TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Sunday, December 27, 2009

PAS SEREMBAN- SINAR DI HUJUNG TEROWONG MULA KELIHATAN

Lama tak menulis berkaitan dengan isu semasa kerana serangan kumpulan UBN yang bertopengkangkan perihatin memberikan serangan terus menerus kepada jawatankuasa bertindak Lebuhraya LEKAS melalui Taman Bukit Margosa. Tok Mat yang dilanda masalah RM10 juta masih ada kawalan lagi ke? Mereka terus menyerang dengan surat layang. Tak berani pula catatkan nama kalau mereka benar. Tapi semua yang terbabit kita tahu. Biarkan mereka menyalak di saat UBN dihujung usia ini.

Benar apa yang dikatakan, orang yang nak mati memang menampilkan perangai yang bukan-bukan. Lepas mati baru kita perasan.

Selesai sudah konvensyen PR dan selesai sudah Konvensyen Blogger PAS dan Pendokong PAS. Kerja-kerja bagi menebas laluan ke PutraJaya sudah bermula dan bertambah rancak lagi.

Keputusan konvensyen PR seperti kata Mursyidul AM kita Tuan Guru Dato' Nik Aziz "Saya berada seolah dalam dunia baru yang selaras dengan akidah dan agama anutian saya" seharusnya memberi isyarat kepada semua ahli PAS mahupun penyokong untuk terus bekerja dan mengenepikan sebarang isu-isu yang membuang masa. Fokus kita jangan lari.


Konvensyen Blogger juga selesai dan kita melihat dengan jelas antara Blogger ahli PAS dan Blogger Pendokong PAS(yakni bukan ahli PAS) perbezaannya. Peringkat awal bila ianya dibuka kepada Blogger PAS tiada masalah bayaran penyertaan RM10. Tetapi bila ianya dibuka kepada pendokong PAS , gegak gempita mempertikaikan bayaran RM10. Di sini menjelaskan kepada kita maha pentingnya tarbiah yakni usra' yang diikuti oleh setiap ahli PAS.

Jadi kita tidak heranlah bila kidefella membuat pusingan U bila berhadapan dengan isu yang perlukan kefahaman dan keyakinan kepada agama adalah tinggi. Blog ini mengambil pendirian memadamkan capai kepada kidefella melalui blog ini.

Kita perlu merenungi juga dengan suasana capai internet yang lembab di negara kita perlu ke bloger memiliki ruang iklan sebagai pendapatan tambahan sehingga melupakan tanggungjawab dakwah. Kita dapat melihat iklan-iklan pelaburan internet yang kita ragui halal dan haramnya. Terlampau banyak iklan kadang-kadang kita mengalami kesukaran untuk membuat capai kepada blog tersebut. Semuanya harus kita fikirkan. Setakat ini blog Ahli PAS kurang miliki iklan walaupun kadang-kadang kita ditempelak tak tahu ambil kesempatan peluang buat duit. Cuba kita lihat blog Tukar Tiub atau wfauzdin ,tetap mempunyai hit yang tinggi.

Kembali kepada PAS Seremban, saya dihubungi oleh beberapa pimpinan negeri yang yang memaklumkan usaha menyelesaikan kemelut yang melanda dan tanda-tanda penyelesaian makin hampir. Marilah kita berdoa ianya akan selesai dan kita akan mengembur habis-habisan UMNO di PRU 13

Adios...............