TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, October 26, 2009

KJ - SEPATUTNYA PROJEK LEKAS NIE DI NILAI SEMULA

Khalid telah banyak menipu. Di Dalam mesyuarat beliau memohon maaf atas kejadian banjir dan akan bayar gantirugi.. Tetapi di dalam afidavit beliau menafikan. Kita ada ramai saksi dalam mesyuarat dan ada catatan minit. KJ jangan tertipu dengan mainan beliau.



Merujuk kepada lawatan KJ ke Kg Baru Paroi berkaitan banjir di Kg. Baru Paroi yang turut dilapurkan di dalam akhbar BH m/s 7( edisi Melaka/N. Sembilan bertarikh 27hb Oktober 2009 . Sepatutnya beliau tidak tetipu dengan kenyataan dari Pengurus LEKAS Sdr Khalid yang telah banyak berjanji tetapi mungkir janji.

Ini bukan banjir kali pertama tetapi lebih dari 5 kali. Kejadian banjir di Kg Baru Paroi ini sebenarnya berpunca dari pembinaan lebuhraya LEKAS. Kami telah mengalaminya banyak kali dan hujah bahawa hujan luarbiasa adalah hujah bohong dari Khalid. Takan 5 kali banjir 5 kali hujah luarbiasa. Sebenarnya Hujan Lebat itu biasa bagi kami yang menetap disepanjang jajaran Lebuhraya dan taman di sekelilingnya.

Kejadian di Kg Baru Paroi itu sebenarnya adalah disebabkan oleh pihak kontrator mengalirkan air takungan yang berada di Taman Bukit Margosa bagi mengelakan banjir di Taman Bukit Margosa yang kini jadi pertikaian di mahkamah. Ketika kejadian, nasib ianya berlaku pada waktu petang. Jika malam pastinya Taman Margosa yang tenggelam. Kerisauan serta permohonan injuksi kami ada benarnya

Sepatutnya KJ lihat semula lapuran Audit yang ada memaklumkan pihak kerajaan akan memberhentikan projek jika banjir lumpur berpunca pembinaan lebuhraya. Inilah buktinya yang KJ sepatutnya panjangkan kepada kerajaan. Jangan tuntutan pembangunan menepikan keselamatan dan kebajikan penduduk. Apa ertinya pembangunan?
Lampiran dalam lapuran Audit.

Berikanlah sedikit keadilan kepada kami . Kerisauan kami ada benarnya. Dimanakah slogon 1Malaysia rakyat diutamakan.