Seperti tulisan saya sebelum ini perjalanan ke Putrajaya bermula senarai nama MP Pakatan Rakyat mengikut kementerian yang di keluarkan oleh Majlis Pimpinan PR memang telah lama ditunggu oleh penyokong PR. Ianya mengambarkan bertapa seriusnya kita untuk mengambil alih kepimpinan negara pada PRU ke 13.
Kemunculan senarai ini merunsingkan BN bila kita lihat kenyataan Najib memperkecilkan kewujudan nama ini mampu mengganggu tugas menteri BN.
Biarkan apa saja yang ingin dinyatakan oleh pemimpin BN, memperlekehkan usaha ini,kita yakin ianya perlu dansesuai sebagai "kerajaan menunggu" dan sebagai latihan awal kepada MP Pakatan Rakyat.
Semua ini tidak akan berjaya selagi konsep ini tidak dilebarkan secara rasmi keperingkat Majlis Muafakat Peringkat DUN dan kampung. Setakat ini kita melihat ada majlis muafakat secara tidak resmi bagi peringkat negeri sahaja. Cadangan pembentukan Majlis muafakat pernah saya suarakan kepada PJ NS tapi tidak mendapat sambutan. Sepatutnya jika kita lihat di Parlimen Seremban sudah lama diwujudkan majlis muafakat peringkat DUN dan lagi baik jika majlis ini dibuat bagi peringkat kampung.
Kami di Kampung Bukit Temiang walaupun belum begitu menonjol aktiviti tapi setiap kali kami membuat kain rentang ucapan sambutan bulan ramadhan serta raya kami meletakan ucapan dari Pas cawangan Temiang serta Majlis bersama PR DUN Temiang.
Penubuhan ini amat penting kerana jawatankuasa ini akan menjadi saluran utama maklumat akar umbi yang akan digunakan apabila kita mengambil alih kerajaan pada PRU 13.
Bagi jawatankuasa muafakat peringkat DUN atau kampung harus dipikulkan tugas mengenalpasti masyarakat serta organisasi yang terdapat di dalam kampung seperti Jawatankuasa Surau, Masjid, JKKK, Tadika , Khairat Kematian dan lain. Ianya penting kerana inilah pertubuhan awal yang perlu kita ambil alih apabila pertukaran kerajaan nanti. Ianya tidak menjadi masalah jika telah sedia ada ahli PR di dalam jawatankuasa tersebut.
Mengabaikan keperluan ini akan akibatkan ketegangan peringkat akar umbi seperti apa yang terjadi di 5 kerajaan negeri yang kita ambil alih di PRU 12. Kita contohnya tidak ingin melihat serta mendengar tindakan bodoh dan tidak bertamadun ahli UMNO di negeri tersebut sehingga ketahap mengkunci balai raya , kelas tadika, buang fail dan sebagainya berulang semula selepas PRU 13.
Kita juga tidak ingin melihat keresahan rakyat yang menimbulkan ketidakstabilan umpama dunia akan kiamat bila kita ambil alih kerajaan akibat hasutan orang UMNO.