALAH DIMAKLUMKAN TAKLIMAT PRA MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN SEPERTI BERIKUT

Tarikh : 18hb April 2010
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Gedung Lalang
Taklimat oleh : Ybhg. Dato' Mustafa Ali( Setiausaha Agung PAS)
Kehadiran : Semua Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan atau wakil.

Maklumat sepenuhnya baca disini