TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Thursday, July 23, 2009

PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH JANGAN KALUT- MENYOKONG PEWARIS AKAN RUNCINGKAN LAGI MASALAH MELAYU


PERTEMBUNGAN PERGURUAN SILAT LICAH YANG DI PIMPIN OLEH MAHAGURU OMAR DIN DAN PERGURUAN GAYUNG PESAKA YANG KALIFAHNYA DSAI PADA 1 0GOS



Memulakan bicara dengan amanat Mahaguru Omardin http://www.silatlincah.com.my/amanat.htm
Saya terpanggil untuk melahirkan rasa kecewa di atas sokongan Lincah Malaysia kepada Pewaris seperti lapuran di portal Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/109119

Untuk maklumn mahaguru di dalam keahlian seramai 800 ribu itu ada juga ahlinya yang menjadi penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Kami berpegang pada keyakinan yakni iman kami bahawa kekuatan umat melayu itu adalah kerana pegangan agamanya. Bangsa melayu yang kuat berpegang kepada islam menyebabkan bangsa lain di negara kita menerima kita sebagai pemimpin. Tanpa pegangan islam bangsa lain tidak akan patuh atau akur kepada kita kerana mereka mempunyai sejarah dan kehebatan tamadun lebih lama dari kita.Al-Quran yang diturunkan kepada umat islam inilah seperti dalam amanat yang dipetik sebagai saranan dari dari Ulul Amri II mencipta ilmu dari Al-Quran untuk kebaikan ummah.Selamanya ahli kita yang di dalam PR tidak mempertikai Pimpinan Tertinggi menyertai serta menyokong UMNO. Malah di khabarkan ada jurulatih kanan sekarang menjadi bodyguard PM. Selama ini tiada siapa persoalkan anak Mahaguru menceburi politik dan menjadi pimpinan dalam parti UMNO. Kami ahli perguruan yang menyokong PR banyak kali tersinggung dengan kenyataan pimpinan menyatakan sokongan kepada UMNO. Cuba selidik mungkin dari 800 ribu ahli ada yang telah berpindah kepada perguruan lain terutama kepada Gayung Pesaka selepas DSAI dilantik sebagai Khalifah
http://anwaribrahimblog.com/2007/08/07/pertabalan-ketua-imam-khalifah-besar-silat-seni-gayong-pusaka-malaysia/

Kami dalam PR sesungguhnya yakin UMNO selama ini telah jauh menyimpang dari ajaran Al-Quran dan mengkianati bangsa melayu. Tak perlu saya perturunkan bukti kerana ianya sudah menjadi rahsia umum lagi. Tambahan di zaman maklumat hanya dihujung jari.

Dengan sokongan kepada Pewaris di dalam demo pada 1 ogos ini membukti bahwa perjuangan serta matlamat perguruan Lincah telah jauh tersasar seperti saranan Ulul Amri II serta yang dinyatakan di dalam Logo Lincah.

Apa akan terjadi pada 1hb Ogos bila pertembungan Ahli Lincah dengan Ahli Gayung Pesaka dan ahi ahli lain-lain perguruan yang menyokong PR. ia akan jadi satu titik hitam di dalam dunia persilatan melayu.

Adalah lebih baik ahli dari perguruan Lincah yang aktif dalam UMNO memikirkan macam mana Seni Persilatan Melayu gagal dinobatkan di negara yang di pimpin oleh mereka yang berbangsa melayu. Mengapa tiada satu usaha dibuat untuk memasukan Seni Persilatan Melayu tidak di masukkan di dalam salah satu mata pelajaran di sekolah walaupun sudah 51 tahun UMNO yang mendabik dada memperjuangan melayu.

Kalimah Pahlawan Melayu Ta' Melayu Hilang Di Dunia" makin hilang tidak bermakna lagi. Kalau hiduplah Laksamana Hang Tuah mahu menangis melihat melayu yang di pimpin oleh UMNO. Bangsa Melayu yang mendakwa pendekar tapi kerjanya menjadi bongser di PUB, Kelab Malam, kongsi gelap melayu dan tarik kereta. Di sekolah-sekolah persatuan seni pertahanan diri asing seperti Judo Takwando, Muay Thai lebih banyak dari kelas silat melayu.

Perjuangan di atas ini lagi penting dan ianya kuat jika kita lihat Perguruan Lincah sahaja memiliki 800 ribu ahli. Dengan keahlian dari Perguruan lain saya kira ianya lebih ramai dari ahli UMNO. Suara kita lagi kuat.

Jadi tidak perlulah membuat kerja bidaah menyokong Pewaris hanya untuk kepentingan politik dan poket individu tertentu. Esok apa yang hendak kita jawab bila di soal Allah. Kalaulah ada soalan Apa bangsa kamu?. 1Malaysia dah.....

No comments: