TOK GURU

TOK GURU

UNTUK MU WARGA MARGOSA

Ya Allah, Ya Rahman

Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau gelincirkan
hati-hati kami sesudah Engkau
memberi petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah bagi kami
rahmat daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan.

Wahai Tuhan kami,
Berilah rahmat kepada kami dari sisi-Mu
dan sediakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.

Wahai Tuhan kami,
Bukakanlah kebenaran di antara kami
dan kaum kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik pembuka.

Wahai Tuhan kami,
Tolonglah akan kami di atas
menghadapi golongan-golongan
yang melakukan kerosakan.

Wahai Tuhan kami,
kepada Engkaulah kami berserah
dan kepada Engkaulah kami bertaubat
dan kepada Engkaulah tempat kembali.
Wahai Tuhan kami,
Janganlah Engkau jadikan kami fitnah
(terpengaruh atau tunduk) bagi
orang-orang kafir
dan ampunilah bagi kami
wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau maha gagah lagi bijaksana.

Wahai Tuhan kami,
Berikanlah kepada kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami
akan azab api Neraka.

Ya Allah, Ya Rahim
Kurniakanlah kemenangan kepada kami
demi menegakkan agamaMu
dan menebarkan keadilan
serta kebenaran

Takbir! Takbir! Takbir!



UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMPAMA YAHUDI DIBUMI MARGOSA

UMNO DAN JUDI

UMNO DAN JUDI

DHUA

Saturday, October 31, 2009

KES PERTAMA UNTUK JAWATANKUASA MENYIASAT LAPURAN AUDIT NEGARA

Merujuk kepada Tajuk Utama Berita Harian bertarikh 31hb Oktober 2009 berkaitan dengan penubuhan Jawatankuasa bagi menyiasat lapuran Audit yang di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.

LAPURAN AUDIT BERKAITAN DENGAN BANJIR LUMPUR KESAN DARI PROJEK LEKAS
Kenyatan oleh Menteri Besar N.Sembilan yang akan berhentikan projek jika terbukti banjir lumpur akibat pembinaan lebuhraya LEKAS

Keratan akhbar lawatan YB Khairi Jamaludin Ahli Parlimen Rembau di Kg Baru Paroi yang membuktikan sebab banjir lumpur berlaku.

Gambar banjir terbaru berlaku di Kg Baru Paroi

Banjir juga berlaku 4 kali di Taman Bukit Margosa dan bukti kerisauan penduduk boleh dilihat di
http://picasaweb.google.com/czackPY/MARGOSAOHMARGOSA#5347842843906877506.

Selain itu juga banjir kerap berlaku di penempatan di sepanjang jalan Seremban/Jelebu iatu di Kg Ismail, Jiboi yang diakibat oleh projek LEKAS

Siasat laporan audit

Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my

Pasukan khas teliti salah laku, ketirisan di jabatan kerajaan

PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan jawatankuasa petugas untuk mengkaji Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan dan mencadangkan tindakan undang-udang dan tindakan peringkat jabatan terhadap mereka yang terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jawatankuasa itu akan diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan dianggotai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Turut dijangka menganggotainya ialah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib berkata, penubuhan pasukan petugas itu diluluskan oleh Kabinet yang bermesyuarat semalam, selaras dengan pendekatan budaya prestasi tinggi yang menjadi salah satu teras serta matlamat kerajaan.

"Ia untuk meneliti segala dapatan dalam laporan Laporan Ketua Audit Negara, khususnya yang membabitkan salah guna kuasa dan penyelewengan serta menentukan apa tindakan yang wajar diambil terhadap mereka yang melakukan sebarang kesalahan.

"Tujuannya bukan untuk mencari kesalahan, sebaliknya menentukan mana-mana pihak yang sengaja melakukan kesalahan tidak terlepas daripada tindakan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Najib berkata, tindakan yang akan dikenakan bukan semata-mata daripada segi undang-undang, tetapi dalam bentuk pentadbiran seperti dikenakan surcaj, turun pangkat dan tahan pangkat atau sekurang-kurangnya dipindahkan ke tempat lain.

Sambil memberi jaminan tindakan yang bakal diambil akan adil dan saksama, beliau berkata ia turut membabitkan anggota pentadbiran jika didapati memberikan arahan yang tidak munasabah.

"Kalau dalam keadaan memerlukan, kita akan memberikan ehsan supaya tindakan tidak terlalu keras, tidak ada pertimbangan atau tidak ada perikemanusiaan sama sekali.

"Kita hendak menjurus kepada budaya prestasi tinggi. Maknanya penjawat awam yang menunjukkan prestasi cemerlang akan diberi ganjaran dan diiktiraf, manakala mereka yang cuai dan salah guna kuasa akan diambil tindakan," katanya.

Beliau juga berkata jabatan yang didapati melakukan kesalahan akan diminta memberikan penjelasan sebelum sebarang tindakan diambil.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat pertama Isnin ini bagi mengkaji laporan berkenaan secara berperingkat, termasuk isu yang serius dan mempunyai kuasa memanggil sesiapa saja untuk memberikan keterangan.

"Bagi kes penyelewengan yang sukar dilihat dari segi tindakan undang-undang tetapi kesalahan memang berlaku, kita akan mengambil tindakan daripada segi pentadbiran," katanya.

Menjawab soalan, Najib berkata tindakan kerajaan itu tidak akan menyebabkan penyelewengan sifar tetapi yakin jumlah dan kekerapan kesalahan akan berkurangan.

"Biar kita realistik. Ia tidak boleh menjadi sifar (tetapi) kita akan tunjuk kesungguhan dan saya percaya ia akan bawa kepada pengurangan yang ketara dari segi penyalahgunaan kuasa," katanya.

Oleh yang demikian kita harap ini boleh di jadikan kes pertama yang disiasat pasukan yang di bentuk oleh Perdana Menteri ini.