TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Monday, December 13, 2010

MAAF CHE GU BAD PARLIMEN REMBAU KEMBALIKAN KEPADA PAS


DSIA memulakan lawatan ke seleluruh Negara dan di Negeri Sembilan pada 16hb Dis 2010. Walaupun ianya nampak bagi menjawab isu Wikileaks tetapi tersiratnya adalah disebabkan PRU 13 yang kian hampir.

Memandangkan serangan UBN menggila dan nampaknya sedikit berjaya menimbulkan persepsi buruk pada PR dengan dan menakutkan orang melayu (atas pagar atau UMNO) bahawa PAS hanya tunggangan PKR dan DAP serta MCA menakutkan orang Cina berkaitan Negara Islam sesuatu harus dimaklumkan kepada Pimpinan PR bahawa di PRU 13 teraju utama PR mesti/bakal didominasikan oleh PAS terutama di dalam pengagihan kerusi Parlimen dan DUN.

Bagi di Negeri Sembilan jumlah kerusi yang PAS bertanding seharusnya melebihi dari rakan PR. Ini kerana senarionya akan terjadi sama seperti di Perak. Kekurangan kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh PAS akan sebabkan ketidakstabilan politik NS melainkan Putrajaya kita tawan.

Melihat pada kerusi PAS bertanding dengan suasana pengundi melayu yang masih percaya dengan penipuan UBN rasanya ada kesukaran untuk PAS memenangi sekurang-kurangnya 10 dari 13 kerusi yang ditandingi dikawasan majoriti melayu atau kawasan felda ( Ini tidak semestinya melemah PAS NS meneruskan usaha menyedarkan orang melayu).

Jika melihat kepada senario NS juga perlu ada pengagihan semula kerusi lebih-lebih lagi PAS kini adalah Parti Multiracial bila mana DHPP telah di sah taraf sama seperti dewan-dewan lain di dalam PAS.

Parlimen Rembau

Ianya nampak sepatutnya/bakal kembali kepada PAS kerana ianya adalah milik PAS walaupun kalah tetapi undi yang peratus tertinggi yang diterima oleh PAS berbanding dengan Jempul ,Jelebu dan Tampin sebelum diserahkan kepada PKR.

Ada cerita yang dinukilkan bahawa Parlimen Rembau diberikan kepada PKR dengan galanggantinya DUN Ampangan dan Labu diserahkan kepada PAS tetapi tidak terjadi.

DUN Labu

Semestinya PAS pertahankan kerana keperluan PAS terus hidup di kawasan Rasah . Kalau tidak jadinya PAS Kawasan Rasah Hilang dalam Peta PAS NS.

Dun Ampangan

Di DUN ini lagi sensitif untuk ditulis kerana ianya telah dimenangi oleh PKR. tetapi ia sebenarnya Mutiara PAS NS Namun situasi yang ada kini menampakkan jika PKR bertanding PR hampir pasti kehilangan kerusi ini. Hakikatnya kemenangan di Ampangan adalah kerana ahli UMNO protes ke atas calun UMNO iaitu Mad Nor Awang calun dari Senawang dan tidak diterima oleh pengundi Ampangan.

Ramai yang melihat DUN Ampangan terlepas kerana ketika itu PAS Kawasan Seremban tergantung dan PJ NS ketika itu telah membuat percaturan silap serta adanya pertembungan beliau denga MK Ibrahim bekas PJ dan calun Dun Ampangan pada 1999.

Ada suara-suara di dalam PR yang mencadangkan pembahagian kerusi samarata iaitu setiap parti miliki 12 kerusi untuk bertanding. Jika itu diambil kira maka kerusi di parlimen seperti Seremban seharusnya juga sama iaitu DAP 2 PKR 2 dan PAS namun nampaknya tidak akan terjadi. Boleh DAP korbankan DUN Temiang atau DUN Lobak untuk PAS?

Manakala PKR sanggupkah ianya menerima hakikat menyerahkan semula Parlimen Rembau dan DUN Ampangan serta DUN Labu.

Apa yang jelas kita rasa jika Parlimen Rembau sudah pasti kembali kepada PAS bila mana calun PKR yang lepas Che Gu Bad telah menolak sebarang jawatan selagi tiada penjelasan berkaitan keputusan pemilihan PKR tempohari sudah semesti akan menolak untuk dicalunkan semula.

Pas Rembau sudah semestinya bersedia menurunkan calunnya yang terbaik iaitu Dr Rosli bekas PJ NS.

Manakala DUN Ampangan , Labu, Lobak atau Temiang kita melihatnya jika PAS NS serta PR NS tersalah urus kita bakal berhadapan semasa sendiri demi kelangsungan parti masing-masing.Lebih-lebih lagi di Parlimen Seremban yang PAS Kawasan Seremban kembali aktif dan ahlinya telah menghantar isyarat agar PAS Kawasan Seremban bertanding di DUN Ampangan.

Kalau di tahun 2008 Che Gu boleh ke Kota Bahru jumpa Tok Guru untuk mendapatkan restu kerusi Parlimen Rembau, kita menanti siapa di dalam PAS NS atau PAS Seremban yang mampu berjumpa DSIA dan LKS untuk DUN Ampangan dan Dun Temiang/Lobak.

Sambung................