


Memulakan bicara dengan amanat Mahaguru Omardin http://www.silatlincah.com.my/amanat.htm
 Selamanya ahli kita yang di dalam PR tidak mempertikai Pimpinan Tertinggi menyertai serta menyokong UMNO. Malah di khabarkan ada jurulatih kanan sekarang menjadi bodyguard PM. Selama ini tiada siapa persoalkan anak Mahaguru menceburi politik dan menjadi pimpinan dalam parti UMNO. Kami ahli perguruan yang menyokong PR banyak kali tersinggung dengan kenyataan pimpinan menyatakan sokongan kepada UMNO. Cuba selidik mungkin dari 800 ribu ahli ada  yang telah berpindah kepada perguruan lain terutama kepada Gayung Pesaka selepas DSAI dilantik sebagai Khalifah
Selamanya ahli kita yang di dalam PR tidak mempertikai Pimpinan Tertinggi menyertai serta menyokong UMNO. Malah di khabarkan ada jurulatih kanan sekarang menjadi bodyguard PM. Selama ini tiada siapa persoalkan anak Mahaguru menceburi politik dan menjadi pimpinan dalam parti UMNO. Kami ahli perguruan yang menyokong PR banyak kali tersinggung dengan kenyataan pimpinan menyatakan sokongan kepada UMNO. Cuba selidik mungkin dari 800 ribu ahli ada  yang telah berpindah kepada perguruan lain terutama kepada Gayung Pesaka selepas DSAI dilantik sebagai KhalifahApa akan terjadi pada 1hb Ogos bila pertembungan Ahli Lincah dengan Ahli Gayung Pesaka dan ahi ahli lain-lain perguruan yang menyokong PR. ia akan jadi satu titik hitam di dalam dunia persilatan melayu.
Adalah lebih baik ahli dari perguruan Lincah yang aktif dalam UMNO memikirkan macam mana Seni Persilatan Melayu gagal dinobatkan di negara yang di pimpin oleh mereka yang berbangsa melayu. Mengapa tiada satu usaha dibuat untuk memasukan Seni Persilatan Melayu tidak di masukkan di dalam salah satu mata pelajaran di sekolah walaupun sudah 51 tahun UMNO yang mendabik dada memperjuangan melayu.
Kalimah Pahlawan Melayu Ta' Melayu Hilang Di Dunia" makin hilang tidak bermakna lagi. Kalau hiduplah Laksamana Hang Tuah mahu menangis melihat melayu yang di pimpin oleh UMNO. Bangsa Melayu yang mendakwa pendekar tapi kerjanya menjadi bongser di PUB, Kelab Malam, kongsi gelap melayu dan tarik kereta. Di sekolah-sekolah persatuan seni pertahanan diri asing seperti Judo Takwando, Muay Thai lebih banyak dari kelas silat melayu.
Perjuangan di atas ini lagi penting dan ianya kuat jika kita lihat Perguruan Lincah sahaja memiliki 800 ribu ahli. Dengan keahlian dari Perguruan lain saya kira ianya lebih ramai dari ahli UMNO. Suara kita lagi kuat.
Jadi tidak perlulah membuat kerja bidaah menyokong Pewaris hanya untuk kepentingan politik dan poket individu tertentu. Esok apa yang hendak kita jawab bila di soal Allah. Kalaulah ada soalan Apa bangsa kamu?. 1Malaysia dah.....
 
 
 
 
